Once Called Mat Rempit (The Untold Story)




Aku taip tajuk blog ni pagi tadi, last-last aku tinggal macam tuh saja sebab mengantuk nak mampus dek ubat selsema yang aku makan semalam. Sekarang ni pun aku masih menahan hingus masih meleleh dari lubang dengan teknik pernafasan yang aku pelajari sejak kecil.

Sebenar-sebenarnya, cubaan aku untuk berjogging sambil mengejar gadis-gadis di KLCC Park hari ni gagal dek cuaca yang cemburu. Hidup lelaki seperti aku memang begini, cuaca pun boleh jadi cemburu apatah lagi manusia lain. Walaupun kadang-kadang bebal, tapi aku perlu menerima hakikat yang tak mungkin aku dapat ubah ni.



Tangan aku menadah air yang turun mencurah-curah dari langit, menyukat seberapa lebat dan kuat kadar hujan turun. Agakkan aku, lebatnya hujan ini mampu untuk membuatkan baju melekat rapat pada pemilik tubuh  sambil mata aku meliar ke sana sini dengan cubaan untuk mencari peluang. Namun ternyata usaha aku sia-sia kerana mereka semua masih berteduh di dalam bangunan. 


"Semakin bijak pula gadis-gadis zaman sekarang. Benci aku!" rintih hati aku yang kecewa.


Aku duduk bersandar ke dinding sambil kaki kiri aku bersilang ke atas kaki kanan aku. Sambil-sambil itu aku merenung butiran hujan yang jatuh ke lantai bumi. Sekali-sekala lalu sekumpulan gadis-gadis bank sambil melemparkan senyuman pada aku. Hairan juga aku, kenapa murah sangat senyuman gadis-gadis pada aku hari ni. Itu tidak termasuk sewaktu dalam lift, lunch time dan juga dalam office. Aku cuba juga untuk melihat apa yang tidak kena dengan muka aku, tiada apa-apa yang berbeza. Cuma semakin gelap kerana cuaca doha yang panas terik. Kadang terlintas difikiran aku satu soalan yang aku tak ada jawapannya "Hitam itu menawan?".


"Aik! I ingat you dah balik tadi" tegur Suzie dengan senyuman manis walaupun sudah sudah memakai bracelet. Rambut dia diikat toncang hari ni dengan skirt  hitam separas paha dan berbaju kemeja pink yang di tuck in. Gadis dan pink memang match, nampak sedap kalau digigit manja.


"Belum" jawab sepatah sambil jari telunjuk menunding ke deraian hujan yang kuat menghentam lantai bumi.


Dia mengapai tangan aku, ditariknya tangan aku menghala ke arah hujan. "I ada payung, jom I tumpangkan you ke LRT" sambil menghayunkan payung putih lutsinar yang ada pada tangan dia. 






Aku tahu niat dia cuma nak menunjuk pada aku yang dia punya payung. Bijak sungguh dia, pandai mengambil kesempatan di saat-saat macam ni. Aku tak punya pilihan yang lain sekarang, hujan seakan tak mahu berhenti. Mahu atau tak, aku terpaksa akur sahaja sambil membiarkan tangan aku diheret oleh Suzie.


"Ke sini la sikit, nanti basah" pinggang aku dirangkulnya dengan tangan kanan sambil tangan kiri dia memegang payung. Walaupun aku tidak redha, tapi aku aku tak dapat nak buat apa-apa. Alasan dia untuk merapatkan diri dengan aku sangat kukuh, lagi pula aku hanya menumpang. Sewaktu berjalan dia lebih banyak merapatkan badan dia ke kiri, walhal kami sepatutnya ke kanan. Sebanyak aku cuba mengelak, sebanyak itu juga la pakaian aku basah.


"Sorry, I dah buat you basah" rayu dia sambil tangannya cuba mengesat titisan air hujan yang ada pada baju kemeja gelap aku.

"Takpa. Nasib baik ada you. Thanks!" hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku sambil cuba untuk mengikhlaskan senyuman yang sememangnya palsu.


"So you are heading back to Setiawangsa?" soal Suzie sambil kami berjalan menuruni tanggga. Langkah dia atur perlahan-lahan sambil tangan kiri dia memegang tiang tangga kerana heels yang dipakainya.


Aku hanya mengangguk mengiyakan soalan Suzie tadi. Train aku sampai, kami berpisah begitu sahaja di situ tanpa perlu ada babak romantik peluk dan cium sana sini. Tak ada selera nak hadap sesiapa pun hari ni. Siapa kata lelaki bernafsu setiap masa?


