Everything Is About 22 January 2012





"Raya Cina ni kau balik tak bro?"
 
"Tak kot, mesti highway jam teruk nanti. Aku balik awal bulan 2 kot nanti"

"Betul tak balik ni? Tak menyesal?"

Aku hanya menggeleng kepala menjawab soalan dari kawan aku ,si Azad. 

Dup..dup..dup..

Kemudian dia hanya menepuk bahu aku yang pejal dengan otot sambil mengucapkan "Gudluck bro. Lama tuh 4 hari." sambil menghembuskan nafas yang bercampur dengan asap rokok ke udara.

"Awek itu HARAM. Bini itu HALAL. Tapi HARAM JADAH kalau hisap rokok sampai berkepul asap rokok dalam bilik aku" maki aku dalam hati.

Aku senyum kepada dia. Aku paham, siapa yang tak nak balik kampung time cuti panjang. Memang susah untuk hidup 4 hari bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Tapi aku ada sebab aku tersendiri untuk tidak balik kali ni walaupun aku terpaksa mengorbankan cuti 4 hari aku. Aku rasanya ianya berbaloi.

*********************************************

Seperti biasa, aku akan bangun awal sama ada tidur berseorang atau pun tidak, dah jadi tabiat. Lately aku semakin ligat dengan twitter. Orang tweet, aku troll. Paling tidak pun aku reply dengan jawapan yang kadang related tapi agak nonsense. Itu aku, aku bukan nak cari awek dalam twitter ni, tak berminat.  

"Morrninnggg! I wan dimmm summm! :D"

"Haha so early to eat la babe"

"Eating is something that we can do anytime what =P"

" =) About our plan. Today or we postpone to another day?"

"I scared jamm..."

"yeah maybe. Last minute shopping. But I can come n pickup U."

Aku pernah cerita tentang gadis ni dalam entry aku yang lepas. Kami hanya berbalas tweet dan dm tak sempat berjumpa satu sama lain. Aku pun tak pernah terlintas nak minta nombor telefon dia. Macam biasa la, aku. Liat nak save nombor telefon orang apatah lagi nak minta. Sedar tak sedar dalam bertweet kami beralih ke DM. Lebih private mungkin bagi dia. Yala, aku pun low profile. Dia pula banyak client yang sedang "membaca" apa yang dia tweetkan. So tidak elok untuk bisnes dan reputasi dia. Aku sedar itu.

Akhirnya kami berjanji untuk berjumpa di Viva Mall untuk menonton wayang bersama kerana dia perlu berjumpa dengan blogger lain untuk menghantar sesuatu. Mulanya agak cuak aku dalam mencari jalan ke sana. "Viva Mall? Wujud ka?" soal aku dalam hati. Memang aku tak pernah dengar sebelum ni. Tapi terima kasih kepada Encik Google, semua jawapan dia ada.

*********************************************

Wow!!! Boleh tahan.

Itu first impression bila aku pandang dia buat kali pertama. Senyuman dia yang tersipul malu. Rambut yang ponytail, tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Berbaju single, berskirt pendek dan juga wedges. Match semuanya tentang dia. Tapi aku masih berlagak cool dan tidak gelojoh sambil berjalan perlahan tenang menuju pada pada dia yang sedang berbual dengan kawan dia sambil memegang video cam.
 

Tangan kami bertaut "Hi busy women" wajah aku masih tak lekang dengan  senyuman sambil cuba untuk menyembunyikan kegatalan yang ada.

"Pak Lan?"  soal dia seperti tidak percaya. Tergamam dia seketika. Entah apa yang dia fikirkan pada waktu tersebut.

"Just called me Lan. You must be Becky right?" tangan dia aku goncang, begitu juga dengan benda lain yang turut bergoncang sama termasuk anting-anting di telinga dia.

Dia sememangnya sibuk dengan urusan kerja dia. Memang susah nak kejar. Tapi kata orang "To date with a runner, You need to be able to chase them". Itu yang aku buat pagi tadi. Nampaknya usaha aku tak sia-sia melihat susuk tubuh di depan aku ni. Tempat dan benda baru, memang berbaloi untuk diteroka. Kami berjalan-jalan berdua setelah selesai dengan urusan dia.

