Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Fiza, gadis yang baru aku kenal sewaktu lunch di KLCC tadi tak sabar-sabar nak pergi ke kondo aku. Tak pernah aku jumpa gadis yang segelojoh ini. Gelagat dia tak berhenti dari melihat jam berjenama GUESS di tangannya dan soalan yang sama di ulang oleh dia setiap 5 minit berlalu.
"You. Agak-agak pukul brapa erk kita sampai condo you?" tanya Fiza.
Aku jadi rimas, perlukah gadis bertanya soalan yang sama berulang kali? Tapi aku cuba bersabar, aku tahu sabar itu separuh daripada iman. Namun masih adakah iman dalam diri aku lagi? Yang aku tahu jika aku bersabar dengan karenah dia, ada habuan yang lebih menarik menanti aku nanti. Aku cuba untuk senyum dan menjawab soalan dia dengan penuh ketenangan.
"Kejap lagi ja. Jalan jem ni, dalam 20 minit lagi kita sampai, Sabar ok." terang aku sambil menyembunyi loghat utara aku.
Kereta yang aku pandu masih lagi terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Gabungan Jalan Ampang dan Jalan Jelatik, sesiapa pun yang tinggal di kawasan sini pasti akan merasa keperitannya sewaktu peak hour. Di tambah pula dengan hari Rabu, hari di mana umat manusia berlumba-lumba untuk pergi bermain bowling dan juga menonton wayang. Harga yang murah, kalau aku pun aku nak benda-benda yang macam ni.
Tapi disebabkan prinsip hidup aku yang berbeza aku tidak sanggup menjadi seperti mereka. Aku tidak akan sanggup beratur panjang, berebut akan sesuatu dan juga menanti begitu lama. Prinsip ini aku sudah aku applikasikan untuk semua benda termasuklah gadis. Tak guna menunggu gadis begitu lama kerana belum tentu dia mahukan kita. Tak guna berebutkan seorang gadis yang budjet dia lentik. Tak guna juga beratur panjang siap kena mengambil nombor semata-mata nak cuba nasib dengan gadis yang dikatakan comel. Bullshit!!! semua itu. Aku bukan orang yang sebodoh itu.
Ini mengingatkan aku kepada satu ayat dari petikan sebuah filem yang aku tidak berapa ingat tajuknya.
"If you don't know how to flirt, better you start with with the ugliest one and don't go for the prettiest one if you don't have confidence "
Pada pendapat aku memang ayat ini sangat relevan. Masalah utama kaum lelaki yang takut akan wanita cuma satu, iaitu kenyakinan. Tanpa kenyakinan, tak ada gunanya kalau memiliki wajah setampan mana pun. Kerana malu untuk bertegur sapa, biar pun lalu perempuan sehodoh mana pun mereka tidak akan dapat memikat mereka.
Akhirnya kami tiba juga di kondo aku setelah mengharungi kesesakan jalan tadi. Fiza tersenyum lebar, aku pun senang hati kerana tak perlu mendengar dia mengeluh. Jam baru baru menunjukkan 6.50 petang. Oleh kerana tempat letak kereta aku yang agak jauh dan juga rumah aku yang berada di tingkat 18 perjalanan mengambil masa sebanyak 10 minit. Laju sungguh si Fiza memimpin tangan aku seperti dia tahu mana satu rumah aku sampai la dia boleh tersalah rumah. Aku gelak kecil dengan gelagat dia, sangat comel.
Tatkala aku sedang membuka grill dan juga pintu rumah dia mula bersuara seperti seorang makcik-makcik.
"Cepat la you, dah pukul 7 ni." Fiza mengomel.
Aku bencikan dia selama 5 minit kerana perangai makcik-makcik dia tersebut. Aku cukup tak suka perempuan yang mengomel dan tak reti bersabar. Aku hanya memandang dia dan hanya melemparkan sebuah senyuman, senyuman yang cukup memukau. Tapi tidak dilayannya.
"Isk!! pasai pa plak kali ni aku macam gagal untuk mengoda gadis dengan cara begini? Biasanya tak pernah fail" bisik hati kecil ku.
Meluru dia masuk setelah pintu rumah aku dibuka sambil sedang mencari-cari sesuatu. Aku pelik, apa yang nak dicarinya. Nak kata dia pernah datang ke rumah aku, tak pernah pulak. Ini kali pertama. Akhirnya dia bersuara.
"You, mana you letak TV?" tanya Fiza dengan gelojohnya.
"Tuh ha dalam bilik I tuh" jawab aku.
Pantas sungguh dia berlari mendapatkan remote yang memang aku selalu letakkan di atas katil. TV dibuka dan volume suara dikuatkan. Aku tidak pedulikan apa yang dipaparkan di TV tersebut. Aku cuba mendekati dia, tangan aku cuba untuk menyentuh bahu dia, kemudian ditamparnya. Aku tak putus asa, aku cuba untuk menyentuh paha dia. Ditamparnya juga cuma kali ni dia bersuara.
"Boleh tak you bersabar sekejap? I nak tengok Nora Elena ni. I jatuh cinta dengan Seth Tan dalam drama ni. Dia sangat romantik you tau" pekik dia dengan nada yang tinggi.
Fakk!! Setan sungguh!!
Di saat itu aku mula benci dengan drama Melayu yang berjudul "Nora Elena". Hilang terus mood aku time tuh. Aku bebal dan terus capai tuala pergi mandi.
"Kenapa gadis-gadis melayu terlalu obses sangat dengan watak rekaan? Lepas tuh cuba nak membanding dengan realiti" mengomel hati kecik ku seperti seorang makcik-makcik masa tengah mandi.
Bebal aku berlarutan selama seminggu, dan selama itu jugalah aku tak keluar dengan mana-mana gadis.