Adik Angkat Punya Cerita

Posted by | Posted in | Posted on 9:46:00 PM


Gwa dah bosan tulis cerita guna ayat baku habis. Gwa tau korang memang rasa gwa ni memang orang yang skema bendul. Dengan berbekalkan entry yang bakal gwa tulis ni, gwa nak buktikan kat korang yang gwa pun kadang macam cilaka jugak dalam merosakkan bahasa.

*************************

Hari Rabu hari lepas gwa ada mintak cuti kat bos gwa. Macam biasa, kalau jantan berbulu macam gwa mintak cuti kat bos laki memang susah dia mau kasi lulus. Kalau yang mintak tuh pakai skirt pendek, kaki tirus,baju ketat bonjol sana bonjol sini, confirm dia sign tak cakap banyak sebab mata dia tak tertumpu pada borang cuti lagi dah. Tapi takkan gwa nak pakai skirt plak? Gila, nanti dia kata gwa buang tebiat. Tak pasal-pasal gwa kena chop jadi nyah berbulu lebat.

Pftt~ Gwa masih normal.

Sudah habis ketat muka gwa buat, kalau terlebih ketat nanti dia ingat gwa gay plak. Bos sekarang pun sudah pandai, asal mintak cuti ja mesti dia tanya gwa nak pergi interview dekat mana. Kang gwa pergi interview betul-betul kang baru padan muka dia kena cari orang baru. Gwa tau la gwa agak penting dalam company gwa kerja sekarang (ok gwa perasan seminit). Alasan personal matter gwa sudah tak laku macam biasa. Akhirnya gwa mengalah, gwa bagitau yang gwa ambik cuti sebab nak hantar adik angkat gwa pergi konvo.

Cuti gwa lulus. Gwa happy macam baru orang kena loteri. Korang tak tau macam mana rasa kena loteri? Gwa cadangkan lu orang pergi try sekali dua. Kalau dah menang nanti, cuba cerita dekat gwa apa korang rasa. Kita tinggal cerita pasal loteri, sebab gwa rasa korang pun memang tak berminat nak tau pasal loteri dan lagi pun loteri ni tak sepenting apa yang gwa nak story kat korang.

Adik angkat gwa, Ina gwa panggil dia. Jangan tanya banyak mana gwa kenal dia, sebab gwa pun dah kurang ingat. Kalau gwa nak decribekan dia, mesti korang mesti tak percaya punya. Korang cuba bayangkan wajah Lisa Surihani yang bertudung bak Heliza Helmi. Suara pulak selunak Yuna. Bentuk badan pulak lu orang cuba bayangkan Megan Fox. Dah dapat bayangkan dah? Ok, dia memang tak ada langsung ciri-ciri seperti di atas.

"Mula-mula adik angkat lepas tuh awek angkat"

Gwa dah bosan dengan ayat macam ni. Korang jangan pula nak buat gosip murahan kata gwa minat dekat adik angkat gwa sampai gwa sanggup mintak cuti untuk hantar dia pergi konvo. Tolong la, nanti habis tercalar status gwa sebagai lelaki single. Kesian dekat gadis-gadis yang bakal jadi awek-awek gwa. Tak sempat diorang nak mengorat gwa.

Tut...tut..tut..

Bunyi nada dering telefon yang bosan seperti biasa.

"Assalamualaikum Ina" salam ni tanda yang gwa ni masih lagi seorang yang beriman. Percaya tak?

"Walaikumussalam. Kat mana dah?" adik angkat gwa agak kelam kabut sebab pagi tadi gwa bangun sedikit lambat. Biasa la lelaki melayu terakhir macam gwa. Janji pun mau melayu jugak.

"Sampai dah ni. Turun cepat." gwa jawab dengan nada yang agak pendek sebab gwa malas nak dengar dia berceloteh.

Sambil gwa tunggu dia, gwa sempat tengok gadis-gadis yang bakal nurse lalu depan gwa. Tingkap kereta gwa dibukak habis sambil gwa letak bisep gwa yang bermuscle untuk menarik perhatian mereka. Tapi usaha gwa terbantut sebab Ina dah sampai. Dia masuk kereta gwa sambil buat muka bebal dia "Apasal lambat?". Gwa hanya tersenyum sengih.

Gwa cancel niat gwa nak usha sorang dua bakal nurse kat situ. Terus gwa pandu kereta menuju ke PICC Putrajaya, tempat dia konvo. Sepanjang perjalanan kami senyap tak bercakap sepatah pun.

"Ni apasal senyap ja ni? Awat tak bayaq bil radio ka?" tegur dia sambil memang muka gwa yang boleh dikatakan hensem dari kalangan lelaki yang mempunyai wajah typical melayu jawa.

Demm! Memang kasaq teguran dia. Gwa hanya tersenyum sengih kerang busuk. Tangan gwa menjalar mencari bonjolan. Gwa tekan perlahan-lahan. Lalu nada suara merdu pun keluar.

"If I die young, burry me in sand...."

"Cis! lagu mati pagi-pagi buta macam ni. Tak ada lagu lain ka?" maki gwa dalam hati kecil gwa.

Gwa dengan Ina sampai PICC on time walaupun gwa tak tau sangat jalan nak kena sana. Tambahan gwa memang superbad dalam navigation ni. Orang cakap, orang tangan kidal macam gwa ni memang ada masalah nagivigasi. Gwa tak tau mana diorang dapat fakta ni, tapi gwa rasa kadang kala fakta tuh boleh pakai.

Ina gwa tinggalkan dia lepas gwa hantar dia masuk ke dewan. Gwa plak lepak luar sambil dok usha bakal-bakal nurse yang akan berkhidmat nanti. Mana tau rezeki gwa nanti dapat terserempak dengan mereka di mana-mana pusat perubatan nanti. Gwa memang pantang tengok gadis dalam uniform nurse. Mesti banyak benda menarik yang boleh berlaku.

Fikiran gwa terus melayang jauh.....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wake Me Up When September Ends

Posted by | Posted in | Posted on 9:53:00 AM


Sorry readers, memang dah lama aku rasa aku tak update blog aku. Memang sengaja,kerana aku pun ada banyak kerja lain yang perlu aku buat.

Saat aku sedang mati kutu memikirkan aktiviti aku untuk hujung minggu ini, tetiba aku mendapat satu call dari nombor landline.

"Hello. Boleh saya bercakap dengan Encik Azlan?" aku yang sewaktu itu baru keluar toilet sebelah tangan sedang memegang telefon dan sebelah lagi sedang berusaha untuk menutup zip.

