Malaysia vs Singapura | Aku vs Annie.

Posted by | Posted in , | Posted on 10:11:00 AM

Aku, Annie, Amin dan pasangan dia sedang duduk di atas sofa menunggu perlawanan bola di antara Malaysia dan Singapura. Masing-masing berdebar-debar. Hell saks, sebab kami tak dapat nak beli tiket kerana masing-masing tak dapat nak pergi ke stadium on time kerana kerja yang menimbun di office. Tapi dengan semangat kesukanan dan kenegaraan yang tinggi kami tetap menyokong walaupun dari rumah.


Aku memakai baju kuning sebagai tanda menyokong Malaysia, tidak ketinggalan juga Amin dan pasangan dia. Annie pula hanya berbaju office disebabkan tak sempat balik ke rumah. Itulah alasan yang dia berikan. Apa-apa pun itu tidak menjadi masalah kerana bagi aku janji semangat tu ada.


"Amin, brapa kau target score malam ni?" tanya aku.


"Atleast 2-0 la" jawab Amin dengan ringkas sambil minum kopi yang dibuat Annie.


"You plak Annie?" tanya aku lagi.


"Hihihi..I mana la reti bab-bab bola ni. I tengok saja" jelas Annie yang hanya berbaring di atas riba aku. Kami duduk di atas sofa.


Perlawanan bermula. Malaysia perlu mencari 2 gol sekurang-kurangnya untuk melayakkan diri untuk ke peringkat yang seterusnya. Tapi ramai yang menjangkakan yang Malaysia mampu untuk membuat lebih dari itu. Separuh masa pertama agak hambar, ketiadaan Syafiq Rahim sebagai pemain tengah yang menerima kad merah banyak memberi impak dalam perlawanan kali ini. Aidil Zafuan yang cedera pula menumpulkan lagi jentera Malaysia di bahagian tengah. Sukar untuk membuat gerak yang berbisa.


Aku tidak dapat duduk diam sehingga tamat separuh masa yang pertama. Khairul Fahmi Che Mat banyak menyelamatkan keadaan hasil kelalaian pemain pertahanan Malaysia. Dia seakan dapat membaca semua bola.


"Demm!! bila nak gol ni?" jerit aku dengan kuat.


"Rilek la you, meh makan char kueh teow ni dulu." ajak Annie.


Sempat juga dia berlari keluar sekejap untuk membelikan aku makanan. Tengok bola sampai dah tak ingat nak makan. Aku bukan peminat tegar sangat, tapi kalau dah melibatkan negara sendiri sapa yang tak nak sokong.


Separuh masa kedua bermula. Malaysia mula mengatur serangan. Kali ni nampak yang percaturan K Rajagopal mula menunjukkan hasil. 


Minit ke-57...


"Gol!!!!" jerit aku dengan sekuat hati tanpa mempedulikan jiran tetangga.


Cantik sepakan Safee Sali, Malaysia bangga ada striker seperti dia. Amin turut memuji Safee Sali sehingga membuatkan pasangan dia kecil hati. Tak pasal-pasal Amin kena pujuk kembali. Lucu juga aku lihat gelagat mereka berdua. Annie pula hanya tersenyum melihat aku.


Perlawanan bersambung.


Kelihatan pertahanan Malaysia banyak membuat silap. Tapi kesilapan tersebut telah menyebabkan Khairul Fahmi Che Mat menjadi Man Of The Match. Malaysia perlu memperbaiki dari aspek pertahanan yang agak kucar kacir disebabkan Qui Li, pemain yang mempunyai aset perut yang mahal. 


"Gol!!!" jerit Annie tetiba pada minit ke - 72.


Semua orang dalam rumah aku memandang Annie. Seakan tidak percaya dia menjerit sewaktu pemain Singapura Jia Yi Shi menyumbat gol ke gawang Malaysia hasil kelalaian pemain pertahanan Malaysia. Aku, Amin dan pasangan dia terdiam seketika. Annie hanya tersenyum kecil dan ketawa.


"I orang Singapore, of course la I sokong Singapore" jelas Annie.


Aku lupa, dia memang anak kelahiran Singapura. Dia di sini pun atas tuntutan kerja.


"Annie.." aku panggil nama dia dengan perlahan.


"Yes.." jawab dia seakan kebingungan.


"Malam ni you tidur luar" jelas aku.


Aku nak merajuk dengan Annie selama seminggu disebabkan dia orang Singapura. Aku memang tak sangka orang Singapura memang pandai berlakon. Baik atas padang mahupun luar padang. Satu anugerah patut diwujudkan dalam arena bola sepak iaitu untuk memilih pelakon terbaik.

Problem Are Meant To Be Solve

Posted by | Posted in | Posted on 12:41:00 PM

Hari Rabu minggu lepas aku balik kerja sedikit lewat, banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menjayakan event "Wet Party". Sedikit hampa, ini bukanlah wet party seperti yang semua lelaki bayangkan. Cuma event yang melibatkan aktiviti yang menggunakan elemen air. Annie cuma nak usik aku, dia memang macam tuh. Selalunya lepas mengusik, pasti akan aku balas semula usikan dia. Mungkin itu niat dia.

"Bye, see u later" ucap Annie.

Aku temankan Annie ke tempat parking kereta memandangkan hari sudah gelap. Agak jauh tapi terpaksa. Lagi pun sekarang ni banyak berlaku kes culik,rompak dan rogol yang melibatkan tempat parking seperti office aku ni. Kalau anda seorang wanita, mintalah sahabat lelaki yang boleh dipercayai untuk temankan. Dont go to the parking lot alone, terutama parking seperti pasaraya dan bangunan pejabat. Bahaya.

Selepas aku menghantar Annie ke tempat parking, aku naik semula ke office. Zie, one of officemate aku masih di meja dia. Aku dengan dia jarang bertegur sapa. Orang yang berbadan gempal, lelaki seperti aku kurang minat nak buat kawan. Mata dia kelihatan merah, seakan berair. Aku serba salah melihat keadaan dia. Aku cuba mendekati dia.

"Are you OK?" tegur aku.

