Entry Terhangat (Respon Reader/Silent Reader)

Posted by | Posted in | Posted on 7:47:00 AM





Entry Everything Is About 22 Januari 2012 memberi banyak impak yang membuatkan ramai silent reader blog aku muncul untuk memberi komen, tak kira Positive atau pun Negative. Saksikan komen-komen yang telah aku kutip. Korang nilai sendiri yang mana  elok yang mana tidak. Entry ini juga yang telah memaksa aku menarik semula sekeping gambar gadis bertudung dari blog aku demi untuk menjaga privacy dia dan hak dia sebagai seorang wanita.









Everything Is About 22 January 2012

Posted by | Posted in | Posted on 12:26:00 PM





"Raya Cina ni kau balik tak bro?"
 
"Tak kot, mesti highway jam teruk nanti. Aku balik awal bulan 2 kot nanti"

"Betul tak balik ni? Tak menyesal?"

Aku hanya menggeleng kepala menjawab soalan dari kawan aku ,si Azad. 

Dup..dup..dup..

Kemudian dia hanya menepuk bahu aku yang pejal dengan otot sambil mengucapkan "Gudluck bro. Lama tuh 4 hari." sambil menghembuskan nafas yang bercampur dengan asap rokok ke udara.

"Awek itu HARAM. Bini itu HALAL. Tapi HARAM JADAH kalau hisap rokok sampai berkepul asap rokok dalam bilik aku" maki aku dalam hati.

Aku senyum kepada dia. Aku paham, siapa yang tak nak balik kampung time cuti panjang. Memang susah untuk hidup 4 hari bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Tapi aku ada sebab aku tersendiri untuk tidak balik kali ni walaupun aku terpaksa mengorbankan cuti 4 hari aku. Aku rasanya ianya berbaloi.

*********************************************

Seperti biasa, aku akan bangun awal sama ada tidur berseorang atau pun tidak, dah jadi tabiat. Lately aku semakin ligat dengan twitter. Orang tweet, aku troll. Paling tidak pun aku reply dengan jawapan yang kadang related tapi agak nonsense. Itu aku, aku bukan nak cari awek dalam twitter ni, tak berminat.  

"Morrninnggg! I wan dimmm summm! :D"

"Haha so early to eat la babe"

"Eating is something that we can do anytime what =P"

" =) About our plan. Today or we postpone to another day?"

"I scared jamm..."

"yeah maybe. Last minute shopping. But I can come n pickup U."

Aku pernah cerita tentang gadis ni dalam entry aku yang lepas. Kami hanya berbalas tweet dan dm tak sempat berjumpa satu sama lain. Aku pun tak pernah terlintas nak minta nombor telefon dia. Macam biasa la, aku. Liat nak save nombor telefon orang apatah lagi nak minta. Sedar tak sedar dalam bertweet kami beralih ke DM. Lebih private mungkin bagi dia. Yala, aku pun low profile. Dia pula banyak client yang sedang "membaca" apa yang dia tweetkan. So tidak elok untuk bisnes dan reputasi dia. Aku sedar itu.

Akhirnya kami berjanji untuk berjumpa di Viva Mall untuk menonton wayang bersama kerana dia perlu berjumpa dengan blogger lain untuk menghantar sesuatu. Mulanya agak cuak aku dalam mencari jalan ke sana. "Viva Mall? Wujud ka?" soal aku dalam hati. Memang aku tak pernah dengar sebelum ni. Tapi terima kasih kepada Encik Google, semua jawapan dia ada.

*********************************************

Wow!!! Boleh tahan.

Itu first impression bila aku pandang dia buat kali pertama. Senyuman dia yang tersipul malu. Rambut yang ponytail, tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Berbaju single, berskirt pendek dan juga wedges. Match semuanya tentang dia. Tapi aku masih berlagak cool dan tidak gelojoh sambil berjalan perlahan tenang menuju pada pada dia yang sedang berbual dengan kawan dia sambil memegang video cam.
 

Tangan kami bertaut "Hi busy women" wajah aku masih tak lekang dengan  senyuman sambil cuba untuk menyembunyikan kegatalan yang ada.

"Pak Lan?"  soal dia seperti tidak percaya. Tergamam dia seketika. Entah apa yang dia fikirkan pada waktu tersebut.

"Just called me Lan. You must be Becky right?" tangan dia aku goncang, begitu juga dengan benda lain yang turut bergoncang sama termasuk anting-anting di telinga dia.

Dia sememangnya sibuk dengan urusan kerja dia. Memang susah nak kejar. Tapi kata orang "To date with a runner, You need to be able to chase them". Itu yang aku buat pagi tadi. Nampaknya usaha aku tak sia-sia melihat susuk tubuh di depan aku ni. Tempat dan benda baru, memang berbaloi untuk diteroka. Kami berjalan-jalan berdua setelah selesai dengan urusan dia.

"You check movie ticket already?" tanya dia sambil membelek-belek women stuff yang berada di depan dia.

"Dah, but later we go again because I not sure what movie you want to watch plus I dont know when you will arrive busy women" aku cuba memerli dia.

"Wekk!!!" dia menjelir lidah manja. Aku pula rasa macam nak tokak ja lidah dia. Dia tunduk menonggeng di depan aku mencapai sesuatu. "Not bad" terdetik dalam hati kecil aku. 