"You check movie ticket already?" tanya dia sambil membelek-belek women stuff yang berada di depan dia.

"Dah, but later we go again because I not sure what movie you want to watch plus I dont know when you will arrive busy women" aku cuba memerli dia.

"Wekk!!!" dia menjelir lidah manja. Aku pula rasa macam nak tokak ja lidah dia. Dia tunduk menonggeng di depan aku mencapai sesuatu. "Not bad" terdetik dalam hati kecil aku. 

"Cantik tak cincin ni? Which one do you prefer?" sambil menayangkan cincin Angry bird dia yang berwarna kuning dan merah.

Aku sarungkan kedua - dua cincin tersebut di kedua-dua belah jari manis dia. Lalu aku pandang dia dari atas sampai bawah. "Take the yellow one. Kena dengan dressing you hari ni". 

Dia tersenyum memandang aku, mungkin kerana aku melayan karenah dia. "I ambik ini ya kakak. How much?" 

"Sepuluh ringgit satu" jawab amoi yang sepuluh kali kurang comel berbanding dia.

"Lets go, we need to rush for movie." Aku menarik tangan kiri dia. Mata dia masih di jari manis kanan dia sambil-sambil sekali dia menayangkan cincin yang tersarung dijarinya. Langkah semakin laju, sebab kami mengejar masa.

Dia decide untuk menonton Contraband sebab cuma itu tayangan yang paling awal selain dari filem 3D yang ada. Aku tak suka dengan filem 3D begitu juga dengan dia. Boleh buat kepala pening dengan memakai spek yang tak guna. Lagi pun nanti mesti susah aku nak pandang ke tepi. 

Seperti yang dijangka, memang tak ramai orang yang menonton wayang  pada hari tersebut. Lengang dari kelibat manusia yang bersendirian mahu pun yang berdua. Boleh di kira dengan jari yang ada dalam pawagam tersebut. Itu tak jadi masalah bagi aku. Sebab aku pun dah biasa menonton wayang sorang-sorang. Menonton wayang tak perlukan ramai orang untuk menjadikan wayang tersebut menarik, bukannya kita nak buat wayang pun dalam wayang.

Dalam sedar tak sedar, tetiba tangan dia sudah berada di atas dan di bawah tangan kiri aku. Di gosoknya demi cuba untuk mencari kepanasan dalam kedinginan. Aku toleh ke kiri dan lihat dia sudah mengigil kesejukan. Kesian, itu yang terlintas dari sudut hati aku. Kaki dia pun sudah tidak senang duduk dari tadi. Lantas aku bangun dan menanggalkan jaket yang aku pakai, dan aku selimutkan dia.

"You not cold meh?" dia membisik di telinga aku.

"Dont worry about me, I still can handle it" Dia hanya mampu tersenyum dengan jawapan aku tersebut, aku balas semua senyuman dia tersebut dan sambung semula menonton wayang. Walaupun pada dasarnya sejuk dan lelaki adalah satu sumpahan yang kekal. Takpa, aku tahan.


*********************************************


"How was that movie just now?" soal aku sambil menghirup Peach tea di salah sebuah kedai yang menghidangkan makan korea. Cuba untuk mengurangkan kesejukan.

"Boleh tahan. It make me think what happen to the drugs and money." jawapan dia sambil sedang memakai sesuatu pada muka dia. "Can do me a favour?" sambung dia.

"Sure. What?"

"Take my photo while I wearing this..hehehe.." dia tergelak-gelak sambil menyarung mask dan google .



"Ready? 1..2..3!!" aku ambik menggunakan kamera dia dan Iphone aku. "Can I ask something?" tanya aku sambil dia perlahan-lahan menanggalkan mask dan google dia.

"Sure, what u want to know?"

"Nothing much. I am looking for a gift for my friend.  Tomorrow is her birthday, but I still cant decide what I should buy."

"Your girlfriend?" dengan nada dan wajah sedikit kecewa. Nampak di muka dia.

"Nope. We are just friend. She already have a boyfriend." aku senyum pada dia.

