Recovering




Hidup single tak semestinya kita akan jadi bosan kalau kita pandai untuk menghiburkan diri kita sendiri. Kalau dah single tu, janganlah asyik duduk terperuk dalam rumah dan hanya menghadap laptop sambil berharap korang akan bertemu dengan jodoh anda. Laman sosial memang merupakan satu alternatif untuk mencari pasangan, tapi berapa ramai yang sedar yang 80% muka dan sifat yang mereka paparkan dalam laman sosial adalah 80% palsu.

minda aku yang mati kutu tak tahu  nak buat apa telah membuatkan aku curang dengan prinsip sendiri. Tong sampah aku selongkar untuk mencari sesuatu. Ada beberapa keping name card yang pernah aku buang dulu. Semuanya nama gadis. Akhir sekali timbul semula nama Nina Karina, gadis utara yang aku kenal semasa nak naik LRT dulu dan pernah aku ceritakan dalam blog aku dulu. (Part 1, Part 2, Part 3)

"You. Buat apa, jom pergi jog nak?"  sms ringkas aku hantar. Kemudian aku masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengharapkan balasan segera sebab aku pun dah lama tak contact dia. Sms dan call dia yang dulu pun aku jarang reply atau angkat. Sekarang benda ni terjadi dekat aku sendiri bila Julie buat benda yang sama. Memang ini hukum alam.

"Hey u, mana menghilang? Nak pergi bila?" balasan sms yang aku terima. Tersenyum sebentar sebab dia tidak berdendam dengan aku.

"Busy with works lately. Petang ni nak?" Alasan kuno seorang lelaki.

"Its ok. I paham. Ok, come n pick me up at my home can?" 

"Sms me your home addr. Tapi merempit saja aci?"

"What happen to your car?"

"Sold it."

 "Yeah! No problem. I dulu pun minah rempit jugak =P"

Sebenarnya tak ramai perempuan yang sanggup keluar bersama lelaki bila mana mereka sudah tidak lagi mempunyai kereta. Impression mereka terhadap lelaki selalunya akan berubah. Bila kau selalu ambik perempuan tu pakai kereta, tetiba kau datang ambik dia pakai kapcai buruk.

Perempuan mana yang merasakan standard mereka telah terjatuh. Kalau jenis yang selalu menunjuk dengan rakan-rakan yang lain, kemungkinan besar silap hari bulan mereka akan tinggalkan laki tersebut. Perempuan, banyak yang materialistik. Kenyataan. Alasan kukuh mereka, kalau kau tak mampu nak jaga ekonomi sendiri macam mana kau nak tanggung diorang lepas kahwin nanti. Kadang ada  betulnya juga, tapi kadang kalau dah ditakdirkan lelaki itu hanya punya kenderaan bernama kapcai seumur hidup, adakah mereka ini tak layak dikahwini?

Petang tuh tak ramai orang yang berada di Tasik Titiwangsa. Agak sedikit pelik dari kebiasaan. Mungkin ada event lain yang perlu mereka attend sampai lengang macam ni sekali. Baru seround jogging aku tengok ni Nina ni dah mengah. Dicapainya tangan aku, ditarik ke tepi.

"You rehat jap, I penat." dia aku lihat tercungap-cungap. Sampai bernafas menggunakan mulut. Aku gelengkan kepala dan senyum bila melihat gelagat dia. Aku pimpin dia sampai ke kerusi di sebalik pokok buloh. Duduk tersandar dia bila sampai di situ.


"Nak bantuan CPR?" tiba-tiba singgah satu cubitan sipi-sipi si paha aku. "Adeh! Adeh!!" dia ketawa melihat aku menjerit kesakitan.


"Are you ok? Nampak muram ja?"  ada sesetengah lelaki macam aku, kami memang tak pandai nak sembunyi apa yang adalah dalam fikiran dan hati kami. Selalunya akan terpampang diwajah. Namun tak bermaksud kami ni terlalu feeling.

"Nothing!" aku cuba senyum pada dia.

Tiba-tiba kedengaran suara dari sebalik pokok di meja yang kami sedang duduk. Kami berdua cuba untuk mengintai dari situ.

Muah!!!

"Cium la sekali lagi"

Muah!!!

"Tak rasa pun, tak ikhlas erk?"

Muah!!! Muah!!

"Macam tuh la, sayang dia. Meh nak cium balik, nak?" kepala dia angguk laju sambil tersenyum.

Muah!!! Muah!!! Muah!!!

