Entri Hujung Bulan

Posted by | Posted in | Posted on 3:47:00 PM




Bukan lapisan ozon saja yang menerima kesan daripada perbuatan manusia yang durjana, begitu juga wallet aku. Memang sungguh berilmiah intro aku hari ini. Aku sedar akan hal ini. Tapi jangan tanya kenapa aku mahu menggunakan perkataan wallet untuk menggantikan kopek walaupun aku sedar, aku orang utara yang sangat tipikal.

Rasanya dah agak lama aku tak update blog dengan entri yang macam cilaka, tapi hari ini aku akan cuba.

Cuba bayangkan aku dalam keadaan yang sangat sengkek sekarang.  Bila aku sebut perkataan “bayangkan”, tak perlu la korang nak pejam mata nanti macam mana pulak korang nak baca entri aku.  Lagi pun nanti korang akan teraba-raba kat skrin computer korang macam nak baca tulisan braille. Yang paling aku takut kalau ada orang yang akan ambik kesempatan ini untuk meraba benda yang patut diaorang raba terutama set-set gadis. Gadis, bukan boleh percaya sangat diaorang ni, banyak akai. Aku ada petua yang aku amalkan kalau tak nak gadis ambil kesempatan ke atas lelaki. Sebelum keluar dengan mana-mana gadis pastikan korang keluar dengan keadaan berwuduk. Kalau ada gadis yang tetiba nak sentuh korang, korang boleh bagi alasan yang korang ada wuduk. Bijak tak?

Ok kita cuba sekali lagi untuk memahami cerita aku tadi, tapi kali ni dengan bersungguh.

Cuba bayangkan aku dalam keadaan yang sangat sengkek sampai nak makan pun terpaksa membuat  catuan.  Catuan makanan telah membawa aku ke tahap di mana boxer aku pun boleh londeh. Keadaan ini telah memaksa aku untuk korek benda yang sangat penting dalam hidup aku. Aku tahu bila aku sebut sahaja perkataan “korek”, ramai yang telah fikir sampai entah ke mana. Biasa la, otak manusia memang kreatif. Aku cuma nak cakap yang aku terpaksa korek tabung aku yang tak berapa ada rupa tabung demi untuk menyambung hidup di kota KL ni.

Dalam dok tak dok dalam office sambil dok update status Facebook aku, tiba-tiba aku terfikir suatu hukum yang baru yang hampir menyerupai Hukum Newton. Mungkin hukum ini akan dipakai oleh ramai pekerja yang makan gaji di seluruh dunia kelak. Aku yakin aku mampu untuk mendapatkan hadiah Nobel untuk tahun depan.

“Hukum Kerja Paklan menyatakan bahawa kadar kerja yang akan dilakukan adalah berkadar terus dengan baki duit gaji yang ada dalam bank”

Itu saja yang aku nak update, aku memang tak dak idea. Mungkin ini kesan sampingan bila aku ketahui Lisa Surihani akan bergelar Lisa SuriRumah esok.

"Semoga you berbahagia di samping dia dan kekal hendaknya sampai ke akhir hayat" ucapan yang berbaur kecewa.

Opika Restaurant One Utama

Posted by | Posted in , | Posted on 5:49:00 PM



Since I was boring on my birthday night so I make a call to RebeccaSaw  to ask for a good place to eat. I did asked her on tips for a nice place that serve a nice food that is good for me to celebrate my own birthday even I am not celebrating it with anyone special. She suggestted a restaurant that located in One Utama shopping mall, Opika Restaurant.




Since she was there at that time just finished her gym workout at Celebrity Fitness, so I have invited her to join me for my dinner. We meet up at the Lavender bread house after waiting her to change up her cloth. Then she bring me to  the restaurant that is located at Old Wing side of the One Utama. This restaurant is quite new in town, so there are still a lot of empty space that they havent fully utilize. They also provide organics goods such as juice and brown sugar. 



The interesting part about their restaurant is their kitchen windows is transparent to customers. So customers can watch how their food being prepared by their young and talented chef. The service here is quite good for me and they are very polite to their customer.




