7 Months

Posted by | Posted in | Posted on 4:35:00 PM




Its been a while already since I involve myself into this blogging world. Not long enough compared to others that maybe had been in this world for more than 7 or 8 years. To them I am just a beginnner, just a small player in this big game. If I am not mistaken, it already been almost 7 month after I started written in this blog. Even there is a situation where my blog been deleted by Google due to spam issue. Lucky me, that I manage to save this blog by email and asked Google to review back my blog. They reviewed, this blog is still survive until now.

7 month is quite a number. I believe that there are a lot of blogger out there manage to get thousand followers by this period of time. For me, I just manage to get 463 only. Not a big number compared to them. But here I would like to greet many thanks to those that have followed this blog.

Yet I still havent found any satisfaction towards my writing. Yes my blog is a merely a personal blog that been written in a kind of story to entertain my readers. There is not hot story such as news in here. There is no happening thing such as wet party in here. There is no entertainment such erotic photos or 3gp clips in here. What only that I can provide to my readers is only my writing, my story.

Reading back my previous entries make me realise that my writing changed slowly time by time. I have to admit that sometimes what I had write in my best mood is the very best of my writing but sometimes I just write it without even knowing any single thing that I had written. But, I force myself at least I should write something once a week.

This blog will remains as it is, a story blog. Some of the story sometimes it will contains some life leasson, hate, love, failure and success. The most important thing, I wrote everything that exactly happen in our real life.

For some bloggers they may think that I am a very arrogant blogger who dont involve with any give away, segment, tag or what ever communications entry that been made by them. Sorry from me to them because this is the real me. Not arrogant, just that I happen to be like this.

As long there is reader, as long there is people who drop by and comment in my blog. I will continue writing. To those who are my followers and readers, i would like to ask your all opinion on what can I do to improve my writting and blog. Any comment is really appreciate.

Maybe a good and constructive comment, I will give you something in return. Just drop any comment, good or bad I will openly accept it.

Thanks all.

***********************************************

Ads:

Win an RM2000 shopping voucher for designer handbags from @eranzi just by sharing yr personal style.Click here for details!

Jom ke konsert Fenomena Search di Penang(19Nov), JB(3Dec) & KL (17Dec)! #search30

Take the Discover U Course personality quiz and find out what you were meant to be! #klmu


Published with Blogger-droid v1.7.4

Ada Apa Dengan Jepun : Part 4

Posted by | Posted in | Posted on 11:59:00 AM


"Excuse me sir, how are you doing?" tegur seorang lelaki Jepun dengan pakaian lengkap berkot dan bertie. Tangan dia hulur tanda ingin berkenalan.

Aku pandang dia atas bawah. Tiada yang menarik. Perut boroi, muka pecah, gigi kuning dan senyuman kelat. Semua serba tak kena. Kalau ya pun dia ni jenis gay or bisexual, aku tak ada selara pun nak pandang dia. Lebih baik aku tengok Sutun, Lembik-lembik masak lemak. Atleast biar sedap mata memandang.

"I am fine. Do I know you?" tangan dia aku sambut tanda perhormatan sebab dia la orang Jepun yang pertama yang tegur aku tak termasuk aku bermain mata dengan pramugari-pramugari yang lalu lalang masa turun dari flight tadi.

Gadis pakai skirt, memang sengaja mereka nak tayang paha. Lagi pun dah lama sangat aku tak tengok paha gadis. Masa kat Jepun ni boleh la aku tengok puas-puas. Tak perlu nak curi-curi pandang kerana hampir semua gadis yang ada Jepun ni pakai skirt dah berstokin panjang. Kawaii kan? memang rare dan susah nak dapat semua benda ni kat Malaysia.

Lelaki tadi menyeluk saku dia seakan mencari sesuatu, seakan James Bond versi Jepun yang mencari pistol yang disembunyikan. "Ma, I am Aiport Security Officer, we would like to talk to you a bit" sambil menunjukkan kad identiti dia. Dia ada bersama seorang lelaki yang lain. Tegap dan ganas jugak muka.

"Sudah, apa yang aku dah buat ni?" bisik aku dengan gelabah dalam hati. Mana tak gelabah beb, turun-turun flight dah kena tahan dengan Security.

Banyak benda yang aku dok fikir sebab dah musabab dia tahan aku. Adakah sebab aku dok kacau pramugari-pramugari tadi, tak pun dia jeles dengan status aku sebagai lelaki jawa bujang. Macam-macam la lagi yang tak dapat aku nak cerita semua. Jen yang berdiri disebelah aku pun terpinga-pinga tengok aku kena tahan dengan security.

"Yes, how I help you?" tanya aku sambil lutut terketar-ketar.

Palat sungguh.

At the end, dia cuma nak tahu tujuan aku datang ke Jepun. Aku bagi saja Name Card aku semua dah settle. Tak perlu aku nak explain dengan panjang lebar.

Tiba-tiba mamat Jepun tuh terpandang Jen yang masih berdiri di sebelah aku. Dan dia cuba bercakap dengan Jen dalam bahasa Jepun. Macam mana aku tau? Aku pun tengok Naruto bodoh.

Jen yang terpinga-pinga cuba bersuara "In English please?".

"You are not Japanese?" tanya lelaki Jepun tu.

Jen hanya menggelengkan kepala. Nasib baik kami berada di Jepun, di mana geleng kepala adalah tanda menidakkan. "I am his colleague" sambil jari dia menunjuk pada aku.

"I see, nevermind you can go now. Be carefull and have fun while in Japan" sambil dia cuba untuk memberikan senyuman yang agak nak manis.

Sebelum tuh aku sempat tanya dia pasal tiket keretapi yang patut kami naik.



Tiket ditulis dalam bahasa Jepun, of course aku tak paham. Lagi pun ni first time.


Published with Blogger-droid v1.7.4

#WW - Aku Hampir Jadi Pelakon

Posted by | Posted in | Posted on 8:09:00 AM








BODOH BODOH BODOH

Typo kot tu.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Mencari Puteri Hang Li Po

Posted by | Posted in | Posted on 8:56:00 PM



Amaran!

Entry kali ini akan super panjang dan penuh dengan gambar-gambar yang kurang ghairah. Entry kali ini juga tidak diselit dengan apa-apa pengajaran tentang hidup atau pun mati. Watak yang ada dalam cerita ini adalah benar-benar wujud. Cuma mungkin kadang-kala ayat akan diubah oleh penulis untuk menyedapkan cerita ini sahaja.

***********************************************

Aku semakin kerap buat iklan time tengah buat cerita yang bersambung. Tapi jangan risau, belum masih tegar untuk menjadi tabiat. Hell yes, iklan aku cuma berkisar tentang cerita-cerita hidup aku. Tapi cerita hidup aku memang menarik, kalau tak mesti korang tak akan baca kan?

"Eh jom pergi Melaka?" itulah ayat yang aku post pada wall Facebook Mas Ahmad Safwan.
< p>


"Buat apa?" aku rasa dia masih tidak tahu tujuan sebenar aku nak ke Melaka.

"Aku nak p makan mee bandung." ini cuma adalah alasan aku semata-mata yang sememang langsung tak logik dek akal yang bijak.

"Aku ok ja. Cuma duit tak ada" budak-budak yang masih study memang selalu ada masalah ni. Aku tahu, kerana aku pernah berada di situasi yang sama.

"No problem. Since aku yang memang nak pergi sana. Minyak dan Tol tak payah risau" Ini cara aku, kalau aku dah ajak orang. Of course aku tak akan berkira.

Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 10 pagi. Perjalanan sepatutnya tak lama. Tetapi kerana aku sudah berjanji untuk tiba di Merlimau dalam pukul 12 lebih, so aku sengaja bawa kereta dengan berhemah. 120km/j, sangat cermatkan? Tolong percaya ini kelajuan minimum yang mampu aku bawa tanpa terlelapkan mata.