"Describe her to me. I will try to suggest something" wajah dia berubah semula dan dia dengan nada bersungguh ingin membantu.

"Well, I dont much about her to begin with. A typical malay girl who wear tudung. She like white and green colour. She's like spicy food and love to eat white rice. She didnt like flowers or teddy bear unless it is given by her love one. She cant wear steel because her skin is quite sensitive to it. She dont wear a heavy makeup like other girls, plus sometimes she went out without a single makeup on her face. She a type of girl that will wear any cloth that fits her. Bukan jenis terlalu bergaya I mean. She like outdoors activity. So is there anything that you can suggest?" terang aku dengan panjang lebar.

"Thats so details. Seems like you know her well. Let me think for a while. Later I tell you. Lets eat. You must be hungry right to skip your lunch?"



Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum sengih. Tangan mula memegang chopstick dan mula menyuap makanan ke mulut. Sekali sekala, aku suapkan ke mulut gadis yang berada dihadapan aku ni. Cuba untuk mengambil hati.

Itu yang berlaku semasa hari Sabtu lepas semasa aku mati dalam kebosanan  mencari teman di kala sunyi. Waktu tersebut bukan senang untuk mencari teman kerana semua orang fikir nak balik kampung. Itu juga la sebab kenapa highway penuh dibanjiri kereta dan manusia yang ingin pulang bercuti.

Ahad, 22 Januari 2012. Aku bangun awal pagi seperti biasa. Melakukan sedikit senaman ringan di rumah untuk mengekalkan bentuk badan dan stamina. Lelaki tanpa stamina umpama enjin tanpa minyak, tak boleh bergerak nanti. Aku unlock handphone, namun hampa kerana sms dan call aku semalam tidak berbalas. Namun, aku masih tidak berputus asa. Itu sifat degil aku yang aku sendiri tak faham. Tidak menghargai yang mudah, tetapi mengejar yang susah.

"Lepas zuhur aci?"

Satu sms yang mengubah rasa bebal aku. "Ok" balas aku pendek.

Kereta aku pandu ke Putrajaya menyusuri MRR2 sambil aku melihat hadiah yang sedia berbungkus dan diletakkan di atas seat penumpang di sebelah aku. Tak banyak harapan aku, cuma aku harap dia akan sukakannya walau pun ianya tidak semahal hadiah yang pernah aku belikan untuk skandal aku yang dulu.


Tok..tok..tok..

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam.."

Kedengaran suara lelaki yang menjawab salam tersebut. Aku yakin itu adik lelaki dia. Aku duduk sambil belakang badan aku menghadap pintu rumah. Sedang mencari ayat yang sesuai untuk diucapkan kepada dia dan pada masa yang sama aku cuba untuk menyembunyikan benda yang berada di tangan aku.

"Warghh!!!", suara yang datang dari belakang aku sambil terasa badan aku seperti ditolak manja.
Aku tolek kebelakang, kelihatan wajah yang amat aku kenal. Dia memang suka bergurau macam ni, Julie. Aku bangun lalu aku memandang tepat pada wajah yang dah hampir 2 bulan aku jumpa. Melepaskan sedikit kerinduan memandang dia tanpa suara seketika. Aku pandang dia dari bawah sampai ke atas. Berseluar dan baju putih dan bertudung ungu. Entah macam mana warna pakaian yang dia pilih hari seakan sama dengan hadiah yang bakal aku berikan pada dia hari ni. Mungkin ini suratan atau pun kebetulan.


"Happy Birthday!"
itu saja yang mampu keluar dari mulut aku yang kaku. Dah lama tak berjumpa menyebabkan lidah aku kaku. "Jom!" sambil aku membuka pintu kereta untuk dia. Dia memandang aku pelik sebab aku tak pernah lagi buat macam ni. "Special treat for birthday girl". Dia senyum dah masuk. Pintu kereta aku tutup dengan perlahan.

"Chup! Kita nak ke mana nie? Nanti terus hantar I balik rumah sewa boleh?" dia bersuara memecah kesunyian.