"Cantik tak cincin ni? Which one do you prefer?" sambil menayangkan cincin Angry bird dia yang berwarna kuning dan merah.

Aku sarungkan kedua - dua cincin tersebut di kedua-dua belah jari manis dia. Lalu aku pandang dia dari atas sampai bawah. "Take the yellow one. Kena dengan dressing you hari ni". 

Dia tersenyum memandang aku, mungkin kerana aku melayan karenah dia. "I ambik ini ya kakak. How much?" 

"Sepuluh ringgit satu" jawab amoi yang sepuluh kali kurang comel berbanding dia.

"Lets go, we need to rush for movie." Aku menarik tangan kiri dia. Mata dia masih di jari manis kanan dia sambil-sambil sekali dia menayangkan cincin yang tersarung dijarinya. Langkah semakin laju, sebab kami mengejar masa.

Dia decide untuk menonton Contraband sebab cuma itu tayangan yang paling awal selain dari filem 3D yang ada. Aku tak suka dengan filem 3D begitu juga dengan dia. Boleh buat kepala pening dengan memakai spek yang tak guna. Lagi pun nanti mesti susah aku nak pandang ke tepi. 

Seperti yang dijangka, memang tak ramai orang yang menonton wayang  pada hari tersebut. Lengang dari kelibat manusia yang bersendirian mahu pun yang berdua. Boleh di kira dengan jari yang ada dalam pawagam tersebut. Itu tak jadi masalah bagi aku. Sebab aku pun dah biasa menonton wayang sorang-sorang. Menonton wayang tak perlukan ramai orang untuk menjadikan wayang tersebut menarik, bukannya kita nak buat wayang pun dalam wayang.

Dalam sedar tak sedar, tetiba tangan dia sudah berada di atas dan di bawah tangan kiri aku. Di gosoknya demi cuba untuk mencari kepanasan dalam kedinginan. Aku toleh ke kiri dan lihat dia sudah mengigil kesejukan. Kesian, itu yang terlintas dari sudut hati aku. Kaki dia pun sudah tidak senang duduk dari tadi. Lantas aku bangun dan menanggalkan jaket yang aku pakai, dan aku selimutkan dia.

"You not cold meh?" dia membisik di telinga aku.

"Dont worry about me, I still can handle it" Dia hanya mampu tersenyum dengan jawapan aku tersebut, aku balas semua senyuman dia tersebut dan sambung semula menonton wayang. Walaupun pada dasarnya sejuk dan lelaki adalah satu sumpahan yang kekal. Takpa, aku tahan.


*********************************************


"How was that movie just now?" soal aku sambil menghirup Peach tea di salah sebuah kedai yang menghidangkan makan korea. Cuba untuk mengurangkan kesejukan.

"Boleh tahan. It make me think what happen to the drugs and money." jawapan dia sambil sedang memakai sesuatu pada muka dia. "Can do me a favour?" sambung dia.

"Sure. What?"

"Take my photo while I wearing this..hehehe.." dia tergelak-gelak sambil menyarung mask dan google .



"Ready? 1..2..3!!" aku ambik menggunakan kamera dia dan Iphone aku. "Can I ask something?" tanya aku sambil dia perlahan-lahan menanggalkan mask dan google dia.

"Sure, what u want to know?"

"Nothing much. I am looking for a gift for my friend.  Tomorrow is her birthday, but I still cant decide what I should buy."

"Your girlfriend?" dengan nada dan wajah sedikit kecewa. Nampak di muka dia.

"Nope. We are just friend. She already have a boyfriend." aku senyum pada dia.

"Describe her to me. I will try to suggest something" wajah dia berubah semula dan dia dengan nada bersungguh ingin membantu.

"Well, I dont much about her to begin with. A typical malay girl who wear tudung. She like white and green colour. She's like spicy food and love to eat white rice. She didnt like flowers or teddy bear unless it is given by her love one. She cant wear steel because her skin is quite sensitive to it. She dont wear a heavy makeup like other girls, plus sometimes she went out without a single makeup on her face. She a type of girl that will wear any cloth that fits her. Bukan jenis terlalu bergaya I mean. She like outdoors activity. So is there anything that you can suggest?" terang aku dengan panjang lebar.

"Thats so details. Seems like you know her well. Let me think for a while. Later I tell you. Lets eat. You must be hungry right to skip your lunch?"



Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum sengih. Tangan mula memegang chopstick dan mula menyuap makanan ke mulut. Sekali sekala, aku suapkan ke mulut gadis yang berada dihadapan aku ni. Cuba untuk mengambil hati.

Itu yang berlaku semasa hari Sabtu lepas semasa aku mati dalam kebosanan  mencari teman di kala sunyi. Waktu tersebut bukan senang untuk mencari teman kerana semua orang fikir nak balik kampung. Itu juga la sebab kenapa highway penuh dibanjiri kereta dan manusia yang ingin pulang bercuti.

Ahad, 22 Januari 2012. Aku bangun awal pagi seperti biasa. Melakukan sedikit senaman ringan di rumah untuk mengekalkan bentuk badan dan stamina. Lelaki tanpa stamina umpama enjin tanpa minyak, tak boleh bergerak nanti. Aku unlock handphone, namun hampa kerana sms dan call aku semalam tidak berbalas. Namun, aku masih tidak berputus asa. Itu sifat degil aku yang aku sendiri tak faham. Tidak menghargai yang mudah, tetapi mengejar yang susah.

