Write If You Cant Say It




Lately aku dah jarang menulis apa yang sepatutnya aku tulis semingggu sekali di sini. Aku tak tahu alasan apa yang patut aku berikan, aku juga tak tahu apa yang patut aku tipu untuk menyatakan aku hampir hilang semangat untuk menulis.


Tapi bila dah tak menulis segalanya akan terbuku di dalam sampai kadang kala rasa beban menyukarkan langkah perjalanan hidup. Beban tersebut bukan sesuatu yang senang kita lepaskan seperti kita menanggalkan baju untuk berbogel.

"There is no math that can calculate how deep a heart can be empty and there is no physic that measure the impact of sadness to a heart."

Minggu lepas, masa banyak aku habis untuk membantu orang yang langsung tiada pertalian darah dengan aku sampai aku terlupa untuk makan. Akhirnya menyebabkan tubuh aku hilang semangat juang untuk terus sihat. Berlarutan sehingga hampir seminggu dan selama itu jugalah aku rebah dalam kesakitan. Tapi sakit itu aku rasa berbaloi walaupun aku ambil masa yang lama untuk sembuh. 

Kesian ibu Julie, kaki dia patah hari rabu lepas akibat terlanggar batu berdekatan dengan rumah dia. Aku dah tolong apa yang aku termampu termasuk tolong masak makanan untuk adik-adik dan juga ibu dia untuk santapan makan tengah hari. Aku cuma harap dia sempat sembuh sebab mungkin selepas ini aku mungkin tidak akan jejakkan kaki lagi di sana. Demi memberikan apa yang hati Julie minta tapi tidak dapat diluahkan.

Adakalanya kita perlu belajar untuk tidak mengganggu hidup orang yang sememangnya tidak mahu kita berada disamping mereka mahu pun keluarga mereka. Kebanyakan mereka jarang mengatakan terus dari mulut mereka. Tapi kita sendiri dapat menduga dari tindakan mereka yang masih mahu  berinteraksi dengan manusia lain tapi tidak lagi kita dan juga tindakan menjauhkan diri mereka dari kita. Kita tak perlu cemerlang dalam matematik untuk menghitung semua ini. Cuma satu-satunya yang kita perlukan adalah kesedaran diri. 



"This is for me? Thats so sweet of you" tangan Becky menggapai plastik buah yang aku beli semasa aku singgah di R&R Sg Perak. Dia  bukak sambil menjenguk kandungan plastik tersebut sambil memegang kuah rojak Mak Bee. "Walawei! Kuah rojak some more" aku hanya senyum sambil menggapai tuala yang di selitkan di handbag dia lalu mengesat peluh yang masih menitik. Orang aktif seperti dia memang selalu pergi ke Gym untuk bersenam, untuk mengekalkan tenaga dan juga body shape.

"You dah makan?" aku hanya menggeleng kepala menjawab soalan dari dia. Lately aku kurang bercakap dengan sesiapa pun. Twitter dan Facebook dah jarang di sentuh. Dah hilang minat untuk online, dah hilang semangat untuk bersosial seperti selalu.

"Kurang berselera" jawab aku sepatah tanpa ekspresi yang jelas di wajah.




Dia menarik tangan aku menuju ke pintu keluar dari OU. "Lets go to my house. Let me cook something for you. I know you will love it. " 


*********************************************************

" Go and sit at the sofa la, why sit here?" Dia mengomel seperti makcik-makcik tatkala aku melabuhkan punggung di atas kerusi sambil memandang dia sedang memotong bawang.


"Besar dapur you" sambil aku memandang sekeliling melihat keluasan dapur dia. 


"Aaa..I suka masak ma" aku dah agak jawapan yang akan keluar dari mulut dia. Selalunya orang yang suka dapur yang besar ni memang sangat suka memasak. Aku pun memang suka dapur yang besar.

"I pun suka dapur yang besar, banyak benda yang boleh buat kalau ada dapur yang besar ni" sambil aku merenung tajam ke muka dia.


"Wekk!!!" dia menjelir manja lidah dia.




"You nak masak sup lidah ka yang dok jelir lidah tuh?" muka dia bertukar merah padam. Pisau di angkatnya dan di hala kepada aku "Shutup!" lidah di jelirkan sekali lagi. Aku angkat tangan tanda menyerah. Entah anggota badan mana la dia nak potong kalau aku tak diam seperti yang dia suruh.


"Can i ask something if you dont mind?" sambil menyambung memotong bahan masakkan. Tekun, nampak keikhlasan dia dalam masakan.


Perempuan ni memang pelik, sekejap suruh diam, sekejap suruh bercakap. Tapi itulah yang menjadikan mereka perempuan. Tak perlu difahami cuma perlu disayangi.


"There is no logic behind women's feeling"

 
"Yeah sure"

"Why  with the sad face? Is there anything that you want to share?" tanya dia dengan begitu prihatin dengan keadaan aku.


