Tips Penggunaan Kad Kredit Yang Bijak



Aku terpanggil nak buat entry ni nak share dengan semua orang macam mana aku menggunakan kad kredit aku. Tanpa mengeluarkan modal sesen pun bahkan aku mampu membuat sedikit keuntungan dari penggunaan kad kredit aku. Bagi yang belum mempunyai kad kredit, adalah lebih disarankan korang tak payah gatai nak apply kalau rasa tak mampu nak manage nafsu shopping dengan bijak. Tapi bagi yang mampu dan sudah mempunyai kad kredit, entry ini mungkin dapat membantu serba sedikit korang.

Sebelum tu, aku nak share something dengan korang apa yang aku dah dapat daripada penggunaan kad kredit aku setiap bulan.

FYI, minggu lepas aku baru redeem point kad kredit aku dan aku layak menebus kamera digital Sony W530 yang berharga RM499. (Aku cuma perlu menambah RM48 sebab point aku tak cukup). Bahkan setiap bulan aku akan mendapat cash rebate sebanyak 5% dari jumlah penggunaan kad kredit aku. 5% bagi sesetengah orang mungkin tak banyak, tapi siapa nak bagi kat kau duit free setiap bulan kan? So bersyukur saja la apa yang kau dapat.

Sampai sekarang aku langsung tak berhutang apa-apa nilai dengan pihak bank, aku tak pernah membayar satu sen pun untuk sebarang interest malahan aku pula yang memdapat keuntungan dari penggunaan kad kredit.

*Take note that, pihak bank memang tak suka pengguna kad kredit macam aku ni. kah kah kah*

Memilih kad kredit yang bersesuaian:

Sekarang ni dah banyak product kad kredit dekat luar sana yang di offer oleh pelbagai bank. Tapi berhati-hati, ada sesetengahnya tak sesuai untuk kita dan ada sesetengahnya langsung tidak ada sebarang benefits untuk kita. So kita perlu bijak untuk membaca dan memahami spesifikasi kad kredit yang ditawarkan. Baca betul-betul dan fahami apa yang mereka tawarkan.

Bagi aku, aku telah memilih untuk menggunakan kad kredit Maybank 2 Gold Card yang ditawarkan oleh pihak Maybank. Sebab utama aku memilih kad ini kerana aku tertarik kepada beberapa benefits yang ditawarkan kepada pengguna mereka terutamanya kad kredit AMEX. Di mana setiap swap RM1 = 5 point. Untuk kad kredit Visa dan Mastercard yang biasa agak sukar untuk mendapatkan point sebanyak macam ni. Nanti aku ceritakan kepentingan point ni.



Tapi sebenarnya banyak lagi kad kredit lain seperti Citibank yang menawarkan diskaun tertentu untuk pemegang kad kredit dia. Tak kisahlah apa pun pilihan kad kredit korang, pastikan ianya tidak hanya kad kredit semata-mata yang tidak membawa kepada sebarang keuntungan.

Berbalik kepada kad kredit yang Maybank aku tadi, aku nak ceritakan macam korang boleh guna kad kredit dan peroleh keuntungan tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Untung pengetahuan korang, setiap kad kredit yang didaftarkan di Malaysia ni korang diwajibkan membayar RM50 cukai kerajaan setiap tahun. Tapi tahukah korang yang 10,000 point yang korang dapat semasa menggunakan kad kredit ini korang dah boleh settlekan cukai tadi dengan hanya menebus point tersebut.

Dan untuk pengetahuan korang jugak 10,000 point adalah hampir bersamaan dengan nilai RM50. Kalau tak percaya  cuba refer Maybank Treats Point Website. Dengan menggunakan kad kredit AMEX tadi berapa banyak yang perlu aku spend untuk mendapatkan 10,000 point ni? 

Simple math, 10,000/5 = RM2000.