"Lepas zuhur aci?"

Satu sms yang mengubah rasa bebal aku. "Ok" balas aku pendek.

Kereta aku pandu ke Putrajaya menyusuri MRR2 sambil aku melihat hadiah yang sedia berbungkus dan diletakkan di atas seat penumpang di sebelah aku. Tak banyak harapan aku, cuma aku harap dia akan sukakannya walau pun ianya tidak semahal hadiah yang pernah aku belikan untuk skandal aku yang dulu.


Tok..tok..tok..

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam.."

Kedengaran suara lelaki yang menjawab salam tersebut. Aku yakin itu adik lelaki dia. Aku duduk sambil belakang badan aku menghadap pintu rumah. Sedang mencari ayat yang sesuai untuk diucapkan kepada dia dan pada masa yang sama aku cuba untuk menyembunyikan benda yang berada di tangan aku.

"Warghh!!!", suara yang datang dari belakang aku sambil terasa badan aku seperti ditolak manja.
Aku tolek kebelakang, kelihatan wajah yang amat aku kenal. Dia memang suka bergurau macam ni, Julie. Aku bangun lalu aku memandang tepat pada wajah yang dah hampir 2 bulan aku jumpa. Melepaskan sedikit kerinduan memandang dia tanpa suara seketika. Aku pandang dia dari bawah sampai ke atas. Berseluar dan baju putih dan bertudung ungu. Entah macam mana warna pakaian yang dia pilih hari seakan sama dengan hadiah yang bakal aku berikan pada dia hari ni. Mungkin ini suratan atau pun kebetulan.


"Happy Birthday!"
itu saja yang mampu keluar dari mulut aku yang kaku. Dah lama tak berjumpa menyebabkan lidah aku kaku. "Jom!" sambil aku membuka pintu kereta untuk dia. Dia memandang aku pelik sebab aku tak pernah lagi buat macam ni. "Special treat for birthday girl". Dia senyum dah masuk. Pintu kereta aku tutup dengan perlahan.

"Chup! Kita nak ke mana nie? Nanti terus hantar I balik rumah sewa boleh?" dia bersuara memecah kesunyian.

Aku hanya mengangguk perlahan. "Kita g cari kek dulu. What the meaning of birthday kalau tak ada kek kan?" dia tersenyum, senyuman yang membuatkan hati aku tenang seketika. Senyuman yang sudah tidak lama dijamu mata aku begitu juga dengan wajah dia.


Aku cuba untuk menghiburkan hati dia pada hari tersebut walaupun pada dasarnya aku ni bukan sesiapa bagi dia. Atleast dia tidak berseorangan pada harijadi dia. Ini juga la sebab aku tidak balik bercuti walaupun tempoh 4 hari itu agak lama. Bagi aku kegembiraan di wajah dia sehari lebih bermakna dari cuti 4 hari yang aku korbankan ini.

Dari Wangsawalk pada mula aku hendak bawak dia ke Tasik Titiwangsa, namun aku terpaksa menukar rancangan ke KLCC disebabkan hari hujan.

"You pernah makan Nando's?"

"Tak pernah, kenapa?"

"Ok, jom I bawak you. Mesti you suka  sebab dia pedas."

"Really, mesti sedap kalau macam tuh."

Julie dan pedas memang tak boleh dipisahkan. Sedikit sebanyak aku dah terpengaruh dengan dia dan family dia. Selalu sangat makan sampai aku rasakan cili padi tu macam sayur sahaja. Pengaruh pedas aku memang dah tak boleh diubati. Aku tak dapat bayangkan hidup tanpa pedas sebagai rasa dalam makanan.

Aku temankan dia betul-betul sampai ke depan pintu rumah sewa dia sewaktu aku menghantar dia pulang.

"Tak nak masuk?" dia cuba mengusik.

"Nak, tapi selepas kawen" aku bersandar ke tembok yang bertentang dengan pintu rumah.

"Wekk!!!" Dia menjelir lidah pada aku sambil berdiri betul di hadapan grill pintu rumah dia yang sudah terbuka.

"Erm..Julie.."


"Yes?" dia memandang tepat ke wajah aku menanti sambungan ayat seterusnya dari aku.



"Will you marry me?"

Soalan yang masih aku nanti jawapannya sehingga ke hari ini.

Recovering

Posted by | Posted in | Posted on 9:47:00 AM




Hidup single tak semestinya kita akan jadi bosan kalau kita pandai untuk menghiburkan diri kita sendiri. Kalau dah single tu, janganlah asyik duduk terperuk dalam rumah dan hanya menghadap laptop sambil berharap korang akan bertemu dengan jodoh anda. Laman sosial memang merupakan satu alternatif untuk mencari pasangan, tapi berapa ramai yang sedar yang 80% muka dan sifat yang mereka paparkan dalam laman sosial adalah 80% palsu.

minda aku yang mati kutu tak tahu  nak buat apa telah membuatkan aku curang dengan prinsip sendiri. Tong sampah aku selongkar untuk mencari sesuatu. Ada beberapa keping name card yang pernah aku buang dulu. Semuanya nama gadis. Akhir sekali timbul semula nama Nina Karina, gadis utara yang aku kenal semasa nak naik LRT dulu dan pernah aku ceritakan dalam blog aku dulu. (Part 1, Part 2, Part 3)

"You. Buat apa, jom pergi jog nak?"  sms ringkas aku hantar. Kemudian aku masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengharapkan balasan segera sebab aku pun dah lama tak contact dia. Sms dan call dia yang dulu pun aku jarang reply atau angkat. Sekarang benda ni terjadi dekat aku sendiri bila Julie buat benda yang sama. Memang ini hukum alam.