Pagi-pagi dah ada cabaran yang sukar macam ni. Come on Girls! lain kali tolong jangan call guys sewaktu kami dalam toilet. Banyak kerja lain yang lebih penting yang kami perlu buat selain dari jawab call korang. Kang kalau ada yang terkorban siapa yang nak bertanggungjawab?

Suara gadis, tapi ayat skema. Aku dah masak sangat dengan panggilan telefon macam ni. Ni mesti tak ada benda lain mesti nak promote sesuatu. Macam ni la nasib orang yang pakai kad kredit macam aku, seringkali dihantui dengan panggilan yang menggunakan suara gadis comel yang belum tentu suara mereka sepadan dengan wajah.

"Ya, saya bercakap."

"Hai Azlan, Syikin ni."

"Owh Syikin. Ingatkan sapa la tadi."

Masuk ni dah lebih kurang 5 kali dia call aku. Kalau sekali lagi dia call, tobat aku dah boleh cam suara dia. Memang minah ni tak pernah putus asa dari nak ajak aku join gym di tempat dia kerja. Macam-macam ayat manis yang dia taburkan untuk menyedapkan halwa telinga aku. Tapi hati aku keras.

Semua tentang dia saat kami pertama kali berjumpa hari tuh adalah sempurna. Tapi sayangnya bumper dia dah sedikit jatuh, mungkin dah kena langgar agaknya. Tapi mungkin juga disebabkan keturunan. Mungkin ini juga sebab aku asyik tak layan call dari dia. Kalau la dia seperti Julie, mungkin aku akan tergoda di hari pertama lagi. Dahi licin, sapa nak tolak bukan?

"Minggu ni sibukkan? So saya call ni nak set appoinment untuk minggu depan" dia dengan nada bersungguh.

"Amboi, sampai hafal schedule I. Apa kata you jadi SU I?" aku yang cuba mengubah topic.

"Hehehe...you ni. So bila nak datang ni?" agaknya kalau aku ada disebelah dia, mungkin dah kena cubit manja.

Melihat pada usaha dia, aku sedikit mengalah. Lagipun benda free. Free trial for 7 days. Mana tau kali ni aku boleh dapatkan stok baru. Sapa tahu kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah aku selalunya kat area perut.

"Kalau weekend tak boleh ka? Ahad ka?"

"Jangan la Ahad, I cuti"

"Lupa plak, bangla pun cuti hari Ahad. Ok how about Sabtu? Kalau Sabtu you bukak pukul brapa?"

"7 to 7"

"So you masuk kerja pukul berapa? I am a morning guy"

"Owh, really? I am a morning girl. Tapi I masuk kerja pukul 10 pagi."

"Ok, then can I confirm on this Friday?"

"Sure. I will call you nanti"

I am going to gym? Memang sangat rare. Tapi kali ni aku nekad untuk mencuba. We cant change ourself if we just stick with the same environment. Sekali sekala kita kena juga cuba untuk membuat sesuatu yang berbeza dari yang biasa. Esok Oktober, aku harap hari ini akan cepat berlalu.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tips Of Knowing Your Blog Audience

Posted by | Posted in | Posted on 7:00:00 AM

Everyone want to do blogging. Everyone want to write something in their blog. Everyone wants people to read what they have write in their blog, either it is tutorial, news, story or whatever entry that they had published.

Whatever you write in your blog, atleast you must have your own target of audience/readers. These specific target of your readers who reads everything that you write whom that I called "Followers".

But how well do you know you blog followers/readers?

A good blogger usually will know, who will be their blog followers. The most important thing in a blog is not how nice or cute a blog look like, how interactive your blog are. But what important is the contents of your blog. A blog without a content is like an empty book.

What you gonna write into your blog is up to you, because every people have different opinion in what they want to write. The better you write your entry, more people will read it. But apart from the good entries that you had publish, you should know something about you blog loading weight.

Have you all ever see this kind of chart in below image?





This chart is a good chart where it explain to you on who are your blog readers. Just take example if your blog readers are coming from Malaysia, of course you need to tackle your readers with Bahasa Malaysia language.

Have you ever think that your readers also coming from small device platform such as smartphone?

Not all the smartphone can load everything that you put into your blog because smartphone memory is less compared to laptop or pc. You cant expect all your readers have time to turn on their laptop or pc just to read your entry. Be smart and friendly to your readers. For Blogger.com there a function to enable Mobile View specifically for readers who are online using smartphone.

What you need to is simple. Just follow below instructions:

1. Settings -> Email & Mobile -> Mobile Template
2. Yes. Show mobile template on mobile device
3. Choose you template.
4. Save.

By doing this, you will make your blog being view in Mobile View mode where this template is less in loading weight. Readers can easily load your in short time. This will make them easily read what you have write.

Remember, make priority to your readers if you want readers to read your blog.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sendirian III

Posted by | Posted in | Posted on 8:06:00 AM

"What have I done that make she hate me this much?"

"Am I the reason she leave this company?"

"But why?"

Dulu mungkin aku akan tanya soalan-soalan yang bodoh macam ni pada diri aku sendiri. Membazirkan masa untuk memikirkan apa yang telah aku buat. Mencari apa yang tak kena. Membazirkan masa untuk mencari kesalahan diri sendiri. Itu dulu, bukan sekarang. Bukan aku telah berubah, tapi aku telah belajar dari pengalaman dulu.

"Why our ex is called EX? It is because we use them as an EXample for our current life"



If they leave you for no good reasons, then dont be stupid enough blame yourself for no reason. My love are not pure and strong enough that's why I said all this this things?

Grow up!

Life is not all about love. Dont said that you cant live in this world without them by yourside? Then what are you doing right now, living or dying?

"Langgaq..." sms yang aku terima dari Borak.

Aku selalu lepak sini selepas habis kerja. Nasi lemak dia memang lain dari yang lain yang ada kat KL ni. Nasi lemak warna kuning berlauk daging atau ayam. Memang rare. Benda-benda rare selalunya menarik.

"Karok jom malam ni?" ajak aku yang cuba melepaskan tekanan. Tipu kalau aku cakap jiwa aku dah mati terus.

"Sorry la aku kena outstation. Malam ni bertolak" jawab Borak.

"Aku pun sama." sambung Kojak.

"Damm! Amin pun outstation juga. Mati kutu aku malam ni." balas aku.