"Hello kakak, kami dah kat depan Politeknik Merlimau ni. Rumah kakak kat mana?" mas sedang berbual dalam telefon dengan orang yang kami nak jumpa. "Owh ok-ok" sambung dia lagi seakan berbual sorang-sorang.

"Ok, kita nak tunggu mana ni?" aku menyampuk sejurus dia habis berbual. Tak sempat bernafas walaupun sesaat. Aku tak kasi peluang.

"Kau gerak ke depan sket. Depan tu ada 7E. Kita tunggu kat situ" terang dia sambil menunjukkan jari telunjuk ke depan.

Kereta yang aku parking di tepi tadi, terus aku bawa ke jalan utama. Menyusur perlahan-lahan sambil mencari kelibat 7E yang di maksudkan. Tak lama. Sekejap saja dah jumpa. Memang tak jauh. Kalau orang kata, perjalanan Hang Tuah dan Tun Mamat nak meminang Puteri Gunung Ledang memakan masa berhari-hari namun perjalanan kami memakan masa cuma beberapa detik sahaja.

Keletak..

Bunyi pintu kereta dibuka. Kelihatan kelibat 2 orang gadis cuba untuk masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang macam pencuri.

"Assalamualaikum..." salam diberi seolah-olah tuan punya suara berumur 6 tahun. Aku pasti suara tersebut adalah milik suara kanak-kanak riang yang masih belum akhir baligh. Sangat pasti. Salam masih belum aku jawab. Aku cuba mencari kepastian dengan menoleh ke belakang. Tiada budak-budak, yang ada hanya dua orang gadis. Aku cuba mencari kaki mereka untuk memastikan mereka bukan pontianak. Kolot sungguh aku. Tapi kenapa bebal sangat aku ni, pontianak mana siang-siang macam ni. Apa kaitan pontianak pulak? Sebab tadi aku terdengar ketawa mengilai masa mereka masuk.

"Walaikumussalam" akhirnya salam tersebut aku sambut juga. Mungkin tuhan jadi mereka dengan suara tersebut untuk bermanja-manja. Walaupun suara budak-budak, tapi wajah mereka comel, lawa. Seiras Julie. How I miss her lately. Tapi apakan daya. Tiada lagi kekosongan untuk aku. Mungkin ini salah satu sebab aku membawa diri ke Melaka. Mungkin.

"Men who love a women because of her weekness, they will not forget her forever"

"Nak ke mana kita ni?" soalan standard aku kepada orang yang akan jadi pemandu arah untuk hari ni.

"Jap-jap, sebelum tuh kita ke Jasin ambik kawan aku sorang lagi" sampuk Mas. "Dia blogger jugak" sambung dia lagi.


"Ok ok, tapi kau tahu ka rumah dia kat mana?" aku yang sedang memandu cuba untuk memperlahan kenderaan agak tidak tersasar dari haluan. Mas mula bercakap dalam telefon. Cuba memastikan arah yang patut kami tuju. Kemudian diserahkan kepada Fiza Fizz untuk bercakap. Mungkin tanggapan dia, orang setempat dapat menangkap jalan yang dimaksudkan dengan lebih baik dan tepat.

"Ok, korang tanya la dia dulu. Aku nak berenti kat depan stesen minyak ni kejap" Aku dah tak tahan nak terkencing. Takkan nak cakap depan-depan gadis yang baru aku kenal. Malu la dowh. Terkedek kedek aku berlari ke tandas.

Shuu...

Lega sungguh. Aku berjalan menuju balik kereta. "Ha dah dapat arah?" tanya aku dengan nada habis macho.

"Pusing belakang ni then jalan menegak." dengan yakin si Fiza Fizz memberi arah kepada aku. Susunan ayat memang cukup tepat. Aku cuba pusing kereta ke belakang. Kemudian aku pandang pada gear kereta aku lama-lama. Mencari gear yang membolehkan aku bergerak menegak. Tapi aku gagal. Aku mula sangsi. Dia ni pakai GPS version berapa? Tak pernah plak aku dengar perkataan "MENEGAK" dalam arah jalan seumur hidup aku.

"Menegak?" hanya itu satu-satunya perkataan yang keluar dari mulut aku ketika itu. "Ha! ke mana tuh?" sambung aku lagi yang masih sangsi.

Fiza Fizz dengan jari telunjuk berserta mulutnya mucung ke depan sangat yakin dengan arah yang diberikan dia. "Tegak".

Nampaknya orang Melaka memang punya istilah sendiri dalam memberikan arah. Aku terpaksa redha. Dalam hati dah gelak sampai mati. "Owh, terus rupanya." aku cuba membetulkan arah aku sendiri. Aku cuma mampu tersenyum. Sambil itu aku mendengar dua beradik ni bertekak sesama sendiri. Adik beradik memang suka bergaduh. Pergaduhan, mengeratkan.

Jauh jugak rumah budak yang kami nak pergi ni. Sesat 2,3 kali baru nak sampai. 9999, nice betul no rumah dia. Aku ingat rumah chinese mana la mula-mula. Abaikan cerita pasal rumah dia. Mungkin hanya no tuh boleh bawak pergi tikam dekat 4D.

Kami ambik keputusan sepakat untuk lepak di bandar hilir. Memudahkan aku untuk pergi mencari kelapa shake, dan juga memudahkan si Fiza Fizz untuk mengepaw aku BR. Demm, dia ingat. Kasaq.

"Ok, kita mulakan sesi 5 minit memperkenalkan diri" aku terpaksa mengambil langkah mula apabila semua diam seribu bahasa bila berada di depan meja makan. Masih menanti makanan yang dipesan tiba. Chicken rice shop.

Masing-masing memperkenal diri masing-masing. They all very sporting walau pun pada mula masing-masing pakat menunding jari meminta orang lain memperkenalkan diri dahulu termasuk aku. Tiada apa yang menarik time ni kecuali aku dapat tau nama penuh semua orang, kecuali seorang blogger seakan punya banyak rahsia.

"Nak ke mana kita lepas ni?" soalan aku tujukan kepada semua budak-budak Melaka yang ada. Masing-masing buntu, seolah tidak pernah menjejakkan kaki ke Bandar Hilir.

"Kita bangunan Merah sana la." si Fiza akhirnya bersuara sambil menunjukkan arah menggunakan muncung mulut dia.

"Kat sana ada apa saja yang best pun?" aku yang cuba meneka apa yang bermain diminda dia.

"Takpa, kita boleh try naik bukit tuh, aku tak pernah naik lagi situ." pinta Mas.

Ok juga pikir aku. Lagipun sebelum ni belum ada lagi video yang bertajuk "St Paul.3gp" yang dibuat di sini. Mungkin kami berlima akan jadi perintis. Angan nakal aku.


Namun, penat mendaki tangga telah meletihkan kami untuk membuat aktiviti yang ekstrem di atas bukit. hanya kamera yang banyak bergerak ke sana ke sini. Hampa dengan keadaan yang sesak di atas bukit kami turun ke bawah dengan harapan untuk memakbulkan niat aku datang ke Melaka.


Saki baki makanan dalam perut masih banyak. Masing-masing pakat mengusung perut ibarat ibu mengandung hingga tiba di bawah. Sekali aksi lincah kamera menjadi taruhan agak semua orang menjadi aktif.

Setelah berpenat-penat berposing, akhirnya kami semua mengalah dengan kamera. Tujuan kami seterusnya adalah ke pantai Kelebang. Mencari kelapa shake yang mana benda yang telah hampir 3 bulan aku paw si Fiza Fizz untuk belanja aku. Saat itu semakin menghampiri. Aku dah tak sabar.

Kereta aku pandu ke pantai klebang berpandukan arah sign board. Ingat-ingat lupa. Yang lain memang tak pernah jumpa kelapa shake. Apatah lagi nak sampai ke tempat yang aku nak tuju tersebut. Ingat aku yang samar-samar telah memaksa aku mengambil selekoh yang telah menyebabkan tujuan asal aku nak ke Melaka telah gagal. Aku telah tersimpang dari jalan yang benar. Waktu dah senja. Kedai pun telah hampir tutup. Kalau berpatah balik pun umpama mengejar benda yang telah hilang. Aku bebal, aku sesal.

