Once Upon A Time In Doha

Posted by | Posted on 12:05:00 PM






Bila aku katakan yang aku sedang berada di Doha untuk selama sebulan lebih, itu memang benar dan tak ada tipu daya dalam pengakuan tersebut. Tambahan untuk tinggal seorang tanpa teman selama sebulan lebih dalam bilik dan katil besar memang mencabar. Katil sebesar ini selalunya memang sesuai untuk berdua tambah-tambah untuk honeymoon, memang comfort tak ada bunyi yang keluar walaupun kita melompat atas katil tersebut. Soundproof orang kata, orang sebelah bilik pun tak akan terganggu.




Bukan itu saja, mandi dalam bath tube sensorang tanpa ada yang tolong gosokkan belakang amatlah tidak best. Terasa seperti hilang nikmat ketika makan ayam KFC tanpa sos cili life. Terasa seperti ada yang tidak lengkap. Sesetengah orang boleh tahan, sesetengah orang tidak. Entahlah aku tergolong dalam golongan yang mana. Yang pasti aku masih ada 4 minggu di sini untuk diharungi.


Tapi aku perlu ingat yang aku datang sini untuk bekerja. Bekerja untuk mengumpul duit. Mana la tahu esok lusa aku terserempak dengan mana-mana gadis lentik yang sopan yang sesuai untuk dijadikan bini, tak perlulah nak tunggu lama-lama kalau tak nak disambar macam yang pernah berlaku dulu. Hidup ini kita tak boleh nak ramal dan duga, kalau lambat confirm kita tinggal.


Apa la sangat kacaknya seorang lelaki kalau dia tak mampu nak ikat tie sendiri. Lama sungguh aku tinggalkan pekerjaan mengikat tie kerana cita-cita aku untuk mencari seorang isteri yang pandai berbuat demikian. Rasanya aku lebih pentingkan skill mengikat tie dari skill dia memasak. Bab masak tak perlu risau, leave it to me. Dia tak akan kebulur. Tinggi tak cita-cita aku ni?

"Hi... Good morning!" tegur seorang gadis free hair dan berbaju putih belang dan berskirt kelabu pendek yang berada dalam lift. 

Dia senyum dan jeling pada aku seperti mahukan sesuatu dari aku. Tapi nampaknya dia bukan gadis local, kalau tidak dah lama dia memberi salam pada aku. Mungkin juga dia tegur aku sebab baju kami serupa. Mungkin.

Aku yang berbaju kemeja lengang pendek lengkap dengan tie dalam perjalanan turun breakfast. "Hi..morning too" bersahaja ditambah dengan senyuman aku yang biasa.

"You are from Philippines?" tanya dia sambil bersandar ke belakang lift disebelah kanan. Masih ada senyuman di wajah dia.

Aku pula mula bersandar kebelakang di bahagian kiri lift sambil menyilangkan kaki kanan ke kiri dan tangan aku bersimpuh di atas dada aku. "Nope! I am Malaysian" dengan bangganya aku bersuara.

Selain dari masyarakat tempatan, majoriti masyarakat yang terbesar di sini terdiri dari orang India dan juga Filipina. Mungkin kulit aku yang asian look menyebabkan dia menyangkakan aku orang Filipina.

"So young pretty lady, where are you from?"
tanya aku walaupun aku dah hampir  dapat menduga.

"Thailand!" sambil tersenyum.

Fikiran aku terus melayang memikirkan Danok...

Goodbye Malaysia

Posted by | Posted on 10:00:00 AM








Dah lama aku hilang dari dunia blog, sebulan lebih. Mungkin tak lama bagi sesetengah orang. Tapi bagi yang merindui atau yang mula tertanya-tanya, mereka akan mencari pelbagai alternatif untuk mencari ke mana aku menghilang.

"Where are you now? Lama tak update blog?"

"Somewhere in KL. Being too busy with works."

"How are you?"

"Everything is a good shape except being rejected by a girl that I love sincerely. Well, that's how a loser should be. "

Peminat, ada saja cara mereka nak approach aku walaupun aku sedang mahu menikmati makan malam dengan Becky di hotel Renaissance. Kerana terlalu bosan menunggu Becky, aku layankan saja. 

