Kenangan




"Abang dok cari apa sampai bersepah bilik kita ni?"

Kedengaran suara yang sememangnya amat aku kenal menegur aku dari belakang. Suara yang sudah menjadi rencah dalam hidup aku. Suara yang kadang kala menjadi racun dan juga penawar dalam hidup aku. Namun aku bahagia dengan suara tersebut.

"Tak buat apa-apa pun. Tengah dok cari photobook kita. Awak nampak tak?"

Tiba-tiba malam tersebut aku teringin pula nak menyingkap kembali gambar-gambar kenangan yang telah kami ambil bersama. Gambar yang menggambarkan perjalanan hidup kami sehingga ke hari ini.
  
"Untung la saya dapat laki yang pelupa macam abang ni. Semua benda saya nak kena ingatkan. Saya simpan  atas almari tuh ha" jari telunjuk dia menuding pada atas almari sambil membebel dia seperti  seorang makcik-makcik yang sedang duduk lepak sambil mengumpat tentang perihal orang lain.

Aku hanya tersengih dengan bebelan dia, bingit namun itu yang aku suka tentang dia. "Tolong la ambikkan kejap boleh?" rayu aku yang tengah duduk bersila di bawah meja sambil mengemaskan kembali barangan yang telah aku punggah tadi.

Dia yang sedang bertuala menolak kerusi rapat ke almari dan kemudian memanjat kerusi tersebut dan jinjat membuka laci almari yang atas sekali. Sekali-sekala aku  mengintai apa yang ada disebalik tuala tersebut.

"Isk! orang tua ni" aku tersengih dengan bebelan dia masih tidak berhenti. "Nah! Ni dia photobook yang awak cari tadi" disuakan dia pada aku benda yang aku cari tadi.

"Nak pergi mana tu, mai la sini dekat abang dulu" tangan kiri aku menepuk paha kanan manakala tangan kanan aku menarik tangan dia merapati aku yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja tulis. 

"Isk! orang nak p mandi pun tak senang.Yela-yela abang sayang oi...kang merajuk pulak kalau tak layan." dia duduk di atas paha kanan aku dan terus pinggang dia aku rangkul kemas. Hidup suami isteri ni kena selalu bermanja-manja, baru ada kemanisan berumah tangga. Tak bosan.

"Anak-anak mana?"

"Anak-anak semua dah tidur."

"Good kids. Senang orang tua nak buat kerja." Dia  memandang aku  pelik. "Ingat lagi kat mana kita buat photobook ni?" soal aku sambil menyelak satu persatu helaian photobook tersebut sambil mengimbau kenangan kami dari waktu pertunangan, akad nikah, hari perkahwinan sehinggalah kini sudah beranak tiga, kembar. 

 

"Mana boleh tak ingat. Abang buat kat Foto Kenangan kan?" jawab dia ringkas. "Saya ingat lagi abang punya la bersungguh sampai nak design sendiri semua arrangement gambar ni. Nak buat storyline la konon" sambung dia sambil mencebik mulut.

Aku masih ingat lagi hari di mana aku sendiri yang mereka dan menyusun gambar-gambar yang ada dalam photobook tersebut. Sebelum ini banyak juga kedai photo aku pergi, namun semua kena ikut templete yang telah ditetap. Tambahan semuanya perlu dibuat terus di kedai mereka. Aku bebal dengan semua itu. Aku ada taste sendiri yang aku nak buat, aku nak corak sendiri gambar-gambar yang aku dah ambil dengan storyline yang aku akan garap sendiri. Semuanya memakan masa. 




Mujur aku terjumpa dengan satu laman  web yang menawarkan apa yang aku nak, Foto Kenangan. Apa yang aku perlu buat cuma  mengikuti 3 langkah mudah. Download software mereka secara PERCUMA ke komputer aku dan terus mula mendesign photobook aku sendiri. Setelah siap, aku boleh terus mengupload design photobook aku kepada mereka untuk dicetak. Kemudian, photobook tersebut akan terus dihantar sampai ke depan pintu rumah aku. Mudahkan? 