Akhirnya sirih pulang ke gagang. Masing-masing aku hantar balik sampai ke pintu rumah dan diakhir skali aku bawa hati yang lara kerana dek kempunan kelapa shake balik ke rumah.

Selamat tinggal Puteri Hang Li Po semua.

***********************************************

Terima kasih pada yang terlibat dalam menjayakan cerita bodoh ini.
Fiza Fizz, Adik Fiza Fizz, iaitu Hafidah, Wan Ahmad Safwan, Amira Atiya

Owh yaka, aku terlupa nak ambik gambat sendiri.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Ada Apa Dengan Jepun : Part 3

Posted by | Posted in | Posted on 8:19:00 AM

Hujan lebat, sangat lebat sekarang ni. Selain memerhatikan percikan air jatuh ke muka bumi, banyak lagi benda-benda lain yang boleh diperhatikan time-time hujan lebat macam ni. Kadang-kadang nampak, kadang-kadang tidak. Ikut nasib. Tuah ayam ada di kaki, tuah laki memang kat mata. Memang kena perhati dengan bersungguh baru nampak.


Hujan-hujan macam ni mengingatkan aku time mula-mula menjejak kaki di Jepun. Masa tu pun hujan juga, tapi cuma renyai-renyai. Tapi suhunya mampu membuat banyak benda jadi kecut, termasuk tapak tangan aku. Mengigil. Ditambah pula musim baru selepas musim sejuk baru berlalu.


Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Flight dari KLIA menaiki Japanese Air Lines (JAL) bagi aku sangat selesa. Aku malas nak cerita tentang dia punya pramugari sebab semuanya tua-tua. Tak ada yang comel langsung. Naik flight ni bergantung pada nasib jugak. Kadang ada yang comel, kadang yang paling malang kau akan nampak pramugara. So nasib aku memang malang time tu.

Sebelum aku terlupa, ada watak penting yang perlu aku sebut dalam entry aku kali ni.

"You are going also?" tanya aku kepada Jen, officemate aku. Ada sedikit perasaan gembira terpancar diwajah aku. "Aku tak berseorangan." bisik aku sendiri.

"Yes I am. It will be only two of us this time" jawab amoi cina tersebut sambil mengertap bibir lembut dia yang berwarna pink. "Berlua lebih baik lo. Hihi..." sambung dia yang cuba berbahasa sambil menggiggle.

"Mana kita duduk nanti?" aku cuba menggubah topik perbualan kami.

"If I am not mistaken we will stay at Prince Shinigawa Hotel, Shibuya" terang dia sambil cuba melabuhkan punggung di atas meja aku. Cubaan pertama gagal, dia try kali kedua. Memang dia jenis tak mudah putus asa. Kali ketiga berjaya walau pun dalam keadaan berskirt pendek.

"Then we will be renting two room la?" soalan tersebut aku aju dengan memandang tepat pada mata dia. Serius aku tak tengok kat tempat lain pada masa tersebut. Aku buat dia jadi seperti kaunter pertanyaan.

"Ya lo. What a waste. They should learn to control budjet." jawab dia bersahaja sambil cuba mencubit pipi aku. Aku elak.

Glurp!


Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa Tengok-Tengok Review, Pra Tonton Dan Sidang Media

Posted by | Posted in | Posted on 12:31:00 PM


Kalau orang dah invite ke event tertentu, dah tentu-tentu la kena buat entry untuk cover up event tersebut. Nanti orang kata tak mengenang budi pulak, aku pun akan rasa tak sedap hati.

Sebelum itu aku nak berterima kasih kepada Broframestone yang sudi invite aku untuk join prescreening ni. Iyala, blog aku ni tak da la famous mana kalau nak dibandingkan dengan blogger lain yang hadir hari tu. Ikhsan dia juga, banyak event yang dia dah jemput aku hadir. Thanks once again.

Honestly aku jarang tengok Filem-filem tempatan. One of the reason kerana teman sewayang aku, Julie jenis tak suka tengok filem tempatan. Bagi dia, amat membosan kan. So aku terpaksa jugak kadang-kadang ikut kehendak dia walaupun aku jenis layan semua movie asalkan ada input yang berguna.

Kita lupakan tentang Julie seminit. Aku rasa intro aku dah panjang lebar sangat, mungkin lebih dari isi yang aku nak sampaikan. Biasa la, tabiat aku dengan intro yang super-super. Kita fokus kembali kepada apa yang aku nak ulas tentang filem Apa Tengok-tengok yang aku dah tengok semalam. So let go to the main story.



19 Oktober 2011, bertempat di Cathay Cineplax e@curve satu event pra tonton dan sidang media untuk Filem Apa Tengok-Tengok telah di adakan. Cerita yang menggandingkan pelakon baru dan pelakon lama ke dalam cerita yang berkonsepkan muzikal komedi.

Dari awal lagi aku dah tau cerita ni cukup lucu. Sampaikan penonton ketawa sampai aku tak tahu punca mereka ketawa. Mungkin cerita ni terlalu lucu bagi mereka. Mungkin. Selalunya aku mampu untuk tengok cerita dipawagam walaupun sensorang, tapi kali ni aku rasa aku perlukan teman untuk berbual dalam pawagam. Mungkin kerana keadaan sangat sejuk dan juga tiada orang lain di kiri dan kanan aku. Mungkin.

Ok cukup dengan ayat makan dalam aku, kali ni aku nak komen telus dan ikhlas. Seperti yang diminta oleh pelakon-pelakon mereka. So jangan nak ada yang tetiba nak saman aku pula, sebab ini pandangan aku sebagai penonton yang mahu lihat kemajuan dalam filem tempatan.

1. Storyline @ Storyboard yang semak dan serabut:
Secara jujur aku tak berapa nak boleh catch up dengan apa filem ni nak tonjolkan. Memang banyak nilai-nilai murni yang ada dalam filem ni, tapi semuanya tak tersusun dalam satu jalan cerita yang menarik dan teratur. Terlalu banyak scene "tiba-tiba" yang membuatkan penonton seperti aku jadi tak paham. Yes masa filem memang singkat, dan inilah cabaran untuk director untuk memanfaatkan masa untuk menggarap cerita yang boleh difahami oleh penonton.

2. Character development:
Dari segi character development pun kurang menarik dan kurang berkesan. Banyak cara lain yang boleh digunakan oleh pengarah untuk membangunkan atau mengolah sesuatu watak tersebut. Watak dalam filem ini terlalu tenggelam, terutama watak bebudak sekolah yang dipegang oleh pelakon-pelakon baru. Dan diakhir cerita tetiba ada budak yang tah datang dari mana tetiba jatuh sakit. Owh, seriously this part is failed. Bagi aku mungkin pengarah patut selitkan sedikit watak budak yang akan bakal jatuh sakit ni semasa develop character yang lain. Tunjukkan dia batuk-batuk sikit. Then baru buat dia scene muntah darah at the end. Baru nampak ada sequel di situ. Baru aku paham siapa watak budak yang jatuh sakit tuh.

3. Penghayatan watak:
Yes dari segi penghayatan, hanya pelakon lama yang banyak memberikan impak kecuali watak yang dipegang oleh Chomat Samad. Aku nampak dia ada peluang cerah untuk di ambil untuk berlakon dalam filem-filem yang lain. Dia ada penghayatan yang baik walaupun sebagai pelakon yang baru. Dia boleh pergi jauh. Bagi yang lain, lebih baik korang ambil peluang yang ada untuk belajar berlakon. Bagi aku, masih banyak scene yang kaku.

4. Sound dubbing technique.
Eh kamon la, sekarang dah abad ke berapa? Kenapa aku dengar suara Adriana seperti dirakam dalam bilik recording yang kedap bunyi sampai langsung tak dengar suara latar yang lain. Aku ingat kelemahan ni dah lama diperbaiki dalam filem-filem melayu. Aku rasa Filem P Ramlee lebih maju dari filem yang ditayangkan sekarang. Terlalu nampak la mistake ni. This one, memang kena improve sangat-sangat.

