Souk Waqif

Posted by | Posted in | Posted on 1:27:00 PM




Punggung aku labuhkan di atas sofa merah yang terletak betul-betul di hadapan lobby yang berada berdekatan dengan pintu masuk hotel. Jam di tangan aku tenung, sudah menunjukkan pukul 7.15 malam. Kelibat dia masih lagi tidak kelihatan. Macam ni la kalau dah berjanji dengan gadis, mesti ada interval untuk segala-galanya. Korang perlu consider masa untuk mereka untuk mencuba baju yang sesuai untuk event yang mereka nak pergi, masa untuk menyakinkan diri untuk memakai baju yang telah mereka pilih. Itu belum termasuk lagi masa untuk mencantikkan diri dengan make-up. Well, she a women after all. A women does what a women should do.

Alunan piano menarik perhatian aku untuk menoleh ke kiri. Walaupun alunan muziknya tidaklah sehebat Mozart mahu pun Maksim, namun ianya sudah cukup membuatkan aku bangun dari sofa dan mengerakkan otot kaki untuk berjalan mencari pemilik jari yang menghasilkan muzik tersebut. Kelihatan 10 jari runcing sedang menari ligat di atas piano, sangat rancak. Bayangkan apa yang jari tersebut mampu lakukan lagi selain bermain piano. Aku hanya tenung dari jauh sambil mata meliar ke lobby takut-takut dia sudah sampai.

"So here you are. I taught you are not coming" tangan aku ditariknya dan pinggang aku di rangkulnya. Gadis Italy sememangnya aktif dan agresif. "Lets go! We are late already"


Aku menoleh dan memandang dia  dengan muka seperti seorang yang sedang merajuk. Tiada sepatah pun yang keluar dari mulut aku. Aku hanya memandang tepat pada mata dia.


"Ok, I am sorry. I know I am late. Todays dinner is on me ok?" Pujuk Natasya.

Aku hanya mengangguk senyum sebagai tindakbalas semulajadi dan terus bersuara "Ok lets go. We are late already"


"So where we are heading?" tanya Natasya sambil memerhati keluar tingkap teksi.


"Wanna try local food?" soal aku kembali tanpa menjawab soalan dia tadi.


"Of course! What's the point of been at other people country. Food is fun!" jawab dia dengan nada yang bersungguh.


"Ok. Let go to Souk Waqif. I heard they have a lot choices there. Plus you can buy you souvenir there with a good price." terang aku.





Leek with Lamb


Chicken Kabsa
"So how was the food?" tanya aku kepada Natasya yang sedang mengusung tangan aku berjalan-jalan menyusuri lorong yang ada di Souk Waqif.

"Great! I like Leek with Lamb. The leek feel different from rice. It has tender texture and the lamb is not smelly."
jawab dia dengan panjang lebar.







"I had a great time today and thats all thanks to you" dia bersuara sambil tangan dia memegang daun pintu bilik hotel. "Let me tell you a secret" sambung dia lagi.



"What is that?" aku jadi tertanya-tanya.


"I am not an Italian, I am a French" terang dia.


"You... naughty girl!" aku senyum pada dia.


"Do you know what is the famous thing in French?" dia aku tengok semakin menggoda.


The End....

Peluh Jantan Tanda Kepuasan Lelaki Sejati

Posted by | Posted on 6:52:00 PM



Peluh menitik dari dahi turun ke dada. Sangkut sebentar di situ kerana bentuknya baru kemudian ianya mengalir ke bawah perlahan-lahan. Aku menoleh ke kiri pada tubuh yang berada di sebelah aku, kelihatan dia pun turut berpeluh sama. Aku senyum pada dia, lalu dia membalas. Terukir kepuasan pada wajah kami berdua. Aku sudah penat, kelihatan dia pun penat sama. Jadi aku decide untuk berhenti dan berehat sebentar lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke meja yang ada si situ. 

Botol air mineral yang berada di situ aku buka, lalu aku teguk perlahan-lahan untuk menghilangkan dahaga dan penat. Bunyi tegukkan air aku agak jelas,  anak tekak aku pun kelihatan bergerak. Tubuh yang berada di sebelah aku sebentar tadi datang merapati meja yang aku sedang duduk. Dia melabuhkan punggung dia di atas kerusi di sebelah aku. Senyuman tidak lekang dari wajah dia yang polos tanpa make-up.

"Here you go" sambil aku menghulurkan dia botol mineral lain yang berada di situ. Cuba untuk berlagak gentlemen.

"Why need to waste? This one will do." sambil tangan dia menyambar botol air yang tengah aku pegang lalu diteguknya seperti yang aku buat tadi.

Gadis mesra dan tak suka membazir memang rare nak jumpa. Tambah-tambah dekat Doha ni. Peluh masih lagi mengalir dair badan kami berdua, penat pun masih belum hilang. Kami belum sempat lagi berkenalan tapi sudah berbual mesra.

"I think we have we missed out the most important part of a relationship" tegur aku.

"What is that?" dia seperti keliru.