Opika restaurant is an organic restaurant that serve food from organic product such as meat, chicken and also fish. According to waitress there, soon there will a lot more new menu coming in such as duck.



Since this is our first time being here, so we go out for the best and order the specialty in the current menu. So the waitress there suggested us to try out their Nasi Ulam With Percik Chicken (RM30) for our main course and we added Swedish Style Meatball With Mashed Potato (RM28) as backup. =P


Nasi Ulam is not disappointing me in term of the taste. I have tasted nasi ulam that made by my mom before, yes this one is very similar what I had tasted before. You can taste all the ingredient and ulam  in there. A perfect combination with the Percik Chicken where the gravy for the percik is not overshadowing the taste of the Nasi Ulam. I enjoy until the plate is clean. Hehe.



If you have tasted IKEA Meatball before, you will expect that this one have same taste since it is from the same country, Sweden. But I didn't pay RM28 for nothing, yes the meat taste better than Ikea meatball and the gravy is much better from what we had in IKEA. According to RebeccaSaw, the meatball a bit salty but its work well for. Different people, different taste I guess.


Of course since today is my birthday for sure I want at least a slice of cake even though there no candle on in(Sobs!). I have choose the Green Tea Adzuki Roll (RM8) for the desserts.



The taste as quite not bad for me since it is not too creamy and the cake is not too sweet since I cant eat sweet thing too much. Of course all the portion I have shared with RebeccaSaw since our stomach is not "Perut Tong" and we   dont eat that much.

Its worth my time to come here. If you guys wanna go there and try out their food, check out below details.

Opika Organic Market & Restaurant,
LG 105-106, 1 Utama (Old Wing).
Tel: 03-7732-2581


Thanks again RebeccaSaw for your time and I really appreciate it. You guys should check out her blog to read her experience on foods. If I am not mistaken, she is currently running a contest and the prize is a weekend stay at Ritz-Carlton Hotel. So what are you guys waiting for, rush now to her blog.

Oh Yes! Happy Birthday to me on 17th Feb.. =)

Geezz..I am not good with english after all. Everything is broken. Failed =P

Loser Always Lose

Posted by | Posted in | Posted on 4:53:00 PM




Sedang aku duduk berguling-guling atas tilam yang boleh aku gambarkan seperti tilam pelacur murahan yang korang selalu tengok  dalam berita time sarang pelacur kena serbu. Lebih kurang macam tu la punya nazak tilam aku yang tak berlapik dengan katil mahu pun bedsheet. Bunyi macam geli tapi nak buat macam mana, bedsheet aku dah terkoyak habis. Lucky Becky ada bedsheet spare yang dia silap beli semasa nak pindah tempoh hari, katanya nak hantar malam ni ke rumah aku. Tunggu saja, cakap gadis bukan boleh percaya sangat. Tambah-tambah gadis sesibuk dia. Semalam pun dok adu bomba sebab tengah moral down sebab tayar kereta dia pancit.

Since aku dah kena reject dengan Julie, memang tak banyak benda yang aku boleh sensorang. Aku jenis tak makan banyak kalau makan sensorang. Tak berebut macam tak best. Dah banyak kali aku skip makan minggu lepas. Berat aku pun dah hilang hampir 3kilo.Tapi takan nak menangis guling-guling kat atas tilam macam dunia ni dah berakhir kot kan? Something yang telah aku letak dalam awal-awal lagi dalam fikiran aku sejak dulu lagi.

“Real stories not always end up with happily ever  after”

Malam Valentine, orang lain sibuk fikir hotel mana nak check in esok sempena Valentine Day aku pula sibuk  memikir apa yang aku boleh buat weekend ni. Ramai yang pelik kenapa aku tak sambut Valentine sedangkan nama gadis bercambah dalam blog aku. Sambut birthday pun  tak pernah ini kan pula nak sambut Valentine walaupun kebetulan kedua-duanya fell on the same week.  Tak ada masa. Selalunya aku akan end up lupa dengan birthday sendiri sebab terlalu sibuk dengan bekerja. Bila birthday aku? Tak payah aku bagi tau, bukannya korang nak prepare wish or hadiah pun untuk aku kan? See tak ada la happy sangat hidup aku ni. Duit pun dah kering sebab asyik bagi pinjam kat orang saja sampai diri sendiri pun runsing macam mana nak kumpul duit balik.