Mungkin minggu aku ditakdirkan untuk hidup bersendirian. Lupakan tentang Nina Karina, sebab aku terlupa nak save no telefon dia. Ini salah satu habit aku yang kurang baik untuk diamalkan. Syikin si gadis fitness center yang aku jumpa semasa event Sony di Sg Wang tempoh hari cuma lebih berminat untuk ajak aku join club dia. Berkali-kali dia call sampai aku malas nak layan.



Tapi apa salahnya aku bersendirian seketika? Good for me to rest for a while. Bersendirian tak bermaksud tiada yang ambil kisah.

"There will be at least someone who care about us even in silence"

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sendirian II

Posted by | Posted in | Posted on 7:29:00 AM



"Wait! Are you all kidding with me?" tanya aku yang seakan tidak percaya.

Mereka memang suka bergurau dengan aku. Even aku ni melayu, tetapi mereka tak pernah pinggirkan aku. Maybe mereka ni ada semangat 1 Malaysia dalam diri mereka.

"No we are not man. By the way, what wrong with the new boss? Plus to be specific he will be a guy this time." jawapan yang Kelvin dalam nada serius.

Most of people lebih prefer untuk ada bos lelaki sebagai ketua. To them perempuan ni agak "renyah". Terlalu banyak karenah compared dengan laki yang boleh dibawa berunding.

"No that is not what I mean. How about Annie?" aku cuba mencari jawapan.

Dah masuk 2 minggu aku langsung tak mendengar khabar dari Annie. Aku tak tau what already happen inside of me. Kadang-kadang aku tak peduli, tetapi kadang-kadang aku seakan memerlukan dia. Dont talk about love with me since for me love is never exist for someone like me. Love is a stupid thing. Itu definasi aku tentang love.

Saks!

Sorry guys, agak jiwang entry kali ini. Tetapi kalau aku cakap aku tak ada perasaan, tak ada sesiapa yang nak percaya. Lagi pun, perempuan memang suka baca benda-benda yang feeling-feeling ni compared to lelaki. Jiwa perempuan lembut dan mudah tersentuh. Lagipun yang ramai yang comment kat blog aku adalah perempuan.

"Havent you heard the news already?" Aileen seakan tahu sesuatu.

"What news? I didnt heard anything." aku bertambah blur.

"Annie resign already, 24 hour notice. I heard she gone back to Singapore." jawapan dari Aileen yang menyebabkan aku hilang arah.

"What? Are you serious?"

"That was what we heard from Top Management. But we dont know the details much. What wrong man?" soalan dari Kelvin menyedarkan aku yang aku tak patut reveal hubungan aku dengan Annie. If not, thing will get complicated. Walaupun bagi aku complicated thing is something that is interesting. But not this time.

"Nothing. Let go back. Lunch hour finished already." aku yang cuba mengakhiri perbualan kami semua.

Petang tu semua kerja yang aku buat semua serba tak kena. Otak memang tak boleh nak fokus pada kerja. Aku bangun berjalan ke sana ke sini dan kemudian duduk semula. Akhirnya aku ambik keputusan untuk ke reception counter untuk lepak baca surat khabar.

Surat khabar aku belek satu persatu tanpa membaca isi di dalam. Cuma yang aku lihat adalah gambar. Pelik cara aku membaca surat khabar, tapi daripada membaca isi kandungan yang berbaur politik lebih baik aku baca majalah Playboy atau pun Manga Malaysia.

"Eh Azlan, I got something for you. It is actually from Annie. Sorry I forgot to give to you" Juanita si receptionist bersuara sambil menghulurkan aku satu sampul.

Aku tak tahu perasaan aku saat itu, nak kata gembira pun ada nak kata lega pun ada. Kita lupakan sebentar pasal perasaan aku tu sebab aku tak dapat a good word nak describekan dekat sini.

"When she give you this?" tanya aku.

"Last 2 weeks, a day before she resign I guest" jawapan Juanita yang kurang pasti.

Sampul tersebut aku bawa keluar office dan aku buka dengan tidak sabar untuk membaca isi kandungannya. Mungkin ada hint di mana dia berada sekarang.

*********

Dont you ever dare try to find me.
Get out from my life.

I HATE U!!!
I HATE U!!!
I HATE U!!!

*********

Aku pada ketika itu terasa nak karok lagu "Di Saat Aku Mencintaimu" nyanyian Dadali.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sendirian I

Posted by | Posted in | Posted on 5:47:00 PM


Tenet...Tenet...Tenet

Bunyi yang datang dari laptop aku. Aku yang sewaktu itu tengah melayan perasaan sambil mendengar lagu Fall For You nyanyian Second Hand Serenade, jadi bebal sebab asyik aku diganggu. Baru ingat nak praktis untuk karok malam ni.

"Cilaka. Ni mesti tak dak kerja lain, nak ajak aku pergi lunch la ni." maki aku dalam hati.

Officemate aku memang pandai ambil kesempatan sejak Annie tak ada kat office. Ramai yang nak ajak aku keluar lunch segala bagai. Aku yang di saat iman mudah goyah bila Annie tak ada di sini mudah untuk makan pujukan. Dup dap dup dap punya cerita last-last aku setuju ikut mereka pergi lunch.

Masa tengah beratur panjang gila sementara nak beli Subway dekat G Tower, salah seorang dari mereka ni bersuara.

"Why lately I tengok you jarang keluar lunch?" tanya Pat.

Korang mesti rasa aku ni duduk dalam dunia khayalankan? Sebab aku guna nama perempuan yang moden bagai. Come on la guys, ini KL beb. Semua orang nak guna nama yang fames amos. Lagipun officemate aku ramai Cina. Takkan aku nak guna nama Peah kot. Be realistik.

Ok sambung cerita.

"Gila concern you ni, I tak keluar lunch pun you tau. Stalker erk?" balas aku sambil mengusik dia.

Bila mana aku tak keluar bersama gadis atau kawan-kawan yang lain, aku ambil masa untuk bersendirian. Kadang-kadang aku habiskan masa aku untuk online. kadang-kadang aku habiskan masa di atas katil. Kadang-kadang juga aku habiskan masa bersendirian di dalam bilik air. Ada ketikanya sekejap, ada ketikanya masa yang aku ambil lama. Bergantung.

"Bread sir?" bangla Subway menyampuk the exact time Pat baru nak sambung perbualan kami.