Air mata dia mula mengalir, mulut dia masih membisu. Aku capai tisu yang ada di meja dia, aku beri pada dia. Agak lama dia dalam keadaan macam tu. Kemudian, selepas seketika dia cuba untuk bersuara.

"What would you do if someone that you love, minta clash dengan you?" tanya Zie dalam keadaan menangis teresak-esak.


Tengah frust rupanya minah ni, patutla dok menangis dari tadi tak berenti. Timbul pula rasa kesian.


"You know something, I have a short story to tell you. But I want you to stop crying and swipe off your tears" kata aku.


Keadaan jadi sepi tanpa tangisan dia. Aku meneruskan cerita aku.


"I dulu pernah melalui situasi yang hampir sama dengan you. But worst thing is, I have been cheated by women. Agak malu, tapi itu la hakikat yang tak mampu I sembunyikan. I met with a girl, a former friend of mine masa kat tempat study dulu. We promise to get married soon."


"Then apa jadi?" sampuk Zie.


Pantang aku kalau ada orang sampuk time aku bercakap. Nasib baik dia bukan taste aku, kalau tak dia dah end up macam Julie.


"Seminggu sebelum, semasa and selepas adik I meninggal dia langsung tak contact I. Then after that I jumpa gambar blog dia sedang bergambar dengan lelaki lain. What I do, I cuma comment. Pasangan sepadan, tahniah. Dia lepas tuh langsung tak jelaskan apa-apa dekat I, and 6th sense say I should back off. So I lost 2 person in my life in one month. " jelas aku.


"Hurm..you tak rasa frust ka?" tanya Zie.


"A bit, but even kalau I frust menonggeng pun tak guna. She not even worth my time anymore. Better get someone yang lebih ikhlas. Get my point?" sambung aku.


"Langsung you tak marah? Coolnya. I kalau jadi you mesti dah serang laki tu." kata Zie.


Aku hanya mampu tersenyum.


"So, I patut lupakan BF I and mulakan hidup baru?" tanya Zie.


"Yes, you should" sahut aku.


Dia mula tersenyum.

Pre Wet Party

Posted by | Posted in | Posted on 9:36:00 AM

"Azlan, tolong organize 1 wet party this sunday" pinta Annie.

Bebaru ni, aku telah di vote dan di lantik untuk menjadi ahli jawatankuasa komuniti company aku atau lebih tepat dipedajalkan oleh staff lelaki yang lain. Kalau tak ada yang mencalonkan, sudah tentu nama aku tak akan naik. Tapi kalau orang dah lantik, aku sukar sikit nak menolak.

"Are you serious?" tanya aku dengan mata yang terkebil-kebil.

Sebagai seorang lelaki yang masih punya nafsu terhadap wanita, macam-macam dah bermain dalam imaginasi aku. "Wet Party", laki mana yang tak suka. Tambahan majoriti staff kat office aku ni semua perempuan. Aku hanya mampu tersenyum sendiri, terus hanyut dengan imaginasi.

"Adeh!!" jerit aku.

"Amboi, gatai no.." perli Annie sambil mencubit paha aku.

Annie pun sedikit sebanyak telah mula belajar loghat utara, sudah tentu aku yang ajar. Dia pun semakin pandai, aku tak tahu apa tujuan dia nak sangat belajar loghat utara. Aku harap dia tak berimaginasi untuk menjadi serius dengan aku. Aku belum bersedia nak bawa balik calon menantu yang memakai skirt untuk tunjukkan kepada ibu bapa aku yang berserban dan bertudung labuh. Betul lah kata orang, iman tidak dapat diwarisi. Aku tidak menjadi seperti ibu bapa aku, hanyut dengan dunia modenisasi.

"No la, I'm just joking" jelas Annie sambil tersenyum kecil.

"Nak kena tokak?" balas aku dengan muka geram.

"Tokak la kalau berani" usik Annie yang semakin berani.

Dia mula berlari ke belakang sofa seperti mengajak aku bermain "aci ligan". Aku pantang dicabar, aku mula mengejar. Perempuan, lari memang tak laju, mudah nak ditangkap. Tawa Annie semakin kuat. 

Kesejukan di Alamanda

Posted by | Posted in | Posted on 7:10:00 PM

"You..best tak movie tadi?" tanya Julie kepada aku.

Jenis aku, kalau aku dah follow satu certain movie or drama tu aku akan menjadi sedikit addict. Mahu tak mahu, aku akan follow sampai cerita tamat. Lagi pun aku tak suka buat kerja separuh jalan. Bila dah mulakan mesti kena habiskan, baru puas.

"Not bad. Tapi..." jawab aku yang tak sempat habis.

"Mesti tak bestkan?" sampuk Julie.

"Kejap la, I tak habis cakap lagi ni. I kiss mulut tu karang" balas aku sambil buat muka garang.

"You know what..." dia masih bersuara.

"What?" balas aku dengan suara yang tinggi.

"You nampak sangat cute bila you marah." puji dia.

Pujian, dah 27 tahun aku hidup dengannya. Aku dah lali dengan pujian walaupun aku tahu Julie bercakap benar. Dulu aku pernah cuba untuk tidak percaya dengan kata-kata kawan aku. Namun apabila aku berdiri di depan cermin, aku menjadi kagum dengan imej di dalam cermin tersebut. Aku tahu yang aku terpaksa menerima hakikat kejadian diri aku.

"Eh!" jerit kecil Julie.

Aku tarik dia merapati aku, aku kota apa yang aku kata sebentar tadi. Mulut Julie yang penuh dengan kata-kata kini diam seribu bahasa. Aku lepaskan dia semula. Dia mula membisu.

"Nak sampuk lagi?" tanya aku.

Dia terus menggelengkan kepala sambil menutup mulut dia dengan tangannya dia sendiri. Diacahnya juga dengan menurun dan menaikkan tangan yang masih berada di mulutnya. Acahan dia seakan anak-anak kecil yang ingin ajak bermain. Aku cuba untuk tidak mempedulikan sambil mata tertumpu pada tempat yang menarik pada gadis yang sedang berjalan di hadapan aku.