Sedang aku dok golek sedap-sedap atas tilam..

Kring…kring…

Kring…kring…

Apa cilaka klasik sangat bunyi handphone aku ni? Abaikan, bunyi handhpone aku tak ada sepenting mana compare dengan cerita yang aku sampaikan.

“Hello. Can I speak to Azlan?”

“Speaking.”

“Isk! Amoi mana pula yang call aku malam-malam ni? Tak ada waktu lain ka nak call aku selain dari waktu aku tengah berangan?” maki aku dengan penuh amarah sambil buat muka bebai walaupun dia tak mungkin nampak.

“Still remember me?”

“Your voice sound like familiar. Is this Zoey?”

“Walauwei..good ah you. Still remember me. It’s been a while right?”

“Yeah a few month I think”

Zoey, watak yang pernah muncul serangkap dalam blog aku dulu. Gadis headhunter yang nak offer aku kerja. Sebenarnya aku dah pun jumpa dia untuk 1st interview dengan company headhunter dia. Boleh tahan la gua cakap lu. Tapi, I have to be a professional when it comes to work. Mau dia bebai dengan aku nanti, tak dapat pulak aku job baru memandangkan company aku sekarang ni memang tak ada bonus. (Demm! Aku memang tengah sengkek sekarang)

“What are you doing right now?”

“Guling-guling”

“What is that?”

Aku terlupa yang tak ramai gadis yang faham dengan bahasa yang aku tuturkan. Kadang-kadang ada yang buat tak paham dan bertanya soalan yang lebih supaya mereka dapat peluang untuk bercakap dengan aku lebih lama. Gadis, memang banyak alasan dan helah yang mereka ada dalam kepala otak mereka.

“Almost similar semacam bergomol, tahu?”

“Biar betul ni?”

“Nope. Just kidding. So whats up? Tetiba call I malam-malam buta ni?”

“Nak ajak you bergomol la”

“Huh?”

“Hehe..Yes, I dapat I punya revenge balik.”

Perempuan, memang pendendam. Sekali korang dah buat kat diorang, diaorang pasti akan ingat sampai bila-bila. So take this note.

“Cis cis dan cis..I rasa nak tokak ja you sekarang ni. Tahu tak yang I ni spesis liar?

Posisi tidur aku, aku alih dari meniarap kepada menelentang sebab ada benda yang tersangkut.

“Amboi ganas. Nak tokak kat mana tuh? Wek!!”

“Tahu takut.”

“Hehehe…You nak tak kalau I offer you satu job?”

“Nak offer job apa kat I malam-mala buta ni. Nak ambik I jadi husband you ka?”

Sejak dua menjak ni aku memang menggila sikit. Sikit tapi tak banyak. Cakap pun dah tak berlapik dengan talam lagi dah, main lepas ja. Kalau drive kereta sedar-sedar dah sampai ke penghujung jalan mati. Aku dah jadi tak kisah dengan perasaan orang lain.

“Isk you ni. Ada satu job tapi jauh dari tempat you duduk sekarang. The point is, sanggup you pindah keluar dari tempat you sekarang”

Aku berfikir panjang pasal tawaran dia. Kalau aku duduk di sini pun dah macam tak ada tujuan hidup lagi dah. Keluar makan sensorang, duduk lepak rumah pun sensorang, kadang-kadang weekend pun terpaksa berseorangan.

“Ok, I sanggup. Just forward my resume to you client”

“Ok. Thanks Azlan. So dah prepare flowers for your love one tomorrow?”

Life is about understanding each others. Kita hormat orang, orang akan hormat kita. So don’t expect semua orang faham tentang kepercayaan kita. Kita boleh cuba terang dengan cara yang lemah lembut tentang apa yang kita. Tapi tak perlu nak jadi terlalu extremist kalau orang tak dapat terima. Tak perlu nak maki hamun sampai guna perkataan “Kafir” walau pun sememangnya dalam agama ada disebut tentangnya. Lidah dan akal itu sama tajam, gunakan dengan sebaiknya.