Aku pandang bangla tu lama-lama tanpa berkata-apa tanda aku tak puas hati. Lately aku memang emo sikit. Banyak sungguh iklan dalam cerita aku kali ni. Aku pun rasa bebal terhadap diri sendiri, tapi apa nak buat. Drama kat TV pun banyak iklan.

"Parmesan Oregano" Pat tolong jawabkan untuk aku.

Betul la minah ni stalker. Tau saja dia roti apa yang selalu aku ambil time makan dekat Subway. Aku biarkan Pat order everything untuk aku. Aku disuruhnya pergi mencari tempat duduk. Aku hulur duit untuk makanan tu pun dia tak nak ambil. Dia belanja katanya. Untung jadi aku kan?

"Lets start eat." ajak Pat.

Aku dengan gelojoh mula membuka bungkusan sandwich tersebut. Di saat aku mula membuat gigitan pertama, tiba-tiba Pat bersuara.

"Eh wait!" jerit Pat seakan ada benda yang tak kena dengan sandwich tersebut sambil tangan dia menahan tahan tangan aku dari menyuakan sandwich tersebut ke mulut aku. Mulut aku saat dah mula mengigit walaupun makanan tak sampai. Orang lapar la katakan. Dapat banyangkan tak?

Semua geng-geng Chinese yang lain pun memandang pada Pat sambil menantikan apa yang hendak dikatakannya seterusnya. Aku pula mula membelek sandwich tersebut mencari apa yang tak kena.

"You dah baca doa makan ka belum?" soalan Pat yang agak berbisa untuk aku dengar.

Lantas aku dengan malunya membaca doa makan dan terus melantak dengan laju-laju macam tak makan 10 hari sambil memaki diri sendiri sebab ditegur tak baca doa makan. Saat tu aku rasa nak terjun dari bangunan KB Mall.

"I heard that you have a blog. Some people said that it is nice. Can I read your blog?" tanya Pat.

Wait, wait. Bila masa diaorang tahu aku ada blog? Itu dah buat aku pelik. Facebook aku pun mereka tak add.

"Sure." jawab aku dengan bersahaja sebab malas nak mempersoalkan dari mana sumber mereka tahu aku ada blog.

"Thanks." jawab Pat sambil tersenyum. Namun senyuman tersebut tak dapat mengubat rindu aku pada Annie.

"Eh you know something Azlan?" Kelvin seakan cuba untuk memberi tahu aku sesuatu.

By the way Azlan adalah nama skema aku.

"Whattt?" jawab aku dengan mulut aku waktu itu masih penuh dengan makanan. Tak senonoh bukan? Nak buat macam mana, nafsu lain aku boleh tahan lagi. Nafsu makan ni susah sikit nak control.

"We will have a new boss tomorrow." sampuk Aileen yang seterusnya membuat aku hilang selera makan.

Published with Blogger-droid v1.7.4

How To Develop A Good & Quality Blog

Posted by | Posted in | Posted on 6:13:00 AM


Today, there a lot of people out there have their own blog. Either it is for personal, sports, politics or what so ever blog type that they already created. But most of them do not know how to make a good quality blog. But which blog or what type that I mean, have a quality to become a good blog.

Now it is not so easy for us as a new blogger to become popular like The Other Khairul, Ben Ashaari, Beautiful Nara, Blog Anak Mat Nor, Aku Tak Peduli, Lejohndary and some other more that quite a lot that I cant mention over here. Most of these guys like Lejohndary, they have started blogging since 2006 in the era where there are only a few blog where created back then. Since they were less blog at that time, so it is easy for people to know their blog. Less competitor.

But thats not all what it takes for them to well known blogger as now. There are a few criteria need to be met so that they can become a good blogger.


Branding:



What I mean by branding is to brand your own blog. How to do that? It is very simple. Before you create your blog link name, you must decide properly on what name that you want to use. It is same like an artist want to decide their own popular name. For an example Markonah will end up with Mallie. Get what I mean?

Ok, lets take an example how popular blogger choose their own blog name.

Ben Ashaari -> www.benashaari.com
The Other Khairul -> theotherkhairul.blogspot.com
Lejohndary -> primajohnna.blogspot.com
Aku Tak Peduli -> www.atp.com

These are simple to be memorize so that next time people who dont have blog can easily google for our blog name. But if we make our blog as complicated as www.akupunyapasal1684.com, I bet that no people can remember it and want to remember a stupid long freaking name. Even now day our own friend we have given them with a lot of simple and stupid name as Blur and Black so that we can easily remember them.


Genre:



Why I said that genre also an important element for a blog to become a good blog. If you are a music band, after u form your band what u need to do is to find your own genre of music. Actually blog are no different than that. Have you all heard Beautiful Nara before? Well his blog is quite famous in news and gossip. His genre is news, and he stick with that genre until now. Now even you mention about gossip, people know that they need to google for Beautiful Nara to get it.

Genre also will determine who will be your readers. Choosing a genre is same as choosing who will be your readers. Try to avoid mixing up all the genre that will make people wonder what kind of blog that you have created. The tips here try choose the minimum quantity of genre. Blog also almost similiar to magazine, is just that it is more open to all readers and our contents are free.


Content:



Who said that a personal blog cant be popular? The content of your blog must interesting so that people will have more interest to read more and more. Zack Zukairi, Blog Anak Mat Nor and Lejohndary, these are the blog name where the content of their blog is personal but they create a good way to tell a story about themself so that make people wait for them to update even havent update for quite some time. Get my point?

Try to develop a good content so that people will feel like they reading a blog but not a magazine or novel. This part is actually is really hard to do since it is depend on blogger character and skills. But the tips and tricks here is reading. The more you read the more knowledge that you will gain, then a lot idea that you will have to write in your blog.


Originality:



This is quite an important element that a blog should have. If you want to copy and paste other people contents to your blog. How long can you keep up by doing this? I bet just a few month after you blogging, other people will realize that you are copying from other people. For some people it is doesnt matter for them as long that they can read, but some people it does matter. At the end you will face the consequences or your own act.

Find your own identity on what type of blogger that you want to become. Then only you will have your own strength to become a good and a quality blogger.


Time :



We need to do everything step by step. There are no short and easy way to be successful blogger. Even Ben Ashaari himself takes 2 years plus to become what he are now. Be patient.