Photobook juga boleh dibuat secara online. Masa dan kreativiti bergantung kepada cara aku sendiri. Mereka juga ada menyediakan tutorial bagaimana untuk menggunakan software mereka di SINI. Software mereka dapat support untuk 2 platform Operating system iaitu Windows dan juga Mac. So tak ada alasan untuk tidak menggunakan software yang semudah dah userfriendly ni.


"Tau sebab apa abang buat photobook instead of print photo biasa?" aku cuba menguji minda dia.

"Tau..." sahut dia panjang. "Sebab tak nak gambar-gambar kita berselerak dan hilangkan?" dia mencari kepastian sambil memandang wajah aku.

Rambut dia yang panjang mengurai aku selak ke tepi cuping telinga. Kemudian pipi dia aku cium. "Smart girl! I like" puji aku. "Lagipun mana ada feel tengok gambar dari Digital Frame atau pun Kompuer. Agak susah juga kalau kengkawan kita datang nak tengok album kahwin kita. Lagipun tak ada mahal mana nak buat photobook ni, serendah RM48 ja." 

"Aaa..Saya ingat lagi. Masa tuh sampai abang pening nak pilih cover yang sesuai untuk photobook kita sebab banyak sangat selection dia." dia cuba ingatkan aku balik detik di mana aku confuse dalam membuat pilihan cover. Memang payah, sepayah memilih gadis yang patut kita perlu kahwini.



"Yup" sahut aku pendek. Akhirnya pada ketika itu aku memilih untuk menggunakan album Classic Square yang paling laris yang berharga RM168 sahaja sebab itu merupakan pilihan yang paling laris. So, siapa kata aku tak bergambar. Aku hanya akan bergambar dengan orang yang telah sah menjadi yang halal bagi aku.

"Tapi kan abang, saya hairan la." muka dia mula berkerut, penuh dengan seribu soalan.

"Apa yang nak dihairankan pula?"

"Kenapa tak ada sekeping pun gambar abang sewaktu abang single dulu."

"Abang mana suka bergambar sensorang, lagi pun time gambar dengan skandal mana boleh ambik, nanti kantoi la abang dengan skandal-skandal yang lain." aku sengih.



"Amboi!!!" tangan dia laju mencubit manja tapi agak kuat pada paha aku yang berada dicelah kangkang dia. 

"Adeh! Adeh! Adeh!" jerit aku manja. "Ni macam nak ajak main aci ligan ja ni?" aku cucuk pinggang dia dengan jari telunjuk.

Dia berlari ke kepala katil sambil ketawa manja. Mula-mula habis bantal ada yang dia baling pada aku ketika aku cuba mengejar dia. Tak cukup dengan bantal, bantal dakap dan selimut yang berat tu pun jadi kerja dibuatnya. Lepas tu dah tak  ada apa yang tinggal untuk dia baling termasuk tuala yang singgah di muka aku tadi. Dia seakan sudah mengalah.

Happy Ending...




*Cerita yang mungkin terjadi 5 tahun akan datang* 


Untuk mendapatkan cerita yang happy ending macam ni, maka bersegeralah anda untuk menghubungi support@fotokenangan.my atau pun terus call mereka 012 - 211 8246. Maklumat lanjut boleh didapati di fanpage facebook mereka http://www.facebook.com/fotokenangan.my website mereka http://www.fotokenangan.my



12 comments:

Anonymous said...

hehehhe...suspender jew pak lan entry kali neh...tp sume entry pak lan xpernah menghampakan peminat...keh3

Anonymous said...

best3...

syafiqakarim said...
This comment has been removed by the author.
Chegu said...

macam haram...hahaha

Munnafendy said...

hampeh hang.

Zakaria's daughter said...

eheh ! sangat style la "untung lah saya dapat laki yang pelupa macam abang''

amboii. utunglah paklan . untung lah untung lah. keke

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haha..
amboi tiga2 anak kembaq ka..dasatt :D

zOeY zAu YaH said...

amboi sweetnya citer haha..

Wadi AR said...

*Cerita yang mungkin terjadi 5 tahun akan datang*


hek elehhhh

Namee Roslan said...

macam kau dah kahwin kan lan. hehe. dalam banyak2 ni aku sorang je yg tahu diri sebenar kau ?

Maii said...

selamat berbahagia (note untuk lima tahun akan datang) kihkih xD

Cik Yuyun Nadira said...

wuuu very the sweet , haha ^^