“I single la. Lain la kalau you nak keluar date dengan I”

“Kenapa you tak ajak sebelum ni? You lambat seminit. Baru ja tadi ada orang ajak I keluar.”

"OK Fine. Bye!"
 
Perbualan tamat.

Sigh~ Loser.

Decision

Posted by | Posted in | Posted on 5:18:00 PM





"Erm....not bad" aku sambung menguyah. Mungkin sebab terlalu lapar atau pun terlalu sedap. Aku tak tahu yang mana satu,  tetapi aku dah tak boleh berhenti mengunyah.

"Told ya." dia tersenyum lebar melihat gelagat aku seperti tak pernah makan seminggu. Perempuan kalau kita puji masakan dia, dia akan lebih cair berbanding bila kita puji fizikal mereka. Kalau kita puji lebih-lebih fizikal mereka, mereka boleh tersalah paham dengan niat kita. Tapi kalau kita puji lebih-lebih masakan mereka, its nothing harm to us and them. So puji la sebanyak mana yang korang mahu.

She is good in cooking, I have to admit that. Plus maybe better than me. Zaman sekarang memang sukar untuk jumpa dengan gadis lentik yang pandai masak. This is a perfect package for a guy. Dinner yang dia masak tadi di hidangkannya  di atas meja makan yang baru di belinya di Ikea semalam. Tiada lilin yang perlu dinyalakan kerana ini bukan candle light dinner. Seperti yang korang selalu bayangkan berlaku dalam novel atau drama.

“Where do you learn to cook?” bagi kebanyakkan gadis lain, biasanya jawapan mereka adalah ibu atau pun nenek. But different story from Becky yang aku tahu serba sedikit sejarah silam dia yang menyebabkan aku ingin sangat mendengar jawapan dari gadis yang setabah dia.

“Through friends and some through net lo. Nowdays a lot of things that you find in there.” Jawapan yang membuatkan aku tersentak seketika.

Internet, something yang common dalam hidup aku dulu dan sekarang. Internet juga la punca aku mengetahui sesuatu yang disembunyikan daripada telinga aku selama ini. Internet jugalah punca aku mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dulu pernah rapat dengan aku.

“Assalamualaikum..maaf makcik, slps Lan dah tak dpt pergi ke rumah mkcik lagi. Harap mkcik halalkan makan & minum Lan selama ni. Kirim salam kat semua orang yg lain.”

“Knapa Lan, kami ada buat Lan berkecil hati ka? Makcik sentiasa doakan Lan dlm keadaan baik. Pesan makcik, jaga diri, peribadi & tuturkata. Makcik amt brbesar hati Lan anggap kami mcm family sendiri. Segala pertolongan Lan hanya Allah yg dpt membalas. Maaflah andai semua ini menyinggung hati Lan. Tabah, sabar lalui hidup ini. Moga Lan temui kebahagian. Wassalam.”

“Ada sebab yang Lan tak boleh nak sebut tapi tiada siapa yang bersalah. Cuma ini tindakan terbaik yang Lan perlu buat. Jaga diri baik2. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam. Wlau apapun mcik ttp anggap Lan mcm keluarga. Jgn kecil hati. Ada masa, hati rasa sunyi, pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk Lan.”

Itu tindakan bodoh yang terpaksa aku ambil minggu lepas memandangkan ada hati yang tidak berapa senang dengan kehadiran aku dalam keluarga mereka. Mungkin ramai yang akan mengata tentang kebodohan aku untuk memutuskan satu pertalian yang terjalin dengan tidak sengaja ini. Namun, apa guna untuk teruskannya kalau ada hati yang tak suka dengan kehadiran kita. Bukankan itu nanti akan mengudang rasa tidak selesa. Aku orang luar, memang tidak patut untuk aku meletakkan diri aku pada tempat yang tidak sepatutnya aku berada. Memang agak sedih untuk berpisah bila kita dah jadi terlalu rapat, namun rasa terkilan aku bila dituduh untuk melakukan sesuatu yang terkutuk itu lebih besar dari perpisahan ini. Biarlah ianya berakhir di sini sahaja.

