Kawan punya pasal

Posted by | Posted in | Posted on 12:08:00 PM

Masuk tahun ni dah hampir 4 tahun aku bekerja secara profesional setelah habis belajar. Bekerja secara profesional dan makan gaji memang banyak dugaan dan tekanan yang perlu aku hadapi. Rata-rata kebanyakan rakyat kat Malaysia ni semuanya hidup dengan makan gaji. Habis kalau semua nak jadi bos sapa pulak nak buat kerja kan?

Aku memilih untuk jadi kuli, tapi belum pasti sama ada untuk seumur hidup atau tidak. Bekerja pulak dengan bos perempuan yang banyak peel memang menguji tahap kelakian aku. Sering kali aku teruji setiap kali dipanggil masuk bilik. Kalau tak perform, kena panggil masuk bilik. Kalau perform pun kena panggil masuk bilik. Kesimpulannya dia memang suka panggil aku masuk bilik. Apa yang kami buat dalam bilik tuh, nanti lah aku ceritakan. Waktu sekarang tidak sesuai, ada benda lain yang lebih penting dari dia.

Aku ada seorang kawan yang bernama Aiman, otak dia memang bisnes habis. Dulu dekat Universiti segala jenis bisnes dia nak buat. Orang jual handphone import dari Singapore, dia pulak jual topup. Orang jual buku rujukan, dia pulak jual nota kuliah. Bak kata orang memang kreatif habis otak mamat ni dalam hal-hal bisnes. Sering kali dia mintak aku tolong dia dalam bisnes dia. Tolong jadi promoter yang tak bertauliah. Tapi dapat jugak la sedikit habuan untuk aku.

Lepas-lepas grad dari Universiti, dia ada ajak aku berjumpa. Dia ada cerita yang dia nak bukak bisnes Tow kereta. Disebabkan aku ni kawan baik dia, dia nak mintak tolong aku untuk design logo company dia. Mula-mula aku tolak , tapi dia memang pandai memujuk dengan mulut manis dia. Dengan berbekalkan mulut manis dia tuh la, dia dapat kawen free sebelum grad. Pandai dia memilih, anak Dato Zam. Hanis nama dia. Cuma mereka kawen dalam senyap-senyap sebab kantoi kena tangkap basah. Aku sorang ja yang tau cerita ni. Aku tak pernah cerita kat sapa-sapa pun. Aku sorang yang setia kawan.

Penat jugak aku pikir macam mana design logo yang paling terbaik. Akhirnya aku memilih untuk menggunakan logo dibawah. Aku harap dia berjaya dalam bisnes TOW dia.


Sampai sekarang dah hampir 3 tahun dia tak contact aku selepas aku serahkan logo tuh dekat dia. Agaknya memang maju betul bisnes dia sampai betul-betul sibuk sampai tak sempat nak contact aku.

Imaginasiku

Posted by | Posted in | Posted on 7:29:00 AM

Dah banyak kali sangat aku sebut aku ni seorang yang genius, tapi aku tak tahu berapa orang percaya cakap aku. Hari ni aku akan cuba explain sikit kenapa aku katakan aku ni seorang yang genius. Sebenarnya terdapat 2 golongan genius iaitu "Intellectual Genius" dan jugak "Imaginative Genius".


An intellectual genius is a person who has become an expert in pattern recognition. If a problem comes up, an intellectual genius will first, recognize the problem before him as one that is similar to one he has encountered before and second, solve it in a similar fashion.


Imaginative genius has no pattern. An imaginative genius is someone who goes outside himself for the solution to his problems. An imaginative genius is very creative in the solutions he comes up with.



Intellectual genius ada batasan dan had, tapi tidak dengan Imaginative genius yang tiada had dan sempadan. Pernah anda rasa tersekat ketika sedang berimaginasi terutamanya guys yang belum berkahwin?


Kalau anda kata tidak, ini jawapan aku kepada anda.




Jangan sempitkan fikiran anda bahawa seorang yang genius hanya hebat dalam benda-benda yang berkaitan dengan penyelesaian masalah matematik atau pengecaman sesuatu corak sahaja. Sebenarnya perkataan genius itu sendiri adalah "undefined". Masih banyak lagi kajian yang dilakukan untuk mengesahkan apa itu genius.


Aku cuba bagi satu contoh yang agak mudah, katakan kelmarin anda mendapat satu tugasan dari bos anda. Seharian suntuk anda berbincang dengan rakan sepejabat anda untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Tapi setelah habis waktu pejabat, anda masih buntu kerana tiada jalan penyelesaian. 


Apa yang anda lakukan selepas itu? 


