Aku sekarang makin sibuk dengan urusan dunia. Kerjaya aku sebagai kuli sepenuh masa yang berjaya telah memaksa aku menghabiskan masa menghadap laptop lebih dari menghadap gadis. Ini adalah benchmark yang aku gunakan untuk membuktikan kesibukkan aku yang teramat sangat. Kalau tak percaya cuba la ambik alih beban kerja aku.
Sejak kejadian basuh kereta tempoh hari, aku dah lama tak terserempak dengan awek Kedah, jiran aku tu. Sikap aku yang jenis malas untuk meminta nombor telefon orang lain membuatkan kami berdua contactless with each other. Mungkin salah satu sebab lagi, aku ni jenis yang lebih suka kepada hubungan No String Attach.
"You!" Julie yang dah lama menghilang tiba-tiba muncul semula for unknown reason.
Mulanya aku agak keberatan untuk membalas sms dia. Tapi bila difikirkan balik buat apa nak berlagak sombong, buat apa nak jadi ego. "Yup!" Walaupun ego aku kurang namun sebagai lelaki, masih ada saki baki dalam percakapan aku. Tak banyak, sedikit.
"Dok buat buat apa?" suara dia yang sayu dan hampir tak kedengaran dek telinga.
Aku alih kedudukan kepala aku yang telah berada dibantal mencari parking yang bersesuaian untuk bersandar. Biar orang tak nampak, tapi posisi kena macho. Sebab masih ada yang membaca. Telefon aku alihkan ke telinga kanan. "Tak buat apa. Dok baring-baring sambil tunggu mata nak lelap."
"Dah makan ka blum ni?" Dia seakan tahu apa yang aku tengah fikirkan mengajukan soalan yang memang tepat.
"Belum" Jawab aku ringkas.
"Urm...urm... Nak tanya you sikit ni. Bleh?" soalan dia seperti aku ada jawapannya.
"Hurm...apa dia?" aku menanti persoalan dari dia sambil bangun dari tempat tidur dan berjalan menuju ke berenda.
"Dalam blog you kan, ada sebut pasal Kaki Kampung. Macam mana erk kalau I nak join?" Julie memang pantang tengok aktiviti yang macam ni. Kalau boleh semua dia nak masuk.
Aku paham dengan kehendak dia, namun kadang aku dengan sengaja tidak menampakkan sokongan aku pada dia. Aku sengaja mahu menguji kesungguhan dia walaupun aku tahu dia memang serius. "Betul nak masuk ni? Ok nanti I email details you dekat penganjur."
"Ok. Thanks tau. Tadi kata lapaq kan? Mai la ambik I kat Putrajaya. I teman you pergi makan." dia dengan suara yang gembira.
Jam di handphone aku lihat sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Hari ni hari Ahad. Esok aku kena kerja. Tapi disebabkan perut aku yang kelaparan dan kerinduan aku pada Julie, aku turutkan saja. "Ok give me 45 minutes. Kita pergi McD Bangi" telefon aku letak, baju dan seluar aku pakai dan kemudian bergerak terus ke Putrajaya untuk mengambil dia.
*Aku nak masuk tapi dengar kata diaorang nak muda-muda saja. Aku redha*
"Have you list down what you need to buy?" soalan aku tujukan kepada Jen yang sedang menyandar di belakang lift. Aku berada tepat di hadapan dia membelakangkan pintu lift yang agak kecik itu.
"Not yet. Lagi pun tak banyak rasanya" jawab dia yang cuba menarik baju aku ke arah dia. Namun gagal. Tangan, aku tongkah di dinding tempat dia bersandar. Muka dia kelihatan kecewa. Aku senyum sebab terselamat.
"Kang kalau lupa macam mana? Dah nak kena patah balik beli." aku mengomel seperti seorang makcik-makcik.
"Ihiks!" dia hanya tergelak kecil mendengar celotehan aku. "You ni macam mak I la." sambung dia dan kemudian terus ketawa.
Lift berhenti di tingkat 11, aku menoleh ke belakang melihat sekumpulan manusia yang agak ramai berhimpun di depan lift. Aku agak tak dapat nak memuatkan keseluruhan mereka. Aku cuba bergerak rapat sedikit kebelakang untuk memberi laluan untuk mereka.