At the end aku tak nak rankingkan berapa bintang filem ni patut dapat kerana aku tahu this is a trial version dari pengarah baru. So aku tak nak kasi moral dia down. Anggap ja ni percubaan permulaan untuk melangkah lebih jauh.

Aku tak kodem semua filem melayu kerana masih banyak filem-filem melayu lain yang aku rasa berbaloi untuk aku angkat walau pun filem tersebut bukanlah filem aksi, seram mahupun komedi. Contoh yang paling mudah adalah Papadom. Ambil kesempatan ini untuk belajar. Aku nak komen banyak-banyak pun tak boleh sebab aku bukan penerbit, pengarah mahupun pelakon. Aku cuma penonton.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ada Apa Dengan Jepun : Part 2

Posted by | Posted in | Posted on 11:21:00 AM

Al kisah...

Tersebutlah satu kisah di mana kisah yang berlaku bukanlah kisah tempatan. Ceritanya terjadi sebelum isinya dan rakyatnya ditelan bumi dan air. Kisah yang melibatkan kurang penglibatan masyarakat jawa dan juga yang bermata bulat. Kisah yang terjadi selepas musim sejuk tapi kerana dek cuaca yang melampau dinginnya masih mampu sampai ke sum-sum tulang.

Kisah yang bakal diceritakan ini adalah mengenai kaum yang bermata sepet. Kisah di mana kaum yang bengkak di dada yang mampu menutup hanya separas paha walaupun cuacanya dingin membeku. Sangat ekstrem dan sangat menyiksa jiwa lelaki jawa yang memandang. Ini kerana sejuk dan lelaki adalah satu sumpahan, umpama bulan dan serigala jadian.

Jadi diingatkan di sini, janganlah ada yang bermulut manis cuba-cuba untuk menagih kasih dan simpati. Menagih untuk memesan kepada sang pencerita barangan yang hanya terdapat di sana. Ini kerana ini adalah kisah yang telah terjadi dan bukannya yang akan terjadi.

Macam cilaka tak intro aku? Kah kah kah.

Ok stop. Kita kembali kepada cerita aku yang dah lama tertangguh.

"Eh Yang, agak-agak aku boleh claim tak winter allowance?" tanya aku kepada SU department aku.

Aku yang masih blur-blur pasal Jepun walaupun minat gila tengok cerita-cerita Jepun yang A rated, masih tidak mampu menjawab segala persoalan aku. MR Google pun tidak banyak membantu dari segi menyediakan diri aku untuk ke Jepun. By the way cerita A rated yang aku maksudkan adalah Anime. See, semua orang suka pandang serong kat aku. Tacing ok, tacing (Tacing tuh apa ha? Aku main taip ja ni).

"Tak boleh la Lan. Kalau ikut kalender, dah lepas. Walaupun salji masih turun, kau tetap tak boleh kelim." jelas dia bersungguh.

"Lor, yaka. Rugi la aku, 400 tuh." sedikit kecewa aku dengan jawapan dia. "Eh kat sana makanan apa yang popular?" tanya aku sambil mencuit pinggang dia. Aku tak suka tengok muka orang yang serius dan terlalu asyik dengan kerja.

"B.A.B.I!" dia seakan melatah lalu bangun menghadap aku dengan buat muka yang garang.

"Eh! kau tak jawab lagi soalan aku tadi?" aku yang masih ternanti-nanti jawapan dari dia.

"Kan aku dah jawab tadi." sambil buat muka garang.

"Kau maki aku ada la." jelas aku yang takpuas hati dengan jawapan dia.

"Isk kau ni. Babi, babi, babi la yang popular kat sana. Puas hati? Nak lagi?" aku rasa dia jawab soalan aku tadi sekali dengan pakej maki aku.

Demm! Kasaq. Aku terkena. Palat.

"Ala, jangan la marah. Aku tanya ja. Takpa, nanti aku aku bagi kau sentuh bahu aku 5 saat tanda aku mintak maaf. Ok?". aku yang cuba memujuk.

"Eeeii, geram la aku dengan kau ni. Ada jugak yang kena tokak kang" geram dia bertambah.

"Tak baik tau tokak anak teruna orang. Lagi pun kau nak tokak aku kat mana ja?" aku masih mengusik.

Jari dia mengutil lengan aku yang berotot. Gagal. Lalu dijelirkan lidah dia. Tapi sayang, muka dia kurang comel. "Ha jangan lupa belikan aku mochi-mochi tau." terus dia berubah sikap sambil buat muka menggoda tak ingat.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerita Shial!!!

Posted by | Posted in | Posted on 4:59:00 PM


Kita tangguh dulu cerita pasal aku kat Jepun dulu. Aku tak dan nak susun ayat lagi macam mana nak cerita kat korang semua. Lagipun aku tengah cari balik, mana aku letak gambar-gambar aku semasa kat Jepun. Tuh la susah sikit kalau tak ada laptop ni, nak redesign blog aku pun tak boleh. Aku rasa sebal 5 minit.

Aku ada satu kisah nak cerita kat korang semua, cerita ni tak da la lama sampai nak jadi kisah dongeng atau pun hikayat. Ni cerita masa aku mula-mula berjinak dengan dunia liar. Eh! yaka liar? Apa pun definisi korang aku terima saja.

Time tuh aku first time jejak kaki dekat club. Tolong jangan buat lawak bodoh dengan soalan-soalan Club Komputer ka Club Golf? Of course la night club. Zaman muda-muda, yala semua nak try. Tapi member aku ni, dia prihatin dengan sikit dengan aku ni. Dia tau aku jenis tak minum, so dia ada pesan la kat aku.

"Kau kat sini, ko kena hati-hati sikit dengan dia punya minuman. Semua gelas kat sini semua bercampur." pesan dia.

"Habis tu, aku tak boleh minum air langsung la ni?"

"Ha! soalan yang cukup bijak." sambil dia menepuk belakang aku. "Apa susah, kau order ja air tin." sambung dia.

Baru aku kenal dunia night club ni. Kalau la nanti tetiba aku ada event yang menyebabkan aku terpaksa end up dekat tempat-tempat macam ni. Sekurang-kurangnya aku dah ada experience. Dah tahu mana yang boleh mana yang tak. Tak semua pengalaman buruk itu tak leh pakai.

Aku first time situ, nak gedik-gedik menari pun tak reti lagi. So aku ambik keputusan untuk duduk saja. Yang lain semua masuk dalam crowd, menari. Sedang kepala aku dok terhenjot-henjot sambil tengok benda yang dok bergoyang. Ke atas ke bawah, ke atas ke bawah. Kekadang slow kekadang laju. Asyik.

Tetiba aku ditegur. "Hai, can I sit over here?" tanya sorang minah ni yang berambut blonde, pakai tube sampai nampak cleavage tersembul sambil menunjukkan tempat duduk disebelah aku. Di tangan dia ada gelas minuman.

Keadaan yang bingit time tuh tak dengar sangat apa yang dia cakap, cuma menganggukkan kepala saja. Aku hanya senyum pada dia, dia senyum balik kat aku. "Sorang saja ka?" bisik dia sambil merapatkan mulut dia pada telinga aku seumpama orang berbisik.

"Nope, I datang dengan kawan" aku buat benda yang sama kembali kemudian aku menunding jari telunjuk aku pada kawan-kawan aku yang samar-samar kelihatan dalam crowd tadi.

"You ada cock tak?" bisik dia yang selamba pada telinga aku yang menyebabkan aku tersedak minum air coke tadi.

Aku pandang dia lama. Aku pandang bawah pada seluar aku yang masih berzip. Aku pandang dia kembali. "Apa ka sengal minah ni tanya aku soalan macam tuh, of course la aku ada" mengomel aku dalam hati.

