Kecik-kecik Dulu



Aku jolok masuk, aku tarik keluar.
Aku jolok masuk, aku tarik keluar.
Aku jolok masuk, aku tarik keluar.

Banyak kali aku lakukan perbuatan tersebut, namun tak ada respon yang positif. Apa kena dengan dia ni kali ni? Aku duduk termangu seketika mencari solusi. Fikiran pula dah buntu dek kerja yang sering terbengkalai. Lewat hari aku terlalu sibuk dengan hal di pejabat sampai tiada masa untuk dia. Mungkin sebab itu dia merajuk dengan aku. Mungkin juga.

Tapi aku masih tidak berputus asa. Aktiviti jolok dan tarik aku teruskan semula, mencari respon yang positif dari dia. Aku cuba untuk tidak curang dengannya untuk mencari yang lain. Tapi kalau macam ni layanan dia terhadap aku. Siapa yang tahan.

Akhirnya dia berbunyi juga, itu respon yang aku nantikan darinya. Aku senyum kegembiraan.  Dah penat dengan segala cubaan, akhirnya tak sia-sia.

“Charging”

Itu yang terpampang di skrin Galaxy Tab aku yang dah separuh nazak. Memang dasar barangan elektronik, di buat bukan untuk bertahan lama. Cukup sekadar tahan sampai habis warranty sahaja.

Sudahlah sembang pasal benda yang dah nak rosak dan kerja aku yang kat office yang masih tertangguh ni. Kerja masih banyak walau pun pada hakikatnya aku perlu pergi ke client site di Qatar, dari 25 march sampai 19 April ni. So lagi la malas aku nak update blog nanti. Itu kita fikirkan kemudian.

Aku ada satu cerita yang nak diceritakan pada korang semua hari ni. Cerita time aku kecik-kecik dulu. Tak perlulah aku pakai ayat pada “zaman dulu” sebab tak lama mana pun.

Dulu kecik-kecik aku ni jenis tak reti dok diam, orang tua aku kata. Asal celik ja mata,  terus hilang dari rumah. Merayap ke sana-sini untuk mencari hiburan bagi seorang kanak-kanak yang aktif. Itu sebab sampai ke besaq aku tak pernah berubah. Banyak aktiviti yang aku buat termasuk tangkap ikan laga dekat parit, lastik burung, tangkap pepatung dan macam-macam lagi sampai aku dah lupa kesemuanya.

Sampai la aku jadi remaja, minat aku berubah sikit. Dari merayap tak tentu arah aku merayap ke rumah jiran-jiran yang ada anak gadis yang comel. Aku dah tak buat kerja tangkap binatang ni kecuali tangkap hati gadis. Budak remaja la katakan, hormon tengah aktif time tu. Korang pun paham kan?

Ada la sampai suatu hari aku end up dekat rumah jiran aku yang selang beberapa rumah dari rumah aku(rumah parent aku).  Diaorang sebenarnya baru berpindah ke sini minggu lepas. Aku tak sempat nak bertegur sapa lagi dengan diaorang memandangkan diaorang ada anak gadis yang kelihatan lebih tua dari aku. Aku pulak jenis sukakan gadis yang mcm ni, matang tapi tidak terlalu tua. That is my taste.
Masa aku kat situ, si gadis tuh tengah dok buat reja tolong mak dengan ayah dia. Parent dia pula, tak kelihatan. Mungkin di dalam agaknya. Aku dengan berani jalan merapati dia perlahan-lahan macam harimau mengendap rusa untuk dibaham. Sedar tak sedar aku dah muncul depan dia dengan senyuman gatai.

“Assalamualaikum” tegur aku.

Tapi dia buat tak reti.

“Ustaz saya cakap, tak jawab salam berdosa tau” akai budak-budak aku. Ayat standard time muda remaja.

“Waalaikumussalam..” dengan nada yang kurang mesra. “Ha! Nak apa?” tanya dia dengan suara yang tinggi.

Aku dah gelabah sikit sebab kena gertak, tapi still nak bersuara “Erm..erm..nak kopek boleh?”.

Dia berhenti kupas kelapa. Besi pengupas kelapa dia buang ke tepi. Dia pandang aku dengan muka merah padam. “Nate beruk mu kopek.”  Last skali dia cuba bermain kasaq dengan menjerit “Ayah!!!!” dengan kuat-kuat.

Cilaka, awek Kelantan rupanya. Aku terus lari dan berlari. Sampai sekarang aku dah fobia nak guna perkataan “KOPEK”. Punca dia aku terlupa perkataan tolong.





27 comments:

::Mastura Zakaria:: said...

hihihihihi.jangan salah sebut paklan.

Nazz@Purple said...

hehehe..kopek=kupas kan..huhuhu..tp ank sedara naz..kalo dia kate nak kopek..memang kopek la..hahahaha

Munnafendy said...

hahahahahaha!!

Jangan lepas tu hg reject terus awek kelate sudah.. =D

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haha..dangg!
*wahh nak pi Qatar..ada seat kosong lagi dak? :)

eja said...

Arwah...

tunz said...

wah...mama tunz ada kwn yg keje di Qatar...manalah tau dri same company ker...huhu

Jue said...

LOL lucu ending cite ni
dah mcm 2 cite lam satu entry

Hanie Dew said...

hhhmmm..pengajarannya, gunal perkataan yang standard dan universal kalau baru kenal. kan dah salah paham. kahkahkahkahkah

lisa said...

hahahahahahahah ok kelakar gila. selidik dulu, baru cakap.-___-

Cik Nurul said...

hahahaha sekali awek kelantan daaa... :-)

Erin Azizan said...

NAM saja leteww nak kaver

Wadi AR said...

kau jgn main main bahase kelate ni cik lan. bahaye.

Akulah Pak Lan said...

Mastura: Haha

Akulah Pak Lan said...

Nazz: hat tuh payah nak sembuh

Akulah Pak Lan said...

Munna:Haha kureng sket awek kelantan, tapi tak reject pun

Akulah Pak Lan said...

Wani: tak dak..

Akulah Pak Lan said...

Eja: nasib baik tak kena tembak dgn senapang gajah

Akulah Pak Lan said...

Tunz: ni p client site. Mmg tak sama company pun.

Akulah Pak Lan said...

Jue: mmg selalu mcm ni

Akulah Pak Lan said...

Hanie: Haha tau pun

Akulah Pak Lan said...

Lisa: haha mana nak tau

Akulah Pak Lan said...

Nurul: hehe

Akulah Pak Lan said...

Erin: haip! Diam! Haha

Akulah Pak Lan said...

Wadi: Hehe

Mak Wardah said...

Tulan pasal Pak Lan. Dulu kawan saya kat u selalu buat joke...kat Kelantan jangan beli buah mempelam.

Namee Roslan said...

aku dulu salu kena wey, kena buli. diorg suh akau cakap...tapi kau taktau makna dia...

Juwita Afifah said...

Pffffttt. (=_=)