"Don't be so sad. You still have a lot of choices out there if you open your eyes clearly."

Aku diam saja tanpa balasan membaca mesej dari dia.

"Kenapa diam? Marah ka?"

Kadang-kadang bila seseorang itu diam tak bermakna dia sedang marah ataupun malas nak becakap. Tapi mungkin juga dia tak tahu apa yang disembangkan. 

"Nope. Just lost my words to say anything."

 "Hehe..dah makan?"

"Waiting for my friend. Dunno why she is still not here yet"

"Ok. Enjoy your meal then. Jangan lupa update blog ok? =)"

Mesej yang terakhir pun aku buat endah tak endah. Tak ada kepentingan pun kalau aku balas. Iphone aku letakkan atas meja makan sambil memandang keluar tingkap sambil mengenangkan apa yang aku dah hilang dari hidup aku.

"Wargh!!!" ada suara yang datang menyergah dari belakang aku. Leher aku dirangkul dari belakang.

Aku cuba menoleh ke belakang, namun dia lebih pantas dari aku. Sudah terasa bibir dia singgah di telinga aku "Sorry I am late." bisik dia.

Tangan dia aku pegang dan kemudian aku pimpin dia ke tepi aku. Aku bangun dan aku lihat dia dari atas sampai ke bawah. "You look beautiful tonight" puji aku, sambil aku pimpin tangan dia sehingga dia duduk dia atas kerusi di depan aku.

Becky ke sini bukan untuk suka-suka tapi kerana kerjaya dia, aku pula hanya menemani dia. Lagipun esok aku perlu ke Doha sekali lagi, kereta aku perlu tinggalkan dengan dia. Itu juga yang aku dah lakukan 4 minggu lepas semasa aku perlu ke Doha, tempat yang sama.

"What time is your flight?"

"10.20 in the morning"

"Wah so early. You want me to send you to airport?"

"No need to trouble yourself. I called cab to pickup me tomorrow already. So how was your trip, enjoyed it?"

"Yes! A lot. I think I should take 2 or 3 days rest every month."

"You deserve it girl. Give yourself some rest."

Gadis sesibuk dia memang kurang berehat. Itulah hidup seorang yang punya bisnes sendiri. Selalunya mereka tiada masa untuk diri sendiri. Semuanya tentang kerja, kerja dan kerja. Perbualan kami berlanjutan tidak lama. Dia pula perlu menemu ramah chef yang telah menjemput dia datang ke sini. Aku pula hanya duduk minum sambil melihat gelagat-gelagat gadis yang ada di situ. Nak lebih-lebih takut kena serang. So terpaksa kena behave sebentar.

"Done with your interview?"

Dia hanya mengangguk kepala sambil tersenyum. 

"Ok lets go!" pinggang dia aku rangkul dari kiri menggunakan tangan kanan. Cuaca pula agak sejuk, mungkin ini dapat membantu memberikan sedikit kepanasan kepada kami.

Kami berjalan turun menuju ke LRT Dang Wangi sambil mengusung barang masing-masing. Kereta aku parking di LRT Setiawangsa, so terpaksa la kami menaiki LRT ke sana.

"How long you will be there?"

"A long freaking month"

"Not that long. I bet you gonna missed Malaysian food right?"

"I think I will miss you more that I missed the foods" aku pandang tepat pada pada dia. Muka dia mula merah padam.

Pintu LRT terbuka, tangan aku dia tarik keluar dari situ. Aku tak sedar yang kami dah sampai ke Setiawangsa.


"Take care of yourself while you are there. Eat and sleep well. Take care of your health. Ring me if you have time" aku hanya senyum mendengar celoteh dia. Ada jugak orang yang kisahkan hidup aku yang tak berapa menarik ni.


Aku hanya mampu untuk melambai setelah kereta aku dia pandu pulang ke rumah dia. Mungkin bila aku balik dari Doha nanti, aku patut membawa sesuatu yang dapat mengembirakan hati dia.