Angpow


Angpow atau pun lebih dikenali sebagai "Red Envelop" dalam masyarakat Chinese selalunya diberikan semasa Tahun Baru Cina atau pun semasa kenduri kahwin. Ianya merupakan tradisi turun temurun bagi masyarakat Cina yang masih kekal sampai ke hari ini.

Tahukah korang yang warna merah ini dipilih disebabkan ianya melambang simbol "Tuah" dan juga warna yang dapat jauhkan semangat jahat. Nilai dalam angpow selalunya dalam nilai yang genap. Manakala nilai ganjil selalu diberikan semasa melawat majlis pengebumian atau kematian.

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, angpow biasanya diberikan oleh pasangan yang sudah berkahwin kepada yang masih belum berkahwin yang kebanyakannya adalah kanak-kanak. 

Sedikit sebanyak budaya ini telah meresap masuk ke dalam masyarakat Malaysia amnya di mana hampir setiap perayaan, kanak-kanak akan diberikan angpow oleh orang dewasa. Cuma bezanya, dalam budaya masyarakat Melayu angpow berwarna hijau digunakan. Namun tidak terdapat sebarang kepercayaan disebalik budaya masyarakat Melayu terhadap angpow ini kerana ianya cuma adaptasi dari budaya masyarakat Cina yang ada di Malaysia.

Begitulah indah dan kayanya budaya yang ada di Malaysia yang sedikit sebanyak mempengaruhi satu sama lain yang menambahkan rencah dalam hidup bermasyarakat.

Islam pun galakkan untuk berkahwin campur untuk mendapatkan zuriat yang lebih berkualiti. So tunggu apa lagi? Jom ikut aku p mengorat amoi. 

Hahaha..

Agak-agak aku masih layak dapat angpow tak sebab aku masih tak kahwin lagi ni? 

Kah kah kah....

Owh ya, kalau korang nak join photography contest by Petronas. Submit la photo korang kat link kat bawah. Mana tau ada peluang nak menang Angpow.

http://www.facebook.com/petronas1?sk=app_354326444581364

*Auto Publish Post*

6 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

ukm banyak minah arab comei2..
lai lai lai :D

Munnafendy said...

selera aku ttp melayu =)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hhu dah lama x dpt angpau..

Zakaria's daughter said...

eh eh eh eh . yeke neh pak lan tak kawen ag ? amboii. aahaa.

NuReLLe said...

taub ni bru dpt 2 angpau je...:(

Namee Roslan said...

paklan,bilalagi turn kau untuk kahwin ? tak kira lah kaum apa pun..bila bila. hehehe