"Hey u, mana menghilang? Nak pergi bila?" balasan sms yang aku terima. Tersenyum sebentar sebab dia tidak berdendam dengan aku.

"Busy with works lately. Petang ni nak?" Alasan kuno seorang lelaki.

"Its ok. I paham. Ok, come n pick me up at my home can?" 

"Sms me your home addr. Tapi merempit saja aci?"

"What happen to your car?"

"Sold it."

 "Yeah! No problem. I dulu pun minah rempit jugak =P"

Sebenarnya tak ramai perempuan yang sanggup keluar bersama lelaki bila mana mereka sudah tidak lagi mempunyai kereta. Impression mereka terhadap lelaki selalunya akan berubah. Bila kau selalu ambik perempuan tu pakai kereta, tetiba kau datang ambik dia pakai kapcai buruk.

Perempuan mana yang merasakan standard mereka telah terjatuh. Kalau jenis yang selalu menunjuk dengan rakan-rakan yang lain, kemungkinan besar silap hari bulan mereka akan tinggalkan laki tersebut. Perempuan, banyak yang materialistik. Kenyataan. Alasan kukuh mereka, kalau kau tak mampu nak jaga ekonomi sendiri macam mana kau nak tanggung diorang lepas kahwin nanti. Kadang ada  betulnya juga, tapi kadang kalau dah ditakdirkan lelaki itu hanya punya kenderaan bernama kapcai seumur hidup, adakah mereka ini tak layak dikahwini?

Petang tuh tak ramai orang yang berada di Tasik Titiwangsa. Agak sedikit pelik dari kebiasaan. Mungkin ada event lain yang perlu mereka attend sampai lengang macam ni sekali. Baru seround jogging aku tengok ni Nina ni dah mengah. Dicapainya tangan aku, ditarik ke tepi.

"You rehat jap, I penat." dia aku lihat tercungap-cungap. Sampai bernafas menggunakan mulut. Aku gelengkan kepala dan senyum bila melihat gelagat dia. Aku pimpin dia sampai ke kerusi di sebalik pokok buloh. Duduk tersandar dia bila sampai di situ.


"Nak bantuan CPR?" tiba-tiba singgah satu cubitan sipi-sipi si paha aku. "Adeh! Adeh!!" dia ketawa melihat aku menjerit kesakitan.


"Are you ok? Nampak muram ja?"  ada sesetengah lelaki macam aku, kami memang tak pandai nak sembunyi apa yang adalah dalam fikiran dan hati kami. Selalunya akan terpampang diwajah. Namun tak bermaksud kami ni terlalu feeling.

"Nothing!" aku cuba senyum pada dia.

Tiba-tiba kedengaran suara dari sebalik pokok di meja yang kami sedang duduk. Kami berdua cuba untuk mengintai dari situ.

Muah!!!

"Cium la sekali lagi"

Muah!!!

"Tak rasa pun, tak ikhlas erk?"

Muah!!! Muah!!

"Macam tuh la, sayang dia. Meh nak cium balik, nak?" kepala dia angguk laju sambil tersenyum.

Muah!!! Muah!!! Muah!!!

"Macam ni la anak ayah. Nanti dah besar jangan lupa kan ayah ok?" mereka sambung berdua. Seronok sungguh melihat gelagat anak dan ayah tersebut. Dalam hati kecil aku terlintas, bagaimana la ada orang sanggup buang ayah dan ibu sendiri bila mereka dah dewasa. Diaorang tak nampak ka pengorbanan yang parent kita buat dari kita kecil sampai kita besar. Tapi inilah manusiakan, bila dah besar mereka rasakan ibu bapa ada beban untuk mereka. Beban yang patut mereka singkirkan. Betapa kotornya hati mereka.

"Erm..Niza..eh...Azi..eh lupa pulak nama you." Nina seperti muram sedikit bila aku lupakan nama dia.

"Nina la" suara kuat dia mengingatkan aku kembali kepada nama dia yang sebenar. "You ni, nama I pun boleh lupa. Tudia la, banyak sangat perempuan la tuh" dia berpusing lalu mengalihkan muka dari aku.

Aku pegang bahu dia dan cuba untuk memujuk. "Sorry la, I bukan sengaja. Makan pun I boleh lupa ni kan pulak nama you."

"Yela, sapa la I ni kan." mucung dia bertambah panjang. "Nak cakap apa tadi?"

"Tah la, I dah lupa. Abaikan. Bukannya penting pun. Dah la jom pergi breakfast. I tak makan dari kelmarin."

"Patut la you nampak kurus sikit sekarang. "

Aku hanya tersenyum mendengar jawapan dari dia.



Kisah Seorang Loser

Posted by | Posted in | Posted on 7:00:00 AM




Keting ~

Berdesup ia pergi macam pelesit, jauh dari pandangan mata kasar manusia. Mulanya agak sukar, namun setelah aku cuba untuk mencari kedudukan ia yang sebenar, aku berjaya. Ini saja perkara yang berjaya aku lakukan dalam hidup aku. Selain itu, aku memang seorang yang loser.

