Octove Dot Com

Posted by | Posted in , | Posted on 11:00:00 AM

"Boleh temankan I pergi satu function ni tak?"

"Function apa and kat mana?"

"Event by Octove. Dekat The Sultani,Hotel Flaminggo"

"Owh dekat ja, tapi sorry I have been booked for another event."

"Ok. Fine."

Khamis lepas aku telah di invite oleh Bro Framestone ke satu event anjuran Octove sempena sesi penyampaian hadiah dan juga sesi perkenalan Octove dan juga para blogger lain. Honestly speaking, aku bukan jenis yang suka sangat join event-event jenis macam tambah-tambah kena pergi sensorang since Annie dah ada event lain.

"Jangan merajuk kay."

Annie cuba memujuk aku dengan membelai rambut aku yang tak berapa nak panjang. Dia tau kelemahan aku, begitu juga aku. Namun aku masih cuba mengawal semampu boleh.

"But this is weird, setahu I you tak pernah pun join event-event macam ni. Lagi pun pelik juga you nak bergaul dengan blogger-blogger lain. This is so not you."

"Sekali sekala I nak kena berdunia juga. Aci?"

"Yela..yela.. aci sangat-sangat"

Oleh kerana orang dah invite dan aku pun dah setuju, aku terpaksa pergi juga since aku dah berjanji. Janji pada aku merupakan benda yang paling aku utamakan walaupun aku berjanji dengan seorang musuh. Bagi aku janji aku bukan sekadar janji seorang Melayu.

"Cuba you cerita sikit apa yang menarik tentang Octove ni? Btw what is Octove."

"Ok" 

Memang mula-mula aku terasa sangat-sangat tidak ada apa yang menguntungkan untuk aku join event ini kecuali dapat berbuka free dengan makanan buffet, but I was totally wrong. Setelah diberi penjelasan yang panjang lebar oleh kakitangan Octove, baru aku tahu yang banyak benda yang menarik yang ada dalam Octove. Octove bukan sahaja laman web social networking Malaysia yang pertama seperti Facebook. There are a lot more thing inside it.


Everything yang korang buat dalam Octove ni korang semua akan diberikan point. Dengan point tersebut korang boleh redeem hadiah yang telah pihak Octove sediakan. Remember this very well, everything in here is FREE. Korang nak menang hadiah pun dengan cara yang mudah iaitu earn point melalui cara-cara yang telah mereka tetapkan tanpa mengeluarkan sesen pun. Paling latest hadiah yang telah dimenangi adalah Iphone oleh Bro Framestone. Dan banyak lagi hadiah-hadiah kecil yang lain seperti tiket wayang oleh TGV, voucher makanan oleh pihak TGIF.

Satu lagi, buat masa ini laman web masih dalam pembangunan di mana progress mereka setakat ini cuma 30%. Masih ada 70% yang belum siap. Korang nak tahu korang explore la sendiri. Terdapat banyak aplikasi yang diaorang akan bangunkan khas untuk pengguna dan semuanya adalah secara FREE termasuk beberapa aplikasi yang sangat menarik perhatian aku iaitu live streaming melalui handphone kita sendiri. Actually banyak sangat benda yang tak dapat aku ceritakan dalam sini. Kalau korang nak tau, korang explore la sendiri. Tak rugi kalau nak mencuba.


Ingat satu benda, aku bukan Duta mereka. Aku tak ada apa-apa kepentingan dalam syarikat mereka. Aku cuma tertarik dengan cara mereka untuk membawa lawan web social networking kat arah yang lebih menarik.




"Interesting. Hadiah yang bertema Angry Bird ada ka?"

"Yup. Ada"

"Yea... I nak sign in la."

"Up to you."

"Eh! why Julie asked you out last time?"

Aku terkedu dengan soalan Annie, nampak sangat dia dah lama tak baca blog aku. Patut ka aku ceritakan apa yang terjadi?

Pemberitahuan

Posted by | Posted in , | Posted on 12:47:00 PM



Assalamualaikum to all boyie and girly,


Puasa ada beberapa hari saja lagi dan secara rasminya Ramadhan akan meninggalkan kita agar kita dapat bertemu dengan Syawal.


