Paklan Kitchen



Dah lama rasanya gua tinggalkan dunia penulisan ni kerana gua percaya "B" yang gua dapat untuk penulisan semasa UPSR dulu banyak memberi impak kepada gua sehingga kini. Ia seolah-olah menarik tangan gua ke bawah setiap kali gua cuba menulis sesuatu yang berilmiah atau pun tidak.

Sekarang gua beralih pula kepada bidang masakan kerana "B" yanggua dapat semasa penulis dulu tidak akan memberi impak kepada hasil masakan gua.

Gua lebih suka berada di dapur sekarang. Banyak benda yang gua suka lakukan di dapur. Gua pasti ramai gadis yang akan bersetuju dan sedang membayangkan apa mereka boleh lakukan semasa di dapur. Gua tak sangkal ada yang suka berimaginasi nakal. Hak mereka, hak gadis-gadis. Gua tak mampu nak halang.

Buat masa sekarang, gua hanya serius untuk memasak. Tapi serius gua belum sampai untuk mempunyai cafe atau kedai masakan sendiri. Semuanya untuk suka-suka. Seolah ianya hobi semasa gua. Dengan gadis pun gua cepat bosan inikan pulak hobi, cepat berubah.

Okey enjoy dulu gambar hasil masakan gua.



















2 comments:

Dyana Hassan said...

Bukak restoran pleaseeee pak lan

Anonymous said...

Salam Jumaat! :)