"I sejuk." sambung aku.

Aku hanya memakai seluar pendek dan juga inner shirt dengan harapan nanti ada yang akan tolong memanaskan. Aku hampa. Seat yang kami duduk bukanlah couple seat.

"Itu saja?" tanya Julie yang kelihatan tidak puas hati dengan aku.

"Yup" balas aku dengan ringkas.

"Menyesal I sampuk cakap you tadi" kesal Julie. Pipi dia masih kemerahan.

"Padan muka" balas aku dengan selamba.

Mata aku dah merah, jam pula dah menunjukkan jam 2.30 pagi. Esok hari bekerja, tapi aku masih di Alamanda.

"Lucky I have Annie" bisik aku dalam hati.

#WW : Durian in Japan

Posted by | Posted in | Posted on 12:25:00 PM

#WW : Sound Horn

Posted by | Posted in | Posted on 6:11:00 AM

Life

Posted by | Posted in | Posted on 11:19:00 PM

Life is not easy as it seems,

The more you try to gain,
The more you will loose,
The more you try to remember,
The more you will forget,
If you try to make it simple,
It will become more complicated,

Sometimes is not about what you trying to get,
Sometimes is about what you have given away.



Ikan Atau Friskies

Posted by | Posted in | Posted on 1:44:00 PM


June cuma meminta aku temankan dia sambil entertain dia sampai jam 12 malam. Shift dia tamat pada pukul 12 malam, selepas itu dia akan digantikan dengan Kelvin another officemate of us. Banyak komen yang aku terima daripada pembaca yang membuat kesimpulan yang berbeza tentang cerita yang ingin aku sampaikan. Tapi itulah sifat manusia, suka meluru dalam membuat kesimpulan. Telah aku jangkakan semua ini.

Tak mungkin berlaku sesuatu antara aku dan gadis yang bercutting kurang menarik, muka berminyak dan berjerawat seperti June. Tak lalu nak hadap. Setakat nak dijadikan teman makan itu boleh la, more than that agar sukar. Aku ada standard yang perlu di jaga. Mungkin aku dikatakan terlalu memilih, but begitulah dasar lelaki. 


Kami suka dengan benda yang cantik. Kami suka membandingkan sesuatu dan pantang melihat benda yang menarik. Agak-agaknya la kan, apa benda pertama yang lelaki akan lihat pada seorang wanita yang sedang berjalan?


Tak semua kucing suka makan ikan, ada juga kucing yang memilih untuk hanya makan friskies. June kurang menarik. Itu saja yang mampu aku olah tentang dia dan aku yakin dengan jawapan aku.


Final.


Unknown: "Hai..."
Aku: "Hoi..."
Unknown: "Amboi, garangnya. Tak dtg sini tgk movie ka hari ni?"
Aku: "Nope. Sini tuh mana?..btw sapa ni?"
Unknown: "Alamanda. Remember me, Julie?"


Aku hampir lupa tentang Julie. Kalau ada yang masih ingat akan entri aku minggu lepas, aku ada sebut nama dia. Sekarang sudah terbukti teori aku dalam entri tersebut adalah betul dengan sms yang berlaku di antara kami. Cuma dia dah lebih dari standard "There Day Rule" yang telah aku tetapkan. 


Aku: "owh, Julie. I went to Broga hill pg td. Now picnic @ Sg Tekala"
Julie: "sampai hati tak ajak I. =P"
Aku: "=)"
Julie: "Wanna go for a movie? Harry Potter, my treats. I got two free passes"
Aku: "Sure why not. I will buy popcorn. Just set date n time."
Julie: "Hehe.. how about tonight 12am? Alamanda"
Aku: "Ok. Meet u there"
Julie: "=)"

Happy Meals

Posted by | Posted in | Posted on 7:34:00 AM

"Not going back?" tegur Christina, officemate aku.


Tuntutan kerja memaksa aku menjadi seperti orang tiada rumah untuk pulang. Hampir seminggu macam ni. Makan tak menentu, mandi pun jarang dan last but not least tidur pun tidak berteman. Kalau aku kata kerja aku teruk tentu ramai yang tak percaya. Hampir setiap hari setiap pukul 2 petang, kepala akan aku sandar rapat di kerusi, tangan akan aku silang di depan dada dan mata terpejam. Tak lama cuma setengah jam. Aku tak berdaya, hampir menjadi tabiat. 


"Later. Still have some more works to do" balas aku.


"OK. Don't work so hard ya. See you tomorrow." tegur Christina sambil mengeyitkan mata dia.


Aku hanya tersenyum melihat kelakuan dia.  Kita lupakan tentang Christina, kerana aku dan dia tak mungkin bersama. Lagipun dia sudah berpunya. Kita focuskan saja cerita ini pada aku, lagipun aku adalah watak utama dalam blog ini. Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam, perut pula masih belum di isi. Di saat macam ini, fikiran aku dah tak mampu untuk berfikir dengan betul. 


"Lapar gila. Lebih baik aku pergi makan dulu" bisik aku dalam hati.


Aku bangun dari kerusi dan melihat di sekeliling, mencari gadis-gadis yang masih ada di office. Tak sedap kalau pergi makan berseorang, lagipun orang macam aku mesti nak berteman. Takut nanti tertinggal handphone lagi macam hari tu, lagipun malam ni kan malam Jumaat. Agak ralat kalau berseorangan. Di hujung penjuru office kelihatan kelibat seorang gadis yang masih tekun bekerja, fokus. Cuma tinggal kami berdua.


"Hai June, let go and grab something to eat." pelawa aku sambil melabuhkan punggung lentik aku atas meja dia.


June, si gadis shift malam. Muka dia tak ada la rupa sangat berbanding Annie walau pun dia lagi muda. Figure badan dia boleh la, yet Annie is still the best in this office. The only thing kenapa aku masih bertahan di company sekarang ini adalah kerana kebanyakan staff dia, almost 90% adalah perempuan termasuklah kak cleaner yang dah berkhidmat lebih kurang 15 tahun dan yang baki 10% tersebut adalah lelaki. Semua lelaki yang ada kat sini dah berkahwin. So kiranya aku hot stuff kat sini walaupun rupa aku tak sehensem mana.