Selalunya anda akan balik rumah mandi makan dan tidur. Percaya atau tidak, apabila keesokan pagi apabila anda bangun. Anda akan tersenyum kerana anda sudah mendapat cara untuk menyelesaikan tugasan anda. Hal ini berlaku bagi sesetengah orang macam aku.


Apa yang berlaku sebenarnya?


Oleh kerana terlalu banyak berfikir tentang masalah kerja tersebut, anda akan membawanya sampai ke alam mimpi. Dalam mimpi anda akan menggunakan pelbagai cara yang tak masuk dek akal untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hasilnya adalah kejayaan.


Pernahkan ini berlaku kepada anda?


Kalau pernah, Hell Yes!! anda pun seorang yang genius.


Tapi tahap genius dan imaginasi aku berbeza dengan anda semua. Kenapa aku katakan demikian?


Semasa kecik aku bercita-cita menjadi seorang penulis. Hobi aku dulu semasa remaja tengok muka Miyabi.


Cuba bayangkan apa perkerjaan aku sekarang kalau aku gabungkan cita-cita aku semasa kecik dengan hobi semasa remaja.


Hebatkan imaginasi aku?

Kisah Ubat

Posted by | Posted in | Posted on 9:54:00 AM

Hidup sebagai abang kepada 7 6 orang adik memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kalau tak percaya cuba ambik alih beban aku sebagai seorang abang. Keadaan keluarga serba kekurangan dengan adik beradik yang ramai menyebabkan kami sekeluarga sering kali tidak dapat melakukan aktitivi seperti dilakukan seperti keluarga kaya yang lain.

Pernah sekali kawan-kawan aku ada ajak aku untuk pergi bercamping, tapi mak dengan abah aku tak ada duit untuk diberikan, tambahan aku pulak disuruh untuk duduk dirumah untuk menjaga adik-adik aku yang lain. Mak dengan abah aku pergi bekerja. 

Waktu itu, aku hanya mampu mendengar kawan-kawan aku bercerita tentang pengalaman depa sewaktu bercamping. Ada yang terminum "minyak agaih" (minyak tanah) yang disangkakan ayaq, ada yang terpaksa merokok disebabkan kedinginan pagi yang melampau-lampau. Sampai sekarang, aku tak pasti apa depa nak buat dengan pegalaman tersebut. Imaginasi aku yang tinggi mengatakan, mungkin pengalaman itu sangat berguna bila kedua-duanya digabungkan sekali. Minum minyak agaih dan kemudian terus cucuh api rokok. Agak-agak apa yang terjadi?

Ok sudah, tinggalkan cerita pasai kawan-kawan aku. Depa subjek yang kurang penting dalam entri aku kali ni.

Berbalik kepada mak aku tadi, dia memang suka suruh aku buat macam -macam kerja. Aku pulak kekadang rajin kekadang malas nak tolong dia. Maklumlah time tuh aku masih lagi budak-budak dan masih lagi tak kenal majalah Manga dan jugak Maria Ozawa. Aku rasa time tu Maria Ozawa pun masih kanak-kanak polos macam aku.



"Abang Lan, tolong p kedai beli bawang sat"


"Abang Lan, tolong tengokkan adik sat. Pasai dia dok riyau tuh"


"Abang Lan, angkat baju kat penyidai sat"

Nak dijadikan cerita, time aku balik minggu lepas kat kampung. Dia ada ajak keluaq p beli barang-barang dapuq. Biasa la orang perempuan kalau nak bersiap makan masa. Dalam dok tengah tunggu dia bersiap, sekali dia suruh aku cari subjek yang pelik yang aku tak pernah belajaq kat sekolah, matrik, dan universiti.

"Abang Lan, tolong ambik ubat ketiak sat kat mak. Mak tertinggai dalam bilik hang" laung mak aku.
Dari segi pemahaman aku setelah belajaq dekat sekolah,matrik dan universiti. Ubat itu adalah sesuatu yang menyembuhkan atau mengurangkan kesakitan. Aku cuba mencari sesuatu seperti berbentuk krim sapuan, namun tak jumpa. Otak genius aku ni menyatakan yang aku tidak dapat mencari ubat ni dengan menggunakan Teoram Pythagoras dan jugak penalukkan mantik. Aku cuba menggunakan ilmu biologi dan kimia sewaktu aku belajaq dulu ni dan sempat jugak aku merujuk kat Jadual Berkala yang masih tertempek kat pintu bilik aku tuh. Ternyata tidak membuahkan hasil.

"Ubat ketiak? Benda apa tuh mak?" Tanya aku balik.


"Ni ha..apa ni orang hantaq belajaq tinggi-tinggi yang ni pun tak tak tau" herdik mak aku.