Langit masih gelap, hujan masih lebat seperti tak ada tanda-tanda nak berhenti. Aku pula masih sangkut di stesen LRT, tidak dapat bergerak ke mana-mana. Nasib pemilik kenderaan beroda dua memang macam ni, kami selalu kena akur dengan cuaca. Bukan tidak sengaja aku mahu merempit hari ini, tapi disebabkan kos sara hidup yang semakin meninggi tak salah rasanya kalau aku cuba untuk berjimat. Lagi pun gadis-gadis sekarang dah pandai demand nak itu ini. Bayangkan kalau kahwin dengan diaorang, boleh jadi papa. Maksud aku  papa dalam sudut negatif.


Dalam duduk menanti tangisan langit berhenti, aku termenung memerhati satu pasangan yang tengah bergaduh. Si gadis semakin kuat melenting, si jantan semakin kuat menangis. Pelik! tapi tak ada guna aku ambik tahu, bukan aku boleh apa-apa keuntungan pun.


Tiba-tiba aku teringat pada kisah aku yang lama. Kisah satu-satunya EX yang aku ada yang masih kekal dalam memori aku sampai masa sekarang. EX aku dulu boleh tahan la lawa kalau nak compare dengan EX orang lain. Dulu mana aku pergi mesti dia pergi sama. Banyak jugak duit yang aku habiskan semata-mata nak kasi dia lawa. Bila dah lawa, mesti rasa geram ja tengokkan? Apa lagi aku pun lenjan la kaw-kaw sampai dia kering. Kadang-kadang sampai gua penat, dia pun penat sama. Pernah sekali aku pernah bantai dia sampai 6 jam. Bayangkan lama tak lama. Penat gila.


Tapi sekarang dia dah tak ada, aku dah jual dia dengan orang lain. Itu la satu-satunya EX5 yang aku ada, itu pun masa zaman study.


Pernah sekali dulu waktu lebih kurang macam sekarang ni la, masa tu zaman aku masih lagi study dekat Melaka. Hujan turun sama lebat, suasana sama sejuk. Cuma masa tersebut kulit aku lebih cerah sedikit berbanding sekarang. Dengan berhati-hati aku ambik selekoh tajam dengan gaya pemanduan seorang perempit tegar. Walaupun tidak berapi, tapi masih lagi berbunyi. Memang clean aku ambik selekoh, macam "The Doctor". Bukan nak puji diri sendiri, tapi lembu pun kalau nak berak kena angkat ekor sendiri ni kan pula manusia macam aku.

Aku usha selekoh seterusnya dari jauh, dalam kepala otak rempit aku sudah terbayang macam mana aku akan ambik selekoh tersebut. Handle minyak aku pulas habis, deruman ekzos motor semakin kuat. Aku tunduk sedikit untuk mengelak titisan hujan yang mula merintik singgah ke badan aku sambil mengurangkan rintangan angin. Tiba-tiba aku rasa seperti ada yang mencucuk kapcai aku dari belakang. Aku pusingkan kepala ke belakang dengan laju lalu memandang ke hadapan semula.


"Cis! Ada superbike cucuk aku dari belakang." Hati rempit aku jadi panas, pantang kena cabar. 


Pada masa tersebut aku tak nampak jelas jenis superbike apa. Visor helmet aku dah basah dek air hujan. Selekoh sudah dekat. Aku lap visor aku pakai tangan yang bogel sahaja. Aku perlukan tumpuan untuk mengambil selekoh. Superbike yang berada di belakang, aku abaikan sahaja. Aku tahu dia takkan mampu untuk memotong aku di selekoh. Tinggal 10 meter terakhir lagi sebelum selekoh di hadapan, hujan semakin lebat. Aku sudah bersedia untuk mengambil selekoh tersebut.


Poh! Poh! Poh!


"Palat! Minyak motor habis" maki aku sorang-sorang sambil menolak kapcai dalam keadaan hujan.


Superbike tadi dah bertiang-tiang dia tinggalkan aku. Dengan langkah yang paling laju aku tolak kapcai aku meredah hujan mencari tempat berteduh dari hujan.


Aku nampak ada satu pondok bas tak sampai dalam 50 meter dari tempat aku berada sekarang, keadaan agar samar-samar dek hujan lebat dan juga hari yang semakin gelap. Aku yang semakin penat menggagahkan juga keringat yang ada untuk ke sana. Dari jauh kelihatan satu lembaga yang berbaju putih dan berambut panjang yang sedang duduk sambil menghayunkan kaki dia seperti kanak-kanak yang sedang bermain buaian. Mulut dia juga terkumat-kamit seakan menyanyikan sesuatu. Semakin aku menghampiri dia, semakin merembang bulu roma aku dibuatnya. Aku gagahkan juga ke situ.


Keletak!


Aku parking kapcai aku di bawah pondok bas tersebut, buka helmet dan juga jaket yang berada pada tubuh aku. Aku duduk kesejukan dan kepenatan di penjuru kiri dibangku pondok bas tersebut. Aku hanya menjeling gadis yang duduk dipenjuru kanan bangku pondok bas tersebut, dia hanya mendiamkan diri dari tadi sejak-sejak aku sampai. Aku pula tak berani nak tegur sebab aku tengok dia semacam saja. Yang aku nampak sebalik baju putih basah yang di pakai, ada benda seakan tali berwarna pink. Dia pulak hanya memaling badan ke belakang dari tadi sejak aku sampai.