Tiba-tiba terasa seperti kali ini baju aku di tarik sekali lagi. Kali ni dia berjaya. Aku kalah dengan mainan dia. Jen hanya tersenyum. Namun aku dah tak boleh nak berbuat apa-apa kerana lift sudah padat, aku pun dah tak boleh nak bergerak. Redha saja aku dengan apa yang telah berlaku. Pasrah.
Hari ini aku masuk kerja awal berbanding hari-hari lain. Aku sedar yang aku punya tanggungjawab yang perlu laksanakan sebagai seorang seorang kuli yang berjaya. Sedang aku berjalan melewati pintu depan office aku, aku ternampak Suzie, staff baru yang baru join company aku minggu lepas sedang terjinjat untuk menggapai sesuatu dalam kabinet di atas mesin photostep. Perut dia sudah rapat ke mesin, punggung sudah tertonggeng, tapi barang masih belum dapat di ambil.
Pelepap~pelepap
Aku berlalu di belakang dia sambil aku menampar sesuatu yang pejal dan berlemak, 2 kali. Tapi lemak di kawasan tersebut kelihatan sudah berkurang, sudah semakin berotot. Mungkin ada sesetengah yang suka, mungkin ada yang tidak.
"Hi! morning Azlan" dia yang perasan kehadiran aku lalu menoleh kebelakang dan meninggalkan kerja yang dia buat tadi.
Aku senyum. "Morning too!" Balas aku sambil berhenti melangkah ke meja aku.
"Amboi! Pagi-pagi dah tampar sana sini. Awat? Semalam tak pekena ka?" sambil dia menyandarkan punggung dia ke mesin photostep tadi.
Suzie, chinese girl yang berasal dari utara. Loghat utara dia pun boleh tahan. Bercakap pun seolah-olah macam orang melayu. "Tak, semalam I pergi tengok teater kat Dewan Bahasa & Pustaka." balas aku dengan muka yang monyok.
Hari Ahad lepas aku dok lepak rumah saja. Memang aku tak pergi mana-mana. Terasa sunyi seminit. Bila pikir-pikir balik, kesian plak kat si Sue sebab kena reject buta-buta dengan aku semalam. Harap-harap dia masih setia nak baca blog aku.
Pesan aku kat dia. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau kau bodoh, pergi la cari kumbang. Sebab kau kalau mengawan berapa banyak kali pun dengan kumbang, bukan boleh buat anak pun. Pandai tak?
Aku yang tak tau nak buat apa selepas habis sapu sampah, mop lantai, buang sampah dan basuh baju. Pendek kata, habis semua kerja rumah aku buat. Aku dah boleh dikategorikan dalam bakal suami yang cemerlang habis. Selepas habis semua kerja-kerja rumah, aku decide nak basuh kereta aku yang dah berabuk dan kotor sebab dah 2 minggu aku tak mandikan dia. So aku sarung baju dan juga seluar bola sebagai pakaian rasmi untuk mencuci kereta.
Since aku tinggal di tingkat 3 terpaksa la aku mengusung air naik turun tangga. Dalam dok mengusung air menggunakan baldi, ada la yang tertumpah sikit ke lantai tangga. Normal la kan kalau air tertumpah. Baldi yang pertama, aku guna untuk simbah bagi kereta aku basah dulu, baldi kedua aku isi dengan air sabun sebab nak mencuci.
Sedang hampir separuh jalan aku tengah mencuci, aku perasan awek kedah yang duduk depan rumah aku baru balik dari mana entah. Dia parking kereta, dan kemudian tergesa-gesa naik ke atas. Aku nak tegur pun, reputasi aku dalam mata dia masih lagi hambar. Rasanya meluat dia pada aku masih belum habis. Bila aku cuba memandang dia, segera dia terus mengalihkan pandangan dia ke tempat lain.
Aku teruskan kerja mencuci aku sampai semua tempat aku yakin bersih. Aku simbah air sabun tadi ke dalam longkang. Aku sewaktu itu dalam ke basahan akibat peluh dan terkena air tadi naik perlahan-lahan menuju ke rumah aku untuk mengambil air untuk mencuci bilas kereta aku. Dalam mendaki tangga, aku terpandang susuk tubuh yang aku kenal. Dia sudah menyalin pakaian dia yang tadi. Sekarang dia dalam pakaian baju tidur silk berwarna putih dan berselipar getah. Mungkin tertinggal barang dalam kereta agaknya.