Last but not least is depend on the reason why you want to start blogging. If you dont have a good solid reason to answer this question to yourself, it is hard for you achieve what you want.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Kepoh

Posted by | Posted in | Posted on 10:49:00 AM


Hari ni aku nak jadi kepoh macam Melodi. Aku nak cakap benda yang mengaibkan orang dan diri sendiri. Aku tau yang betul tu mengata yang tipu itu fitnah. Since aku dah kata aku nak jadi kepoh macam Melodi, so aku tak peduli. Mungkin sebab itu wujudnya Melodi, untuk mengepohkan keadaan.

Orang kita. Eh bukan. Ops!! minta maaf kaum-kaum lain yang tak bersalah. Orang melayu kita saja yang stok-stok macam makcik-makcik yang memang suka baca majalah Mangga, URTV dan seangkatannya tak lupa juga makcik-makcik yang suka pakai baju kelawar serta pakai bedak sejuk setebal 2 inci macam pontianak memang suka tengok rancangan melodi. Mereka suka cari bahan, bahan nak dibuat bersembang di waktu time tea hour bersama kawan-kawan yang punya minat yang sama. Mungkin mereka sedang bercompete, siapa yang lebih updated.

Maybe.

Oh! Di mana aku tadi? Aku sudah hampir lupa apa yang aku nak cakap.

Semalam masa aku balik dari office aku lalu depan gerai yang jual macaroons(aku tak tau spell dan aku malas nak google.) aku ternampak awek comel yang jadi tukang jual. Aku pasti sebab aku beli macaroons dari dia yang bernilai RM10 untuk 5 biji adalah disebabkan awek yang comel yang jual dan bukannya kerana aku sukakan macaroons. Aku pasti.

Short update. Amin dah tukar relationship status dia dalam Facebook. Dari single kepada In Relationship. Ramai yang like. Tak kurang juga ramai juga yang ucap tahniah. Semuanya lelaki, termasuk partner dia.

Irene yang dulunya pernah ada scandal dengan aku, tiba-tiba dia sms aku. Mulanya aku pelik kenapa dia cari aku lagi walaupun dia ada laki lain. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang dia dah bertunang. Ok good for her. Dia ada mms gambar tunang dia. Aku hanya tersenyum kerana terasa aku lebih putih seketika. Orang Nigeria rupanya.

Termasuk juga beberapa orang kawan aku yang banyak update blog dan status FB menyatakan mereka dah jumpa someone sempena raya ni. Mesti ramai yang akan tanya soalan yang common pada aku bila aku dah ceritakan semua ni.

"Pak Lan bila lagi?"

Puas aku fikirkan. Akhirnya aku dah ada jawapan untuk korang semua dan termasuk juga sedara mara aku.

"Aku akan kahwin pada bulan 12"

Jawapan yang sama aku berikan pada semua orang yang bertanya termasuklah pakcik makcik yang tak sabar-sabar nak tengok aku kahwin. Semua orang seakan gembira dengan jawapan aku sampai mereka terlupa nak tanya tahun bila dan dengan siapa.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Last Friday

Posted by | Posted in | Posted on 8:47:00 AM


Holiday,

Nothing much yang aku boleh buat kalau tanpa gadis di sisi. Amin pun dah lama tak balik ke rumah. Susah duduk dengan orang yang kerja oil and gas macam ni. Jarang nak ada kat semenanjung, apatah lagi nak melekat rumah. Selalu yang teman aku berborak adalah Annie. Malam sambutan pra hari Malaysia aku habiskan duduk di rumah sambil menonton tv. Yang tak ada di ruang tamu aku hanyalah Lazy Couch, if not I bet you that I will look like an old man who's waiting for his day to end.

"Free tak Jumaat ni? Guna Adverlets kan?"

"Yup. Free kot. Kenapa bro?"

"Jom ikut bro join event Sony kat Sg Wang."

Luckily Broframestone ada invite aku ke satu event di Sg Wang Plaza. Since there was no plan on my schedule, so I join him to attend that event.



Sony is launching their new W Series of Walkman product of NWZ-W262. Quite good product for those who are very active in sports or who sweet a lot when doing sports. I have a few good reasons to say that this product is GOOD. Orang sekarang gemar mendengar muzik ketika mereka berlari atau pun ketika masuk ke gym.



Berpeluh merupakan perkara normal bagi orang yang bersukan. Kalau yang tak berpeluh tuh itu agak abnormal. Selalunya untuk normal mp3 earplug yang selalu kita guna akan rosak disebabkan air peluh yang terkena ataupun yang termasuk ke dalam earplug tersebut. Water plus with electronic product, of course akan menyebabkan kerosakan.



Tapi tidak untuk product ini. Well this product is water-resistant, so you dont have to worry about it anymore. The most interesting part of it, you can wash it by using tap water if it get dirty. Sound fun right?



This product come with 4 variant of colours and it is affortable for all level of peoples. Grab one if you are the type of people who love listen to music while doing sports.



Aku balik dari event ni bukan dengan tangan kosong. There something else yang aku dapat while attending this event.

"Sorang saja ka?" tanya seorang gadis.

"Datang sorang la. But my friends are waiting me at there." sambil jari aku menunjuk tempat di mana Abg Ben dan Broframestone berdiri.

"You look fit la, did you go to gym before?" tanya dia lagi.

Ramai yang cakap aku jenis yang ke gym, and FYI aku bukan jenis kaki gym. I just do normal regular exercise since kids. That's how I earn this body. Nak kata perfect nampak sangat cerita aku macam tak real plak. Just nice-nice as lelaki maskulin.

"Nope. Tak pernah. Why?" jelas aku yang agak layan tak layan setelah melihat sesuatu pada dada dia.

"I ingat nak ajak you join kelab kitaorang kalau you berminat. Btw this is my card. Can I have yours?" sambil kami bertukar name card.

"Do contact me ok." sambil mengeyitkan mata dia pada aku.

Aku tau dia hanya nak mencari customer. Itu sebab aku tidak pedulikan dia. Tiba-tiba bunyi muzik kedengaran dari pentas utama dan kelihatan sekumpulan gadis wearing a short pants sedang menari. Aku pula mula membayang apa akan terjadi to all those girls kalau ada tiang besi kat tengah-tengah stage.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Kari Lagi

Posted by | Posted in | Posted on 6:32:00 PM


"Hai, can I speak to miss Nina Karina?"

"Speaking. Can I know who is on the line?"

"It's me, Lan. Takkan dah lupa kot?"

"Hey you, I taught you forget me already. How are you? Where have you been?"