“Hey!!!” satu jeritan yang menyedarkan aku dari lamunan sendiri. Tangan dia di lambai-lambaikan dihadapan mata aku.

“Ops! Sorry where was we? Hehehe..” aku senyum kecil pada Becky yang masih setia di hadapan aku.

“Malas la I nak bercakap sensorang.” perli dia.

“Ok. I am so sorry. Let me cook dinner for you next time OK?” aku sedaya updaya cuba untuk memujuk rajuk manja dia.

Dia hanya anggukkan kepala. Aku potong stik yang berada dalam pinggan, lalu  aku suapkan ke mulut dia. Dia senyum lagi. Satu lagi scene yang menyebabkan aku teringat waktu di mana aku pernah buat benda yang sama pada Julie. Mula-mula dia malu, tapi selepas itu habis stik tersebut dia bedal. Julie, memang dia kuat makan. Tapi itu semua dulu. Semoga dia bahagia dengan pilihan dia. Moga dia akan jadi lebih tenang juga dengan tindakan yang telah aku ambil.

Write If You Cant Say It

Posted by | Posted in | Posted on 5:56:00 PM




Lately aku dah jarang menulis apa yang sepatutnya aku tulis semingggu sekali di sini. Aku tak tahu alasan apa yang patut aku berikan, aku juga tak tahu apa yang patut aku tipu untuk menyatakan aku hampir hilang semangat untuk menulis.


Tapi bila dah tak menulis segalanya akan terbuku di dalam sampai kadang kala rasa beban menyukarkan langkah perjalanan hidup. Beban tersebut bukan sesuatu yang senang kita lepaskan seperti kita menanggalkan baju untuk berbogel.

"There is no math that can calculate how deep a heart can be empty and there is no physic that measure the impact of sadness to a heart."

Minggu lepas, masa banyak aku habis untuk membantu orang yang langsung tiada pertalian darah dengan aku sampai aku terlupa untuk makan. Akhirnya menyebabkan tubuh aku hilang semangat juang untuk terus sihat. Berlarutan sehingga hampir seminggu dan selama itu jugalah aku rebah dalam kesakitan. Tapi sakit itu aku rasa berbaloi walaupun aku ambil masa yang lama untuk sembuh. 

Kesian ibu Julie, kaki dia patah hari rabu lepas akibat terlanggar batu berdekatan dengan rumah dia. Aku dah tolong apa yang aku termampu termasuk tolong masak makanan untuk adik-adik dan juga ibu dia untuk santapan makan tengah hari. Aku cuma harap dia sempat sembuh sebab mungkin selepas ini aku mungkin tidak akan jejakkan kaki lagi di sana. Demi memberikan apa yang hati Julie minta tapi tidak dapat diluahkan.

Adakalanya kita perlu belajar untuk tidak mengganggu hidup orang yang sememangnya tidak mahu kita berada disamping mereka mahu pun keluarga mereka. Kebanyakan mereka jarang mengatakan terus dari mulut mereka. Tapi kita sendiri dapat menduga dari tindakan mereka yang masih mahu  berinteraksi dengan manusia lain tapi tidak lagi kita dan juga tindakan menjauhkan diri mereka dari kita. Kita tak perlu cemerlang dalam matematik untuk menghitung semua ini. Cuma satu-satunya yang kita perlukan adalah kesedaran diri. 



"This is for me? Thats so sweet of you" tangan Becky menggapai plastik buah yang aku beli semasa aku singgah di R&R Sg Perak. Dia  bukak sambil menjenguk kandungan plastik tersebut sambil memegang kuah rojak Mak Bee. "Walawei! Kuah rojak some more" aku hanya senyum sambil menggapai tuala yang di selitkan di handbag dia lalu mengesat peluh yang masih menitik. Orang aktif seperti dia memang selalu pergi ke Gym untuk bersenam, untuk mengekalkan tenaga dan juga body shape.