Diharapkan semua dapat merebut peluang yang ada ini untuk menambah apa yang kurang dan mencari apa yang hilang. Bulan baik, hari baik sayang kalau kita biarkan ianya berlalu pergi begitu sahaja. Bagi yang rasa-rasa belum start berpuasa, alangkah bagus sekali sekala kita cuba untuk berubah. 

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang akan menyambut hari raya yang dijangka jatuh pada minggu hadapan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ucapan aku begitu awal. Aku ada sebab aku, dan sebab ini tak akan dapat dielakkan. Sebab ini juga akan menyebabkan aku untuk tidak mengupdate blog aku untuk satu waktu yang agak lama. But I will be back, cuma belum tentu bila.


Dalam entry ini aku ingin memberi perhargaan kepada semua pembaca blog kecil aku ini yang tak berhenti-henti memberikan sokongan dan komen-komen yang membina. 

Apa akan jadi dengan cerita aku?

Maaf kalau aku kata aku terpaksa biarkan ia tergantung tak bertali buat sementara waktu. Sekali sekala aku nak jugak korang belajar untuk merindui aku kan. Sementara itu korang boleh buat bermacam-macam spekulasi yang korang nak. Itu hak korang untuk menilai, aku akan menghormatinya. Aku juga nak memberi sedikit penghargaan untuk beberapa blog yang sedikit-sebanyak telah tolong menaikkan blog aku. Blog-blog tersebut korang boleh tengok dalam list dekat bawah.


Most of the reference datang dari blog yang telah meletakkan blog aku dalam blog list mereka. Thanks to them, aku masih ada semangat untuk menulis. Aku juga sedikit sebanyak telah mendapat sedikit nasihat dar seorang blogger yang agak terkenal dalam dunia blog tentang adab berblogging ni. Well I should consider his advice since dia lebih lama berbanding aku dalam dunia blog ni. Aku cuma baru berusia 4 bulan lebih.


Maaf, identiti aku terpaksa aku rahsia sebab aku lebih suka dikenali dengan penulisan sahaja. Bagi yang dah tau tu, tolong diam-diamkan saja. Apa-apa pun aku ucapkan kepada semua.


TERIMA KASIH...


and wait for my come back..

The Proposal II

Posted by | Posted in | Posted on 10:02:00 PM

"You belanja I aci?"


"Nak minum kat mana ni?"


"Bangi Kopitiam ka, Old Town ka"


"Amboi taste!"




Oleh kerana terlalu kekenyangan selepas berbuka, kami hanya duduk lepak minum sambil berbual. Niat aku nak paw dia minum dekat coffee house. Yala dia yang ajak aku jumpa, of course dia yang kena treat aku since aku datang jauh-jauh. KL dan putrajaya agak jauh OK. tapi since semua coffee house penuh terpaksa la lepak minum dekat kedai tepi jalan sahaja.


"Fuh! Selamat duit I"


"Suka la tu, takpa I nak order air yang paling mahal sekali kat sini"


"Haish! Mengada-ngada betul"


"Hahaha..."


Ketawa aku yang kuat menarik perhatian orang ramai. Tapi aku tak peduli sebab yang berada bersama aku sekarang adalah ciptaan Tuhan yang sangat indah, Julie. Dia hanya tersenyum melihat kelakuan aku itu. Sambil duduk minum kami melihat tayang di screen putih yang sedang memaparkan cerita "Pi Mai Pi Mai Tang Tu". Sangat menghiburkan dan mengeletek suasana, Walau pun kadang kala lawak jenaka yang mereka banyak yang tersirat dan menyentuh isu gender.


"You..."


"Yes?" 


"Tak ada apa-apa"


"Pulak"


Julie seperti ingin menyatakan sesuatu, tetapi lidah dia seakan kelu untuk memulakan bicara. Aku tidak suka untuk memaksa orang untuk bercakap, lebih-lebih lagi untuk perkara yang aku tak pasti dan jelas. Dia aku biarkan dengan keadaan dia yang masih membisu.


"Eh! dah lewat ni. Esok you kerja kan?


"Aaa.."