Aku hanya mengangguk kepala kepada dia tanda ada. Kemudian dia senyum pada aku. Tangan aku ditariknya sambil mengajak aku bangun dari tempat duduk. Dipimpinnya aku keluar, ke lorong belakang. Keadaan sunyi, tak ada orang. Aku pelik 5 saat kenapa dia bawak aku ke sini. Tapi aku masih membisu.

"Cepat la bukak" arah dia.

"Bukak apa?" tanya aku kembali yang masih dalam keadaan blur.

"Tadi you cakap you ada cock kan? Bukak la, I dah tak tahan ni" dia masih dengan selamba meminta dari aku.

"Err..." aku kelu. Dah tak tahu nak buat apa. Aku masih suci kot time tuh.

"Weh, apa kau buat kat belakang ni? Jom-jom kita orang nak balik dah ni" tegur member aku yang tetiba muncul tah dari mana.

Aku rasa lega gila time tuh terus ikut member aku tuh ke depan. Minah tu tadi kelihatan macam tak berpuas hati tetiba dia bersuara.

"Apa la lu der. Lek ar lu. Sap ar kok lu" sambil dok menyalakan api lighter.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh! Apasal kau susah sangat nak sebut rokok? Apasal kau gi sebut kok. Aku ingatkan apa la tadi." maki aku dalam hati dengan bersungguh.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Ada Apa Dengan Jepun : Part I

Posted by | Posted in | Posted on 4:37:00 PM

Enough with dunia serious aku yang membosankan semua orang. Kita sambung dengan cerita aku yang melalaikan.

Pernah aku cerita tak yang aku pernah travel ke Jepun satu ketika dulu (tahun lepas ja pun, bukan lama mana). Waktu tersebut aku masih lagi bekerja dengan company lama aku yang bertapak di Bangi. Tak payah la aku mention kat sini nama company aku, nanti korang pergi siasat plak. Korang semua bukan boleh percaya sangat. Tambah-tambah yang jenis stalker, yang nak ambik tau semua hal orang.

Nak dijadikan cerita aku ada approach bos Jepun aku, konon-konon nak consult dengan dia pasal aku ada dapat offet kerja baru dengan gaji yang lebih tinggi. Aku bagitau kat dia yang aku sayang kerja aku sekarang, tapi gaji ciput. Korang yang pernah kerja dengan kilang Jepun mesti korang rasa apa yang aku rasa kan? Tapi memang betul pun aku dapat offer kerja baru, company western. Diaorang ada mention yang aku akan diberi training 6 bulan dekat LA, yes Los Angeles.

"I love my job, but I think you know my current salary is so small" terang aku kepada bos aku dengan grammer yang lintang pukang demi membuatkan dia paham maksud aku.

One thing about orang Jepun ni, most of them memang tak pandai atau dalam erti kata lain kurang fasih berbahasa english. Korang kalau nak cakap dengan diaorang ni tak perlulah nak tunjuk terer sangat sebab takut diaorang tak dapat apa yang korang nak sampaikan. Kadang-kadang mereka pun akan guna words yang pelik-pelik yang hanya muncul dalam kamus saja. So korang kena pandai tangkap maksud diaorang.

"So des ka. Ma...Can you reconsider?" muka dia sedikit masam. "I know Japan company pay less, but you can gain a lot experience here." dia cuba memujuk aku.

Aku hanya diam tanpa berkata apa-apa. At that time semangat nak berenti dah memang sangat tinggi. Aku siap dah survey rumah sewa baru area Kelana Jaya.

"I cant raise you salary, company regulation" dia mula membebel. "What if, I give you special allowance? But please, please tell nobody. Secret ne, secret" sambil membuat isyarat jari.

Aku hanya mampu tersenyum. Kalau nak diikutkan gaji baru dan tempat baru yang bakal aku kerja ni, tak lari banyak mana pun dari gaji aku sekarang dari segi kos semua. Mungkin la basic aku akan banyak berubah. Tapi aku tekad nak blah sebab aku dah merajuk tak dapat pergi Jepun. The only reason aku terima offer company ni sebab aku nak pergi Jepun.

Setelah puas aku pikir time tuh "Ok, I will stay".

Dia nampak happy sebab dia boleh buli aku buat banyak kerja lagi.

"Btw Azlan-san, do you have pastport?"

Hati aku tiba-tiba melonjak tinggi, setinggi awan nano. Cuma satu wajah sahaja yang ada dalam kepala aku time tu.



p/s: aku dah ada twitter. Follow la kalau rajin @akulahpaklan. Nanti aku boleh tweet kalau ada event-event untuk blogger.

***********************************************

Iklan tak berbayar:

Sesiapa yang berminat nak join Press Conference dan Movie Screening "Apa Tengok-Tengok" boleh try visit blog Broframestone


Published with Blogger-droid v1.7.4

Cerita Dalam Kain

Posted by | Posted in | Posted on 11:53:00 AM


Kenal Komputer:


Aku teringat zaman aku bergelumang dengan dunia komputer. At first pada masa tersebut komputer masih tidak canggih seperti yang ada sekarang. Aku mula kenal komputer pada usia 12 tahun yang pada mana waktu itu komputer masih lagi menggunakan disket yang bapak besar.

At that time ada satu syarikat luar mana tah yang datang menapak dalam sekolah aku dan menyediakan perkhidmatan e-library. RM99, merupakan yuran pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Kemudian kami akan dibekal kan dengan satu kad magnetik yang akan menjadi kunci/login id untuk kami menggunakan sistem tersebut.

Sapa yang tak eksited, bila dengar pasal benda komputer ni. Aku yang waktu itu yang agak dalam keadaan "cempera" sebab tak pernah tengok komputer sanggup pecah tabung semata-mata nak join. Cuba teka aku bayar yuran pakai apa? Of course pakai duit syiling. Terhegeh-hegeh orang yang jaga kaunter pendaftaran aku kira duit aku. Dah la bawak pakai plastik ja. Kejam tak aku?

Kah kah kah

Kenal Game:

Ok cerita eksited dia bukan tang bab ni, tapi bab selepas aku masuk sekolah menengah. Nak dijadikan cerita, mak bapak aku ni bukan la orang kaya, sehari diaorang bagi aku seringgit sahaja untuk duit makan. Tetapi aku nak dikatakan murah rezeki tuh iya la jugak, berkawan dengan anak orang kaya-kaya sampai diaorang sanggup belanja aku. Sampai la time diaorang ajak aku pergi main game. Tak salah aku games yang fames time tuh adalah Red Alert, versi yang mula-mula skali.


Sekali punya addict hampir tiap-tiap hari aku teman diaorang pergi main game. Punya la sanggup balik lambat ke rumah (aku sekolah petang pagi tu). So apa yang aku buat, aku tipu mak dengan ayah aku cakap aku ada aktiviti kelab dan kena stay kat sekolah.

Kenal Porn:

Boleh dikatakan setiap hari aku lepak dekat cyber cafe, sampai la tokey dia kenal aku. Kadang-kadang kalau tak ada duit, aku hanya lepak duduk disebelah member aku sambil tengok diaorang main.

Sampai la satu masa tetiba dia stop main game then dia cakap dekat aku "Hang tolong usha line sat".

"Hang nak buat apa ni?" aku yang sewaktu itu masih suci dari onar dunia. Orang kata ibarat seperti kain putih yang masih belum dicorakkan.

"Hang perati la sat." tegas dia lagi sambil dia taip "www.xxx.com".


Aku tewas dalam pujukan halus sambil aku perhati apa yang dia buka sampai mata pun tak berkedip. Start dari situ la aku dah mula pandai "yahoo" (google tak fames lagi time tuh) benda yang bernama porn ni. Aku time tu rosak akibat pengaruh kawan.

Tapi disebabkan Tuhan masih sayang pada aku, PMR aku masih mampu score 8A. Kebetulan plak ni la first time sekolah aku ada student yang dapat PMR 8A. Gila bangga sekejap aku time tuh. Walau pun dari segi akedemik aku score, dari segi internal moral pula aku dah rosak sedikit. So ada 2 benda yang aku dapat time aku belajar kat sekolah. Satu ilmu dunia yang aku boleh guna untuk bawa aku ke syurga, dan ilmu yang telah akan bawa aku ke neraka.