As expected, dia memang menunggu panggilan dari aku. Kalau aku lambat satu hari, maybe minat dia nak berkenalan dengan aku akan pudar. Zaman sekarang semuanya nak instants, semuanya nak laju. Tak dan nak geli-geli dulu dah nak serius.

"Fine. Just lately I am busying with a lot of craps at works."









Kalau dulu orang cuma berkomunikasi menggunakan email. Berhari-hari baru dapat reply. Zaman kita dah envolve, sms sesaat saja dah sampai. Tapi kalau service provider macam cilaka, pernah ja 2 hari baru sms aku sampai. Bayangkan kalau masa tuh aku tengah masak asam pedas, time tuh plak aku sms tanya mak aku berapa banyak asam kena letak. Agak-agak apa akan jadi pada asam pedas aku kalau sms aku sampai selepas 2 hari kat mak aku?

"Hahaha...normal la kalau kerja kuli batak macam kita. Where are you right now? Dah lunch?"

"Belum. Kenapa? You nak belanja ka?"

"Isk! you ni. Tak baik tau paw perempuan."








Ni satu lagi rule yang aku cukup tak suka. Asal ajak perempuan keluar ja mesti perempuan tu budjet kita nak kena belanja. Come on la girls, laki ni tak semuanya loaded dan kaya ok. And for those guys out there, jangan sebab you all nak impress girls yang kau nak tackle, kau bawak dia on the first date pergi tempat yang kaw kaw boleh menyebabkan kau cukur segala bulu yang ada pada badan kau semata-mata nak bayar bil makan. Sometimes, it is better kalu start with kedai tepi jalan or mamak saja. Kalau girl tu insist sangat nak pergi Fullhouse ka apa bala. Suruh dia belanja. Get my point?

"Ala, sekali sekala apa salahnya. Selalu perempuan paw laki, laki tak cakap apa-apa pun. Ni turn laki la pulak nak paw perempuan. Aci?"

"Macam ni la senang. Kita bayar bil masing-masing. Aci?"

"Yala. Nak pergi makan mana ni?"

"Pelita nak? I lapaq kari mamak la hari."

Erk! Orang utara jugak rupanya minah ni. Dalam banyak-banyak gadis kat KL ni, takkan tak da sorang pun yang dari JB ka, KB ka. Ni taste yang sama saja, kari. Nak juga aku rasa masak lemak ka, asam pedas ka. Balik balik kari. Boring kot. Lain la kari jepun, rasa dia lain macam.

"Erm, boleh la. Jumpa kat sana kul 1 kay?"

"Ok. hihihi"

Published with Blogger-droid v1.7.4

The Three Days Rule

Posted by | Posted in | Posted on 11:18:00 AM


Annie hilang entah ke mana. Bukan sehari, bukan 2 hari, tapi dah hampir seminggu. Kalau dia tak cari aku di rumah itu mungkin aku boleh terima, ni kelibat dia kat office pun tak nampak. Tipu kalau aku cakap aku tak concern.

"Man rarely talk about feeling, but that does not mean they are heartless."



Aku cuba cari dia dekat rumah dia, tapi tak ada siapa pun kat rumah dia. Pintu pagar berkunci. Lagi la saks bila kebetulan dia pulak duduk sensorang. Tak ada orang yang boleh aku tanya.

Disebabkan aku boring, hari Selasa lepas aku keluar dengan 3 orang blogger ke Sunway Pyramid. Since Julie pun dah senyap, Annie plak menghilangkan diri. Aku dah cakap, aku cuma nak berdunia dengan orang lain. Blogger-blogger tersebut, semuanya perempuan. Aku sorang saja laki. Nampak sedikit kasanova di situ. Tapi apa nak buat, itu tanggapan orang. Aku tak ada masalah dengan semua tu.

Esok hari Jumaat, cuti Hari Malaysia. Masih tak ada apa-apa planning untuk weekend ni. Name Card yang tertera nama "Nina Karina" aku masih belek-belek di tangan aku.

"Should I give her a call or should I wait for 3 days?" soal hati aku.

Kenapa dengan 3 hari dan kenapa perlu aku tunggu 3 hari sebelum aku call dia? Pernah dengar tentang "3 days rule"?

Bagi sesiapa yang pernah tengok sitcom drama "How I Met Your Mom" mungkin mereka pernah dengar istilah ni. Ianya satu rule di mana si lelaki perlu menunggu selama 3 hari after a date sebelum call si perempuan tersebut.

Rule ini dicipta dan diaplikasikan oleh sesetengah orang lelaki supaya tidak menunjukkan mereka ni tidak terlalu desperate sangat untuk memiliki perempuan tersebut. When a women found that a guy is really desperate, they will feel that guy is really annoying. Akan hilang serba sedikit kualiti lelaki yang seorang perempuan inginkan, iaitu sifat kesabaran dan cool.

Kenapa perlu 3 hari dan bukannya 1 atau 2 hari?

Once lelaki dapat contact no perempuan tersebut, kalau hari pertama dia seakan seperti desperate. Hari kedua dia akan dinilai seperti berminat tapi masih dilihat sebagai desperate. Hari ketiga pula dia hanya dilihat seakan berminat, tidak clingy atau pun needy.

Sebenarnya relevan atau tak rule ini untuk diaplikasi oleh lelaki?

Bagi aku, tidak sama sekali. Once korang dah dapat contact no seseorang perempuan, what u need to do is atleast send to her a short sms the next day to inform her your phone number. A short sms does not show yang lelaki ni desperate. This short sms also will not harm reputasi lelaki.

Kalau anda tunggu selama 3 hari what will happen?



The first day, si perempuan ni mungkin menyangkakan anda sibuk dengan kerja anda dan tak sempat untuk menghubungi anda. The second day, she will already start wondering yang anda seakan tidak berminat dengan dia. The third day dia akan mula membayangkan anda pasti sibuk dengan perempuan lain. Lagi lama anda tunggu momentum saat pertama kali anda berjumpa dia akan semakin hilang, day by day.

Stop applying those stupid rule, grab your phone and give her a sms or call. The key to get her attention is depend on the time when u call her. If she in her good mood then it is your luck. Kalau mood dia kurang baik, end the conversation nicely without trying to drag the called period too long.

Handphone aku capai. Aku mula mendail no yang tertera pada name card yang ada ditangan aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

#WW : Tiga Dara Pinggitan (Smurf Girl)

Posted by | Posted in | Posted on 1:07:00 PM







Published with Blogger-droid v1.7.4

LRT Yang Saks

Posted by | Posted in | Posted on 9:32:00 AM


"Kenapa tiba-tiba hari ni orang ramai sangat?" tanya gadis yang tak aku kenali.