Aku hanya mengangguk perlahan. "Kita g cari kek dulu. What the meaning of birthday kalau tak ada kek kan?" dia tersenyum, senyuman yang membuatkan hati aku tenang seketika. Senyuman yang sudah tidak lama dijamu mata aku begitu juga dengan wajah dia.


Aku cuba untuk menghiburkan hati dia pada hari tersebut walaupun pada dasarnya aku ni bukan sesiapa bagi dia. Atleast dia tidak berseorangan pada harijadi dia. Ini juga la sebab aku tidak balik bercuti walaupun tempoh 4 hari itu agak lama. Bagi aku kegembiraan di wajah dia sehari lebih bermakna dari cuti 4 hari yang aku korbankan ini.

Dari Wangsawalk pada mula aku hendak bawak dia ke Tasik Titiwangsa, namun aku terpaksa menukar rancangan ke KLCC disebabkan hari hujan.

"You pernah makan Nando's?"

"Tak pernah, kenapa?"

"Ok, jom I bawak you. Mesti you suka  sebab dia pedas."

"Really, mesti sedap kalau macam tuh."

Julie dan pedas memang tak boleh dipisahkan. Sedikit sebanyak aku dah terpengaruh dengan dia dan family dia. Selalu sangat makan sampai aku rasakan cili padi tu macam sayur sahaja. Pengaruh pedas aku memang dah tak boleh diubati. Aku tak dapat bayangkan hidup tanpa pedas sebagai rasa dalam makanan.

Aku temankan dia betul-betul sampai ke depan pintu rumah sewa dia sewaktu aku menghantar dia pulang.

"Tak nak masuk?" dia cuba mengusik.

"Nak, tapi selepas kawen" aku bersandar ke tembok yang bertentang dengan pintu rumah.

"Wekk!!!" Dia menjelir lidah pada aku sambil berdiri betul di hadapan grill pintu rumah dia yang sudah terbuka.

"Erm..Julie.."


"Yes?" dia memandang tepat ke wajah aku menanti sambungan ayat seterusnya dari aku.



"Will you marry me?"

Soalan yang masih aku nanti jawapannya sehingga ke hari ini.


36 comments:

Cik Bulat said...

Oi.. Ni cerita betol ke cerpwn yg ko tulis. Siot je ceritanya. Hahaga. Rasa mcn dlm novel dah aku nie

paNavia said...

Alaaa tak romantik la paklan propose camtu je

Anonymous said...

aku tak paham la pak lan. dulu yang ko kata tiba2 menghilangkan diri tu julie kan?

Namee Roslan said...

eh yang td kau comment kt entry aku tu Julie ke? yang bertudung ke Lan ? aku kadang2 jd confused. banyak naa awek kau. hahah. cake tu nmpak sedap gilaaa.. ;/ dah la teringin.

Anonymous said...

Paklan, awak tak rasa bodoh ke mencintai orang yang dah dimiliki hatinya? Bukan ke tu benda sia-sia. Sorry dengan soalan ni.

Satu lagi, Julie tak baca ke blog ni? Agak-agak kalau dia baca dia terima Paklan tak? Mungkin dia boleh nampak semua pengorbanan ni.

Akulah Pak Lan said...

Cik Bulat: kau dah dapat jawapan kau tadi masak kat tasik kan? Haha

Akulah Pak Lan said...

Panavia: dia gf orang lain, kalau tak lebih pada pada romantik aku buat.

Akulah Pak Lan said...

Anon: yup, dia mmg hilangkan diri dulu. Tetiba dia muncul balik hari ahad hari tuh

CekbOlat-bOlat said...

erkk?

bkn die dh ade boy?
@_@

ksian yg becky.. haihh

Wadi AR said...

takpela, kalo ade jodoh ade la tu cik lan :)

Akulah Pak Lan said...

Namee: yup yg tadi tuh mmg Julie yg bertudung tu.

Akulah Pak Lan said...

Anon: kalau cinta itu bodoh, yes mmg aku bodoh la kot. Julie baca? Tah la. Aku pun tak tau. Biar jodoh dan takdir yg menentukan. Yg penting terima dgn redha. Walaupun agak sukar.