Hidup sebagai seorang loser dalam kisah cinta memang tough. Kau kena bersedia untuk kecewa, bersedia untuk terluka dan bersedia untuk bersendirian. Julie hilangkan diri lagi sekali. Mungkin dia dah buang aku dari hidup dia. Mungkin. Apa yang aku mampu lakukan cuma untuk bersendirian dihujung minggu.


"Mu buat apa hujung minggu ni?" Broframestone seakan tahu yang aku sedang keseorangan. Soalan dia tepat pada masanya.

"Ada apa bro?"

"Jom ikut aku g main golf?"

"Dengan sapa ja?"

"Ben"

"Ben Ashaari?"

"Bukanla, Ben Octove." Baru aku ingat yang Ben Octove ada mengajak kami berdua pergi bermain golf minggu lepas. Apa salahnya, aku pun tengah bosan.

"Ok jugak, aku pun bosan ni. Kang nanti kau datang sini, kita pergi naik kereta aku ja nanti." 



Itu scene yang berlaku semasa aku sedang berbaring dan memakai berboxer baldu biru sambil membiarkan ianya ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang datang terus dari beranda sambil menonton Dragonball. Asyik, kadangkala membuatkan sesetengah orang khayal dengan belaian angin. Siapa kata lelaki dewasa macam aku tak tengok kartun. Ini dah kira ok berbanding dengan lelaki lain yang lebih prefer hentai dari anime.

Bersambung balik ke babak di mana kami sedang memukul bola golf di Kelab Darul Ehsan, Ampang Selangor.

Walaupun permainan golf tak sepopular bola sepak, namun bagi aku yang berketurunan kidal tapi terpaksa bermain seperti orang kanan bermain, memang mencabar. Ben, aku lihat asyik mengajar Bro cara-cara untuk bermain golf dengan betul. Sementara aku duduk tersandar pada dinding kerana tangan yang kesakitan. Itulah yang kita akan rasa kalau kita terlalu memaksa diri dalam segenap perkara.

Aku gapai Iphone 4 aku, aku unlock namun hampa. Tak guna ada handphone yang canggih kalau tak ada orang nak sms atau pun call kita. Rasa macam nak campak ja masuk ke dalam tasik di depan aku ni, tapi bila fikir-fikir balik buat apa nak jadi orang bodoh. Kalau rasa nak bodoh sangat baik aku sendiri yang terjun.

"What are you doing?" DM yang aku terima dari seorang blogger yang aku kenal tapi belum pernah berjumpa. Sedikit mengubah suasana yang muram tadi. Aku tenggelam dalam dunia twitter.

"Nothing. Just playing golf with friends. U?" 

"At some event. About our plan, are you free next week? I wan go here - After ate http://eatdrinkkl.blogspot.com/2012/01/living-food-after-ate.html"

"Yeah, the dessert look yummy. Just set your date, I will just be around here except this coming thurs."

"im only free tis week on thus. LOL.. we try atr week"

"Haha so unlucky me. Yeah sure. Weekend also can. No plan yet. During CNY i will hang up here. No rush"

"oh yes! alone on CNY" 

Jawapan dari dia yang membuatkan aku rasa something yang tak kena. Bukan niat aku nak menyibuk, tapi aku betul-betul nak tahu.

"There still plenty time. Mind if I asking some question?"

"can"

 "Where u origin from and where is your parent?"

"Pg. Dont talk to my dad anymore. mum left when i was 7. nvr heard from her since"

Mengeluh aku sebentar mendengar jawapan dari dia. Kalau sebentar tadi aku bersedih kerana hidup aku seorang yang loser, tapi bila mengenangkan hidup dia tanpa keluarga membuatkan aku tiba-tiba tersentak. Ada lagi insan yang hidupnya lebih sengsara dari kita. Kenapa aku perlu kecewa dengan kehidupan sedang ianya adalah sebuah harapan.

"Sorry to hear that and sorry for my silly ques. U must be tough then =) kind that can survive thru anything."

"oh yes. i can survive thru anything and  almost everything til now"

"Yeah! Who said that we cant live without any support. There still a lot more thing to do in life =)"

"Hahaha yes indeed"

"Hoi! buat apa tuh Pak Lan? orang datang main golf dia dok main Handphone plak." tiba-tiba suara broframestone menyampuk. Aku hanya senyum sengih pada dia dan jugak Ben yang sedang mencekak pinggang masing-masing melihat gelagat aku.

"Yala, last-last" sahut aku sambil curi-curi membalas DM "Continue play golf. See u later".


Tiba-tiba entah dari mana lalu seorang awek korea yang berpakaian sport skirt yang pendak yang menampakkan paha dia yang putih gebu. Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing mengalih pandangan pada dia. Dia parking betul-betul di depan tempat aku sedang duduk sambil meletakkan beg dia.

"Lentik juga amoi korea ni kan?" bisik Ben pada aku dan bro.

Kami mengangguk kepala sama laju.

"Kau nak pergi mana tuh?" tegur Bro apabila melihat aku terus bangun dari kerusi dan terus mencapai batang golf.

"Main golf. Hehe" aku senyum gatal.