Kaget aku seminit yang tiba-tiba ditegur oleh gadis yang tak dikenali. Namun ini perkara biasa kalau menjadi aku. Mungkin disebabkan karisma yang ada.

"Normal la kalau LRT ada masalah teknikal." jawab aku yang hanya menumpukan padangan aku pada Galaxy tab yang berada ditangan aku.

Memang agak biadap dan kurang sopan kalau kita in conversation with somebody tapi kita tidak memberikan perhatian kepada mereka. Eye contact sangat penting dalam sesuatu conversation, from there a lot we can learn about people nature.

"Then kenapa pula dia just announce kata train mengalami masalah jadual perjalanan" tanya gadis tu semula.

Soalan dia tersebut menyebabkan aku mengalihkan pandangan aku dari Gadjet aku kepada dia. Aku pandang dari rambut sampai ke kaki. Cantik juga minah ni. Aku mula berminat untuk melayan dia. Cuba kalau stok makcik-makcik yang ajak berbual, tobat aku tak layan.

"Biasa la, sapa yang nak mengaku kalau perkhidmatan mereka tak efektif." balas aku dengan senyuman.

"Hahaha.. You has a good point there. Btw you turun mana ni?" tanya dia lagi.

"Ampang Park and you pula?" tanya balas aku.

"Eh kita berjiran la. I turun kat KLCC." balas dia dengan nada yang excited terlebih.

"Eh, dah nak sampai ni. See you when I see you." aku yang cuba untuk menamatkan perbualan kami.

"Wait! This is my card. Give me a call. Maybe we can go and grab lunch together." dia yang nampak bersungguh.

Aku hanya tersenyum sambil menerima kad dia. Kami berpisah di situ.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Berdunia

Posted by | Posted in | Posted on 11:59:00 PM


"Apa plan malam ni?" tanya aku.

"Tah la. Ko ada idea Syamir?" sahut kojak, member universiti aku.

Jam baru menunjukkan jam 10 malam. Hari ni pula hari jumaat. Selalunya kalau aku tak keluar lepak dengan mana-mana gadis, aku akan lepak dengan mereka ni. Kalau aku kata hidup aku 24 jam dikelilingi gadis, nampak sangat aku menipu. Kita hidup kena berdunia dengan semua orang.

"Tak muda la kalau tido awal. Kita karok jom" ajak Syamir yang dah lama tak pegang microphone. Dari 2 3 hari lepas dok sebut nak pergi karok.

Hidup ni akan jadi boring kalau kita asyik stuck dengan 1 golongan masyarakat saja, tak fun orang kata. Kalau kita bercampur dengan ramai jenis, banyak yang kita akan belajar. Hidup ni bukan setakat bagaimana untuk membuat keputusan yang betul saja, kadang-kadang kita hanya dapat belajar sesuatu melalui pilihan yang salah.

"Sound fun. Nak karok kat mana ni?" tanya aku.




Tak semua orang baik selalu betul, dan tak selalunya orang yang jahat itu salah. Kita pula jangan terus melabelkan orang yang belum kita kenal. Aku tak kata kita perlu mengikut apa yang orang lain buat untuk belajar. Kadang-kadang dengan bercampur dan berbual saja dengan mereka kita sudah boleh belajar 1 atau dua perkara yang kita tak tahu sebelum ini.

"Wangsawalk dah la. Malas aku nak pergi jauh-jauh" keluh Syamir.

"Ok jugak tuh. Lagi pun situ ada juga gadis lentik yang dok lepak" balas Kojak.

Kepala otak lelaki bujang semua sama saja, kalau tak fikir pasal makan mesti fikir pasal gadis. Tapi itu normal bagi seorang lelaki yang punya nafsu yang lurus.

"Dah-dah jom gerak" arah aku pada mereka berdua yang masih bertuala.

"Si Annie kau tak ajak ka?" tanya Syamir.

"Tak. Lagi pun dah 2 3 hari dia senyap." jawab aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kecewa

Posted by | Posted in | Posted on 1:53:00 AM

Lately banyak benda yang berlaku, dan sebanyak itulah juga aku tak sempat nak update dalam blog aku.

"Kenapa you jarang pergi Putrajaya sekarang?" tanya Annie.

Sejak-sejak aku reject Julie, banyak benda pelik yang dia dah buat. Aku paham kalau dia kecewa kerana tak dapat apa yang dia nak. Siapa yang gembira kalau perasaan mereka kena tolak mentah-mentah macam aku buat dekat dia. Tapi itulah aku, kalau aku terima dia bermakna aku telah melanggar prinsip aku sendiri, "Playsingle". Kalau aku terima dia bermakna aku telah mengecewakan banyak hati yang lain yang masih berharap pada aku. Lagipun aku belum bersedia untuk sebarang komitmen.

"I pergi sana pun kalau Julie ajak I lepak ja. Sejak dua menjak ni dia senyap ja" jelas aku.

"Mungkin sebab perkara hari tuh kot." Annie cuba meneka.

Mungkin disebabkan aku dah reject dia, dia dah mula menjauhkan diri dari aku. Twitter aku, dia dah block. Facebook aku, dia dah UNFRIEND. Even sms aku pun dia dah tak reply. Mungkin sebabkan terlalu kecewa. Lagipun, Julie cuma seorang gadis yang tiada apa-apa daya tarikan tanpa aku di sisi dia.

Aku lebih risaukan gadget aku daripada Julie. Kalau gadis lari aku boleh cari lain, tapi kalau gadget aku ni rosak siapa yang nak ganti? Apa tidaknya, baru pakai 5 hari dah tak boleh nak startup. Mau tak gelabah dibuatnya. Beli mahal-mahal tapi pakai sekejap saja. Tapi nasib baik dapat recover balik. Kalau tak, macam mana aku nak update blog aku ni. Tapi sedikit sebanyak benda ni dah leave bad impression aku terhadap jenama gadget ini.

"Agaknya la" balas aku dengan ringkas.

"Habis kalau I takda kat sini nanti sapa nak jaga you?" soalan Annie seakan teka teki bagi aku.

"You nak pergi mana pulak?" aku menjadi blur seminit dengan soalan yang dia ajukan tadi.

"Takda apa-apalah. Abaikan saja" Annie seakan cuba menyembunyi sesuatu daripada aku.