Agak-agak setahun berapa banyak duit yang telah korang belanjakan untuk tiket wayang, petrol, shopping atau any transaction yang melibatkan penggunaan kad kredit ni? Busuk-busuk pun bagi yang dah bekerja dalam RM10,000 x 5 = 50,000 point. 10,000 point korang boleh guna untuk waive cukai kerajaan. Manakala 40,000 lagi korang boleh guna atleast redeem voucher yang ada dalam Maybank Treats Point Website tadi yang berharga RM200. So untung ka rugi?

Satu lagi ciri yang ada pada kad kredit ni, setiap ringgat yang korang spend semasa weekend atau pun public holiday. Korang akan layak mendapat rebate 5% semula dari jumlah yang korang dah spend. So bayangkan dalam sebulan korang spend RM200 time weekend, so atleast korang akan dapat balik RM10. 

So untung atau rugi?

Cara mengawal penggunaan kad kredit:

Cara yang paling basic yang aku akan ajar untuk mengawal penggunaan kad kredit adalah sangat mudah.

Make sure you pay whatever you have spend.

Macam mana nak buat?

Aku ada beberapa tips dan rules yang aku buat dan aku guna pakai sampai sekarang. Sebab utama aku pakai kad kredit adalah untuk memudahkan urusan aku kalau aku travel ke oversea. So aku tak perlukan kad kredit yang banyak-banyak. Cukup sekadar satu. Setiap transaction yang aku nak buat, aku akan pastikan aku dah ada duit tersedia untuk membayar untuk barangan tersebut on the spot. Cuma aku malas menggunakan cash sebab aku nak collect point dari penggunaan kad kredit. Jangan pula ada yang berniat "Aku mampu membeli barang ni berdasarkan gaji aku bulan depan".. DONT!!!! Kalau macam tuh lebih baik korang tunggu bulan depan. Dah ada duit dalam akaun baru la korang beli barang yang korang nak beli. 

Simplekan rules aku?

Dan setiap kali korang dapat penyata, pastikan korang membayar jumlah yang ada  dalam penyata tersebut ASAP!

Dalam kes aku, since aku akaun gaji aku dan kad kredit aku menggunkan bank yang sama iaitu Maybank, aku akan terus membayar menggunakan Maybank2u tanpa ada lengahan. Aku bayar jumlah yang telah aku belanjakan untuk mengelakkan sebarang interest rate dikenakan. So korang tak perlu mana-mana kad kredit Islamik lain lain lagi kerana korang tak terlibat dalam sebarang interest.

****************************************************

Semua contoh di atas adalah berdasarkan pengalaman aku dalam menggunakan kad kredit Maybank tadi. Tapi semuanya terpulang kepada korang semua untuk memilih kredit kad tersendiri. Aku tak kata kad kredit Maybank adalah yang terbaik dekat pasaran, tapi apa yang aku dapat katakan. Kad kredit tersebut SESUAI dengan penggunaan aku.

26 comments:

RerameUngu said...

wow..great tips...akan diguna pakai utk kegunaan masa depan.

*bt ms ni takda kad kredit lg..hahaha..n want to keep it dat way as long as i can..heeeeee

.eypgonzales. said...

wee~ untung lah pkai krdt kad ... swap jew kt memane kan .. :D

CekbOlat-bOlat said...

akn dtg ! pewwitt.. bolat muda lgi nk pkai.. kang brtimbun hutang !

hanaahmad said...

aku belum cukup layak lagi nak pakai. hohoho

NuReLLe said...

as a shopaholic yg TIDAK berdisiplin like me..i prefer cash..lalala

Maii said...

Zaman sekarang ni perlu pakai kad kredit asal reti elakkan banyar interest,dapat elakkan kes ragut,curi dsb hoho kalau takut tidak berdisiplin, pakai kad debit kan kan kan ;DD

Munnafendy said...

kalau selalu pakai untung la kan..wat masa ni ape2 pun nak byr cash..takut pkai ccard ni

Edleen said...

Aku gune CIMB, but xpenah redeem point pon..coz xtau nak redeem..hehe tp bagi aku cimb xbest!

