Hilang Punca





Agak lama gua tak update blog. Ini bukan bermaksud gua sudah kekurangan gadis dalam hidup gua. Ini juga tak bermakna gua sudah kurang bahagia dengan hidup gua. Orang kata, gadis yang kita rasa tak perlu kita nak tunjuk sangat. Hurm, gua rasa macam gua dah salah petik kata orang. Tapi abaikan saja, itu semua tak bawa perubahan apa-apa dalam hidup gua.

Jetlag gua tak habis lagi sejak baru balik dari Moscow ahad lepas. Jam biologi gua masih lagi belum direset dengan sempurnanya, masih ada berbaki. Kelibat dan haruman badan gadis Moscow masih lagi menghantui gua. Hidup dikelilingi gadis-gadis Europe membuatkan gua lupa sebentar akan asal usul gua dan lupa akan warna kulit gua. Senyuman gua tak berhenti, seakan tiada penghujungnya.


Perjalanan hidup gua bukan hanya berkisar tentang gadis semata-mata, banyak lagi benda yang lebih penting selain gadis. Tapi gua tahu, lu orang masuk baca blog gua semata-mata gadiskan? Tapi apa gua nak buat, kalau lu laki memang itu lumrah. Tapi kalau lu gadis jugak, mungkin patut muhasabah diri lu sebab lu mungkin cenderung ke arah kaum sejenis. Please jangan bazirkan hidup kegadisan lu dengan gadis-gadis yang lain, rugi gua cakap lu. Lelaki boleh kahwin 4. Kalau nak buat awek dan skandal lu jangan tanya la, seberapa banyak pun boleh.



Hidup di negara orang ni  tak mudah seperti yang lu orang sangka, banyak cabaran dia. Selain persekitaran dan makanan, bahasa pun salah cabaran yang paling mencabar. Kadang-kadang kala lu akan lebih gemar guna body language dari bahasa verbal. Lebih mudah difahami dan lebih mesra pengguna orang kata. 



Gadis dah bersilih ganti dalam hidup gua, tetapi office dan meja gua tetap sama. Tiada apa yang berubah, semuanya masih sama. Gaji, pangkat mahupun status hidup gua. Sudah lama gua bekerja di sini, namun tiada apa yang maju termasuk jugak perut gua.

Gua tak ingat dah berapa banyak kali perkataan "resign" bermain di mulut gua, ironinya gua masih di sini. Mungkin gua telah digula-gulakan dengan kerja sambil travel melihat dunia luar, melihat gadis luar. 

Bijak bos gua. 

Pandai! 

Tak sia-sia dia jadi bos gua. Memahami hati mulus pekerja lelaki seperti gua.

4 comments:

Syafik Coklat said...

aku pun da lama tak update blog . nnti nak ke mana2 ajk ak dlu bro.haha

Wadi AR said...

rileks. tuhan tu tahu apa dia buat. teruskan berusaha cik lan

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hi pak lan!

vin tt said...

Hi sume. Sy ummi. Nnti add blog sy. Ade mcm2 vid psl diri sy. Jge ade mcm2 pic. Add rmai2 ye. Oh abe j. i will show u evrything. 100% hot. hehe