Kenangan Lama II



Gua disedarkan dengan rasa basah di kepala. Kalau bangun dengan basah dibahagian lain itu normal, tetapi kalau bangun tidur basah di kepala itu tidak. Gua meraba-raba dalam keadaan mata gua tertutup, Gua cuba untuk buka mata dengan perlahan-lahan sambil tangan gua meraba-raba mencari tempat untuk berpaut. Mata gua belum sempat dibuka tetapi tiba-tiba gua sudah tersentuh satu benda yang lembut, kenyal. Benda yang gua rasa gua kenal. Benda yang gua rasa yang gua dah pernah rasa sebelum ni. 

Dengan kudrat yang ada gua buka mata perlahan-lahan sambil menahan sakit di kepala.Kadar keterangan cahaya yang masuk ke dalam mata membuatkan mata gua sukar dibuka, tapi digagahkan untuk untuk melihat siapa gerangannya yang berada dengan gua yang mana gua rasa gua kenal. 

Kedengaran suara halus yang keluar dari mulut dia "Azlan, you ok ka?" slanga melayu yang sempurna, tiada cacat cela. Soalan yang tidak dapat gua jawab dengan keadaan gua yang sekarang. Sambil gua rasa tangan dia mengapai bahu gua bila mana gua cuba bangun dari katil. Dunia gua masih samar-samar. Gua duduk seketika sambil cuba untuk mebiasakan mata gua dengan cahaya. Kepala gua toleh perlahan-lahan ke kanan, gua pandang wajah yang ada di situ. Satu wajah yang amat gua kenal.

Wajah kami bertentangan, tidak bersuara untuk beberapa seketika. Wajah kami memaparkan rasa gembira setelah lama tidak bersua, namun mulut dan badan kami kaku tanpa bicara nyata.

"Annie?" soal gua pendek cuba mencari nama yang pasti. Birthday gua sendiri pun gua lupa inikan pula nak mengingatkan nama gadis. Lagipun dah terlalu ramai gadis yang ada dalam hidup gua, mana mungkin semuanya akan bertahta.

"Yes!" sambil dia mengukir senyuman yang mana sukar gua untuk lupakan walaupun gua hampir lupakan nama dia.

Kami membisu lagi tanpa sebarang bicara kata atau pelukan manja. Sambil memandang wajah masing-masing dah hanya mampu mengukir senyuman dan kadang-kala ketawa tanpa kata.

"Kita dekat mana sekarang ni?" soalan gua yang cuba memecah kebuntuan suasana dan sambil itu tangan gua mengapai tuala basah yang berada di kepala gua. Sambil gua pandang keadaan sekeliling yang dibatasi dinding putih yang sempit. Yang ada di situ cumalah sebuah katil dan meja kecil. Agakkan gua tempat sesempit ini tak banyak aktiviti gua dengan annie boleh lakukan selain duduk di atas katil yang sedia ada.

Tangannya mencapai tuala basah yang berada dalam tangan gua dan dicampakkannya ke atas meja yang berada di tepi. Perbuatannya yang nakal, namun itu memang dia. "Kita ada dalam SnoozeCuba dan masih di dalam airport Dubai"







6 comments:

Mahamahu said...

Singgah tgk entry ni best jer terbaik bro...

EZAN IDMA said...

aloalololo demam

Wadi AR said...

makan ubat sampai abes ye cik lan

Namee Roslan said...

hai pak Lan !! hehe. :D seronoknya jadi kau, jalan merata2. demam yg berbaloi. hehe

Zulqarnain Abu Hassan said...

haah.... paklan hyper....

salam Dubai untuk ku ya paklan...

Anonymous said...

auto directory auto directory clickbank ebook http://audiobookscollection.co.uk/Business-Life/c1123/?page=12 free ebook elves of cintra [url=http://audiobookscollection.co.uk/it/Ann-S-Blum/m7866/]teacher ebook[/url] baby whale rescue true story ebook