Tak payah la aku cerita macam mana kisah dia suruh aku ambik ubat nyamuk. Aku tak suka sangat cerita benda yang menunjukkan aku ni kurang hebat.

The Bloglist

Posted by | Posted in | Posted on 4:12:00 PM

Assalamualaikum readers sekalian,

Hari ni serius aku rasa bosan sebab weekend. Aku cuba pergi dapatkan tiket untuk tengok cerita "Pirate of Caribean" dengan "Kungfu Panda 2". Damm!! beratuq panjang gila. Teruih aku hilang mood nak tengok wayang walau pun sensorang. Bebai tak dak dah start reta teruih p lunch pukui 10.30 pagi tadi. Gila awai.

Balik rumah pulak tak tau nak buat apa. Aku bukan jenis suka flirting dalam Facebook ni, habis sangat pun like dengan random comment dengan page orang. Orang tuh balas, ku layan. Orang tuh tak balas aku cari orang lain. Tapi yang penting "no heart feeling".

Dengan tahap kebosanan yang amat sangat, aku cuba menghabiskan masa aku untuk meng-re-design-kan semula templete page aku. So how it is?

Serius aku nak feedback hampa semua. Tolong bagi komen pasal page aku ni. Sebab yang nak baca hangpa, bukan aku. 

Kah kah kah..

Ok satu lagi. Aku baru perasan yang aku tak dak bloglist. Dengan rasminya aku nak buat beberapa bloglist. Kalau ada sesapa yang nak submit link blog bleh la la berbuat demikian.

Tapi dalam format dibawah:

1. Link Blog hangpa
2. 1 atau 2 Link Blog yang paling-paling hampa suka baca.(Kecuali blog politik)

Aku mintak 2 link ja kan, tak banyak. Sila submit link blog hangpa kat entri ni.

Ni bukan segmen atau contest, blog sesapa yang aku rasa best dibaca aku akan letak dalam bloglist aku. Aci?

Update:
Masih tak dak lagi fix date bila aku nak stopkan benda ni. Lepas aku dah dapat cukup link aku stop..


Sekian.
 

How to Flirt (For Girls)

Posted by | Posted in | Posted on 10:09:00 PM



Assalamualaikum,

Hai gadis-gadis yang polos,loser dan nerd sekalian.

Aku tau ramai yang dikalangan hangpa masih single sampai ke hari ni. Rupa dah ada, body pun dah seksi. Tapi di mana silapnya? Kalau hangpa yang jenih hari-hari dok belek kat depan cermin mencari kelemahan diri sendiri. Hentikan!!!








Hari ni aku nak mengajaq hangpa macam mana nak flirt dengan laki. Step by step tutorial. Tengok video kat bawah.



 "A girl flirting with guys,but at the end she will marry a man"

Kebanyakan gadis yang bajet hot dan lentik memang suka sangat flirting. Most of them akan memperguna kaum laki yang sangat tangkap lentok kat depa. Konon laki yang jenih sanggup buat apa saja, tambah-tambah laki yang lurus bendul.

Kalau dekat universiti, depa akan mintak laki ni tolong buat assignment dan projek untuk depa. Kadang-kadang sampai mintak tolong kat laki ni tolong p tapau makanan dekat depa. Makan tak nak la yang lekeh-lekeh ni. Kurang-kurang double cheese burger.

Kalau bagi yang bekerja pulak, depa hanya akan buat tempat untuk having fun saja. Sapa yang tak suka, laki ni yang akan bayaq kesemuanya. Just tinggai bawak badan, makeup sket-sket lepaih tuh tunjuk gedik sikit. Confirm laki tuh caiq aih.

Tapi bagi laki plak...

"A guy flirting with girls, but most of them will end up in one night stand"

KAH KAH KAH

Happy Flirting!!!

Gadis Semasa

Posted by | Posted in | Posted on 7:48:00 PM


Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Entri aku kali ni bukan nak explain pasai lirik lagu "Gadis Semasa" oleh Yuna. Nak kata aku fanatik sangat kat Yuna pun bukan, lagu dia pun aku tak hapai. Just nice-nice untuk didengaq ja. Aku bukan jugak nak tolong promote "Gadis Semasa" syampoo Sunsilk. Kepala aku pun dah botak. Nak promote syampoo apa kejadah lagi.

Sebelum aku menulih dengan panjang lebaq, tolong tengok explaination kat bawah dulu.

Semasa:
  • Sekarang
  • Terkini
  • Up to date
  • Latest

So dari segi istilah aku, gadis semasa ni adalah sejenis golongan gadis yang mengikuti trend semasa. Bak kata makcik-makcik dalam drama "up to date". Kalau takat nak petik 2,3 nama dalam industri fesyen Malaysia yang mempengaruhi gadis-gadis kat Malaysia ni senang saja. 