"Sure why not. Lets go for Double Cheese burger." balas June sambil menyambar tangan aku dan terus menarik aku untuk bangun dari meja. 


Dia memang gelojoh, lapar sangat agaknya. Gadis dan Double Cheese burger adalah gabungan dua elemen yang masih aku tak paham sampai sekarang. Kenapa gadis minat sangat makan Double Cheese burger? Tolong jawab soalan aku ini. Lucky sekitar office aku ni penuh dengan tempat makan. Kalau rasa bosan makan dekat sini boleh tukar selera pergi KLCC pula. McD pun sangat dekat, seberang jalan saja. On the way ke sana kami jalan berpimpinan tangan. Yala tau-tau saja la kan, KL banyak kereta.


"1 set Double Cheese burger and 1 set of GCB. For the GCB set, change the drink with milo without ice." kata aku kepada jurujual di kaunter McD.


Aku sebenarnya tak suka sangat makan McD, sekali sekala tuh boleh la. Semasa hendak membayar, aku tercari-cari wallet aku. Baru teringat yang wallet aku tertinggal di office. 


"I left wallet at office" bisik aku kepada June.


Dia seakan paham terus membayar harga makanan tersebut. Tak ada la mahal sangat makan kat McD ni. Lagipun orang yang kerja shift macam dia banyak buat duit.


"U have to pay back me, but with something else." bisik dia pada aku sambil tersenyum.


Di saat itu aku rasa nak tukar set GCB tadi menjadi set Happy Meals.

#WW: Pizza

Posted by | Posted in | Posted on 8:44:00 PM


#WW: Maid Cafe

Posted by | Posted in | Posted on 7:56:00 AM


Kantoi

Posted by | Posted in | Posted on 9:51:00 AM

"Kenapa entri blog you semalam lain dari yang biasa" tanya Annie.

Aku blur sebentar. 

"Annie, my boss is reading my blog?" tanya aku dalam hati.

Seingat aku, aku cukup berhati-hati untuk mengelakkan orang tahu yang aku mempunyai blog lebih-lebih lagi officemate aku. Itu sebab aku telah buangkan link Facebook aku dalam blog aku ini. Kalau ada yang bertanya terlalu banyak, aku hanya memberikan jawapan yang common, "No comment". Aku hanya ingin menjadi penulis yang bebas menulis dengan sesuka hati tanpa perlu ada batasan yang menghalang. Nanti tak seronok kalau aku nak mengutuk atau memuji orang lain.

"Macam mana you tau I ada blog?" tanya balas aku.

Annie memang suka dimanja seperti kitty. Dia duduk di atas riba aku, kami hanya berdua-duaan dalam bilik office. Masih terlalu awal pagi, yang lain masih belum sampai lagi. Selalunya masa ini kami ambil untuk memenuhi keinginan kami. Tak selalu, cuma apabila tidak dapat mengawal diri lagi. Yet, aku masih keliru. Aku betul-betul tidak tahu macam mana yang Annie boleh tahu. Agaknya dia dah baca keseluruhan cerita yang aku karang dalam blog aku ini. 

"Ingat lagi tak sewaktu you demam hari tuh? Waktu itulah I tau yang you ada blog. You left your lappy open. Ingat nak tolong you shutdown lappy you. Suddenly I ternampak entri you yang masih belum publish. Best entri-entri you. I suka. Ihiks!" jawab Annie sambil bergelak manja disebabkan ada benda yang terkena pada badan dia.

Ganas juga si Annie ni, tak reti duduk diam di atas paha aku ini. Nasib baik kakak cleaner cuti hari ni, kalau tak tak tahu apa yang difikirkannya nanti.

"Lately I tak keluar dengan dengan mana-mana gadis. Thats why entri I kurang dengan imaginasi" balas aku.

Setiap entri yang aku karang selalunya akan penuh dengan imaginasi yang tinggi. Di situ terletaknya kekuatan dalam aku mengarang. Entri semalam hanyalah merupakan lebih kepada catatan yang sepatutnya aku tidak publish. Tapi takut nanti ada yang tertanya-tanya ke mana aku menghilang, nak tak nak terpaksa aku publishkan jua.

"Apa post entri yang terbaru? Mesti ada cerita pasal I kan?" tanya Annie lagi.

Aku hanya tersenyum bila dia bertanyakan soalan tersebut. Sudah pasti dia sudah membaca apa yang aku dah tulis, itu pun masih nak bertanya lagi.

"Nak ka tak nak ni?" tanya aku kepada Annie yang cuba menukar topic perbualan kami.

Annie semakin manja, tangan dia merayap ke sana dan ke sini seperti mencari sesuatu yang tak pasti.

"Ihiks! Nak la." gelak manja Annie lagi.

Perbualan kami terhenti.

Sibuk Dengan Dunia

Posted by | Posted in , | Posted on 7:32:00 PM

Dah lama aku tak update blog kerana kesibukkan kerja dan perancangan bisnes aku, sampaikan tiada masa untuk diri sendiri. Dulu mungkin  jika tiada gadis di sisi aku mungkin ambil masa untuk menyendiri. Aku belai dan aku pujuk sendiri sampai puas hati. Sekarang semua waktu itu tiada lagi. Maaflah kepada gadis-gadis yang pernah ajak aku berhanky panky. Aku sibuk. Kalau muka korang ada iras-iras Lisa Surihani, mungkin aku free. If not, mungkin lain kali. 

Minggu lepas hari Jumaat malam, aku cuba lari dari kesibukkan kota KL. Aku pergi tidur di rumah ex-roomate aku, Zaiham. Jangan risau, dia bukan sonsang seperti housemate aku sekarang. Masih lurus orangnya, cuma ada juga setengah tempat yang bengkok.

On way aku ke Kajang, aku dapat menyaksikan jem yang amat dahsyat dari Serdang nak masuk ke KL. Roadblock to prevent Yellow disease from spreading. Macam darurat. Kasihan aku tengok orang-orang yang terperangkap dalam kesesakan tersebut. That's what I trying to avoid. 