Ini kisah aku sewaktu internet masih diparas tak semua orang mampu memiliki. Kalau zaman sekarang impak dia aku rasa lebih lagi sebab semua orang dah ada smart phone.

Cuma yang menyelamat aku dari jauh terjerumus adalah rasa hormat aku pada parent aku, dan juga rasa tanggugjawab aku pada keluarga kerana aku anak sulong. Tapi tak semua orang mampu untuk menolak bisikan halus. Berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak anda. Kenal kawan mereka, ambil tahu aktiviti mereka. Didik mereka dengan berkesan.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Social Media Club Kuala Lumpur Event

Posted by | Posted in | Posted on 1:17:00 PM


Kadang-kadang aku pun serius dalam hidup aku,sebab aku ada kerjaya. Bukan all the time aku jadi gila. Semalam aku ada attend 1 seminar atau lebih tepat talk yang dianjurkan oleh Social Media Club Kuala Lumpur, yang diadakan di Microsoft Auditorium, Level 29, Tower 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur. Talk yang bertajuk "Designing Social Apps" ini telah disampaikan oleh Nano Umasy, a San Francisco-based Application And Product.

Korang boleh check dia punya details dekat link di bawah:
Blog : Nono Umasy
Portfolio : Portfolio Nono Umasy

Talk ini lebih banyak menumpu kepada pembangunan social Apps yang menggunakan Facebook sebagai platform. Korang tahu atau tidak yang Facebook telah lama releasekan Development Tools dan juga API untuk kegunaan developer. Development Tools yang mereka releasekan ini adalah PERCUMA. Korang boleh menggunakan untuk membangunkan Games dan juga Aplikasi korang sendiri atau pun untuk dijual.

Mudah kan? Development Tools adalah percuma, platform pun dah ada, korang cuma perlu develop dan dapatkan keuntungan dari situ.


Kenapa Social Apps dan bukanya normal Application yang biasa?

Kita ambil contoh Facebook. Facebook adalah platform yang sangat berkesan dan relevan pada masa sekarang disebabkan impak social networking yang menyebabkan hampir semua orang yang mempunyai access kepada internet mempunyai account Facebook. Even bapak aku yang kerja sebagai buruh pun dah ada Facebook. Tapi aku harap dia tak baca blog aku. Kalau tak tobat balik kena ceramah kaw kaw. Ok lets story belakang-belakang bapak kalau ada terbaca blog cek no.

Korang dah nampak impact dia sekarang ni? So bagi developer or bakal developer diluar sana, apa yang korang perlu lakukan adalah untuk menmanfaatkan apa yang telah disediakan. Dari segi marketing, korang juga boleh guna Facebook untuk melakukannya.

So jangan hanya ingat Facebook ini hanya benda yang melalaikan ataupun hanya tempat untuk korang cari gadis untuk one night stand dan kemudian dump her. Tak pun tempat untuk korang copy paste cerita yang belum tentu kesahihannya. Facebook juga bukan hanya tempat korang luah dan berkongsi perasaan korang yabg super super down. Think forward, ada banyak lagi benda lain yang korang boleh lakukan.

Kalau korang berminat dengan event-event macam ni, korang boleh join Fanpage Facebook diaorang

Facebook : SMCKL


Korang akan berpeluang berjumpa dengan developer yang lain yang mana mereka lebih berpengalaman. Jangan terlalu segan untuk bermula.

We normally start with nothing, but atleast wr should end with something.
p/s: ada jugak awek yang hot join event ni. kah kah kah

Published with Blogger-droid v1.7.4

#WW:Can Facebook Destroy A Relationship?

Posted by | Posted in | Posted on 10:34:00 AM

Published with Blogger-droid v1.7.4

The Three Musketeers Review

Posted by | Posted in | Posted on 12:58:00 PM


Aku menjangkakan hujung minggu aku kali ini akan dihabiskan dengan aktiviti in house sahaja. Aku akui, in house aktiviti bagi seorang bujang seperti aku adalah membosankan berbanding dengan aktiviti orang yang sudah berkahwin. Orang bujang kalau nak main apa-apa pun kami terpaksa bermain single. Orang dah kahwin lain la, atleast boleh main double. Bosan kan?

Aku rasa aku terpaksa topup stok gadis, since aku dah kehabisan stok. Sesiapa berminat sila la datang untuk audition aku. Aku tahu ramai gadis yang tak layak pergi audition "Bukan Sekadar Rupa", so korang-korang yang kecewa tu boleh la datang menemui aku. Aku tak nak vokal yang mantap, tetapi cuma rupa yang menawan. Tetapi kalau ada pakej apa salahnya. Nyah, you are strictly band. Geli bulu aku nanti.

Ok stop mengarut sebelum aku melalut panjang, since entry aku kali ni cuma nak review filem-filem yang aku tengok minggu lepas.

The Three Musketeers



The Three Musketeers (dalam bahasa ibunda mereka Les Trois Mousquetaires) sebenarnya adalah novel yang dikarang oleh Alexandre Dumas.

Filem ini dibintangi oleh Logan Lerman as D'Artagnan, Milla Jovovich as Milady de Winter, Matthew Macfadyen as Athos, Ray Stevenson as Porthos, Luke Evans as Aramis, Mads Mikkelsen as Rochefort, Gabriella Wilde as Constance Bonacieux, James Corden as Planchet, Juno Temple as Queen Anne, Freddie Fox as King Louis XIII, Til Schweiger as Cagliostro, Orlando Bloom as Duke of Buckingham, Christoph Walt as Cardinal Richelieu and directed by Paul Anderson.

Cerita aksi ini diselitkan dengan skrip jenaka yang berkesan. Tidaklah bosan untuk ditonton. Dari plot cerita bermula di mana terdapat banyak aksi berlawan. Tetapi bagi aku cerita ini lebih banyak menonjolkan kepada nilai-nilai persahabatan di antara d'Artagnan, Aramis, Athos dan juga Porthos.

Aku tak pernah membaca novel dia, so aku tak pasti sama ada jalan cerita filem ini mengikut betul-betul apa yang tertulis dalam jalan cerita di dalam novel. Tetapi apa yang aku tahu cerita adalah gabungan fakta dan penambahan supaya dapat memikat hati penonton. Serupa la macam blog aku.

Watak yang paling aku suka dalam filem ini adalah Milady de Winter di mana dia adalah seorang pembunuh upahan perempuan yang meletakkan kesetiaan dia pada duit dan diri sendiri. Pada permulaan cerita, Milady telah membantu Three Musketeers ini untuk mencuri lakaran mesin perang. Tetapi telah membelot kerana ditawarkan dengan wang walaupun hakikatnya dia memcintai Aramis. See? This is the true nature of perempuan-perempuan yang bermata duitan. They will choose money over love.

Walaupun watak dia adalah watak yang mungkin paling di benci oleh semua orang yang menonton filem ini, tetapi tidak bagi aku. She is a young, hot sexy assassin that live in that era that wearing a a women cloth but fight like a guy. Hot kan?

Bagi golongan gadis, kamu mungkin meminati watak d'Artagnan yang sentiasa bermulut manis bila dihadapan gadis yang lawa. Aku semasa dalam pawagam bukan la terlalu fokus pada skrin, aku suka memerhati sekeliling. Kebetulan yabg duduk sebelah aku adalah gadis. So aku nampak dia banyak tersenyum time d'Artagnan beraksi. Dia masih sempat untuk mengorat walaupun semasa tengah berlawan. Isnt he cute? Aku benci kalau ada gadis yang kata lelaki itu cute. Ingat kami ni teddy bear ka?