"You dah makan?" aku hanya menggeleng kepala menjawab soalan dari dia. Lately aku kurang bercakap dengan sesiapa pun. Twitter dan Facebook dah jarang di sentuh. Dah hilang minat untuk online, dah hilang semangat untuk bersosial seperti selalu.

"Kurang berselera" jawab aku sepatah tanpa ekspresi yang jelas di wajah.




Dia menarik tangan aku menuju ke pintu keluar dari OU. "Lets go to my house. Let me cook something for you. I know you will love it. " 


*********************************************************

" Go and sit at the sofa la, why sit here?" Dia mengomel seperti makcik-makcik tatkala aku melabuhkan punggung di atas kerusi sambil memandang dia sedang memotong bawang.


"Besar dapur you" sambil aku memandang sekeliling melihat keluasan dapur dia. 


"Aaa..I suka masak ma" aku dah agak jawapan yang akan keluar dari mulut dia. Selalunya orang yang suka dapur yang besar ni memang sangat suka memasak. Aku pun memang suka dapur yang besar.

"I pun suka dapur yang besar, banyak benda yang boleh buat kalau ada dapur yang besar ni" sambil aku merenung tajam ke muka dia.


"Wekk!!!" dia menjelir manja lidah dia.




"You nak masak sup lidah ka yang dok jelir lidah tuh?" muka dia bertukar merah padam. Pisau di angkatnya dan di hala kepada aku "Shutup!" lidah di jelirkan sekali lagi. Aku angkat tangan tanda menyerah. Entah anggota badan mana la dia nak potong kalau aku tak diam seperti yang dia suruh.


"Can i ask something if you dont mind?" sambil menyambung memotong bahan masakkan. Tekun, nampak keikhlasan dia dalam masakan.


Perempuan ni memang pelik, sekejap suruh diam, sekejap suruh bercakap. Tapi itulah yang menjadikan mereka perempuan. Tak perlu difahami cuma perlu disayangi.


"There is no logic behind women's feeling"

 
"Yeah sure"

"Why  with the sad face? Is there anything that you want to share?" tanya dia dengan begitu prihatin dengan keadaan aku.


"Nothing. I letih driving balik dari hometown saja kot." aku cuba untuk menyembunyikan kesedihan dengan membuat senyuman palsu, tapi aku tak pasti berjaya atau gagal. "By having you here talk with me as a friend is good enough"

To be honest, smile and happiness is not in my vocab anymore. There is no definition and meaning to these two words. There is no medicine that can turn out this sadness into happiness for now.





"OK..OK..smile please. I tak nak masakan I jadi masam disebabkan muka monyok you tu" dia cuba menghiburkan aku.


"Wekk!!" aku balas balik lalu tersenyum.

 "Nak sup lidah la tuh?" dia usik manja.


Aku hanya mampu tersenyum.



Angpow

Posted by | Posted in | Posted on 5:00:00 PM


Angpow atau pun lebih dikenali sebagai "Red Envelop" dalam masyarakat Chinese selalunya diberikan semasa Tahun Baru Cina atau pun semasa kenduri kahwin. Ianya merupakan tradisi turun temurun bagi masyarakat Cina yang masih kekal sampai ke hari ini.

Tahukah korang yang warna merah ini dipilih disebabkan ianya melambang simbol "Tuah" dan juga warna yang dapat jauhkan semangat jahat. Nilai dalam angpow selalunya dalam nilai yang genap. Manakala nilai ganjil selalu diberikan semasa melawat majlis pengebumian atau kematian.

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, angpow biasanya diberikan oleh pasangan yang sudah berkahwin kepada yang masih belum berkahwin yang kebanyakannya adalah kanak-kanak. 

Sedikit sebanyak budaya ini telah meresap masuk ke dalam masyarakat Malaysia amnya di mana hampir setiap perayaan, kanak-kanak akan diberikan angpow oleh orang dewasa. Cuma bezanya, dalam budaya masyarakat Melayu angpow berwarna hijau digunakan. Namun tidak terdapat sebarang kepercayaan disebalik budaya masyarakat Melayu terhadap angpow ini kerana ianya cuma adaptasi dari budaya masyarakat Cina yang ada di Malaysia.