Bagi kebanyakan gadis yang free hair kat Malaysia sekarang ni, mereka ni banyak dipengaruhi oleh fesyen yang datang dari Korea dan China.


Memang tak dinafikan fesyen-fesyen macam ni agak trendy bagi gadis yang free hair. Bagi yang berani lagi, ada juga gadis semasa bertudung yang berani menggayakan fesyen korea dan china ni.


Salah satu lagi fesyen yang amat digemari oleh para gadis semasa adalah jenis ala-ala vintage. Fesyen lama yang telah dimodenkan. Memang unik.


http://www.ilovepastelina.com/


Tapi bagi gadis yang lebih berani, mereka akan memilih untuk menggayakan"mix and match" fashion dengan warna yang lebih garang dan terang. Tapi kalau dok kat kampung, jangan dok gatai nak try la. Sat g mengumpat pulak makcik-makcik yang mulut lazer tuh.

Antaranya kalau dari fesyen bertudung aku kenal Hannah Tajima dan Yuna. Depa berdua ni memang bawak banyak perubahan dalam fesyen bertudung kat Malaysia ni.



Bagi aku exotic, bukan semua orang mampu mengayakan tudung macam depa. Kalau tak kena dengan wajah, mungkin akan jadi macam nenek. Ada fesyen  bertudung  lain yang aku minat.


Eh silap..

p/s: 
sapa kutuk dia aku bunuh..aci? Tapi kalau nak baca blog dia p la. Dah la aku main petik ja tak mintak kebenaran dia.



Sapa tak kenai minah ni pun aku nak bunuh dia jugak. Heliza Helmi, satu-satunya artis perempuan yang aku respek. Kalau hangpa join fanpage dia, hangpa akan paham kenapa aku respek dia.

Berfesyen tuh berfesyen jugak. Kalau pakaian dah up to date minda dan ilmu pun kena sama. Orang laki akan lebih minat dan respek orang perempuan yang mempunyai penampilan menarik dan jugak ilmu yang tinggi serta merendah diri. Jangan hanya cantik diluar tapi dibelakang jadi yang sebaliknya.


Baca jugak entri ni Gadis Lentik


Thanks orang dibawah sebab tolong aku buatkan entri ni:
Fiza Fizz
Lien Da
Natasha
Yang Raimi

Gadis Buntu

Posted by | Posted in | Posted on 9:03:00 AM



SAYA merupakan gadis yang mempunyai paras rupa yang agak menarik. Di tempat kerja saya selalu menjadi perhatian dan rebutan rakan sekerja lelaki. Tidak lupa jugak mamat bangla si cleaner, pun ada hati nak mengorat saya. Namun tak ada seorang lelaki pun yang dapat menarik perhatian saya. Saya agak kesunyian dan memerlukan teman yang dapat memberikan perhatian terhadap saya kerana keluarga saya berada jauh di kampung.

Gambar sekadar hiasan

Dalam 3 bulan lepas saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui satu laman web sosial. Saya tengok rupa dia boleh tahan, tapi saya tak memilih sangat tentang rupa. Tapi kalau dah jodoh apa salahnya. Saya lagi suka lelaki yang ada pakej rupa dan harta agar terjamin masa depan depan saya kelak. 


Kami buat keputusan untuk berjumpa sebulan yang lepas disebuah kedai mamak area KL. Pertemuan pertama kami tidak mengecewakan saya. Rupa dia memang boleh tahan. Dia sungguh gentleman, dia belanja saya makan roti kapas dan jugak teh tarik. Kami makan bersuap, romantik sungguh dia.

Pertemuan kami yang berikutnya, dia belanja saya tengok movie seram kerana saya pernah bagitau dia yang saya suka tengok cerita seram. Tak sangka dia sanggup berhabis duit untuk membeli tiket "Couple Seat". Semasa tayangan cerita tersebut, ada part yang saya kurang suka. Dia ada memeluk saya ketika ada scene-scena yang suspen. Lepas habis tayangan dia ada cerita dekat saya yang dia tak sengaja terpeluk saya sebab dia memang terkejut betol. Takpa saya maafkan dia. Saya tau dia betul-betul tidak sengaja.

Saya sungguh bahagia dengan dia. Dia ada beri tahu saya yang dia sangat sayangkan saya dan ingin memperisterikan saya. Kalau boleh secepat mungkin. Tapi dia tak pasti sejauh mana cinta saya terhadap dia. Dia pernah cerita yang dia sudah banyak banyak kali dikecewakan gadis. Dia tak nak peristiwa yang sama berulang.