Daripada 10 aku berikan 7 untuk filem ini. Tetapi watchable walaupun aku keluar tengok dengan geng-geng berbulu.

p/s: kalau aku nak buat give away hadiah dia berupa tiket wayang TGV, agak-agak korang nak tak? Aku target dalam 5 orang pemenang.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku, Cikgu Taska Dan Lagu NegaraKu

Posted by | Posted in | Posted on 12:45:00 PM



Matahari belum lagi terbit sepenuhnya. Masih tidak dapat membezakan sama ada keadaan sekarang adalah pagi ataupun senja. Tapi dengan suasana yang dingin dan beku menyakinkan alam bahawa hari sudah siang. Ibu-ibu dan bapak-bapak burung kelihatan baru mengeliat bangun dari sarang dengan perut yang kosong sudah bersedia hendak memulakan pencarian rezeki.

"Seelaamaat paagii cikguuu!"

"Selamat pagi anak-anak..semua sihat hari ni?"

"Siihaat cikguuu!"

"Anak-anak dah makan?"

"Suudaah ciikguuu!"

Aku yang hanya berboxer tanpa baju, bertenggek di tepi berenda rumah sewa aku sambil memerhatikan gelagat kanak-kanak taska dengan cikgu mereka. Saja nak tayang body dekat cikgu-cikgu taska yang masih berstatus single mana tau kot-kot ada yang perasan.

Vroom.....vroom..

Bunyi kereta yang lalu lalang. Yang memisahkan rumah aku dengan taska tersebut adalah jalan raya, pagar dan juga longkang yang besar. Sedikit rimbunan pokok yang membataskan penglihatan terus antara aku dengan taska tersebut.

"Cikgu..cikgu..tengok tu. Ada orang gila tak pakai baju dok skodeng kita." adu bomba budak yang selekeh tapi bermulut macam tempayan. Aku mulanya rasa nak maki budak tadi tuh dalam hati. Tapi aku rasa aku patut berterima kasih pada dia, kalau tak cikgu mereka yang agak comel tuh tidak akan perasan kehadiran aku.

"Mana..mana?" sahut cikgu comel yang bertudung tersebut sambil memegang bahu anak murid dia sambil duduk mencangkung. Walaupun dari jauh, tetapi sudah menampakan ciri-ciri calon isteri yang solehah. Perempuan yang pandai berkomunikasi dengan kanak-kanak memang nampak comel dan matang. Gaya seorang ibu-ibu bak kata orang.

Aku hanya tersenyum dan hanya melambaikan tangan saat dia memandang tepat pada aku. Dia membalas senyum aku dengan senyuman yang sungguh manis seperti gula perlis yang terdapat dekat mana-mana pasaraya yang berdekatan. Tangan dia hanya di angkat tapi tidak dilambaikan.

"Isk! tak baik tau kata kat orang gila. Lagi pun, mana ada orang gila hensem." terang dia sambil menjeling separuh kepada aku. Aku hanya mampu tersenyum.

"Habis tuh orang gila macam mana plak cikgu?" tanya murid dia yang kelihatan tak puas hati.

"Orang gila ni, dia senyum tak berhenti" jawapan dia yang terus mematikan senyuman aku dari tadi. Dia memandang aku dah terus ketawa kecil. Tak kenal lagi dah pandai mengusik. Aku jelirkan lidah pada dia. Dia ulang perbuatan yang sama pada aku.

"Ada respon ni." bisik aku dalam hati nakal aku.

Aku capai kerusi dan terus duduk di berenda tersebut sambil terus memerhati dari jauh.

"Berdiri tegak semua anak-anak" arah cikgu tadi.

"Baaaiik cikguuu!" sahut anak-anak murid dia.

Dia memandang aku sambil tangannya mengarahkan aku bangun sama. Aku cuba melayan kehendak dia. Bangun, berdiri tegak sambil membuka dada yang berotot walaupun tidak berbaju.

Lagu NegaraKu berkumandang....

Kami berbalas jelingan sambil dia menaikkan bendera Malaysia.

Tiba-tiba angin sejuk bertiup...syahdu sungguh angin tersebut. Boxer aku bergerak naik sama laju dengan bendera Malaysia tadi. Cikgu tadi dah tak jeling lagi.

"Cilaka..time-time macam ni la ada angin sejuk" maki aku sendirian sambil berlalu masuk ke dalam dengan muka merah padam tanpa sempat habis lagu NegaraKu.

Bangunan mana yang fames macam KB Mall kat KL ni agak-agak?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Ujian Hidup

Posted by | Posted in | Posted on 11:01:00 AM




Dia sedang berbicara dengan ku.
Dia sedang menguji kesetiaanku.
Dia tahu kemampuanku.
Dia tahu aku tidak akan mengalah.
Dia tahu aku bisa hadapinya.



Walaupun terkadang aku rebah, akan aku bangun semula.
Walaupun terkadang aku sukar, akan aku redah semuanya.
Walaupun terkadang aku lemah, akan aku kekal teguh.
Walaupun terkadang aku perit, akan aku berdiri tabah.



Tetapi aku tidak tahu apa rencanaNya.
Bukan dalam mampuku untuk menduga.
Tapi aku pasti akan tiba satu saat.
Akan tiba sinar yang dijanjikanNya.
Kerana itulah janji sang Pencipta kepada sang diciptakan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mengalah Dengan Takdir

Posted by | Posted in | Posted on 8:13:00 AM



Kadang-kadang aku menulis dengan panjang. Kadang-kadang juga aku menulis dengan bahasa yang indah. Namun pada penghujungnya aku padam semuanya.

Mengapa?

Kerana aku sedar kerana apa yang aku tulis tersebut bukanlah apa yang ingin aku sampaikan. Menulis apa yang tidak datang dari diri sendiri adalah satu penghinaan kepada gaya penulisan sendiri. Ada yang menulis kerana kemarahan, namun ada juga yang menulis kerana kegembiraan. Apa yang penting, adalah untuk menjadi diri sendiri. Tak perlu kita untuk menjadi orang lain walaupun untuk seketika demi semata-mata untuk mengejar sesuatu yang bukan milik kita.

"You dah keluar dari rumah ka belum?"

"Baru ja bersiap ni and baru nak keluar"

"Datang la sini laju-laju. Member-member I ajak pergi uptown Shah Alam."

Sebenarnya dah banyak benda yang berlaku pada Julie. Dia dah berenti dari tempat kerja dia yang lama dan sekarang bekerja under goverment di Cyberjaya. Rumah pula, dia sekarang menyewa di Presint 9, Putrajaya.

"Mak ai jauhnya. You kat rumah sewakan?"

"Tak. I kat open house. Kat Presint 9 jugak. You cari Apartment Pencil. I kat situ, blok 8B1."

"Ok"

To tell you the truth, aku bukan expert sangat jalan kat Putrajaya ni. Sementara nak sampai sana, dah 2 3 orang aku tanya. Yang paling tak tahannya, semua yang aku tanya adalah penghuni baru kat situ. What the heck? At the end, aku ambil keputusan untuk singgah stesen minyak Petronas untuk bertanyakan arah. All I do this because of her.

Dalam bersesat-sesat di dalam sana akhirnya aku jumpa juga dengan apartment yang dia maksudkan. Di suruhnya aku tunggu di tepi jalan utama. Dia datang dengan BMW putih, lebih besar dan mewah dari kereta yang aku yang kecil dah murah. Dia turun dari pintu belakang, melegakan hati aku seketika. Kami terus bergerak menuju ke uptown Shah Alam.

"You look preety tonight, plus with that strawberry smell. Yummy!" puji aku dengan memandang tepat pada wajah dia. Dia hanya diam dengan pipi kemerahan. Tak banyak cakap dia walaupun dah lama kami tak jumpa.

There are few things about Julie yang tidak terdapat pada perempuan lain yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. She never wear a fancy or expensive dress. More practically to said that, dia tidak pandai bergaya. Dia juga jarang bermake up. Kadang-kadang dengan aku, dia hanya keluar dengan wajah dan bibir yang bogel. Namun bagi mata aku dia tetap kelihatan sempurna.

"Everyone are perfect in someone eyes"

Mungkin kerana dia sudah berubah atau pun dah lama aku tak jumpa dengan dia, that night she look very different to me. In other word, attractive.