Dia tak dapat nak mengelak untuk bertembung dengan aku. Aku cuba memberi laluan kepada dia dengan bergerak ke kiri. Entah macam mana kami end up berada di posisi yang dan masih bertentangan. Aku bergerak ke kanan, dan kami masih lagi bertentangan antara satu sama lain. Kali ni aku cuba mengacah, dia pun bust benda yang sama. Aku tak tahu dari mana datang chemistery yang tiba-tiba membuatkan kami berdua tergelak sebentar. Muka masam dia pada aku kina bertukar senyuman.
"Lady first..." Kata aku sambil berdiri statik memberikan laluan pada dia.
"Thaaank you!" sambil melangkah turun dari tangga perlahan-lahan dengan senyuman.
Sedang dia melangkah turun, tetiba yang aku sedar dia sudah tergelincir dan terus terpaut pada tangan aku dan kami jatuh berdua dalam lopak air yang ada di bawah tangga. Nasib baik tak tinggi kalau tak, confirm dah cedera. Aku bangun perlahan-lahan, kemudian aku bantu dia untuk bangun.
Baju putih kalau ditambah air, agak-agak apa hasil tindakbalas kimia dia?
Tiba-tiba seluar bola aku bergerak sendiri.
Moral of the story:
Jangan bagi tumpah air kat tangga kalau tak nak end up jadi macam kisah aku.
Minggu lepas aku rasa bebal dengan semua orang sampai aku rasa tekad tak nak angkat telefon aku walau sesiapa pun yang call. Sungguh memang aku buat demikian. Telefon aku tinggalkan di rumah dengan berniat. Balik-balik dari kerja sahaja aku lihat handphone aku ada 5 miscall dan 2 sms dari dua nombor yang salah satunya aku kenal.
Aku buka salah satu sms tersebut dan aku baca setiap bait ayat yang ditulis.
"Wei cilaka! Apasal aku call ang tak angkat? Weekend ni main paintball mau?"
Aku terus tutup tanpa membalas sms tersebut. Aku tak terasa nak bersosial dengan sesiapa pada minggu tersebut. Satu lagi sms yang terakhir aku bukak.
"Hi, Azlan. I am Zoey from I-Hunter. I tried to call you but seems like you are busy. It's regarding a job position that we want to offer you. We will contact you back, soon."
Bangang!
Itu saja yang mampu keluar dari mulut aku. Akibat perbuatan bodoh aku, aku hampir terlepas satu peluang untuk lari keluar dari kota KL ni. So aku ambil keputusan untuk angkat call dari nombor yang aku kenal sahaja.
Tut~tut~tut
"Hello" perkataan ringkas yang keluar dari mulut aku.
"Hello, can I speak to Azlan please?" seorang gadis dengan nada yang sungguh polite dan skema.
"Hi Azlan. You tengah busy ka?"
"Tak ada la jugak. I kat rumah ni. Hari ni kan sabtu, weekend." aku mula pelik. Office mana yang call orang untuk offer kerja pada hari sabtu, weekend plak tu. Tapi aku masih tak putus asa.
"Duduk rumah ja? Kenapa tak keluar hang out dengan gadis macam selalu you ceritakan dalam blog you?" dah masuk pasal blog pulak. Aku mula jadi semakin pelik.
"Eh jap. You ni sapa?"
"I am Sue one of your fans, your blog reader. I minat la cara penulisan you." bersungguh dia explain dekat aku. "Jom la keluar hang out?" Dia seakan cuba memujuk aku.
Semenjak Julie, aku dah buat keputusan untuk tidak keluar dengan mana-mana gadis. Aku nak jual mahal. "Sorry la, I tak berminat dengan gadis kurang comel."
"I tau you ni jenis memilih. Cuba bukak email you sekarang. I ada hantar something." Dia seakan tak nak putus asa.
Aku angkat tab aku, aku bukak email dan perasan ada banyak email yang masih belum aku baca. Aku perasan ada satu email yang bertajuk "My Pic" dari dihantar dari Suliana. Aku klik. "Boleh tahan jugak you ni." kata aku bersahaja.
