Be The Light




Kaki kanan dia tersadung dek karpet baru yang dipasang semalam, ditambah pula dengan kecederaan dibuku lalinya kaki kirinya yang masih belum baik selepas terjatuh setelah diragut semalam. Pergerakkan dia sudah tidak stabil, manakala aku pula berada betul-betul didepan dia secara tidak sengaja. Dia hampir rebah tersadung, aku pula tak punya pilihan lain

"Are..you...ok?" soal aku dalam nada tersekat-sekat sambil memandang muka dia berada betul-betul di hadapan muka aku. Nafas kami bertemu. Jarak yang tinggal cuma seinci, mungkin juga kurang dari itu. Aku dah malas nak sukat kerana tangan aku sibuk memegang pinggang dia, cuba untuk megelakkan dia terus rebah ke atas aku tadi.

"Yes. I think so" dia yang masih berada di atas aku membalas dalam nada perlahan sambil membalas padangan aku.

"Erm..lama lagi ka you nak baring atas I ni?" tanya aku yang hanya mampu tersenyum.

Pipi dia bertukar merah padam, tampak jelas walaupun disebalik kulit hitam manis dia. Dia cuba untuk bangun sambil menongkatkan tangan dia tanpa aku cuba untuk membantu. Dia aku biarkan sahaja untuk berusaha sendiri. Posisi dia sudah berlutut di atas aku. Aku pelik kenapa dia tak beralih ke tepi dulu, mungkin dia malas ujar hati suci aku.

Dia cuba untuk bangun dengan menggunakan kaki kanannya dahulu. Tetiba dia jatuh semula, jatuh terbaring semula ke atas badan aku. Terasa sakit dan sengal juga dibeberapa tempat akibat impak yang kuat. Tapi aku cuba berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku, tiada apa yang sakit. Kelihatan mata dia seperti berkaca. Baru aku perasan yang dia hampir nak menangis. Mungkin kerana sakit. Agak aku, mungkin kaki kanan dia pun sekarang tergeliat sama.

"Ghai!! betul-betul tak nak bangun ni. Baru sekejap berpisah dah rindukan I ka?" terlihat senyuman disebalik kesakitan yang dia alami apabila aku cuba untuk bergurau. Cuba untuk menukar mood dia.

Nampaknya gurauan aku tidak memberi impak besar untuk melupakan dia tentang kesakitan yang dia sedang alami, dia bangun dari badan aku lantas duduk diatas lantai sambil mengusap kedua-dua belah buku lali dia yang kelihatan agak sakit. Mata dia masih berkaca. "Sakit!" itu sahaja yang mampu keluar dari bibir dia.

Aku bangun, lantas terus berlutut di depan dia, posisi betul-betul seperti hendak melamar seorang gadis. Tangan aku mengusap buku lali kaki kanan dia. "Sakit sangat?" soal ringkas aku. Dia hanya mengangguk tanpa bersuara. "Boleh bangun ka tak ni?" aku cuba menyukat kekuatan dia. Tapi dia hanya mengelengkan kepala. Aku pada mulanya sedikit keliru, geleng dan masyarakat India membawa maksud yang berbeza dari masyarakat lain. Tapi aku yakin, dia ingin menyatakan "tidak" pada aku.

"Tolong bawa I ke bilik office I boleh?" dia bersuara.

Permintaan orang yang sakit selalunya kita tak boleh hampakan, lebih-lebih lagi yang minta tolong adalah gadis yang comel. Orang kata nak mulakan apa-apa perbuatan, kita patut mula dari kanan. Tangan aku, aku seluk dicelak pelipat lutut dia, tangan kiri aku pulak aku letak betul-betul di atas tulang belakang dia. Aku dukung dia dengan kudrat yang ada.

"Hurm..you patut kurangkan makan ni, dah semakin berat" aku bersuara.

Dia menumbuk-numbuk manja dada aku sambil bersuara "Mana ada! berat I semakin kurang ada la" sambung dia lagi "Plus lately I kurang makan, banyak kerja".

Aku pandang tepat pada mata dia yang mana badan dia berada di atas pangkuan tangan aku "You should take a holiday. Forget about work and rest"


"Ermm..you balik kampung ka minggu depan? Balik beraya dikampung." soal aku.

Dia hanya tertunduk muram tanpa bicara. Aku cuba memahami jawapan yang dia berikan disebalik diam dia tersebut. Dia, aku letakkan perlahan-lahan di atas kerusi di dalam bilik office dia. 

"Hey look at this! There are a few activities lined up at Galeri Petronas for public  from 8th of November until 25th of November. Maybe you can go there and do something" aku cuba untuk menukar topic sambil menunjukkan satu page Facebook pada dia.




"Really? Seriously I tak tau semua benda ni" jawab dia.


"Yes!" jawab aku ringkat dan padat. "You know what, Petronas now they have launching few campaign for Deepavali this year. This show how concern they are about Indian community in Malaysia" sambil aku menunjukkan satu video youtube pada dia.





Dia hanya tersenyum memandang aku sambil berkata "Maybe you boleh temankan I ke sana".

Aku hanya senyum kembali kepada dia tanpa berkata apa-apa kerana aku tahu dia paham akan jawapan yang akan aku berikan walaupun dengan hanya senyuman.


*Happy Deepavali..post yang ke 200*

5 comments:

Wadi AR said...

macam best je

syafiqakarim said...

pesal tak tahu ni
meriah

aynora nur said...

here i come...
lama tak lawat blog pak lan, bukan lupa, tapi dh jarang buka FB, entah macam mana boleh teringatkan 'romeo vetran' ni, hihi..yr entry still the best..

Dkna Abza said...

dkna tau tapi tak sempat nak ke klcc.. :)

hanaahmad said...

update la dah masuk Disember dah ni PakLan! hahah