Dulu aku pernah bekerja di kawasan Bandar Baru Bangi, so I am kinda use to this place. Bawa kelengkapan seperti orang nak balik kampung, tapi itu yang aku namakan persediaan. You cant expect everything to be on plan. Nothing much yang aku buat hari Jumaat malam, sampai rumah dia aku terus tidur. Esok pagi aku bercadang untuk pergi ke Alamanda, harapan aku masih untuk menonton Transformers 3D. Saks! agak lambat. 

Tapi nak buat macam mana, inilah nasib badan berkawan dengan orang yang lupa kawan. Sampai terlupa kawan-kawan aku terlupa akan kewujudan aku sewaktu mereka beli tiket Transformers 2 minggu sudah. Mungkin salah aku juga kerana selalu berkepit dengan gadis ke sana-sini sampai mereka merasakan kehilangan seorang kawan yang hebat. Tanpa aku mereka hanya lelaki biasa yang tak punya apa-apa keistimewaan. Tanpa aku mereka hanyalah sekumpulan lelaki yang tanpa daya tarikan. Tanpa aku mereka seperti hilang panduan untuk mengecap kebahagian. Mereka sangat pantang melihat gadis jelita, tapi tak punya kata-kata untuk bersuara. Mungkin kerana masih belum terbentuk daya kenyakinan dalam diri mereka. 

Bagi aku mereka cuma kawan biasa yang kadang-kadang menyenangkan dan kadang-kadang menyusahkan. Namun itu beban yang terpaksa aku tanggung untuk berkawan dengan mereka. At least makan minum aku, mereka masih mahu tanggung. Aku pasrah berkawan dengan mereka. Untung mereka dapat kawan macam aku. 


.........................................

Hari Sabtu... 

"Maaf encik, tiket dah habis" terang penjaga kaunter tiket. 

Tiket Transformers masih sold out lagi. Namun aku masih sempat mengedik dengan Julie, si gadis kaunter tiket movie. Tak susah untuk approach girl ni, yang penting mesti ada name card yang tertera no peribadi dan juga pekerjaan sekarang ini. Kalau korang ada company sendiri lagi menjadi, selalunya perempuan ni banyak yang materialistic. After that just be confident with yourself. Tak perlu ada pakej yang menarik seperti model atau pelakon movie. 

Tak semua gadis yang akan terus mengatakan "Ya" at the first try. They sometimes will reject you as many as they can. Ada sesetengah yang bersikap overprotective, mungkin mereka ni terlalu banyak membaca bahan bacaan yang menyuruh mereka menjaga hati dan diri sendiri sampai mereka tak sedar yang usia memakan diri. Kalau korang terjumpa yang jenis macam ni, just leave them kalau anda jenis yang tidak mampu bersabar. But once you can get them, they will stick will you until die. Tapi dasar lelaki, lagi susah lagi nak try. Kadang-kadang untuk suka-suka, kadang-kadang nak cari yang boleh dibuat bini. 

Aku tinggalkan Julie dengan name card aku tanpa memaksa dia untuk call aku. Di sini terdapat element yang aku namakan luck and patient. Kalau nasib korang baik, mereka akan call. Mostly yang materialistik, kalau dapat name card lelaki yang bekerjaya, mereka jarang menolak. Yang gersang is apart from this. Jenis tuh semua laki dia nak sapu. Jenis yang paling aku tak suka, sebab dah ramai yang dah cuba. Aku cukup tak suka dengan barang 2nd hand or 3rd hand kecuali dia bernama Nora Danish.

Watak aku amat pelik, aku jenis yang gilakan aiskrim macam kanak-kanak dan juga gadis. Kalau boleh, semua jenis aiskrim aku nak cuba dalam dunia ni.On that day aku terjumpa dengan 1 brand yang sebelum ini aku pernah terbaca review about it. So aku ambil masa untuk try aiskrim tersebut. Nice but expensive. Almost expensive as Hudgen Daz. But worth to try. The Cream & Fudge Factory.

Malam Jumaat

Posted by | Posted in | Posted on 9:45:00 AM

Aku balik kerja agak lewat semalam. Sampai saja di depan pintu rumah sambil membawa baki Macaroon yang aku beli dekat Harolds, aku ternampak 2 pasang kasut yang berlainan saiz yang aku tak pernah nampak sebelum ini. Kasut lelaki. Kemudian kedengaran bunyi bising dari bilik Amin, bunyi seperti orang sedang bergelak ketawa. 

"Amin dan kawan-kawan dia agak." bisik aku dalam hati.

Hidup serumah dengan lelaki yang hanya berminat kepada lelaki memang mencabar, sampai aku terfikir masih luruskah aku? 


Namun selagi ada reaksi tatkala melihat miyabi dan rakan-rakan beraksi, aku tahu aku masih belum menyimpang. Koleksi baju warna warni yang masih tergantung dan terus bertambah adalah sebagai bukti yang aku masih normal.


Perut adalah aset penting aku yang sekarang ini merenggek untuk dimanjakan. Lately selera makan aku bertambah.Mungkin disebabkan metabolism rate yang bertambah akibat bersenam pagi dan malam. Cuba tanya abang Saleh Yaakob, berapa kali dia makan sehari. Memang penat, memang lapar. Keputusan aku ambil untuk keluar makan walaupun sensorang. Better dari aku duduk berseorangan lama-lama dalam bilik air. Malam jumaat, even si Amin tuh pun ada berteman, lagipun aku tak suka membazir.


Aku makan di kedai yang berdekatan dengan rumah aku sahaja. Malas nak travel jauh-jauh. Pernah saja dari Setiawangsa aku pergi ke Putrajaya ambil gadis dan balik semula ke KL untuk dinner. Itu kerja gila aku. Gila juga aku hanya semata-mata ingin memakai capal aku drive pergi ke Melaka. Itu semua nafsu aku yang unik. 