"See. So am I worth for your time to hangout with?" tanya dia.
"Sorry la, I tak ada duit nak lepak. Belum gaji." aku cuba memberikan alasan walhal dalam Malaysia, akulah salah seorang yang dapat gaji paling awal. Sebelum 24hb setiap bulan.
"Bab duit jangan risau la, I banyak duit." dia seakan mengumpan aku.
"You ni mak datin yang nak cari anak ikan ka? I tak minat dengan barang 2nd." aku sungguh bersahaja ketika itu.
"Isk! you ni, I single lagi la. Ihiks!" dia giggle dalam telefon sebentar. "Bapak I Tan Sri la. You duduk Setiawangsa kat mana? Nanti I datang pickup." sambung dia.
"Sorry la, I dah jadi gay." aku bagi alasan pendek.
"Tipu la you ni. Tak mungkin you gay. Kalau you jadi gay I dah tak mungkin dapat jumpa laki macam you lagi. What a waste." dia membebel panjang. "I tau you saja bagi alasan sebab tak nak keluar dengan I kan?"
"Dah tau kenapa tanya lagi?"
"Amboi jual mahal sungguh. Takpa la maybe next time. Keep in contact kay. Muahh!!"
Pantas aku hentikan perbualan kami dan matikan telefon aku. Aku terlupa nak tanya mana dia dapat nombor telefon aku. Ni mesti dasar stalker.
Aku nak minta maaf kepada semua yang call aku or sms aku sejak 2 minggu lepas. Memang aku berniat tak nak angkat call sesiapa or balas sms korang. Kemungkinan besar aku akan tukar nombor telefon aku dalam masa terdekat atas dasar peribadi. Since hari ni aku tak larat nak bangun akibat muntah teruk semalam so better aku continue sambung cerita aku yang dah lama tertangguh ni.
***********************************************
Knock...Knock ~ Knock...Knock~
Bunyi pintu bilik hotel aku diketuk. Aku sangat pasti itu Jen. Perempuan kalau bab-bab nak pergi shopping memang mereka on time. Tak pernah terlewat walaupun seminit. Lewat seminit bagi mereka umpama terlepas satu peluang untuk melihat sepasang heels, lewat 5 minit bererti mereka sudah terlepas peluang untuk berebut sepasang baju yang tengah sale. Perempuan.
"Yeah! Wait for a while. Dressing up!" Jerit aku dari dalam bilik.
"Hurry up kay!" jerit Jen dengan nada yang paling aku benci, nada bossy.
Rambut yang tak berapa nak ada kat kepala aku, aku betul kat sedikit. Cukup sekadar tak terlalu serabut. Aku sarung stokin kaki yang paling tebal berserta kasut yang aku bawa bersama.
"Dah lama tunggu?" tegur aku sebaik sahaja aku ternampak Jen yang sedang tersandar di dinding betul-betul depan pintu balik aku. Kelihatan dia sedang bermumble sensorang sambil menghentak-hentak kaki dia ke lantai seperti kanak-kanak. Comel pula aku lihat gelagat dia begitu. "Sorry, tadi I cari baju lengan panjang tak jumpa. Maybe tertinggal masa packing barang kot". Sambung aku.
"Lupa lagi tu." kata-kata dia seakan teka teki bagi aku. Aku mengaku daya ingatan aku lemah dan sebab itu aku tak pernah cemerlang dalam subjek-subjek yang memerlukan aku menghafal.
Aku cuba mencari apa yang dia maksudkan, namun berakhir dengan buntu. "Lupa apa?"
"Baju you ada kat bilik I la. Tak ingat lagi?...pengsan...6 pack..." dia cuba meningatkan aku dengan beberapa hint.
"Owh...ok I dah ingat." sambil tersenyum simpul aku memandang dia. Entah apa la yang dia fikirkan pada masa tersebut. Tapi aku tak nak ambik peduli. Biarkan dia dengan fantasi dia. "Lets go! Kang tutup plak kedai" sambung aku sambil aku tarik tangan dia perlahan-lahan menuju ke lift.
© All Rights Reserved. Akulah Pak Lan
SkinPress.com | Converted into Blogger Templates by Theme Craft