Dia aku biarkan dengan dunianya, malas  nak aku nak sibuk-sibuk. Kang dia tu vampire ka, mahu sia-sia saja hidup aku. Dah la rambut panjang mengurai. Tapi aku pun confuse jugak, vampire mana pakai baju t-shirt dengan seluar jeans. Abaikan dia seminit. Aku keluarkan lighter dari poket seluar, aku cuba nyalakan. Api masih ada. Aku senyum sebab masih boleh guna. Aku cuba cari kotak rokok dalam poket seluar, tak ada. Aku cuba pulak cari dalam beg galas aku, pun tak ada. Gelabah aku, dah la tengah sejuk ni. Puas aku pikir kat mana aku letak.


"Cilaka!" aku lupa yang aku tak merokok. Lighter tadi aku simpan semula, cover malu kot-kot gadis tadi terpandang aku. Dengan vampire pun boleh rasa malu kot.


Hujan semakin lebat, aku semakin menggigil kesejukan. Aku tengok gadis yang berbaju putih yang duduk di penjuru sana pun sama turut sama menggigil. 


"Vampire mana tau menggigil, mungkin juga dia manusia." Bisik hati aku.


Kedebom!!!


Kelepap!!!


Bunyi guruh yang kuat beserta satu pelukan kuat dari belakang. Banyak benda yang boleh mencacak naik time-time sejuk macam ni, terutama bulu roma aku.   Aku dah tak berani nak pandang untuk melihat siapa yang peluk aku dari belakang, namun aku dapat menduga dari hentakan yang berlapik aku terima. Aku tak mampu nak berkata apa-apa dan hanya sekadar mampu merelakan saja. Pelukan tadi semakin lemah dan terurai. 


"Sorry.." sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut dia.


Aku hanya senyum pada tanda aku tak kisah. Aku tahu dia tak sengaja. 


"Macam mana boleh sangkut kat sini?" badan, aku bawa menghadap dia dengan niat untuk berbual mesra.


Jari telunjuk seakan menunjuk sesuatu, aku cuba mengikutinya. Baru aku perasan yang ada sebuah superbike yang terselindung di balik belakang pondok yang kami sedang berteduh.


"Owh! you la rupanya yang cucuk belakang kapcai I tadi?" teka aku.


Dia hanya mengagguk sambil tersenyum.


"Muka saja nampak keras macam batu, tapi hati lembut macam tauhu" perli aku.


Dia menjelir lidah tanda malu. Jarak kami semakin rapat, perbualan kami semakin rancak.


Hujan sudah menampakkan tanda-tanda nak berhenti, perut aku pun sudah berbunyi kuat tanda meraung kelaparan.


"Dah tinggalkan saja kapcai you kat sini. Jom kita pergi makan dulu" tangan dia kanan dia memulas handle motor sambil cuba memanaskan enjin motor dia. Mana tangan kiri dia menarik aku supaya naik memboceng di belakang.


Nak tak nak aku terpaksa kerana dia sudah mendesak. Lagi pun dalam banyak-banyak nafsu, nafsu makan aku payah sikit nak control. Kaki aku melangkah naik ke belakang, tangan aku paut ke depan.


"Haip! bawah sikit" tegur dia.


"Ops! Sorry, tak sengaja. Hehe" aku gelak kecil. Paha aku dia cubit kecil. Ketika ini 3 benda meraung. Motor superbike dia, mulut dan juga perut aku.


Lamunan aku terhenti selaras dengan hujan yang semakin reda. Aku rasa tak guna aku tunggu lama di LRT, ada baiknya aku redah saja. Tapi aku sememangnya merindui saat aku belajar di Melaka dulu. Banyak memori yang masih aku simpan sebagai rahsia.

7 comments:

Munnafendy said...

aku dh bygkan mcm erra fazira ngn ac mizal dlm gerak khas dlu.. :p

Wadi AR said...

amboi bermesra nampak cik lan

azman said...

Ada rider baru nampak...hehehe..

LidiaSuraya said...

kadang kadang leka leka atau tak leka mesti terkenang moment moment kan?

Bro Framestone said...

Awak superbike ini kan yang ajak kau date hari tue kan...

Siap merajuk sebab kau keluar dengan aku kan...

tunz said...

lama x singgah sini..juga busy dgn kerjaya...moga dilindungiNYA selalu..amin..

cikya lah said...

caitt Pak Lan,

ayat tak mahu kalah kan?
*sengih*

nasib Ai tak reti bawak motor, reti cucuk motor pakai kancil EX850 jakk..
hohoho

:)