Selesai makan aku terus balik ke rumah, duduk melepak sambil online mencari bahan untuk blog aku ni. Namun idea bukan datang selalu, itu sebab aku jarang menulis seperti orang lain yang sentiasa berupdate. Followers bertambah walau hanya menulis seperenggan ayat.


Aku baru teringatkan handphone sudah 3 hari belum dicharge. Lelaki playsingle seperti aku jarang mendapat consistance sms atau call dari mana-mana gadis. Itu sebab bateri handphone aku boleh bertahan lama. 


"Demm!! mana plak aku letak handphone aku ni?" maki aku.


Puas aku mencari dalam rumah, dalam kereta.


"Amin, kau ka dalam bilik air tu? Eh! pinjam handphone jap, nak miskal handphone aku." tanya aku kepada Amin.


"Ambik la, atas meja dalam bilik aku tuh" balas Amin.


Aku masuk bilik dia, bersepah dengan baju-baju laki sana sini. Dia kalau dalam bilik air lama-lama mesti tengah mandi wajib la tu. Aku cuba miscall handphone aku. Tak berbunyi. Akhirnya aku teringat yang aku tertinggal di kedai makan. Aku ke kedai makan tersebut dan nasib aku baik. Ada pada tuan kedai. Terima kasih abang sebab tolong simpankan. Aku sedar yang aku punya masalah ingatan, inilah akibatnya kalau malam jumaat lepak sensorang.


p/s:
Kalau anda hanya diberi pilihan sama ada untuk punyai housemate gay or les, mana yang anda akan pilih?

Nakal Tapi Ikhlas

Posted by | Posted in , | Posted on 10:05:00 AM

"You, jom pergi lunch?" tanya Annie kepada aku.

Annie sebenarnya lebih gemar berbahasa Melayu walaupun dia sebenarnya Chinese yang fasih speaking in English. Mungkin dek kerana pengaruh aku yang seringkali bercakap dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Aku dan Annie bukanlah selalu berkepit ke sana-sini. Lunch time pun sometimes 2 kali dalam sebulan. Masa lain, aku banyak spend time dengan officemate yang  yang lain.

"Why not. KLCC ok?" balas aku.

"Jauhnya. Makan dekat-dekat sudahlah. I malas la." balas Annie dengan spontan.

Office aku dengan KLCC tak ada lah jauh mana, kalau bagi yang tak biasa tuh mungkin la penat sini berjalan. 10 minutes walk. Lagipun aku lebih gemar menghabiskan masa di KLCC sebab banyak benda yang menarik ada di sana. Tapi aku bukan lah jenis kaki shopping, aku lebih gemar ke sana kerana terdapat pelbagai jenis ragam dan bangsa manusia yang gemar lepak di situ. Mana tahu kalau rezeki badan akan melekat seorang dua. Lelaki, jangan harap kami hanya berfikir "tentang seorang" sahaja. Normally it will be two or more yang terlintas dalam fikiran kami.

"I nak pergi beli macaroons la. Jom la teman I." pujuk aku.

Bebaru ni aku ada terbaca beberapa post di Facebook dan jugak blog mengenai benda yang bernama "Macaroons" ni. Even ada seorang minah blogger ni, si Nisa Kay beriya-iya sungguh untuk mendapatkan macaroons ni. It makes me wonder, how good it taste. 



"Macaroons!!! yeah..jom!" jerit Annie sampai hampir 1 office dengar.

Seronok sungguh minah tuh aku tengok bila aku sebut nama Macaroons. No wonder ramai orang perempuan yang suka makan benda ni. Dalam hati aku yang nakal ini mula berfikir untuk mengambil gambar sewaktu aku sedap mengigit benda Macaroons ni dan post dalam Facebook sambil tag si Nisa Kay ni. Aku nak tengok dia melenting atau tak. 

"Kah! Kah! Kah!" gelak jahat aku dalam hati.

Aku memang suka tease orang, lebih-lebih lagi perempuan. Cikgu sekolah, lecture universiti, bah kan bos aku si Annie pun tak pernah terlepas dari usikkan aku. Ini sifat semulajadi aku yang membuatkan aku mudah rapat dengan semua orang.

Semasa tengah berjalan ke KLCC...

"You, kenapa you baik sangat dengan semua orang? The recent wall post in your FB. I tengok, you tolong budak tuh tak minta apa-apa upah pun?" tanya Annie.


"Stalker jugak si Annie ni." bisik aku dalam hati sambil memandang dia.

Satu lagi sifat aku yang membuatkan aku ni hampir sama dengan watak Seth Tan selain mempunyai otot lengan yang sama besar adalah keikhlasan hati aku. Aku jenis mudah untuk menolong orang, since born until now. Tak pernah dan susah nak berubah. Ada saja yang pernah berhutang dengan aku tapi masih belum membayar walaupun dah setahun berlalu. Aku jenis yang tidak mengejar duit, tapi lebih kepada gadis. People are born with the way they are, its hard to change them.

"Kalau lah hanya tinggal satu manusia terakhir yang bersifat ikhlas dalam dunia ni, that is me." balas aku sambil memuji diri sendiri.

Annie hanya tersenyum sambil kami terus berjalan menuju ke KLCC.

WW : Bersih?

Posted by | Posted in | Posted on 2:10:00 PM






WW : Street Shogi

Posted by | Posted in | Posted on 7:18:00 AM



Jodoh

Posted by | Posted in | Posted on 6:07:00 PM

Si anak bertanya kepada si bapa "Papa-papa! Kalau along dah kawen nanti dan dah ada anak. Nanti anak along akan panggil angah apa erk?"

Semalam sewaktu aku sedang makan di Ikea, ada sebuah family yang duduk di sebelah aku. Bapa, ibu dan 2 orang anak mereka. Anak-anak kecil pun sekarang dah pandai bercakap soal kahwin dan anak. Aku dah menghampiri saat 30 belum terfikirkan lagi hal ini.