EZAN IDMA said...

paklan....
dengar cite nak ajk shopping kan?
jom/
jemput kat rumah eh :)

Lizzie Yasmin said...

Pak Lan tips nie sgt berguna. Aku tengah berkira - kira nak cari kad kredit. U our advise very2 super duper usefull. TQ

wandisini said...

salam.
tips yang sangat bagus. aku pun sedang berkira-kira nak angkat kat kredit, bukan untuk perbelajaan mewah, tapi untuk hal-hal kecemasan

vampire's lovex said...

boleh la aku bukak blog ko nnti bila masa untk aku pakai kad credit sampai...

btw..nak satu kad credit ko buleh? hihi

vampire's lovex said...

boleh la aku bukak blog ko nnti bila masa untk aku pakai kad credit sampai...

btw..nak satu kad credit ko buleh? hihi

Chegu said...

Nice tips bos... Cume x brani a nak pkai lg, takut t'beli ferari plak <-- giler berangan

Cik Kamoo said...

tips sgt bagus, tapi kenapa tak dulu lagi buat tip nie...huhu

dah tersasar guna credit card dn skang gigih bayar...padan muka sendiri! huwaaaaaa

blog-tips-kurus said...

very nice info la Pak Lan!!

saye guna cc HSBC je-memudahkan urusan outstation. memang kita kena bijak guna kemudahannya, jangan perangkap diri dgn interestnya.. :-)

Namee Roslan said...

thanks paklan. tp aku takde cdt card. haha

Anonymous said...

great Tips...ngam2 jg aku bru dpt ccredit dr Maybankkard...thanks!

Anonymous said...

Sy jgk mrmilih maybnk2card neh..mmg byk klbhn..:-)da guna 5kad kdt setkt ni..mybnk2card yg terbaik!!yg len hampehhh..benefit xbykk..terbaekkk..xde bnk len twrkn 8.8 p.a. a year lg ke cam mybnk?ke rate yg lbh rendah dr 2?hihi

nadia said...

Maybank call offer 2 kad ni.. sy accept n tgk cmana nnt.. nk memudhkn keje pakai kad kdt n takot bwk duit byk2 sbb every weekend travel..

Anonymous said...

Make sure you pay whatever you have spend.

betulla ape org cakap, kadang2 kita tahu benda tu, tapi bila org cakap baru kiter perasan, tips pak lan mmg gred A+ la....terbaikkk

amirulcyber said...

Kad kredit sbnrnye adalah kemudahan yg diberikan oleh bank kepada pengguna.Namun penyalahgunaan k.kredit menyebabkan pengguna tersebut terjebak dlm perangkap hutang.K.kredit mengajar kite berdisiplin dlm membelanjakan duit.So sblm memohon sebarang k.kredit pastikan anda sudah bersedia dari mental 100%.itu pndgn sy.

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

Aku agak baru la terima kad kredit maybankard2card ni....anyway, camne ko dapat rebate 5% setiap bulan tu... promo ke...

stanley climbfall said...

Sebenarnya berapa annual charge utk dedua kad maybank ni?
Sbb ade baca kt web maybank tulis untuk AMEX..1st year fee waive tapi 2nd year rm800..
Mohon pencerahan tuan...

Akulah Pak Lan said...

stanley climbfall: Annual charge untuk gua punya case, free! Gua guna "Maybankard 2 Gold Card" free lifetime.

fatin said...

good..anyway,mmg kad kredit maybank ni bgus..hihi..yela,sbb ak jual kredit kad maybank ni..utk klayakan klo korang gji msk maybank trus and >RM2600 mmg senang sgt nk apply..ape2 klo nk apply leh cll (FATIN)0378443500 ext ak 3774 yer or leh kol cus service maybank dkt 1300886688 then trus ke ext ak 3774 utk direct trus kt aku..korang just nk info psl kad ni pn xpe..ak leh cite detail dye..