Mata aku sangat sibuk. Sekejap pada bola golf, sekejap pada punggung yang montok yang ada pada depan aku. Bersilih ganti. Akhirnya aku nekad membuat pukulan.

Keting~

"Adoi!!!!!"

Bola golf aku pukul tadi tah macam mana boleh pergi kebelakang dan terkena pada kaki bro.

*Moral of the story. Fokus semasa main golf. THE END*

Published with Blogger-droid v2.0.3

Memasak : Perempuan VS Lelaki (Santapan Penamat Masterchef Malaysia)

Posted by | Posted in | Posted on 1:04:00 PM




Sebenarnya dah jadi lumrah dan adat sekarang lelaki lebih pandai masak berbanding perempuan. Bagi aku sendiri aku mula memasak semasa umur aku belasan tahun. Aku cuba masak telur dadar sendiri menggunakan resipi sendiri sejak belasan tahun. (Jangan dok buat lawak bodoh kata aku masak telur aku sendiri). Kadang menjadi kadang tidak.


Mungkin di situ terletak kelebihan seorang lelaki di mana kami ni jenis berani mati mencuba. Kalau masak untuk sendiri dan sedap kami akan makan juga mungkin sebab terpaksa. Kalau masak untuk kawan-kawan dan tak sedap, kami akan paksa mereka makan sampai sanggup ugut putus kawan. Paling tidak pun sepak terajang dan ikat ka Kalau masak untuk kekasih dan tak sedap, kami akan buang dalam tong sampah dan pergi beli di kedau atau pun restoran sambil mengaku kami yang masak. Normal jadi lelaki macam aku ni.

Beranikan lelaki ni?

Tapi ini tak bermaksud perempuan langsung tak tahu masak. Perempaun dia lebih banyak instinct dalam masakan berbanding lelaki, lelaki ni pula dia ni lebih dare devil untuk membuat experiment.Thats y kebanyakan chef yang fames amos sekarang kebanyakannya adalah lelaki. Ini kerana mereka lebih banyak mencipta citarasa terbaru dan resipi yang pelik-pelik berbanding perempuan. 

Kalau compare cara masakan lelaki dengan perempuan, perempuan mereka memasak lebih mengikut kepada sukatan yang tersedia dalam kertas. Manakala lelaki seperti aku ni, walau pun dah ada resipi yang well prove akan menjadi tetapi kami masih berani untuk mencuba untuk meletakkan bahan lain walau pun belum tentu apa hasilnya kelak.


So tak mustahil untuk Juara Masterchef yang pertama iaitu Dr Ezani Farhana untuk dinobatkan menjadi juara.



Cantik dan pandai masak, apa lagi yang korang nak? Jangan risau pasal gigi. Dah nama pun Dr gigi. Mesti dia kasi service baik punya. Korang makan ja apa yang dia masak nanti.



Agak-agaknya la kan, apa yang dia nak buat dengan duit RM100,000 tu?

"Hai Dr Ezani, I single lagi. Lets go and grab a cup of coffee. You belanja. Acikan?"

Hahahaha...Ayat aku yang normalkan?



Thanks to Broframestone yang sudi invite aku.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Octove Launced V2.0

Posted by | Posted in | Posted on 9:12:00 AM

Assalamualaikum geek internet sekalian,

Korang yang memang suka explore internet dan dan try semua social community yang ada, aku ada something untuk anda. Something yang agak fun dan berbaloi untuk dicuba.


Sebenarnya laman web Octove dah wujud sejak tahun lepas lagi dan bersempena dengan tahun baru 2012, mereka telah melancarkan versi terbaru Octove yang berversi 2.0. Versi ini dikatakan versi yang lebih memberikan keyakinan dan menyeronokkan pengguna mereka.

Apa yang korang perlu tahu tentang Octove, mereka menyediakan perkhidmatan sosial ala-ala Facebook dengan percuma dan yang paling penting, setiap aktiviti pengguna mereka akan hadiahkan mata ganjaran. Dan mata ganjaran tersebut korang boleh guna untuk tebus hadiah.




Menarik bukan?

Dah la korang tak perlu keluarkan duit untuk register, dah register guna dapat point pulak. Point tu boleh redeem hadiah lagi. Siapa yang nak bagi kan? So apa salahnya korang try dulu mana tau sesuai sebgai medium baru untuk cari network kat Malaysia ni.

Additional daripada semua ini, mereka pun ada melancarkan satu contest yang terbaru di mana pengguna berpeluang untuk menang hadiah dibawah.


Menarik bukan?

So tunggu apa lagi, join la sebab ramai gadis lentik dan jejaka hensem menunggu anda di sana untuk berflirting beramai-ramai. 

kah kah kah..

Macam mana nak register?


Mudah saja, sila click SINI. Korang boleh guna account Twitter or Facebook yang sedia ada untuk sign-up. So dah tak perlu nak isi details banyak-banyak kali.

Untuk blogger, korang patut join benda sebab diaorang memang appreciate  blogger. Dulu diaorang pernah hold satu sesi makan-makan bersama blogger. So bagi blogger yang berminat sila email aku (akulah_pak_lan@yahoo.com).

Ok Jumpa korang di sana.