Bercakap soal jodoh, aku rasa aku akan membujang untuk satu tempoh yang agak lama. Bukanlah aku ini jenis yang anti dengan komitmen, cuma sekarang ini aku rasakan yang keadaan masih tidak sesuai. Lelaki sejati mana yang tak mahu berumah tangga, punya keturunan dan ada isteri untuk menguruskan hidup mereka. Aku sekarang agak sibuk dengan urusan bisnes kedai makan aku. Masih dalam perancangan. Diharap segala-galanya akan berjalan seperti yang dirancangkan. 


Lagipun mencari calon isteri bukan semudah mencari gadis lentik yang aku dapat selama ini. What I want from a women as wife is different from I  want  from girls for fun-fun. This is a fact from a guys. Kalau aku kalau Megan Fox itu HOT, maybe hanya yang bukan bernafsu kepada wanita akan kata tidak. Kalau tidak, tidak akan berlakulah kes ustaz merogol budak. Nafsu ada pada semua manusia, cuma tinggal bagaimana mereka dapat mengawalnya.


"Kalau engkau la Amin kan, pasangan macam mana yang kau cari sebagai teman hidup?" tanya aku yang cuba merungkaikan satu persoalan.

Aku dan Amin sewaktu itu sedang  duduk di atas sofa sambil menonton TV. Si Amin sibuk merias kuku dia. Pantang dilihat kasar sedikit, kuku di jari tangan dan kaki dia habis dikikisnya. Aku pula waktu itu, hanya duduk bersila di atas sofa sambil menikmati aiskrim Baskin Robins yang aku beli semalam. Aku tak tahu kenapa aku begitu addict sangat dengan aiskrim BR ni. Macam dah terkena dadah pun ada.


"Aku tak reti la nak jawab soalan kau. Lagipun aku tak memilih sangat." jelas Amin.


Rata-rata diajukan soalan yang sama akan memberikan jawapan yang serupa. Paling tidak mereka akan memberikan jawapan yang umum seperti beragama, bertanggungjawab, caring, berpendidikan, setia, dan bla bla bla. Memang banyak bila kita terlalu memikirkan sesuatu dengan terlalu taksub. Sekurang-kurangnya mereka akan mula membandingkan dengan pasangan yang paling bahagia yang pernah mereka jumpa. Namun masih tidak ada jawapan yang sangat jelas.


"Ala susah-susah sangat kau bagi la satu watak dalam drama atau filem yang kau suka tengok." tegas aku lagi.


Pernah satu ketika mak dan ayah aku hendak menjodohkan aku dengan seorang gadis yang memang aku tidak pernah tengok rupa dia. Kata mereka anak gadis ini baru balik dari Mesir, lulusan agama. Ayah dia seorang tok imam di kawasan aku tinggal. Aku menolak dengan alasan, belum bersedia. Namun mereka masih tidak berputus asa. Dah setahun perkara ni berlalu, yet calon yang sama di usulkan kepada aku setiap kali aku balik ke kampung. Kadang-kadang aku terfikir juga, kenapa la tak ada orang lain yang masuk meminang anak tok imam tu.


Namun, soal jodoh ni biar la dulu. Nak kata aku kecewa pun iya jugak sekarang ni. Agak sentimental, namun lelaki pun punya jiwa seorang manusia. Jiwa yang bisa dilukai. Benda yang lepas jangan dikenang kata orang. Namun kenangan itulah yang mengajar aku supaya lebih berhati-hati. Kenangan itulah yang menjadikan aku yang sekarang.


"Aaron Aziz. Lelaki maskulin gitu" jawab Amin.


Perbualan kami terhenti di situ.

Kembali Pulih

Posted by | Posted in | Posted on 12:59:00 PM

Aku dikejutkan dari tidur dengan bunyi bising dari dapur. Siapa pulak yang rajin nak masak dalam rumah bujang aku ni. Dah la sedap pulak bau aroma masakan dia. Seingat aku, tak ada sesiapa pun yang reti masak dalam rumah sewa aku ni selain aku. Lagipun housemate aku yang lain tak pernah pun masuk ke dapur, nak masak jauh sekali la.

Housemate aku tak ramai, 2 orang saja. Sorang tu kerja offshore dengan syarikat minyak, jarang sekali ada dekat rumah. Selalu saja fly ke sana sini untuk handle projek dia. Sorang lagi pulak yang menyebabkan aku terpaksa tidur setiap hari dengan belakang badan aku menghadap dinding, for self protection. Sesungguhnya tubuh aku hanya untuk wanita. Aku tak pasti macam mana aku boleh end up dengan serumah dengan mereka. Tapi setakat ini aku masih belum diganggu. Masing-masing buat hal masing-masing. KL, thats how things are done here.

"Eh apa benda ni?" kata aku yang sedang terpinga-pinga.

Sewaktu aku sedang bangun dari berbaring, tiba-tiba ada sehelai tuala putih jatuh dari dahi ke badan aku. Aku bertambah keliru. Keadaan bilik aku yang semalam aku rasakan semacam tongkang pecah kini seolah-olah aku sudah memiliki Lisa Surirumah dalam rumah aku. Segala-galanya kini seakan terurus. Aku tak pasti sama ada aku sedang bermimpi yang aku sudah berkahwin. Tapi aku sedar dan waras, status playsingle aku itu agak sukar itu diubah. 

Koleksi pakaian yang berwarna pelbagai warna dan saiz yang masih tergantung dinding aku itu adalah bukti jelas yang aku masih belum berkahwin. Setiap satu punya kisah dan cerita yang tersendiri, termasuklah kepunyaan Irene sendiri yang berwarna pink. Aku pun tak pasti apa yang akan lakukan dengan koleksi tersebut, masing-masing sibuk nak hadiahkan untuk aku.

Demam aku sudah kebah, aku berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Perut aku sangat lapar, ditambah pula dengan aroma masakan yang sungguh sedap ini membuatkan perut aku berkeroncong. Orang yang jumpa di dapur aku bukanlah lelaki, tetapi gadis. Young hot chic yang hanya bershort pants dan juga singlet, aku kenal sangat dia ni.

"You masak apa Annie?" tanya aku kepada dia.