Dia mintak saya "Check-In" hotel dengan dia untuk buktikan cinta saya. Dia mengugut untuk memutuskan hubungan kami kalau saya tidak menurut cakap dia. Apa yang harus saya lakukan? Saya betul-betul sayangkan dia. Saya tak nak kehilangan dia. Inilah cinta pertama saya. Lagi pun saya tak tau istilah "Check In" hotel tu. Saya budak kampung.

Gadis Buntu
Ampang


Sak!!!

Hang dah salah orang ni. Hang tak baca profile aku sebelum hantaq email ni? 


Takpa la, aku akan cuba jugak untuk bantu hang. Kalau hang nak tau istilah "Check In" hotel tuh, jom kita p jumpa kat mana-mana bilik hotel. Nanti aku ajaq. Mau?

Kalau nak jawapan yang lebih mendalam, hang cuba tanya Abg Zam mungkin dia dapat menjawab dengan lebih terperinci.



Hari yang panjang

Posted by | Posted in | Posted on 12:47:00 AM

Semalam aku tak sempat nak update blog sebab aku drive balik dari Sungai Petani(SP) ke Kuala Lumpur(KL). Kalau aku sempat update jugak, tobat bapak polis ada bukti nak saman aku kat mahkamah sebab guna laptop semasa memandu. Eh chup!!! tak dak masalah kot. Setahu aku, telefon bimbit sahaja yang dilarang digunakan ketika driving. Demm!! kalau aku sedaq tadi, tobat aku dah update blog. Ok, esok-esok kalau aku driving lagi aku akan cuba update blog time drive. Kita tengok apa jadi.

Aku menjadi pemandu yang sangat berhemah semalam, mana tidaknya dah 5 orang sound aku suruh bawak slow-slow. Terasa macam ajal dah dekat pulak. Seram jugak aku. So aku cuba maintain 110km/j walaupun kadang-kadang terlajak sedikit sampai 160km/j. Sorry mak, cek tak sengaja. Ada orang saja layuq cek kat highway, cek tak tahan. Cek dan la layan dia sat sampai lalu depan polis traffic. Time tuh cek dah slow down, tapi dia makin laju. Cek tau tak apa jadi kat dia lepaih tu.

Bertolak pukui 9.30 pagi, aku menuju ke rumah nenek aku untuk hantaq besen besi dengan ambik "garam belacan" habuan cicah dengan pelam apple yang aku bawak dari rumah. Ramai gadis yang pesan benda ni, aku terpaksa bawak. Aku cukup tak paham pasai pa depa suka sangat benda yang masam-masam macam ni. Cari la benda lain yang maneh contoh dia MADU. Laki pulak suka dengan MADU. Yang tuh aku paham sebab maneh. Aku pun suka.

Aku berenti berehat dekat R&R Tapah. Selalu kalau berenti kat sini mesti aku pekena nasi lemak dia. Sedap kot. Kalau hangpa tak percaya try la. Tapi disebabkan aku dah kenyang aku just duduk lepak minum sambil online dan blogwalking. Satu lagi tarikan kat R&R Tapah ni adalah dia punya lemang, ketupat dan jugak rendang tok dia. Sangat mabeles. Orang yang jaga kedai dia pun maneh. Aku hampir tak pasti sebab apa aku beli lemang dan ketupat tadi. Sama ada sebab rasa dia atau pun sebab orang yang jaga kedai tuh. Serius lawa beb awek tuh. Tadi aku tak dan nak mengorat sebab orang penuh dok membeli, lagipun aku dok sambil-sambil usha jari dia kot-kot dah ada cincin. Aku tak nak pisang berbuah 2 kali.

Aku tak nak nampak cincin kat jari maneh dia. Maybe lain kali aku akan singgah lagi untuk beli ketupat dan lemang dia. Mana tau jodoh aku dengan gadis R&R plak kali. Buleh aku makan lemang ngan ketupat free time singgah kat sini nanti. Bijak tak aku? Walau pun muka dia tak dak iras-iras Lisa Surihani, tapi aku yakin mak aku akan setuju kalau aku pujuk pelan-pelan.

Aku sampai KL dalam pukui 3.30 petang. Sebelum sampai rumah aku teruih p hantaq buah pelam dekat member aku ni. 

Nellisa Hasan
Amacam, ada rupa macam artis 3gp tak?


Kalau guys berkenan, sorry la. She already taken. Nasib hangpa tak baik. Takpa teruskan membaca ada benda baik untuk hangpa dalam entri ni.