Orang Berbudi Kita Berbahasa : Traffic Summary

Posted by | Posted in | Posted on 12:23:00 PM





Aku ni bukan kejam dan sombong sangat sampai tak reti nak berterima kasih dengan orang yang telah berbudi dengan aku. Berikut merupakan summary traffic blog aku dan jugak beberapa referal dari beberapa blog yang dapat aku print screen. Ada banyak lagi. Namun nak muatkan semua macam tak dapat nanti blog aku jadi berat dengan gambar. Kesian plak kat readers blog aku.




So aku nak berterima kasih kepada semua pemilik blog dibawah:

Dan trend searching terkini aku masih berpuas hati dan tak ralat untuk aku teruskan menulis. Sebab blog aku lebih kepada personal entry dalam bentuk cerita dan tak ada gosip panas mahupun SEO. Kepada yang masih setia membaca terima kasih walaupun kadang kala tak ada ilmu yang bermanfaat pun untuk aku sampaikan dalam entry aku.
 


Half Exposed

Posted by | Posted in | Posted on 10:02:00 AM


Dalam hidup ini kita kena tahu sesuatu, sesuatu yang terjadi sejak dan bila mana terciptanya Adam lagi. Sifat hasad, dengki, benci dan menyampah lahir bersama ketika itu. Lahirnya sifat ini dari api yang panas membakar lalu menjadi sebati dengan manusia itu sendiri ketika dibuang ke bumi.

Jadi sudah lumrah kita yang terkemudian untuk merasai semua sifat-sifat ini. Kadang akal yang dikatakan bijak belum mampu untuk menempis apa yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging. Di depan senyum belum tentu di dalam sama. Ketawa belum bermaksud sedang bahagia.

"Cantik Iphone 4 you, pakai casing gameboy lagi. Boleh I pinjam sekejap?" Suzie sedang membelek-belek telefon aku yang aku dapat percuma. Memang semua orang akan tertarik dengan benda yang menarik.

"Ambik la" bagi aku peralatan duniawi seperti ini bukanlah sesuatu yang aku pentingkan. Ianya bakal jatuh dan hancur, namun kadang nasib kita boleh baiki. Nasib tidak baik kita kena beli baru. Namun semua ini tidak bernyawa walaupun ada SIRI di dalamnya. Hubungan manusia itu perlu lebih kita jaga. Kerana itu hubungan yang akan menjalin ikatan sampai bila-bila. "Apa yang you nak buat tuh?" soal aku ketika dia sedang mengacu lense kamera pada muka aku.

"I nak ambik gambar you, nanti you boleh la replace dengan DP you dekat Facebook, Twitter and the most important thing your blog" dia bersungguh dengan mencari posisi yang sesuai.

"Ermm..its ok kot. It's better kalau I tak letak gambar I dalam dalam semua tuh" kita kena tahu seperkara. Hati manusia ni kita bukan senang nak duga, gambar yang di ambil dengan tujuan yang baik mungkin boleh diexplotasi menjadi sesuatu yang tidak baik. 

Otak manusia sekarang semuanya fikirkan tentang duit. Anything yang boleh berikan mereka duit, mereka akan buat. Curi paip, curi gambar orang, curi duit, curi hati, semuanya mereka sanggup buat. Tu yang belum termasuk yang sanggup menggunakan diri sendiri untuk mendapatkan duit. Taksub dengan keduniaan menjadikan manusia hilang moral kemanusiaan.


"Ok, I paham. Then I ambik gambar you separuh saja la. Aci?" Suzie masih memujuk aku.

"OK!"

"Mana telefon you yang lama?" Sibuk pulak minah ni bertanya. Macam reporter pun ada. 

"I dah bagi kat Julie. Buat apa nak buang benda yang masih boleh dipakai. Lebih baik kita bagi pada orang yang kita sayang"

Dia hanya senyum mendengar penjelasan aku. "Sayang juga you kat Julie erk?"

Aku hanya senyum kembali. Soalan yang tak perlu aku jawab dengan lisan.


Tips Penggunaan Kad Kredit Yang Bijak

Posted by | Posted in | Posted on 7:42:00 AM



Aku terpanggil nak buat entry ni nak share dengan semua orang macam mana aku menggunakan kad kredit aku. Tanpa mengeluarkan modal sesen pun bahkan aku mampu membuat sedikit keuntungan dari penggunaan kad kredit aku. Bagi yang belum mempunyai kad kredit, adalah lebih disarankan korang tak payah gatai nak apply kalau rasa tak mampu nak manage nafsu shopping dengan bijak. Tapi bagi yang mampu dan sudah mempunyai kad kredit, entry ini mungkin dapat membantu serba sedikit korang.

Sebelum tu, aku nak share something dengan korang apa yang aku dah dapat daripada penggunaan kad kredit aku setiap bulan.

FYI, minggu lepas aku baru redeem point kad kredit aku dan aku layak menebus kamera digital Sony W530 yang berharga RM499. (Aku cuma perlu menambah RM48 sebab point aku tak cukup). Bahkan setiap bulan aku akan mendapat cash rebate sebanyak 5% dari jumlah penggunaan kad kredit aku. 5% bagi sesetengah orang mungkin tak banyak, tapi siapa nak bagi kat kau duit free setiap bulan kan? So bersyukur saja la apa yang kau dapat.

Sampai sekarang aku langsung tak berhutang apa-apa nilai dengan pihak bank, aku tak pernah membayar satu sen pun untuk sebarang interest malahan aku pula yang memdapat keuntungan dari penggunaan kad kredit.