"Ok. Jom la balik, kesian kat you nanti. Kang tidur plak time kerja"


Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan aku masih di duduk rilek-rilek minum di Bangi. Julie bangun dan terus menuju ke kaunter untuk membayar manakala aku pula bergerak terus menuju ke kereta. Dalam perjalanan untuk menghantar Julie pulang ke rumah dia tetiba-tiba Julie bersuara.


"Jom kawen"



The Proposal I

Posted by | Posted in | Posted on 8:05:00 PM

"You, malam ni I nak pergi Putrajaya kejap"


"Nak jumpa Julie la tuh"


"Wrong! Julie nak jumpa I"


"Sama la tu"


"Tak sama ok"


"Dont argue with me!"


Aku hanya tersenyum di akhir perbualan aku dan Annie. Perempuan, mereka memang suka bossy sket. Kalau boleh mereka tak nak kalah dalam mana-mana conversation. Tambah-tambah kalau tiba "waktu itu", semua jadi tak kena pada mata mereka. Kalau nak stay lama dengan mereka, jangan argue banyak sangat. Tapi jangan terlalu jadi pak turut, sampai kalau dah kahwin nanti akan jadi kes laki takut bini.


Back to my story


Isnin aku berbuka puasa dengan geng-geng officemate aku di Kampung Baru. Annie tak ketinggalan sekali kerana dia sejak dua menjak ni asyik nak mengikut bontot aku ni saja ke mana aku pergi. Aku tak sure apa yang menarik sangat tentang bontot aku ni berbanding bontot JLo. Semasa aku tengah berbuka tetiba Julie sms aku ajak jumpa.


"You, hari ni I cuti. Dtg la sini. Lama dah kita lepak sama kan?"

"Ok. Fine"

"Pukul brapa nak dtg?"


"Pukul 10.00 I gerak"

"Ok see u soon"

Aku sampai rumah Julie dalam pukul 10.45 malam, then aku bunyikan hon kereta aku menandakan aku dah sampai. Depan rumah dia tuh ada pokok besar yang agak menyeramkan. Dalam 5 minit aku tunggu dia dalam kereta tetiba aku terasa ada benda yang bergerak di pangkal paha aku, bukan sekali banyak kali. Aku jadi sedikit gabra, jantung pun dah dup dap dup dap dibuatnya. Baru aku perasan yang benda tersebut adalah handphone aku. Cilaka!

"You, sorry! I tgh bersiap lagi ni. 10 minutes ok?"

"K"

Balas aku dengan nada yang sedikit lemah. 

"Macam ni la perempuan, kalau dah tau ada orang dok tunggu depa. Bukannya nak bersiap awai. Apa la yang susah sangat pilih baju tuh. Nak keluar malam saja kot, bukannya nak pergi dinner kat hotel. Pakai simple-simple sudah. Tacap muka tu pun skit-skit sudah la." 

Aku mengomel seperti seorang makcik-makcik dalam hati menggunakan loghat kedah. 

Akhirnya dia keluar pun dari rumahnya dengan memakai shawl yang kelihatan berbelit di sana sini. Tergelak kecil aku melihat keadaan dia, sebelum ini aku tak pernah pun melihat dia bertudung. First time agaknya, namun disebabkan wajah dia yang comel itu menyebabkan apa saja pun yang dipakainya akan kelihatan sepadan dengan dia.

"You look different malam ni"

"Different macam mana? Ni mesti nak perli I tak reti pakai shawl kan?"

Aku hanya tersenyum sambil memandu terus ke Bangi.

#WW: Change Up

Posted by | Posted in | Posted on 12:10:00 PM


Ruangan Banner Percuma

Posted by | Posted in | Posted on 8:15:00 AM

Assalamualaikum peeps,

Seperti tajuk di atas aku nak maklumkan yang aku ada 4 ruangan banner kosong yang percuma selama sebulan. Aku bagi free sebab blog aku bukanlah super famos amos sangat. Ruangan banner tersebut adalah terletak seperti dalam imej dibawah.