Balik dari hantaq mempelam kat minah elis ni, aku sempat bergaduh dengan geng-geng lepaking aku dalam FB. Aku tak puas hati dengan depa, tengok movie Pirate of Caribean tak ajak aku. 


Click untuk besarkan


Demm!! aku terpaksa tengok sensorang. Kepada gadis diluaq sana yang nak ajak aku teman dia tengok wayang, sila email aku dengan syarat hangpa belanja aku. Aci?


Malam tuh aku gerak plak keluaq lepak dengan 2 orang gadis lagi, Cik Niz dan Cik Aisyah. Lepak dengan 2 orang gadis ni aku tak kering gusi. Sampai aku kena berlagak jadi bapak untuk suruh depa berenti main time makan. Kedua dua depa ni masih berstatus cik, kalau agak guys yang berkenan buleh la try. Aku bukan apa, aku lebih suka gadis yang matang dan lentik. Ops!! bukan aku, tapi mak aku. Serius aku tak memilih, percaya la.


Oklah aku nak tidoq, esok aku rasa aku nak sambung cuti lagi. Aku masih baloq liat nak masuk reja.


Nite gadis-gadis sekalian. 


Muah!!!!

Medical Check Up

Posted by | Posted in | Posted on 8:26:00 PM

Sejak dua menjak ni aku rasa tak berapa sedap badan. Panas dan kerap sangat berpeluh. Bila kencing urin berwarna kuning gelap. Gusi senang berdarah dan bila dah berdarah lambat pulak nak berenti. Muka pucat dan mata merah sampai aku rasa beza drakula dengan aku cuma aku tak dak taring saja. Tang minat gadis kami sama saja. Cuma dia suka hisap darah, tapi aku pilih benda lain untuk dihisap.

At the end aku ambik keputusan pergi klinik untuk buat medical check up. Dekat Sungai Petani ni pun, klinik bercambah macam dekat KL. Dalam satu taman dah boleh jumpa 3 atau 4 buah klinik. Aku suka pilih benda yang dekat dan tak perlu beratuq. Aku tak suka berebut dan beratuq dalam semua hal termasuklah shopping, tandas dan jugak gadis. Gila nak kena beratuq ngan berebut macam tak dak yang lain. Kalau dah terdesak sangat, tak tau la. Setakat ni tak pernah lagi.

Sampai-sampai di klinik yang aku nak buat medical check up ni, mata aku terpandang dekat dia punya receptionist. Perghh!! Cun siot. Macam iras-iras Lisa Surihani.



Hangpa kalau pernah baca entri aku sebelum ni mesti hangpa tau kan, yang mak aku kalau boleh memang nak menantu dia iras-iras Lisa Surihani. Aku tak nak jadi anak derhaka, so aku pun cuba nak atuq ayat.

"Assalamualaikum err..cik....Hanis" mata aku pandang name tag yang tersemat kat baju dia.

"Waalaikumussalam. Boleh saya bantu encik?" tanya si Hanis.

Pergh!! ayu siot suara dia, kalau hangpa dengaq tobat tangkap leleh punya aih. Aku bertambah semangat nak mengorat.

"Saya datang nak buat medical check up, doktor ada kat dalam cik Hanis?" tanya aku sampai mata tak berkedip.

"Doktor tak sampai lagi la encik, kalau tak keberatan encik tunggu la dulu. Dalam 10 minit lagi doktor sampai" terang Hanis.

"Owh yaka. Jangan la ber-encik-encik sangat dengan saya. Nama saya Azlan" sambil aku sua tangan nak bersalam.

"Baiklah, encik Azlan. By the way nama saya Pn. Hanis" jawab dia.

"Saks!! Tak dak ka dalam dunia ni perempuan cantik dan comei yang belum couple, belum bertunang mahupun yang belum berkawen?" maki aku dalam hati sambil tarik balik tangan kanan yang aku hulur tadi.

Aku tak cakap banyak lepaih tuh, dengan perasaan kecewa teruih aku bagi Kad Pengenalan untuk register sebab aku tak pernah lagi p klinik tuh sebelum ni. Dia pulak tengok aku dengan senyuman sinis. Aku tak tunggu lama kat kaunter, selesai pendaftaran teruih aku duduk di tempat menunggu. Jauh sikit dari kaunter pendaftaran.


"Encik Azlan!!"


Nama aku dipanggil. Aku berjalan selamba menyusuri kaunter pendaftaran tadi sambil dengar suara gadis gedik berbisik-bisik sambil ketawa.


"Daje!! Depa dok mengumpat aku la tuh" bisik aku sensorang.