Begitulah indah dan kayanya budaya yang ada di Malaysia yang sedikit sebanyak mempengaruhi satu sama lain yang menambahkan rencah dalam hidup bermasyarakat.

Islam pun galakkan untuk berkahwin campur untuk mendapatkan zuriat yang lebih berkualiti. So tunggu apa lagi? Jom ikut aku p mengorat amoi. 

Hahaha..

Agak-agak aku masih layak dapat angpow tak sebab aku masih tak kahwin lagi ni? 

Kah kah kah....

Owh ya, kalau korang nak join photography contest by Petronas. Submit la photo korang kat link kat bawah. Mana tau ada peluang nak menang Angpow.

http://www.facebook.com/petronas1?sk=app_354326444581364

*Auto Publish Post*

Kenangan

Posted by | Posted in , | Posted on 8:00:00 AM




"Abang dok cari apa sampai bersepah bilik kita ni?"

Kedengaran suara yang sememangnya amat aku kenal menegur aku dari belakang. Suara yang sudah menjadi rencah dalam hidup aku. Suara yang kadang kala menjadi racun dan juga penawar dalam hidup aku. Namun aku bahagia dengan suara tersebut.

"Tak buat apa-apa pun. Tengah dok cari photobook kita. Awak nampak tak?"

Tiba-tiba malam tersebut aku teringin pula nak menyingkap kembali gambar-gambar kenangan yang telah kami ambil bersama. Gambar yang menggambarkan perjalanan hidup kami sehingga ke hari ini.
  
"Untung la saya dapat laki yang pelupa macam abang ni. Semua benda saya nak kena ingatkan. Saya simpan  atas almari tuh ha" jari telunjuk dia menuding pada atas almari sambil membebel dia seperti  seorang makcik-makcik yang sedang duduk lepak sambil mengumpat tentang perihal orang lain.

Aku hanya tersengih dengan bebelan dia, bingit namun itu yang aku suka tentang dia. "Tolong la ambikkan kejap boleh?" rayu aku yang tengah duduk bersila di bawah meja sambil mengemaskan kembali barangan yang telah aku punggah tadi.

Dia yang sedang bertuala menolak kerusi rapat ke almari dan kemudian memanjat kerusi tersebut dan jinjat membuka laci almari yang atas sekali. Sekali-sekala aku  mengintai apa yang ada disebalik tuala tersebut.

"Isk! orang tua ni" aku tersengih dengan bebelan dia masih tidak berhenti. "Nah! Ni dia photobook yang awak cari tadi" disuakan dia pada aku benda yang aku cari tadi.

"Nak pergi mana tu, mai la sini dekat abang dulu" tangan kiri aku menepuk paha kanan manakala tangan kanan aku menarik tangan dia merapati aku yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja tulis. 

"Isk! orang nak p mandi pun tak senang.Yela-yela abang sayang oi...kang merajuk pulak kalau tak layan." dia duduk di atas paha kanan aku dan terus pinggang dia aku rangkul kemas. Hidup suami isteri ni kena selalu bermanja-manja, baru ada kemanisan berumah tangga. Tak bosan.

"Anak-anak mana?"

"Anak-anak semua dah tidur."

"Good kids. Senang orang tua nak buat kerja." Dia  memandang aku  pelik. "Ingat lagi kat mana kita buat photobook ni?" soal aku sambil menyelak satu persatu helaian photobook tersebut sambil mengimbau kenangan kami dari waktu pertunangan, akad nikah, hari perkahwinan sehinggalah kini sudah beranak tiga, kembar. 

 

"Mana boleh tak ingat. Abang buat kat Foto Kenangan kan?" jawab dia ringkas. "Saya ingat lagi abang punya la bersungguh sampai nak design sendiri semua arrangement gambar ni. Nak buat storyline la konon" sambung dia sambil mencebik mulut.

Aku masih ingat lagi hari di mana aku sendiri yang mereka dan menyusun gambar-gambar yang ada dalam photobook tersebut. Sebelum ini banyak juga kedai photo aku pergi, namun semua kena ikut templete yang telah ditetap. Tambahan semuanya perlu dibuat terus di kedai mereka. Aku bebal dengan semua itu. Aku ada taste sendiri yang aku nak buat, aku nak corak sendiri gambar-gambar yang aku dah ambil dengan storyline yang aku akan garap sendiri. Semuanya memakan masa. 




