Kisah Belakang Jalan TAR

Semalam gua jalan-jalan dekat belakang Jalan TAR cari sejadah, sampin dan benda-benda lain gua rasa perlu.

Gua ada termasuk satu kedai ni, gua tengok baju melayu yang dia buat lawa. Orang dalam kedai tuh pun approach gua sebab dia tengok gua tenung lama sangat baju tuh.

"Ya abang, boleh saya tolong?"

"Lawa design baju melayu ni kan?"

"Mesti la lawa bang, special design ni. Kenapa abang nak tempah ka? Abang nk kahwin ka?"

"Aaa.. mana tau saya nk kahwin?"

"Tengok beg plastik yang abang bawak penuh dalam tangan pun saya dah tau"

"Takpa lah, lain kali saja la kot sebab saya dah tempah baju dah"

"Ok takpa, lain kali kalau abang rasa nak kahwin lagi, nanti datang cari saya tau.."

"Ok!" gua jawab dengan laju dan padat.

Gua simpan rapi name card yang dia bagi dalam wallet, mana tau nanti berguna.

Sekian..

2 comments:

Anonymous said...

hahaha....simpan kad senang apa-apa hal hahha..

finn said...

wohoho... haha..