"Nothing. I letih driving balik dari hometown saja kot." aku cuba untuk menyembunyikan kesedihan dengan membuat senyuman palsu, tapi aku tak pasti berjaya atau gagal. "By having you here talk with me as a friend is good enough"

To be honest, smile and happiness is not in my vocab anymore. There is no definition and meaning to these two words. There is no medicine that can turn out this sadness into happiness for now.





"OK..OK..smile please. I tak nak masakan I jadi masam disebabkan muka monyok you tu" dia cuba menghiburkan aku.


"Wekk!!" aku balas balik lalu tersenyum.

 "Nak sup lidah la tuh?" dia usik manja.


Aku hanya mampu tersenyum.




35 comments:

nadira shahid said...

believe me, pak lan akan rasa lega bila dapat luahkan even bukan secara face to face.
and believe me, jangan rasa menyesal bila tolong orang.. Allah pasti bagi ganjaran yang lagi manis ;)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

nice cara dia cheer u up :)

bgs la tolong orng, dpt menambah pahala :D

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

however some things are better left unsaid..
chill pak lan!

CekbOlat-bOlat said...

pak lan ! luahkan and u will feel better =)
sweet (^^,)

Rtp Farra Arisha said...

the way that girl treats you through the conversation is so smart. she's smart playing with the words. fine helping and taking care of each other is so helpful action! :) have a goodday!

Wadi AR said...

tak kan segan kot cik lan. lek aa

O CIKTEDDY said...

hee..u both are nice =)

Jue said...

Aku bc entry ni dua kali sbb 1st aku ingat oh ini mmg kisah real dlm life ko and cara ko tulis entry ni mmg klasik..pastu kali ke2 bc aku rs mcm eh, am I reading some kind of teaser to a novel based on a real life story? =)
Eh thx sbb singgah blog kitaorg!
Ps:kdg2 x smua pkara yg tbuku tu kita rs nak share. Tp kkdg tbeban kalau x share. Mende gini mmg ssh nak ckp. =)Do take care of urself

Eyeme said...

suci. penulisan kau. u write with all ur heart. kan?

LidiaSuraya said...

Yup its true.. Lebih baik write rather thn said.. :)

tunz said...

mengadu kepadaNYA....

zOeY zAu YaH said...

bagaikan hlg smangat..hmmmm

Akulah Pak Lan said...

Nadira:tak rasa menyesal, cuma terkilan bila org bersangka buruk terhadap kita

Akulah Pak Lan said...

Saiazuan: mudah2han

Akulah Pak Lan said...

Syafawani: perlu masuk dalam chiller x untuk jadi chill?

Akulah Pak Lan said...

Cekbolat: sweet like candy?

Akulah Pak Lan said...

Farra: =) smart girl always know how to talk to people. Rude girl only know how to make people angry

Akulah Pak Lan said...

Wadi: mmg sgt segan

Akulah Pak Lan said...

Cikteddy: nice2 gitu

Akulah Pak Lan said...

Jue: its hard to decide kan? Because we concern too much what result will be once one action is taken. But in the end we need to choose our choice

Akulah Pak Lan said...

Eyema: i will never write n publish thing that i feel it is not worth to be read by others

Akulah Pak Lan said...

Lidia: sometimes yes

Akulah Pak Lan said...

Tunz: =)

Akulah Pak Lan said...

Zoey: I am =(

Nava Krishnan said...

All the good we do to others even towards those we don't know, god will return all of it in other ways which sometimes we don't realise.

Akulah Pak Lan said...

Nava: my only ope that she will be happy, include her family.

Munnafendy said...

hg masakkan utk mak julie lan? what a nice bakal menantu! =P

Namee Roslan said...

aku rasa baik kau tulis je apa yang terbuku dalam hati kau. buat kau lebih lega. tp kalau rse xleh tulis, kau boleh luahkan. aku kan ada ! haha. inbox fb aku tu terbuka untuk kau juga lan.

Zakaria's daughter said...

urm , pak lan. kisah benar ke nih?

wu. sedihh. stay cool pak lan.

Akulah Pak Lan said...

Munna: aku boleh la takat nak masak sket. Kita bileh survive lagi kalau bini tak larat nak masak nanti.

Akulah Pak Lan said...

Namee: thanks for being a friend to me. Honestly I need friend more than i need love

Akulah Pak Lan said...

Anak zakaria: =) hidup kalau sentiasa gembira mungkin itu satu lakonan semata mata

naz said...

mungkin ada hikmah :) dan mungkin ada yang lebih baik menanti :)

cik bulan said...

patut a pak lan dah xaktip tuiter tp smlm meroyan gak tgk..haha...

mmg ..kalo down..we need time n space..tp jgn pendam sensorg..luahkan kat blog pon dah more than enough.sikitlah i guess.:)

Anonymous said...

Good bye, sentimental alternative other :)