Annie, dia sebenarnya bos aku or more precise HR manager di tempat aku bekerja. Still single and with a nice body figure. Dia sangat garang di office semacam singa, semua orang dia nak terkam dan marah. Tapi tatkala menjelang weekend, she will just be a pet dalam rumah aku ni. Seperti kucing, suka bermanja dan suka bergesel. Kalau aku nak gambarkan dia, her look just look alike Julie Woon dalam cerita "Blogger Boy".


"Its your favourite dish, kari kepala ikan" balas Annie.

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana dia dapat masuk ke dalam rumah aku. Dont worry, I have a good explaination for this one. Ini mesti kerja Amin si lelaki lembut, housemate aku tu. Dia dengan Annie memang agak rapat. Mesti dia yang buka kan pintu untuk Annie. Lagipun Annie yang tolong dapatkan aku rumah sewa sewaktu aku dapat kerja dekat KL ni kerana waktu itu aku ada di India untuk task transfer since aku nak berhenti dari company lama aku.

"Wow! sedapnya." jerit manja aku seperti kanak-kanak.

We both are not couple, tapi lebih senang aku gambarkan di sini, sedikit sebanyak lebih kepada open relationship dalam erti kata lain No String Attached. Kami lebih senang dengan hubungan macam ni, dia pula sangat paham dengan perangai Playsingle aku.

Terima kasih kepada dia, demam aku telah kebah kerana semalaman dia menjaga aku. Kami makan bersama-sama, dengan manjanya dia meminta aku menyuapkan makanan ke mulut dia. Aku akur, sebab dia dah banyak tolong aku. Aku tersenyum melihat gelagat dia yang seakan keanak-anakkan.

Penghargaan

Posted by | Posted in | Posted on 3:46:00 PM

Kita tinggalkan sebentar kisah tentang hidup aku. Sekali sekala nak juga aku berehat dari menulis. Anggaplah entri ini sekadar filler episod dalam blog aku. Tak seronok juga kalau asyik membaca benda yang sama setiap hari. Nanti aku akan jadi bosan nak menulis dan korang pulak mesti bosan nak membaca. Aku bukanlah jenis yang gila traffic sampai nak menulis tiap-tiap hari. Aku lebih suka mewujudkan sedikit ruang supaya pembaca setia untuk kenal maksud merindui. 

Hari ni aku tak nak bercerita apa-apa, sebab otak aku masih jem akibat demam yang belum sembuh. Itu sebab entri-entri aku sejak dua menjak kurang umm!! Tapi aku boleh dikatakan terpaksa juga untuk menulis sebab ada yang sampai sms tanya ke mana aku menghilang, nak demam pun tak senang. Macam ni lah akibat dia kalau dah gatal bagi no telefon kat orang lain. I have to bear the consequences on my own shoulder. 

Selepas ini tolong jangan email lagi mintak no telefon dari aku. Aku dah ada burung baru, owh bukan yang didalam seluar tapi diluar. Burung ini aku panggil tweet. Pandai-pandai la cari sendiri kat mana aku letak dalam blog aku ni. Tolong jangan tanya pasal FB sebab aku memang dah deactivate. Haru jugak, tapi tengok la macam mana nanti. Kalau aku terbuka hati nak aktifkan balik.

Aku perasan 2,3 hari kebelakangan ini traffic blog aku semakin tinggi. Thanks to several mamals yang telah meletakkan blog aku dalam bloglist mereka. Aku pun tak berapa tau sangat kenapa mereka suka sangat baca blog aku. Serius dowh, aku rasa cerita dalam blog aku ini tak ada la sehebat blog Lejohndary (aka John Hafiz). Aku tau nama penuh dia sebab dia satu sekolah dengan aku. Tapi tak brapa proper kalau expose dekat sini. Mesti time reunion nanti dia buat muka cute sambil dok garu Denver dia.

Officially dah 3 bulan aku berblogging, thanks to my follower yang aku tak sure mereka ni follow sebab atas dasar apa. Just a special kredit to followers yang bernombor 333, Siti Khadijah. Saja aku nak bagi penghargaan sebab aku tak pernah buat apa-apa GA or join apa segmen sebelum ni.

Special thanks jugak untuk yang telah meletakkan blog aku dalam bloglist mereka ini termasuklah:

1. Blog The Other Khairul or lebih dikenali dengan nama Mr K. aku kenal blog dia pun tak lama dalam 2 bulan lebih macam tuh selepas berblogging. Aku tak pernah jumpa dia, tapi dia memang agak terkenal dalam dunia blog dikalangan wanita. 

2. Blog Hana Ahmad. Seorang gadis yang sangat suka bermonolog. Dalam entri dia 2,3 hari lepas, dia ada gambarkan yang diri dia HOT sampai ada lelaki memandang dia sampai nak tersembul keluar biji mata. To tell you the truth, aku tak pernah jumpa dia in real life.

3. Blog Vampire's Lovex. Seorang gadis, atau mungkin juga budak-budak. Tah aku tak sure. Dia tak ada kat Malaysia sekarang ni. Location tepat dia aku tak pasti tapi yang aku tau dia ada kat Timur Tengah. Banyak kali juga aku minta dia betulkan GMT dia bila aku reply comment dia.

4.Blog Eyfa. Budak ni dok kat Keramat area rumah aku. Tapi sekali pun kami tak pernah terserempak, harap-harap la. Aku tak tau rupa muka dia, dia pun tak pernah tengok muka aku. Lebih bagus orang tak kenal aku. Sebab aku lebih suka low profil.

5. Blog http://teliponberbunyi.blogspot.com/ ini blog member kepada member aku pada asalnya. Tapi sekarang kami dah jadi kawan. So dah kurang 1 gap level. Dia sangat low profil. Aku tak nak tulis banyak pasal dia nanti takut salah tulis kang dia UNFRIEND dengan aku plak. Owh yeah, dengar kata nanti dia nak bertunang. Harap-harap semua berjalan lancar.

Aku tak sure la kalau aku ada termiss untuk listkan. Tapi kebanyakan yang lain adalah silent reader seperti member-member aku. Teruskan membaca walau pun cerita yang aku tulis ni kurang menarik untuk dibaca.

Adios babe.