Ini bukanlah segmen atau pun contest apa bala seperti yang blogger lain buat. Aku tak berminat dengan semua itu. Apa yang korang perlu buat hanyalah: 

1. Nyatakan korang semua berminat untuk meletakkan banner korang di dalam blog aku.
2. Bagi sebab kenapa aku harus memilih banner korang.
3. Sertakan juga link blog dan juga email korang supaya mudah aku contact.
4. Letakkan semua ini diruangan comment.

Tarikh tutup adalah pada 22hb Ogos 2011 yang mana jatuh pada hari Isnin minggu depan. Pemilihan adalah bersifat kuku besi di mana hanya aku yang akan buat keputusan berdasarkan blog yang paling aku suka baca. 

By the way pastikan banner korang bersaiz seperti dibawah untuk best view.


Sekian.

The Big Small Theory

Posted by | Posted in | Posted on 1:00:00 PM

Annie, banyak benda yang masih aku tak explain tentang dia, banyak yang masih menjadi rahsia. Semahunya aku nak simpan saja rahsia ini untuk diri aku saja, tapi memandangkan sudah ramai sangat yang bertanya terpaksa aku ceritakan juga. Kalau nak di tunggu masa yang sesuai, tiada masa yang pernah sesuai bagi aku. Weekdays sibuk dengan kerja, weekend sibuk dengan gadis. 

Aku pernah gambarkan Annie hampir serupa dengan Julie Woon dalam entry aku dulu. They have almost the same body figure, cuma yang membezakan mereka berdua adalah wajah dan perwatakan mereka. Annie merupakan gadis kacukan  melayu Indonesia dan juga cina Malaysia. Macam rojakkan? Tapi rojak itu sedap bagi aku, macam-macam ada.Lagipun yang mix ni selalunya comel-comel.

Skill masak dia jangan cakap la, memang aku kalah. This is the first time aku jumpa gadis yang pandai masak macam dia. Sekarang ni kalau rata-rata gadis-gadis yang ada kat Malaysia ni almost 70% akan cakap mereka tak tahu memasak. Dan itu sebab dan punca kenapa populasi amah semakin ramai kat Malaysia ni. Tak hairanlah kenapa ada juga laki orang yang jatuh cinta dekat amah-amah ni. Kata orang tua-tua, nak jaga laki mudah saja. "Jaga makan dan nafsu dia, cukup dua benda ni confirm dia tak lari."


Dia merupakan anak kelahiran Singapura yang  bekerja di Malaysia. Parent dia menetap di Singapura cuma dia saja yang ada kat sini disebabkan dia lebih gemar hidup independent. Sorry la, aku tak dapat nak attach gambar real dia sebab awal-awal lagi dia dah warning tak bagi aku post gambar dia dalam blog aku. Sengalkan kalau blog aku dah ter-expose macam ni dekat public, dah kurang fun jadinya. Tapi atleast dia benarkan aku describe tentang diri dia.

Tua 2 tahun dari aku tetapi disebabkan darah kacukan dan juga sifat dia yang agak hanky panky menyebabkan dia masih kelihatan seperti gadis 20an. Walau bagaimanapun dalam masa-masa tertentu seperti diwaktu pejabat, akan terserlah sifat kematangan dia. She is serious at work, kadang-kadang tu sampai aku malas nak tegur dia time kerja.

Aku dengan dia cuma baru setahun berkenalan itu pun sejak aku berpindah masuk ke company sekarang ini, dan baru 8 bulan menjadi rapat macam sekarang. Macam mana kami boleh rapat? Itu rahsia aku seorang.

Apa-apa pun, tak semua aku tahu tentang diri dia. Sesetengah perempuan memang suka berahsia, even dengan orang yang rapat dengan mereka. They will tell A person but they will keep secret from B person. There some stories that they share with C person but not with A and B person. Women are mysteries thing that men couldn't understand completely. They are like weather, can change mood in one second.  To tell you the truth, I know her body more than I know herself.

Oklah, aku nak ke dapur nak tolong Annie memasak. Hari ni dia beriya-iya nak masak juadah berbuka untuk aku. Something special from Padang katanya. Hope it is delicious.

Credit Card: Tips and Tricks

Posted by | Posted in | Posted on 10:17:00 PM

Assalamualaikum...