"Macam ni la anak ayah. Nanti dah besar jangan lupa kan ayah ok?" mereka sambung berdua. Seronok sungguh melihat gelagat anak dan ayah tersebut. Dalam hati kecil aku terlintas, bagaimana la ada orang sanggup buang ayah dan ibu sendiri bila mereka dah dewasa. Diaorang tak nampak ka pengorbanan yang parent kita buat dari kita kecil sampai kita besar. Tapi inilah manusiakan, bila dah besar mereka rasakan ibu bapa ada beban untuk mereka. Beban yang patut mereka singkirkan. Betapa kotornya hati mereka.

"Erm..Niza..eh...Azi..eh lupa pulak nama you." Nina seperti muram sedikit bila aku lupakan nama dia.

"Nina la" suara kuat dia mengingatkan aku kembali kepada nama dia yang sebenar. "You ni, nama I pun boleh lupa. Tudia la, banyak sangat perempuan la tuh" dia berpusing lalu mengalihkan muka dari aku.

Aku pegang bahu dia dan cuba untuk memujuk. "Sorry la, I bukan sengaja. Makan pun I boleh lupa ni kan pulak nama you."

"Yela, sapa la I ni kan." mucung dia bertambah panjang. "Nak cakap apa tadi?"

"Tah la, I dah lupa. Abaikan. Bukannya penting pun. Dah la jom pergi breakfast. I tak makan dari kelmarin."

"Patut la you nampak kurus sikit sekarang. "

Aku hanya tersenyum mendengar jawapan dari dia.




28 comments:

Pink Lavender said...

ahhaaa,...

paklan, ni citer rekaan ke betol2 nih???

1 je..kalau dah jodoh xkemana...hu2..
kadang2 yang kite suka sangat tuh bukan yang terbaik untuk kite...
apa pon enjoy ur life!!!=)

fa said...

hehehe.. akhirnya~ da lama sgt2 x jenguk blog paklan ni an~ skrg baru ada masa ^^

Munnafendy said...

hopefully 1day hg tak lupa nama aku n blog aku...mcm mana hg lupa nama azi...eh nina =P

*wey, aku pun xnaik moto k..adab sopan perlu dijaga *buat muka suci*

keh3

nazirah said...

wah da lama tak dtg sini huhu ..

pak lan.. agak lama tu tak makan thn ek peruttt.. lelaki bole kot..

kalau perempuan rasa cm nak mati kalau tak makan sehari ekeekkee

Akulah Pak Lan said...

Pink lavender: Serius hari tuh aku tak makan seharian, masih berlarutan sampai hari ni.

Akulah Pak Lan said...

Fa: busy dgn kerja erk?

Akulah Pak Lan said...

Munna: tak rempit la kalau tak naik motor

Akulah Pak Lan said...

Cci: tah la, tak lalu makan ja

Namee Roslan said...

ada jodoh kau paklan, jangan risau. :) mungkin bukan tahun ni, tahun depan siapa tahu ???

Akulah Pak Lan said...

Namee : aku tak risaukan tentang jodoh pun =)

NuReLLe said...

wahhh...kemain x mkn dari kelmari..hukhukhuk

Almade Nespesor said...

kalau prmpuan single pun kena keluar carik jodoh ka? , =P

CekbOlat-bOlat said...

ajk jogging petang.. then pegi bekpes @_@ paklann!!! haha

jodoh mmg misteri =)

Akulah Pak Lan said...

nurelle: Yup sungguh

Akulah Pak Lan said...

Almade: kalau tak keluar mcm mana laki nak perasan yg anda wujud kat muka bumi ni

Akulah Pak Lan said...

Cekbolat: makan pun aku bleh lupa, ni kan nak ingat pagi ka ptg

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

zOeY zAu YaH said...

kalau single kene byk buat aktiviti baru hidup akn happy n peluang bertemu jodoh pun terbuka skit haha..

Wadi AR said...

kalau ade jodoh jemput aku tau cik lan

vampire's lovex said...

kemain seronok org cakap dia makin slim hahaha...

hanaahmad said...

lu pehal tak makan2 ni Pak Lan? lempang nak? jangan nak malas sangat, ada motor lagi senang nak merempit cari makanan. jaga kesihatan. pls.

*eh bebel lak. hak3

tunz said...

wahh pak lan.....kemain lagik yer

Akulah Pak Lan said...

Emmet: Thanks

Akulah Pak Lan said...

Zoey: hehe yala yala

Akulah Pak Lan said...

Wadi: kalau ada

Akulah Pak Lan said...

Vampire: memang la seronok kot

Akulah Pak Lan said...

Hana: aku mmg tak suka makan snsorang

Akulah Pak Lan said...

Tunz: biasa la