Masuk saja dalam bilik doktor tuh, aku sedikit hampa. Doktor lelaki. Lepas tu aku bagi tau semua symptom-symptom yang aku alami. Dia buat sedikit prosedur biasa seperti check tekanan darah, check nafas dan mulut.


Tiba-tiba...


"Saya harap encik Azlan dapat bersabar" doktor Nathan cuba menenangkan aku.


"Kenapa dengan saya doktor?" Tanya aku.


"Saya syaki encik Azlan ada masalah dengan hati encik Azlan" terang doktor Nathan.


"Betul ka doktor? Doktor sangat pasti?" tanya aku berulang kali.


"Yes, I am very sure" Jelas doktor itu.


"Tak ada cara nak sembuhkan penyakit saya ka doktor?" tanya aku lagi dengan nada yang sangat tinggi.


"Sabar-sabar, nanti saya tuliskan apa yang encik Azlan perlu lakukan. Sebelum tuh, brapa umur encik Azlan sekarang?" tanya doktor Nathan lagi.


"27" lemah aku menjawab.


"Nah, ambik ni. Encik Azlan amalkan, maybe akan sembuh. Dan tak perlu makan apa-apa ubat" terang doktor Nathan.


Perlahan-lahan aku ambik nota yang dia bagi, sambil berasa pelik. Selalunya orang sakit mesti dan diharuskan mengambil ubat. Ubat dan sakit dah lumrah sangat. Aku pun dengan lemah membaca nota yang dia bagi.

Nota:
1. Bersenam seminggu 3 kali.
2. Jaga makan dan minum.
3. Last but not least jangan bercinta sampai umur 30 tahun.


Yang Ikhlas,
Doktor Love Nathan


WHAT THE FAK!!!


Hasnah Binti Noraini

Posted by | Posted in | Posted on 12:57:00 AM


Pagi yang sunyi,

Hidup sebagai seorang bujang tak banyak benda yang fun yang boleh aku buat diwaktu pagi. Sekadar bangun pagi untuk bersujud pada-Nya memohon kemaafan serta kesejahteraan keluarga dan kesihatan adik aku yang menderita ketumbuhan dibahagian peparu, jantung dan juga perut. Ditambah pula dengan hati dia rosak kesan daripada kemoterapi dan ubat yang digunakan. 

Semalam mak aku ada call, cakap keadaan adik aku agak kritikal. Masa tuh aku ada di pejabat (KL) dalam pukul 4 petang. Sejam kemudian dia call balik cakap adik aku dah stabil sket. Lega hati aku sedikit. Aku sebenarnya baru balik dari bercuti kat kampung dan baru masuk kerja. Memang letih sedikit nak berulang alik ke kampung.

I need another story,
Something to get off my chest,
My life gets kinda boring,
Need something that i can confess,

"Eh tuh bunyi handset aku" bisik hati kecil aku pada masa tersebut sedang iron baju melayu. 

Hari Jumaat, memang sangat rare untuk aku berbaju melayu terutama di office lama. Cuma kat office baru ni aku rajin sikit sebab pakaian bebas, janji sopan.

"Abang Lan, doktor cakap Hasnah dah kritikal. Mak tengok dia pun dah tak larat nak bernafas. Balik la" rintih ibu aku.

"Takpa la mak, abang balik la ni jugak. Nanti abang telefon bagi tau yang lain sama" jawapan aku kepada mak dengan nada memujuk.

8:30 pagi, waktu jam ditangan aku. Masa tuh aku baru nak bertolak ke Hospital Pulau Pinang sebab adik aku buat treatment dekat sana. Dah hampir sebulan lebih mak aku dengan dia kat sana. Selalunya dalam 1 atau 2 minggu treatment. Doktor dah bagi balik rumah untuk berehat 2 atau 3 hari. Tapi kali ni berbeza sangat.

Aku cuba call semua sedara mara aku yang ada kat KL untuk bagitau pasal benda ni sambil memandu berseorangan untuk ke Penang. Aku tau aku belum isi minyak lagi sebab semalam aku ke putrajaya untuk jual 2 voucher tiket GSC Premier Class yang dah nak expired pada 21hb May 2011. Aku tak ada sapa-sapa yang nak di ajak tengok wayang yang kebetulan "Couple Seat". Lain la kalau Lisa Surihani sudi nak keluar tengok wayang dengan aku. Aku singgah untuk isi minyak dekat Plaza Tol Jalan Duta. 

Tiba-tiba ada satu nombor telefon naik, "Land Number". Mula-mula aku dah malas nak angkat telefon dah terutama dari nombor aku tak kenal.

"Hello, Assalamualaikum. Chu ni" suara yang telefon aku.

"Ha, awat Chu?" tanya aku.