Hari ni aku tak ada cerita yang menarik nak diceritakan, kalau ada pun cuma mengenai makanan. Tapi kalau aku cerita, nanti perut aku akan berbunyi dan Annie yang akan selalu menjadi mangsa untuk mengusung plastik hitam aku.

Kali ini aku nak tukar sikit, aku nak buat review tentang baik atau buruk kalau  kita menggunakan Credit Card. Aku tahu ramai orang kat Malaysia ni yang masih tak tau cara menggunakan credit card dengan betul. Ada juga yang masih ragu-ragu sama ada hendak menggunakan card credit atau tidak kerana kebanyakan laporan yang mereka baca credit card adalah salah satu punca kenapa ramai rakyat kat Malaysia ni diistiharkan bankrup.

Fakta tetap fakta. Ia adalah sesuatu benda yang kita tak boleh nak sangkal kecuali kita ada bukti atau kajian lain untuk menyangkal fakta tersebut. Namun dalam kajian tersebut ada juga menyatakan yang kebanyakan mereka  ini jadi bankrup disebabkan tidak tahu menguruskan penggunaan credit card dengan betul.

Aku bukanlah pakar sangat tetap hal-hal yang melibatkan card credit ni, dan aku bukanlah orang yang berkepentingan dalam mana-mana bank. Di sini aku cuma nak share dengan korang (bagi yang tak tau) macam mana nak guna card credit dengan betul. Tips aku ni mungkin berguna bagi yang kurang pandai dan mungkin hanya picisan bagi yang arif menggunakan card credit ni tapi aku harap ianya bermanfaat kepada semua.


Features:

Cara yang paling senang untuk aku explain adalah dengan mengambil contoh penggunaan card credit yang aku sedang gunakan iaitu Maybank 2 Cards Gold Card.

Dah 4 bulan aku guna card ini, sedikit sebanyak aku rasa card ini lebih menguntungkan daripada card aku yang lama iaitu Maybank SonyCard.

Kenapa aku cakap product Maybank yang terbaru ni menguntungkan aku? Biar aku explain satu persatu. Dengan product terbaru ni aku akan dapat 2 kad tapi hanya 1 caj service tax yang dikenakan kepada aku. Semasa pendaftaran, aku telah diberikan 10,000 point percuma yang mana point ini boleh digunakan untuk redeem service tax aku. Kiranya tahun pertama aku tak perlu membayar sesen untuk card kredit tersebut. Untung bukan di situ?

Product terbaru ni juga hanya mengenakan 8.88% interest per anum berbanding card yang lama 18% per anum. Namun ada syarat-syarat yang perlu korang baca dan patuhi untuk mendapatkan interest 8.88% ini.

Bagi setiap RM1 yang aku belanjakan untuk American Express card, aku akan mendapat 5 point mata ganjaran dan hanya 1 point mata untuk penggunaan Master Card. Korang agak-agak card mana yang paling banyak aku gunakan? Sudah tentulah American Express. Setiap kali aku gunakan kad American Express dihujung minggu juga, aku akan mendapat 5% rebate cash back untuk setiap ringgit yang aku gunakan. Dah nampak keuntungannya di situ?

Sekarang aku akan explain pula bagaimana akaun credit card kita boleh menjadi -ve value dengan menggunakan kelebihan cashback ni.


Benefits:

Bayangkan perbelanjaan sebulan ditempat yang boleh menggunakan credit card adalah sebanyak RM1000 sebulan. Kalau cashback adalah 5% per month, kira-kira berapa banyak aku akan dapat? Lets do some math. 


5% from RM 1000  = RM50
RM 1000 x 5 = 5000 point



Untung ka tak kalau tetiba bank bagi dekat korang RM setiap bulan? Ini baru hanya benda yang melibatkan cashback, belum lagi speciality seperti credit card yang lain yang membolehkan korang mendapat diskaun a few % untuk setiap barangan yang dibeli. Point-point yang terkumpul korang boleh gunakan untuk redeem service tax atau pun redeem barangan yang ditawarkan oleh pihak bank kepada anda tanpa perlu membayar sesen pun.


Yang aku sebut ini hanyalah untuk Maybank card. Sebenarnya banyak lagi bank yang menawarkan bermacam-macam jenis product lagi dengan berbagai-bagai benefits. 