Akulah Pak Lan said...

Cekbolat: Ni nama dia king cross. I make my move dulu. Tapi x semestinya ianya berpihak pada aku.

Akulah Pak Lan said...

Wadi: jodoh dan takdir Allah ni lebih kurang sama. Yang penting kita kena usaha

areniz^16 said...

oh my..... all this while i was just ur silent reader.. tapi sekarang this entry really 'distract' me to comment haha. hurmm.. good move i can say. never assume, ask. then you will know the 'real' thing. insyaAllah.

Akulah Pak Lan said...

To aceept a lose without a try is a real loser

Rina said...

Cerita tentang Julie ni macam menarik dan ramai yang tertunggu-tunggu perkembangannya. Kat sini Rin nak bagi cadangan. Apakata buat satu entry khas tentang Julie. 'All about Julie' Mungkin ramai nak tahu tentang Julie ni kan. Apa yang menariknya tentang dia sampai penulis ni boleh gila kat dia. Sekadar cadangan.

zOeY zAu YaH said...

ok skarang semua konpius psl kes julie hahahaha..paklan gila bertweet ye? hihihi..

FizaFizz said...

makk aiiii dah macam novel! nyesal p redeem novel byk2 kat popular kalau kat blog paklan ni penuh dgn cerita2 cenggini! hahahaha! :P

Julie ni perempuan ea?? eh? hahahaha :P :P

Akulah Pak Lan said...

Rina: Cadangan akan dipertimbangkan. Tapi kena menjaga hak peribadi Julie. Dia juga perempuan yang punya maruah yang perlu dijaga. Tak semua pasal dia aku boleh expose. Dia juga punya hati

Akulah Pak Lan said...

Zoey: x ada la sgt. Tgk mood jgk

Akulah Pak Lan said...

Fiza: based on true story. Hahaha tapi tak akan dipublish

Munnafendy said...

syahdunya aku baca paklan..i hope 1 day julie akan baca semua cite hg dr awal smp habis...mesti terharu gila....isyk3...

cara hg propose kira lg sweet dr tng aku..hahaha

email kat poca_hontas87@yahoo.com apa benda la tu? =)

Akulah Pak Lan said...

Munna: tak harap pun dia akan baca. Pilihan mmg ditangan dia. Nanti aku email kat kau.

FizaFizz said...

publish as a novel plz.. haha, siyes!

Akulah Pak Lan said...

I wish I could, tapi kalau publish as novel mesti ada ending. But I dont know what the answer will be and how my life will end. =)

EZAN IDMA said...

i love it. love it!!!! hehehe.

paklan romantik ok

Akulah Pak Lan said...

Ezan: Macam ni pun dikira sbg romantik?

Nazz@Purple said...

menariknya..nak tau kisah selanjutnya..tak kisah la ni cite betul ke rekaan..

Anonymous said...

secara sepi aku membaca blog ini dan melihat bagaikan seorg lelaki yg suke sgt bermaya/berilusi lalu membiarkan diri sndri menipu jiwa dia utk mengukir kebahagian maya/ilusi sndri.dimana reality jika sllu berilusi atu mmg dunia dia hanya ilusi semata-mata.
berfikirlah dgn akal yg reality jika masih tidak mampu bacalah reality bkn membaca sebuah ilusi.

paklan katik

Nisa Kay said...

woahhhh ayat penangan akhir sekali tu.
speechless saya baca entry ni.
macam novel dah. Pak Lan please buat novel..
Tp Julie tu betul2 wujud ke cmne? Ehh ni kisah benar ke?

Akulah Pak Lan said...

Anon: berbelit aku baca. Maksud hang?

Akulah Pak Lan said...

Nazz: tunggu la dia bagi jawapan. Yes or No. Aku redha

Akulah Pak Lan said...

Nisa: Novel? Tak ada masa dan tak ada bakat. Lagipun cerita hidup sendiri tak tau ending dia kat mana.

hanaahmad said...

woooo! mcm mana aku boleh terlepas baca kisah mat romeo hang ni PakLan?

Akulah Pak Lan said...

Hana: Sebab hang sibuk menangis. Haha