*Take note that, pihak bank memang tak suka pengguna kad kredit macam aku ni. kah kah kah*

Memilih kad kredit yang bersesuaian:

Sekarang ni dah banyak product kad kredit dekat luar sana yang di offer oleh pelbagai bank. Tapi berhati-hati, ada sesetengahnya tak sesuai untuk kita dan ada sesetengahnya langsung tidak ada sebarang benefits untuk kita. So kita perlu bijak untuk membaca dan memahami spesifikasi kad kredit yang ditawarkan. Baca betul-betul dan fahami apa yang mereka tawarkan.

Bagi aku, aku telah memilih untuk menggunakan kad kredit Maybank 2 Gold Card yang ditawarkan oleh pihak Maybank. Sebab utama aku memilih kad ini kerana aku tertarik kepada beberapa benefits yang ditawarkan kepada pengguna mereka terutamanya kad kredit AMEX. Di mana setiap swap RM1 = 5 point. Untuk kad kredit Visa dan Mastercard yang biasa agak sukar untuk mendapatkan point sebanyak macam ni. Nanti aku ceritakan kepentingan point ni.



Tapi sebenarnya banyak lagi kad kredit lain seperti Citibank yang menawarkan diskaun tertentu untuk pemegang kad kredit dia. Tak kisahlah apa pun pilihan kad kredit korang, pastikan ianya tidak hanya kad kredit semata-mata yang tidak membawa kepada sebarang keuntungan.

Berbalik kepada kad kredit yang Maybank aku tadi, aku nak ceritakan macam korang boleh guna kad kredit dan peroleh keuntungan tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Untung pengetahuan korang, setiap kad kredit yang didaftarkan di Malaysia ni korang diwajibkan membayar RM50 cukai kerajaan setiap tahun. Tapi tahukah korang yang 10,000 point yang korang dapat semasa menggunakan kad kredit ini korang dah boleh settlekan cukai tadi dengan hanya menebus point tersebut.

Dan untuk pengetahuan korang jugak 10,000 point adalah hampir bersamaan dengan nilai RM50. Kalau tak percaya  cuba refer Maybank Treats Point Website. Dengan menggunakan kad kredit AMEX tadi berapa banyak yang perlu aku spend untuk mendapatkan 10,000 point ni? 

Simple math, 10,000/5 = RM2000.

Agak-agak setahun berapa banyak duit yang telah korang belanjakan untuk tiket wayang, petrol, shopping atau any transaction yang melibatkan penggunaan kad kredit ni? Busuk-busuk pun bagi yang dah bekerja dalam RM10,000 x 5 = 50,000 point. 10,000 point korang boleh guna untuk waive cukai kerajaan. Manakala 40,000 lagi korang boleh guna atleast redeem voucher yang ada dalam Maybank Treats Point Website tadi yang berharga RM200. So untung ka rugi?

Satu lagi ciri yang ada pada kad kredit ni, setiap ringgat yang korang spend semasa weekend atau pun public holiday. Korang akan layak mendapat rebate 5% semula dari jumlah yang korang dah spend. So bayangkan dalam sebulan korang spend RM200 time weekend, so atleast korang akan dapat balik RM10. 

So untung atau rugi?

Cara mengawal penggunaan kad kredit:

Cara yang paling basic yang aku akan ajar untuk mengawal penggunaan kad kredit adalah sangat mudah.

Make sure you pay whatever you have spend.

Macam mana nak buat?

Aku ada beberapa tips dan rules yang aku buat dan aku guna pakai sampai sekarang. Sebab utama aku pakai kad kredit adalah untuk memudahkan urusan aku kalau aku travel ke oversea. So aku tak perlukan kad kredit yang banyak-banyak. Cukup sekadar satu. Setiap transaction yang aku nak buat, aku akan pastikan aku dah ada duit tersedia untuk membayar untuk barangan tersebut on the spot. Cuma aku malas menggunakan cash sebab aku nak collect point dari penggunaan kad kredit. Jangan pula ada yang berniat "Aku mampu membeli barang ni berdasarkan gaji aku bulan depan".. DONT!!!! Kalau macam tuh lebih baik korang tunggu bulan depan. Dah ada duit dalam akaun baru la korang beli barang yang korang nak beli. 

Simplekan rules aku?

Dan setiap kali korang dapat penyata, pastikan korang membayar jumlah yang ada  dalam penyata tersebut ASAP!

Dalam kes aku, since aku akaun gaji aku dan kad kredit aku menggunkan bank yang sama iaitu Maybank, aku akan terus membayar menggunakan Maybank2u tanpa ada lengahan. Aku bayar jumlah yang telah aku belanjakan untuk mengelakkan sebarang interest rate dikenakan. So korang tak perlu mana-mana kad kredit Islamik lain lain lagi kerana korang tak terlibat dalam sebarang interest.

****************************************************

Semua contoh di atas adalah berdasarkan pengalaman aku dalam menggunakan kad kredit Maybank tadi. Tapi semuanya terpulang kepada korang semua untuk memilih kredit kad tersendiri. Aku tak kata kad kredit Maybank adalah yang terbaik dekat pasaran, tapi apa yang aku dapat katakan. Kad kredit tersebut SESUAI dengan penggunaan aku.