Tips and Tricks:

Apa yang terpenting dalam penggunaan credit card ini adalah pembayaran balik. Kalau korang gagal dalam menguruskan benda ni maksudnya korang telah gagal menggunakan credit card dengan berkesan. Bagaimana cara aku menguruskan pembayaran balik credit card aku? 

Di sini aku ada 1 tips yang paling berkesan kepada yang ingin menggunakan credit card. Pastikan untuk setiap nilai ringgit yang anda ingin gunakan untuk credit card tersebut, anda sudah mempunyai nilai tersebut dalam bentuk cash sama ada dalam tangan mahupun dalam bank. Jangan sesekali spend melebihi nilai cash yang ada pada anda. 

Aku banyak menggunakan credit card kerana aku malas nak pergi beratur dekat ATM semata-mata untuk mengeluarkan duit. Kadang-kadang nilai barang yang aku nak beli sudah melebihi limit pengeluaran ATM card aku. Ini bermakna aku perlu menunggu melebihi 1 hari baru aku boleh membeli barang tersebut. Leceh bukan? Tambah-tambah nak pegang cash dalam tangan dengan jumlah yang agak banyak agak berisiko. Mana tau kita kena ragut semasa tengah berjalan.

Since akaun bank gaji aku juga menggunakan Maybank, maka lebih senanglah aku menguruskan pembayaran balik credit card aku. Selalunya dalam masa 2 3 hari nilai card yang telah aku swipe akan terus dipaparkan dalam Maybank2u. Aku tanpa berlengah akan terus membuat bayaran tersebut walaupun nilai swipe tersebut hanya RM20. Dengan ini aku akan dapat mengelakkan diri daripada dikenakan interest oleh pihak bank sambil mengumpul point dan juga mendapat cashback. Bijak bukan?


Nasihat aku buatlah pilihan yang bijak dalam memilih product credit card yang di tawarkan oleh mana-mana pihak bank. Pilih yang sesuai dengan korang kerana setiap orang mempunyai keperluan berbeza.

Sekian...

Starbuck Halal

Posted by | Posted in , | Posted on 9:07:00 AM

"You, I dahaga la. Tolong pergi Starbuck dan belikan apa-apa air untuk I" kata aku kepada Annie sambil buat muka seperti orang yang tidak makan 3 hari 3 malam.

Sekarang time lunch, semua orang yang lain dah keluar pergi makan. Geng-geng perempuan Islam semua pakat berlari-lari ke pantry, sambil mengusung plastik berwarna hitam hari ni. Aku agak pelik juga, semua boleh period time yang sama ka? Kita abaikan tentang mereka. Kita fokus kat aku yang tengah merana kehausan.

"Eh! you bukan tengah puasa ka?" balas Annie.

Aku hanya tersenyum sambil memandang dia. Annie, pelik sikit watak dia. Pelik macam mana? Nanti aku ceritakan.

"Yala. I memang tengah puasa cuma.." cakap aku yang tak sempat nak habis yang tiba-tiba disampuk Annie.

"Dah...dah... I tak nak dengar you merenggek lagi. You duduk diam-diam kat situ. Lagi pun you tau tak yang Starbuck tu dah disahkan haram oleh Jakim?" tegas Annie.

Aku terpinga-pinga bila Annie sebut perkataan "Haram". Pandai juga minah ni pasal isu halal haram ni. Tapi, sememangnya isu halal haram adalah lumrah yang penting bila umat Islam hendak makan. Malah dia pun pernah bertanyakan kepada aku tempat function yang bakal dia buat untuk acara makan-makan, sesuai atau tidak untuk umat Islam makan. Rakyat Malaysia memang prihatin sesama lain.

"Err..mana you tau yang Starbuck ni haram?" tanya aku yang tak puas hati kepada dia.

"I baca dari blog dah juga beberapa post dalam Facebook la" jelas Annie dengan yakin.

AKu hanya tersenyum mendengar penjelasan dari dia. Orang Malaysia memang mudah percaya akan khabar angin macam ni. Terlalu yakin dengan kawan-kawan sampai terlupa yang masih ada yang paling berkesan untuk mencari jawapan.