"Introduction. Hi! I am Azlan" aku senyum pada dia. Tangan aku yang masih dibasahi peluh aku hulur.

Peluh kami berdua bersatu. "I am Natasya"



Rancak kami bersembang sampai tak sedar masa berlalu. Sedar tak sedar peluh pun sudah kering. Tak ramai orang yang datang ke gym time-time pagi  buta macam ni. Mungkin kepenatan atau masih lena di ulit mimpi tambahan pula tilam dan bantal hotel yang selesa.

"So what are you doing over here?" tanya Natasya gadis Italy yang datang untuk kursus.

"Let me tell you a secret about who am I." dia senyap menanti perkataan seterusnya dari aku. Muka aku dalam keadaan serius "I am an alien. Take me to your leader or I will take you for a date".

"Hahaha.." Dia tergelak. "Come on, be serious" sambung dia.

"I am serious taking you out for a date" aku pandang tepat pada wajah dia.

"Ok! This evening at 6 sharp. Wait me at lobby" dengan nada tegas.

"Yes madam! Your order is my command" balas aku dengan tabik hormat.

Dia hanya mampu tergelak dan senyum dengan perbuatan aku. Kami berpisah di situ. Aku balik ke bilik hotel mandi untuk menyegarkan diri.

Ada Apa Dengan Jepun : Part 13

Posted by | Posted on 9:00:00 AM





Aku tiba-tiba ternampak satu cahaya dihujung terowong yang sebentar tadi aku tidak pasti di mana penghujungnya. Badan aku sudah menggigil akibat kesejukan yang amat. Badan pula terasa diapit oleh makhluk yang tidak berbulu, licin dan lembut. Aku masih tidak pasti makhluk apakah kerana masih samar dalam kegelapan.

Semua itu aku tidak hiraukan lagi, semuanya aku buat tak endah. Aku dah jumpa jalan keluar, aku harus terus berlari untuk keluar dari kegelapan ini. Aku harus larikan diri dari makhluk yang tidak berbulu ini. Mungkin ini sebab banyak superhero seperti Gaban wujud dimuka bumi Jepun ini. Kini aku betul-betul paham akan peranan mereka.

Makhluk tadi masih lagi merangkul kemas leher aku dari belakang. Seperti tak mahu di lepasnya. Bisik suara dia sungguh menggoda, seperti mahu aku terus berada dalam terowong itu bersamanya. Namun aku sedar yang aku sedang digoda, aku tak mahu memandang wajahnya takut nanti terpersona dengan kecantikan khayalan yang bukan nyata.

Cahaya semakin terang, bila aku semakin sampai ke penghujung teroworong. Silauan cahaya matahari menyakitkan mata aku. Mata aku buka perlahan-lahan sambil anak mata menyesuailkan diri dengan keadaan cahaya yang masuk ke dalam mata. Sambil aku tangan makhluk yang merangkul leher aku tadi, aku cuba leraikannya dengan perlahan walaupun dia tak mahu mengalah. Semangat kental aku masih tidak mahu mengalah. Aku cuba dan terus mencuba dan akhirnya kalah jua makhluk tadi sambil terdengar rengekkan suara tidak puas hati keluar dari mulutnya.


Aku merangkak keluar dari terowong tadi dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Tapi orang kata kalau dah ditakdirkan untuk jatuh tu, kita tetap jatuh. Kaki aku tersadung pada batu dan aku terjatuh keluar dari terowong tadi. Aku bangun perlahan-lahan sambil menahan sakit.


"Lari lagi dari I, kan dah jatuh katil. Padan muka!" perli suara yang seakan aku kenal. "Bangun! Bangun! dah pagi. Nanti kita lambat ke office." sambung dia lagi.


Aku bermimpi ngeri rupanya. Itu la orang tua-tua selalu pesan, basuh kaki sebelum masuk tidur. Mata aku gosok lembut dan perlahan, masih dalam keadaan mamai. 

"Yala..yala". Aku bangun dan berjalan menuju ke bilik air dalam keadaan mamai sambil menahan kesejukan pagi. Kedengaran bunyi aircond yang kuat dari siling. Mungkin ini yang menyebabkan aku mengigil dalam mimpi aku tadi. Jangan tanya aku makhluk yang tidak berbulu, licin dan lembut yang merangkul tubuh aku dalam mimpi aku. Aku malas nak menjawabnya.


Hot shower cukup kena pada pagi yang dingin. Dapat memanaskan tubuh aku yang sedang mengigil.


Kedengaran pintu bilik air dibuka dan bunyi tapak kaki melangkah masuk. Seterusnya kedegaran bunyi air mengalir dalam sinki.


"I gosok gigi kejap. I janji tak skodeng you mandi"  

Perempuan, mereka memang banyak alasan. Aku tak tahu bagaimana harus aku percaya kerana saat itu aku sedang mandi dalam shower room yang berdindingkan kaca yang transparent.



Can you hear me, when I called your name?

Posted by | Posted on 11:18:00 PM



Can you hear me, when I called your name?