Kebelakangan ini Annie seakan banyak berahsia dari aku. Nampak pada wajah dia. Senyum pun kadang dalam terpaksa. I have a good 6th sense to feel all this.Since aku bukan jenis yang suka korek rahsia atau pekung orang lain, aku lebih suka datang dan cerita sendiri pada aku.

"Can help me with this zip? Tak sampai la" pinta Annie.

"Yala! Wait there." jawab aku yang terpaksa menamatkan entry kali ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

New Gadget, New Passion

Posted by | Posted in | Posted on 5:00:00 PM

"Wow! Sejak bila you beli benda ni?" tanya Annie dengan rasa kagum.

"Since I pulangkan laptop adik I" jawab aku dengan bersahaja.

"Nampaknya you betul-betul nak serious berblogging?" tanya Annie.


Aku hanya menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata dia. Kalau aku tak menulis ramai yang complaint, ramai yang rindu. Bila dah rindu mula nak mencari. Sms kalau aku tak reply, mula la ada yang gatal tangan nak call. Kalau aku tak layan call, mula nak mencari sampai rumah. Tak boleh tengok orang duduk bersenang lenang sikit. Benda macam ni yang buat aku lagi hilang minat nak menulis.

"Ini management punya pasal la" keluh aku.

"Kenapa pulak?" tanya balas Annie yang terpinga-pinga dengan keluhan aku.

"Buat-buat tanya pulak" perli aku dengan muka yang tak puas hati.

"Owh! Pasai benda tuh ka?" Annie tersenyum. Dia seakan baru dapat menangkap maksud aku.


Bebaru ni company aku yang sekarang ni telah melarang staffnya dari membawa laptop dan juga ipad. Gadget yang boleh menggunakan Wireless juga dilarang. Jika nak bawa juga, Wireless hendaklah di-disablekan. Itu sebab aku beralih arah menggunakan tablet yang bersaiz kecil. Kalau ada yang mempertikaikan, aku akan cakap aku guna untuk telefon. Orang yang bertangan kidal macam aku memang banyak alasan yang bijak.

Aku dah mula bosan kerja dengan company yang mempunyai rules yang ridiculous macam ni. Aku rasa aku mungkin tak lama kat sini. Duit bukan issuenya sekarang ini. Kalau aku tak ada internet macam mana aku nak berkenalan dengan gadis-gadis lentik. Bila dah tak ada gadis lentik, macam mana aku nak menulis blog aku. Peduli apa aku kalau Annie baca entry aku kali ni. Aku dah tak tahan. Air kalau dah naik kepala, aku masih tau macam mana nak settlekan. Tapi benda ni, dah tak ada cara lain nak settle.

"You..." tegur Annie dengan suara yang sangat manja.

"Apa?" jawab aku dengan tegas sambil mata masih menumpu pada gadjet baru aku. Benda baru sapa tak suka. Benda baru memang menarik untuk diteroka. Fresh orang kata.

"Amboi! Mata tak lekang dari benda tu no." Annie seperti jeles, jeles akan benda yang dapat menarik perhatian aku dari melihat dia yang dalam keadaan her best condition.

"Of course" balas aku dengan ringkas.

"Kot iya pun tak layan I, tutup la dulu zip seluar tuh. Tak takut ka ada benda kena tokak nanti?" tegur manja Annie sambil memuncungkan mulut dia menunjukkan ke arah zip seluar aku tu.


"Benda apa yang boleh kena tokak? Dan sejak bila you pandai guna perkataan tokak ni?" tanya aku yang kemudian berjalan lalu terus ke tandas.

"Ihiks!" ketawa dia yang penuh dengan sifat kenakalan.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Still Single

Posted by | Posted in | Posted on 12:05:00 AM

"Tak pernah-pernah pun you tanya kat I soalan macam ni sebelum ni?" tanya aku kepada Annie.

"Er..saja ja. Kalau tak nak cerita takpa la." Annie bersuara dengan nada yang agak hampa.

"Betul you nak tau kenapa Julie ajak I jumpa?" aku mencari kepastian.

"Of course, because of...err..nothing" jawab Annie yang selalu tak pernah habis.

Apa yang berlaku antara aku dengan Julie malam tuh, cuma aku sorang saja yang tahu. Aku tak pernah ceritakan pada sesiapa lagi dan masih menjadi rahsia pada aku dan Julie. Personal things selalunya aku jarang bercerita dengan orang yang aku kenal. Aku lebih selesa menceritakan semua masalah aku pada orang yang aku hanya kenal melalui internet. Bukan nak minta penyelesaian, aku cuma mahu melepaskan beban dan tekanan.

Tapi apa yang berlaku pada malam tersebut bukanlah masalah yang besar. Small matter bagi aku. Julie ajak aku kawen. Itu saja.

"Tak ada apa-apa yang menarik pun. Cuma Julie ajak I kawen. Itu saja." terang aku dengan nada yang penuh selamba.

Aku memang macam ni, cool rilek dan bersahaja. Aku tak suka kelamkabut seperti aku yang dulu. Pengalaman mematangkan kita. Aku akui yang aku dah banyak berubah.

"What! You betul-betul ka ni? Ka you main-main ja ni?" tanya Annie yang seakan tidak percaya.

Gelabah, memang sifat perempuan seperti Annie.

"Yup. Betul la." jelas aku dengan ringkas.

"Habis you setuju la?" tanya Annie dengan keadaan yang masih gelabah lagi.

"Selagi hidup I dikelilingi dengan gadis-gadis, selagi itu I masih yakin yang hidup I masih bermakna." jawapan aku yang agak tersirat.

"Habis you tolak la dia?" tanya Annie yang masih blur.

Aku hanya tersenyum bila mendengar soalan dari Annie tersebut tanpa berkata apa-apa. Terlihat sedikit perubahan pada wajah Annie yang tadi sedikit shock kini sudah reda kembali.

"Kenapa you tolak? Dia kan lawa, cantik, comel. Bak kata orang tuh package la. Nak apa semua ada. Lagipun you tahu tak, it is very rare nak jumpa perempuan yang cantik ajak laki kahwin macam Julie tu" Annie cuba mencari kepastian dari aku.

"You tau tak, lagi rare kot nak jumpa laki yang tolak ajakkan kawen dari seorang gadis yang lawa seperti Julie tuh" jawapan aku kepada Annie yang seterusnya menyebabkan Annie tersenyum akhirnya.

"Amboi!" itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Annie.
Published with Blogger-droid v1.7.4