"Bak sini laptop you kejap. Meh I tunjukkan something." jelas aku kembali.

******************************************************************


Jumaat, 05 Ogos 2011 05:55

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan 
“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah 
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk 
pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga 
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.  

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah 
mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media 
massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran 
Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan 
Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan  tamat 
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna 
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil 
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau 
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.  

Sekian, terima kasih.

sumber: Halal Jakim



******************************************************************

"So sekarang you dah jelas?" tanya aku kepada Annie.

"Owh, really? Abis tuh kenapa orang bleh post benda-benda yang kata Starbuck ni haram kat internet" tanya dia kembali.

"I don't know what their purpose is. Tapi yang penting, kita jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang orang kata. Get my point?" jelas aku.

"Ok. I get it" jawab Annie.

"So, bleh tak you pergi Starbuck belikan air untuk I" kata aku sambil buat muka manja.

"Nope! Haram tau tak makan dibulan puasa bagi orang yang boleh berpuasa." tegas Annie.

Aku terkena balik. Demm!!!

Nama kampung

Posted by | Posted in | Posted on 3:01:00 PM

"Mana nak cari laksa yang sedap dekat Bangi ni?" tanya aku kepada Julie.

2 Minggu lepas hari sabtu sebelum bulan ramadhan. Aku ada bagi tahu Julie yang aku teringin nak makan laksa. Seperti mengidam,tapi bukan mengidam seperti penyakit mak buyung. Laksa bukanlah sangat benda yang aku gila, bagi aku cukup sekadar dapat menghirup kuah laksa bagi mengubati rindu aku pada kampung halaman.

"I tau satu tempat. Jom! I tunjukkan jalan. Sedap jugak kalau dapat laksa kalau time-time macam ni" balas Julie yang lebih-lebih.

Kereta aku pandu perlahan-lahan menyusuri Jalan Bangi menghala ke Bangi lama. Julie pula dengan tekun menunjukkan jalan kepada aku.

"You, cepat la sket. Nanti orang ramai" kata Julie yang tidak tahu bersabar.

Sekali lagi pasal perempuan, mereka tak pernah tahu nak bersabar. Mulut pula tak pernah nak tahu yang diam. Banyak cara yang aku gunakan untuk diamkan mulut perempuan yang tak reti nak tutup. Aku hanya memandang tepat pada wajah dia. Dia terus diam sambil menutup mulut dengan kedua-dua belah tangan seakan paham apa yang aku ingin tegur.

Aku terus menumpukan pada pemanduan. Mula-mula Julie yang nak drive, tapi aku tak benarkan dengan alasan takut dia tersalah pegang gear yang bakal mengejutkan semangat pahlawan lama yang sedang tertidur. Semangat yang tak pernah tewas dalam mana-mana pertarungan. Ilmunya jangan diduga sembarangan orang.

"Better not" tegas aku dalam hati.




Tak jauh pun tempat tersebut. Kalau dari UKM hanya mengambil masa dalam 10 minit. Jalan pun tak susah. Gerai tersebut hanya terletak di tepi jalan. Sampai di kedai tersebut aku biarkan Julie yang membuat order kerana aku tak biasa dengan tempat tersebut.

http://twentyfivenine.blogspot.com/
"Abang, bagi laksa 2 mangkuk dengan cendoi pulut 2" bercakap Julie dalam loghat utara.

Aku terkejut. 

Terus aku bertanya kepada Julie dalam loghat utara juga "Eh! you orang utara jugak ka?"
Kami terus berbual panjang dalam loghat utara setelah tahu dia asal orang sana. Sebelum ini masing-masing sibuk speaking dalam "bahasa" KL konon-konon yang menunjukkan diri masing-masing orang bandar. Segala rahsia aku cuba korek dari dia sementara itu aku cuba untuk tidak mendedahkan segala-galanya pasal diri aku. Aku lebih senang untuk berahsia untuk banyak perkara.