Kenapa aku begitu bersungguh malam ni?

Firasat aku, mungkin kerana dah lama aku tak berjumpa dia. Tidak lebih dari itu, aku pasti. Begitulah apa yang keluar dari mulut dan bukannya hati aku. Banyak kali aku fikir, kenapa selalu aku selalu rajin kerana dia. Benda kecil, kerana dia aku anggap besar. Benda remeh, kerana dia aku anggap penting. Aku rasa tenang ketika bersama dia.

"Kenapa tidak sahaja aku terima Julie dulu?" bisik hati kecil aku. Namun itu kisah lama.

Tiada apa yang kami berdua cari semasa di Downtown Shah Alam, cuma sekadar meneman kawan-kawan dia yang berjalan tanpa arah. Seorang sudah bertunang, dan sorang lagi yang sudah menghampiri saat 30 tapi masih belum berpunya. Macam mana aku boleh tahu semua ini? Aku punya 6th sense yang cukup baik namun cuma berfungsi dalam sesetengah perkara.

Tiada apa yang menarik di sana, orang pun tak ramai. Mungkin kerana hari tersebut adalah hari Ahad dan esok adalah hari bekerja. Kemudian kami terus menuju ke Bangi untuk mencari makanan dan selepas itu dia aku hantar pulang ke rumah sewanya.

"Goodnite" itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari mulut aku.

"Erm...tak nak temankan I sampai depan pintu rumah ka?" tanya dia yang mengharapkan tindakan dari aku. Lately aku sedar yang kurang bersifat gentelman.

"Takpa la, I gurau saja" sambung dia.

Kami berpisah di situ sahaja. Aku sampai rumah dalam pukul 2.30 pagi. Dalam tidur, aku asyik memikirkan tentang Julie. Mungkin aku patut memberikan dia peluang semula. Aku harus mencuba.

Tetapi, keindahan bukan tetap milik aku. Rupanya, she already with someone. I saw everything on her Facebook wall pada keesokkan paginya.

Dalam hidup kita kadang-kala kita perlu belajar untuk melepaskan sesuatu. Sesuatu yang pernah menjadi milik kita dahulu tapi tidak sekarang. Kadang kala kita perlu belajar untuk mengalah. Redha. Kali ini aku kalah dengan takdir. Mungkin belum takdir aku untuk menemui kebahagian. Kita a kan lebih banyak melalui kegagalan berbanding kemenangan. Kerana kegagalan lebih banyak mengajar kita erti kehidupan.

Maybe it is time for me to do what should I have done last year.
Maybe.

p/s: now playing "Live After You" by Chris Daughtry

Published with Blogger-droid v1.7.4

Rutin

Posted by | Posted in | Posted on 7:17:00 AM


Weekend, kalau aku kata aku kerja time weekend akan terdengar satu istilah yang keluar dari mulut-mulut manusia yang berhati suci "Bangla pun cuti hari minggu, kau tak kan kerja kot?". Aku tak pasti bijaksana mana yang mencipta ayat ini yang menyebabkan aku berhenti kerja dari company pertama aku dulu.

Tapi sebab musabab utama aku berhenti adalah kerana di situ sudah ketandusan golongan homo sapien yang bernama gadis yang boleh dibuat awek, apatah lagi nak dibuat bini. Tak kan aku nak bergantung pada nasib sambil megharapkan akan ada sorang dua yang tidak hanya budjet comel tapi sememangnya comel yang terbukak hati untuk masuk kerja kilang. Hell no! Gadis-gadis sekarang memang sudah pandai memilih kerja. Paling lekeh korang akan jumpa mereka bekerja dekat Tol, paling banyak dekat pasaraya. Aku ada pengalaman, sila percaya cakap aku.

Kring...Kring...Kring...

"Benda apa yang memekak pagi-pagi buta ni?" jerit aku dengan sopan dalam hati sambil menarik selimut sampai menutup kepala.

5 minit kemudian...

Kring...Kring...Kring...

"Bodo punya orang! Kasi diam benda tuh." masih dengan gaya sopan ala-ala lelaki melayu terakhir aku memaki tuan hak milik benda tersebut.

Tambahan 2 minit kemudian...

Kring...Kring...Kring...

"Fakk! Kalau tak reti nak hentikan biar aku senyapkan saja menatang ni" sambil memegang benda tadi dan hampir nak baling ke dinding.

Tapi aku baru perasan yang benda tersebut adalah handphone aku yang aku set untuk berbunyi pada pukul 6 pagi setiap hari. Nampaknya aku hanya maki diri sendiri dari tadi. Cilaka. Nasib baik aku tak maki kaw kaw tadi. Aku seorang jenis "Morning Guy". Adalah normal untuk aku bangun awal. Lelaki yang bangun awal, kami dikatakan ada bakat untuk memimpin keluarga dengan berjaya. Bagi sesiapa yang masih mencari calon suami, boleh la mencuba. Jangan risau, aku ada 4 tempat kosong untuk di isi.

Seperti biasa, setiap pagi, setiap kali aku bangun, aku akan merenung satu objek. Aku akan memuji-muji susuk tubuh yang kelihatan dalam objek tersebut. Tak pernah gagal atau menghampakan aku walau sekali pun. Objek tersebut tak pernah menipu mata aku, aku yakin dengan apa yang terpapar dalam objek tersebut. Tak sia-sia aku beli objek yang bernama cermin tersebut di IKEA dengan harga yang agak mahal. Pelaburan yang bijak oleh orang yang bijak macam aku.

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik yang banyak menyimpan banyak rahsia lelaki dan perempuan. Bilik yang menyimpan 1001 satu misteri bagi semua orang. Bilik yang menyimpan kisah hitam dan putih. Bilik air.

Berus gigi aku capai, ubat gigi aku tekan. Aktiviti gosok gigi bermula. Ke atas, ke bawah, ke tepi dan ke dalam. Semuanya aku buat demi menjaga penampilan. Bak kata orang, hari yang ceria datangnya dari senyuman yang ikhlas dan juga gigi yang tidak kuning. Dalam asyik menggosok gigi aku terlihat satu benda yang sedang terapung dalam air. Lama juga aku tenung benda tersebut. Puas aku berfikir dengan minda separa sedar aku. Tapi yang aku pasti benda tersebut bukan hak milik aku.

"Cilaka punya housemate, berak pun tak reti nak flush." kali ni aku maki tanpa berlapik. Terus aku hilang selera nak cerita apa yang berlaku dalam bilik air lagi dah.

Hari ini hari Ahad dan sepatutnya aku keluar tengok cerita Fright Night tapi nampaknya yang tinggal hanya Good Night pada aku. Since aku tengah bosan dan idea aku nak menulis blog semakin kurang. Aku cuba sms si Syikin, gadis dari gym semalam untuk ajak dia keluar.

"Lets go for a movie, its my treat"

"Oh thax so much.. :D Today im on leave...time with family.. thax 4 ur invitation...mybe next time..but can't only 2 of us..im not available.... :p thax azlan.."

So memang terbuktilah betul teori aku yang bumper dia sudah dia dilanggar orang.

"Ops. Sorry, my bad. Send to wrong no. Haha..Sigh..need to learn to save no properly =P"

"Huh...u scared me...suddenly send that msej..its ok.. :D enjoy ur day....n 7day trial...

"Crazy for me to do that without a single salam. ok thanks. =)"

See, nampak tak macam mana aku cover supaya aku tak malu. Ego laki memang tinggi, kalau tak dah malu teruk aku tadi. Hidup mesti kena pandai cover beb. Jangan sampai orang perempuan pandang kita lemah. Tak perlu sampai nak menunjuk, yang penting rilek and cool.

Tapi at the end aku duduk rumah saja hari ni sambil bermain Angry Bird dan baca majalah Men's Health edisi bulan ni. Owh ya, aku ada sms Julie ajak dia keluar minum malam ni and she replied ok. So let see what will happen nanti.

Published with Blogger-droid v1.7.4