Lama-Lama Sekali

Posted by | Posted in | Posted on 12:03:00 PM




Rasanya dah hampir sebulan aku menghilangkan diri dari dunia blogging ni. Terlalu sibuk dengan dunia kerjaya hinggakan aku tiada masa untuk gadis, apatah lagi untuk blog aku yang tak seberapa ni. Sudah tumpul rasanya bakat yang ada. 6 pack pun habis di makan usia hingga tinggal 1 pack. Tapi percayalah yang hakikatnya wanita hanya suka melihat 6 pack tetapi lebih menggemari 1 pack kerana ianya lebih anjal dan pejal. Absorber kereta yang lembut atau yang keras yang mana korang lebih suka untuk pemanduan yang selesa? Jadi jangan tanya aku lagi kenapa.

"6 pack itu kacak, tetapi boroi itu comel"



Banyak benda yang terjadi yang tak dapat aku cerita semuanya sekali gus di sini. Terlalu banyak sampaikan aku sendiri rasa menyampah nak ceritakannya. Lebih banyak bergelumang dengan barangan import dari barangan tempatan. Bukan aku tak suka dengan barangan tempatan, tetapi sekali-sekala tak salah untuk tukar taste. Lelaki macam memang cepat bosan dengan benda yang sama dan berulang. Sebab itu perlu ada kepelbagaian dalam semua perkara.



Hidup kita sering kali berlaku seperti yang tidak kita rancangkan. Kita selalu kalah dengan harapan dan cita-cita kita sendiri yang terlalu tinggi hinggakan kita tersungkur menyembah bumi. Namun itu tidak bermakna kita tak boleh berbangga dengan menjadi diri sendiri. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu hingga kita melupakan banyak lagi benda yang lebih penting yang ada di sekeliling kita yang perlu kita jaga sama.



Balik saja dari Doha dah nak kena ke sini pulak. Orang kata cuaca dekat sana sejuk, tetapi gadis-gadis dia hot-hot belaka. Match la tuh, tak perlu bawak baju sejuk rasanya. Banyak cara semulajadi yang boleh digunakan untuk mengatasi kesejukkan alam. Jadi, tak perlu aku bimbang sangat. 


*Permulaan yang sangat hambar*

Comments (8)