Tolong Kawan Punya Pasal





Satu hari tetiba kawan gua mintak tolong untuk cari stok gadis-gadis untuk tolong buat review produk kamera keluaran syarikat yang agak ternama. Fungsi dia lebih kurang applikasi kamera 360.

Gua sebagai kawan baik dan sejati pun berfikir macam mana gua nak dapatkan stok gadis yang dia nak. So gua pun mula scroll la friendlist gua dekat facebook. Dekat setengah jam jugak la gua scroll dan check profile by profile. 

Akhirnya gua jumpa sorang dan bertekad untuk tegur dia dalam chatting Facebook walaupun sebelum ni gua tak pernah balas teguran dia. 

"Hi!" Gua mulakan.

"Hi you..ingatkan sombong tak nak tegur kita" dia balas dengan laju-laju. Teruja gamaknya gua tegur dia.

Gua tunggu 5 minit sebelum gua reply semula "Erm..I nak tanya sikit sikit boleh?" 

"You nak tanya seribu soalan pun I sanggup jawab aih" stail reply on the spot. Gelojoh.

"You bloggerkan?" soal gua.

"Aa..kenapa?"

Dalam friendlist facebook gua ni, banyak sangat blogger yang add. Gua tak tau mana datang diaorang semua ni. Hampir separuh gua tak kenal dan apatah lagi yang tak pernah jumpa langsung.

"Kawan I ada satu produk kamera yang perlukan gadis blogger untuk buat review. Susah jugak nak cari kriteria yang dia. Nampaknya dalam friendlist I, you sorang ja yang layak." gua explain panjang lebar.

"Eh you ni, takkan tak da gadis lain yang layak selain I? Tipulah!" dia reply sambil buat smiley muka merah padam. "Kamera apa tuh? apa fungsi dia?" sambung dia.

"Kamera keluaran syarikat mana I tak sure. Yang I pasti fungsi dia macam application camera 360" jelas gua.

"Oo..maknanya dia akan buat I jadi lebih lawa la kan, macam pakai makeup macam tuh?" tanya dia.
"Tak! kita akan pakai rupa you sekarang. You kena ambik gambar sebelum dan selepas. Lepas tuh kita akan guna untuk tunjukkan pada semua gadis-gadis kat luar sana. Sesiapa pun boleh jadi lawa lepas guna kamera ni termasuk orang macam you".

Lepas tuh dia terus senyap tak reply gua on the spot macam dia selalu reply. 

Seminit kemudian gua sedar dia dah remove gua.

Gua dengan rasa bersalah pun bagitau kat kawan gua. "Sorry bro, Friendlist dah tak ada stok yang macam lu nak"



5 comments:

MAY said...

Haha..knp dia remove?hihi

Norfanil said...

hahahhaha..lawak..
ada jugak org mcm ni..
sabo je laaa..
kekek

Anonymous said...

apa lah!!!!! kalau u yg kena camtu pasti marah. Tu satu penghinaan pada sesorang.

Anonymous said...

mak ai sentap la tu. hahaha

Zulqarnain Abu Hassan said...

unpredictable...