Kenangan Lama V




"Dah check in lepas tu tak reti-reti nak check out" maki bangla yang terpaksa datang mengetuk pintu bilik gua kali ketiga dalam hatinya. Gua dapat lihat dari pandangan mata dia yang tak puas hati yang tak putus-putus menjeling melihat skirt pendek Annie. Dasar lelaki.

Gua dan Annie bergerak menuju ke foodcourt mencari sesuatu yang boleh di makan. Orang yang kepenatan dan baru nak baik demam, memang perlukan makanan yang bertenaga. Gua ajak Annie lepak di Starbuck. Gua duduk menjaga tempat sementara dia beratur membeli makan dan minuman untuk kami berdua. Gua cuma cakap gua mahukan hot chocolate dan sandwich kerana gua tak boleh minum kopi disebabkan gua memang sudah sedia aktif.

Annie berjalan ke tempat yang gua chup dari tadi bersama dengan Hot Chocolate Classic dan Cranberry Chicken Sandwich. Dia pulak setia bersama Expresso yang hitam pekat dan juga Banana Chocolate Chip Muffin. Dia kata dia perlukan sesuatu yang pahit sebab dia rasa dia dah terlalu sweet. Pandai dia buat ayat. Tapi memang betul, gua dah rasa tadi. Memang dia sweet.

Makanan diletakkan di atas meja dan dia duduk berdepan dengan gua. Sebaik saja dia baru nak angkat gelas Expresso dia, gua mula bersuara.

"You tau tak?"

"Tak!"

Kemudian dia ketawa selepas gua buat muka geram nak tokak dia.

"Ok ok you sambung la. Nak cakap apa tadi?"

"Doktor I cakap, tak elok duduk berdepan dengan orang yang sakit macam I ni"

"So I tak boleh duduk berdepan dengan you la? Habis, doktor you cakap I nak kena duduk mana?"

Gua tarik kerusi dari meja sebelah yang tak ada orang rapat ke sebelah tepi gua sambil gua tepuk seat kerusi tersebut sambil memandang Annie. Dia senyum lalu bangun dari kerusi yang dia duduk sekarang lalu melabuhkan punggung dia ke atas kerusi yang gua tarik tadi.

Dia mula nak meneguk kopi dia semula. Tapi gua bersuara lagi kali ni sebelum bibir gelas kopi tersebut singgah dibibirnya yang bersaluti lipstik yang berwarna pink, warna yang melambangkan kegadisan.

"You.."

"Ya kenapa?"

"Doktor I cakap, tak elok makan kalau lipstik still ada kat bibir."

"Habis tu I nak kena cuci la ni?"

Gua hanya anggukkan kepala.

"Ok, tunggu kejap I nak pergi toilet cuci"

Dia cuba bangun dari tempat duduk dia, tapi gua pulak cepat-cepat  tarik tangan  dia seraya berkata.

"I tahu cara nak tanggalkan lipstik you tuh tanpa perlu menggunakan air. Apa guna ada I di sini kan?"

Dia pandang gua semacam. Gua balas balik dengan pandangan yang lain macam.

9 comments:

Almade said...

hahahhaa. ending yang seram. lain macammmm O.o

YaNa Yassin said...

Wowww,... nak tahu sambungan. Lalallala :)

MR & MRS MAKMUM said...

mat bangla rupanya...cettt

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

ooo paklan nak tlg lap guna tisu ehh..haha..romentiknya paklan nih! auww! =P

iAmCekbolat said...

gila romantik :D

hehe

Alin Marlini said...

Huahua...dialog romatika

Izzuddin Fauzi said...

Hahaha... Faham2...

pemuzik jalanan said...

Hahaa debor jugak membaca ni debor betul haha

DAYG ♥ said...

Amboi paklan lagi sweet dari Annie! ;pp hahaha