Mujur aku terjumpa dengan satu laman  web yang menawarkan apa yang aku nak, Foto Kenangan. Apa yang aku perlu buat cuma  mengikuti 3 langkah mudah. Download software mereka secara PERCUMA ke komputer aku dan terus mula mendesign photobook aku sendiri. Setelah siap, aku boleh terus mengupload design photobook aku kepada mereka untuk dicetak. Kemudian, photobook tersebut akan terus dihantar sampai ke depan pintu rumah aku. Mudahkan? 

Photobook juga boleh dibuat secara online. Masa dan kreativiti bergantung kepada cara aku sendiri. Mereka juga ada menyediakan tutorial bagaimana untuk menggunakan software mereka di SINI. Software mereka dapat support untuk 2 platform Operating system iaitu Windows dan juga Mac. So tak ada alasan untuk tidak menggunakan software yang semudah dah userfriendly ni.


"Tau sebab apa abang buat photobook instead of print photo biasa?" aku cuba menguji minda dia.

"Tau..." sahut dia panjang. "Sebab tak nak gambar-gambar kita berselerak dan hilangkan?" dia mencari kepastian sambil memandang wajah aku.

Rambut dia yang panjang mengurai aku selak ke tepi cuping telinga. Kemudian pipi dia aku cium. "Smart girl! I like" puji aku. "Lagipun mana ada feel tengok gambar dari Digital Frame atau pun Kompuer. Agak susah juga kalau kengkawan kita datang nak tengok album kahwin kita. Lagipun tak ada mahal mana nak buat photobook ni, serendah RM48 ja." 

"Aaa..Saya ingat lagi. Masa tuh sampai abang pening nak pilih cover yang sesuai untuk photobook kita sebab banyak sangat selection dia." dia cuba ingatkan aku balik detik di mana aku confuse dalam membuat pilihan cover. Memang payah, sepayah memilih gadis yang patut kita perlu kahwini.



"Yup" sahut aku pendek. Akhirnya pada ketika itu aku memilih untuk menggunakan album Classic Square yang paling laris yang berharga RM168 sahaja sebab itu merupakan pilihan yang paling laris. So, siapa kata aku tak bergambar. Aku hanya akan bergambar dengan orang yang telah sah menjadi yang halal bagi aku.

"Tapi kan abang, saya hairan la." muka dia mula berkerut, penuh dengan seribu soalan.

"Apa yang nak dihairankan pula?"

"Kenapa tak ada sekeping pun gambar abang sewaktu abang single dulu."

"Abang mana suka bergambar sensorang, lagi pun time gambar dengan skandal mana boleh ambik, nanti kantoi la abang dengan skandal-skandal yang lain." aku sengih.



"Amboi!!!" tangan dia laju mencubit manja tapi agak kuat pada paha aku yang berada dicelah kangkang dia. 

"Adeh! Adeh! Adeh!" jerit aku manja. "Ni macam nak ajak main aci ligan ja ni?" aku cucuk pinggang dia dengan jari telunjuk.

Dia berlari ke kepala katil sambil ketawa manja. Mula-mula habis bantal ada yang dia baling pada aku ketika aku cuba mengejar dia. Tak cukup dengan bantal, bantal dakap dan selimut yang berat tu pun jadi kerja dibuatnya. Lepas tu dah tak  ada apa yang tinggal untuk dia baling termasuk tuala yang singgah di muka aku tadi. Dia seakan sudah mengalah.

Happy Ending...




*Cerita yang mungkin terjadi 5 tahun akan datang* 


Untuk mendapatkan cerita yang happy ending macam ni, maka bersegeralah anda untuk menghubungi support@fotokenangan.my atau pun terus call mereka 012 - 211 8246. Maklumat lanjut boleh didapati di fanpage facebook mereka http://www.facebook.com/fotokenangan.my website mereka http://www.fotokenangan.my