Julie atau nama sebenar dia Junaidah. Lebih dikenali dengan nama Bedah semasa di kampung. Jauh juga jarak nama Bedah dan Julie ni. Tapi kalau difikirkan semula, ada ka nama Bedah dalam KL ni. Makcik-makcik pun lebih gemar orang panggil mereka dengan gelaran "aunty" berbanding makcik. Ada jugak yang lebih prefer perkataan kakak atau pun guna terus nama mereka. Mereka ingin nampak muda pada semua orang walaupun hanya pada nama.

Semua orang nak popular seperti pelakon. Masing-masing tak nak di pandang rendah orang lain. Pakaian pun tak nak kalah. Orang pakai kain belah sampai nampak paha, mereka terus pakai skirt nak tunjuk paha. Orang pakai baju nampak sikit dada, mereka terus tayang dada. Ini yang dinamakan culture shock yang tidak beradab. Nak berubah tapi terus lupakan nilai murni yang ada pada orang kampung yang mana itulah tempat asal mereka.

Apa nama kampung korang kalau korang pernah tinggal di kampung dulu?

"You agak-agak la kan, kedai ni bukak tak bulan posa ni time tengah hari? Sedap la pulak. " soal aku dengan bersahaja sambil menjamah cendol pulut yang sangat sejuk dan sedap tu.

p/s:
Entri ini adalah entri yang auto publish since aku dah kurang aktif dengan internet lately. Aku pun dah malas nak berfacebook or twitter ni. Harap maklum.

Forgive And Forget

Posted by | Posted in | Posted on 8:37:00 AM

I might not be a perfect person to done thing perfectly in your eyes. Sometimes I will make mistake that will cause you a pain. That pain is a seed that will grow inside you and become tree's of hate. Slowly only hate will remain in you rather than love. At that time, love aren't comparable with hate anymore. All the bind that we have will become loose and untie at the end. No more love, no more smile.




HATE can be LOVE if you can forgive
LOVE can be HATE if you can't forget

#WW : Puasa

Posted by | Posted in | Posted on 8:58:00 AM



sumber: http://yosnex.blogsome.com/category/publika/

Ramadhan : Perubahan

Posted by | Posted in | Posted on 11:19:00 AM

Aku: "Hai Annie"

Annie : "Hai"

Aku: "I tak masuk office hari ni"

Annie: "Eh! Why?"

Aku: "Headace, flu and fever"

Annie: "Aik! Since when?"

Aku: "Saturday"

Annie: "Then kenapa tak bagi tau kat I awal-awal?"

Aku: "Malas, coz at that time I still merajuk dengan you"

Annie: "You ni..lepas tu you puasa ka hari ni?"

Aku: "Yup, still. I guess"

Annie: "Ok, have a good rest then. See you this evening. Jangan ponteng puasa tau."

Aku: "Hurm..k"

**********************************

Agak janggal bunyinya, teguran untuk berpuasa datang dari gadis berlainan pegangan. PUASA, dah lama aku tak dengar perkataan ini. Mengimbau zaman kanak-kanak aku, setiap kali tiba bulan Ramadhan akulah orang pertama yang akan ligat untuk bangun bersahur. Cukup kuat makan. Setakat nasi 2 3 pinggan, itu perkara biasa.

Namun aku jugalah orang yang paling cepat untuk untuk berada depan juadah tatkala tiba waktu berbuka. Sungguh seronok, walaupun kadang kala puasa aku tidak pernah penuh dek kerana curi-curi minum air. Itu aku waktu kecil, penuh dengan kegembiraan sebagai seorang kanak-kanak.

Tapi itu semua dulu, aku sekarang berbeza dengan aku yang dulu. Kadang-kadang aku terasa ingin berubah, namun aku tak sekuat mana. Biarpun telah diikat hasutan dan bisikan namun dalam diri aku masih punya dugaan yang terbesar bergelar hawa nafsu. Selalu tertewas. Harapan aku satu hari, akan ada yang akan mampu untuk memimpin tangan dan membawa aku keluar dari kegelapan.

Banyak yang ingin aku coretkan tapi masa tak mengizinkan. Aku baru dapat panggilan temuduga di tempat baru pagi tadi. Petang ni aku perlu pergi ke sana. Tempat yang agak jauh dari ibukota. Ini salah satu langkah perlu aku ambil jika ingin berubah.