"Ni Chu nak bagi tau, Hasnah dah meninggal dunia. Mak hang call Chu tadi. Hang bawak la reta pelan-pelan" terang maksu aku.

Aku dah jadi blur. Tak tahu nak cakap apa dah. Aku perlukan tempat untuk mengadu, aku perlukan bahu untuk menangis. 



"Where were you when I need  you the most" benak hati aku berkata. 


Yang aku sedar selepas itu, jarum penanda kelajuan kereta aku dah menunjukkan 170km/j. Dan pernah seketika 180km/j, angka terakhir yang ada. Aku dah tak peduli kalau nak kena saman atau kemalangan. Yang aku tahu nak sampai dengan cepat. Mana tidaknya, mak aku dah 2 kali call bagi tau benda yang sama.


"Abang Lan, Hasnah dah tak dak" sambil menangis.


Ayat yang sama, cuma selang beberapa minit. Mungkin sebab dah terlalu sedih sampai dia dah tak ingat sapa yang dia call. Kebetulan mak aku saja yang ada dengan adik aku waktu tersebut. Ayah dan adik beradik yang lain bekerja dan dekat rumah. Masa dalam perjalanan mak aku ada call banyak kali. Yang last aku ingat dia bagitau yang arwah adik aku hospital dah uruskan untuk di bawa balik ke Sungai Petani, kampung halaman aku. Mak aku suruh aku terus balik ke rumah.


12.30 tengahari, aku dah sampai kampung halaman aku Sungai Petani. Masa tuh orang dah penuh dalam rumah. Aku terus meluru ke depan untuk melihat jenazah adik aku. Sebak, pilu tapi situ ramai makcik-makcik, anak-anak gadis. Aku cuba untuk tidak menangis. Mak aku pun ada kat situ dengan matanya yang berlinangan air mata, tapi tiada suara yang keluar. Aku paksa diri aku supaya tabah supaya mak aku tak terikut kalau aku menangis nanti.


Waktu zohor dah nak masuk, hari ni hari Jumaat. Aku bersegera ke Masjid untuk menunaikan solat. Ada jugak cara aku untuk mengelakkan diri dari menangis.


Sesudah solat aku balik, terserempak pulak dengan mak aku yang baru lepas ambik wuduk. Dia mula bercerita, cerita tentang keadaan arwah adik aku. Semasa sebelum nazak, semasa tengah nazak dan semasa arwah dah meninggal. Waktu itu aku cuba berbisik kepada dalam diri aku supaya untuk tidak berkata apa-apa. Aku cuma mendengar. Mendengar keluhan seorang ibu yang baru kehilangan anak.


Waktu itu, aku sangat terasa beban dan tanggungjawab aku sebagai anak sulong dalam keluarga aku. Waktu ini ayah dan ibu mungkin dah rebah dan menangis. Tapi aku perlu kuat, kuat untuk memapah dan menenangkan mereka. Tapi aku hanya mampu untuk berlagak kuat, tapi dalam hati aku. Aku menangis.


"Where were you when I need  you the most" benak hati aku berkata lagi.


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,

Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

  


Selesai talkin dibacakan. Alhamdulillah semua dah selamat. Sewaktu aku menulis entri ini. Mak ayah dan adik-adik aku, semuanya dah tidur.


Pesan aku kepada pembaca diluar sana....


Apabila orang yang bersedih sedang meluahkan perasaan sedih serta beban dalam hati mereka. Anda tak semestinya perlu jadi pakar motivasi untuk menyelesaikan masalah mereka. Anda juga tak semestinya perlu berfikir untuk cara bertanyakan soalan-soalan kepada mereka. Apa yang penting anda hanya perlu mendengar. Anda perlu dengar setiap keluh kesah, rintihan dan  kisah mereka.


Tak ramai yang pandai untuk menjadi pendengar yang baik. Yang ada cuma mereka yang ingin menjadi jaguh untuk menyelesaikan masalah. Berjaga-jaga, mungkin kerana anda, akan timbul pula masalah baru jika cara yang anda berikan untuk menyelesaikan masalah tidak kena dengan caranya. Tak semua orang mampu untuk menyelesaikan masalah orang lain kerana pengalaman dan masalah kita berbeza dengan dia.


Cara yang terbaik untuk meringankan beban atau masalah yang terpendam dalam benak hati seseorang insan adalah untuk dia meluahkan dan untuk itu dia memerlukan pendengar. Apa yang mampu anda buat sebagai pendengar adalah 

  • Berikan perhatian kepada setiap kata-kata dia. 
  • Jangan berkata apa-apa yang negatif.
  • Bertentang mata dengan dia.
  • Jangan memotong cakap dia.
  • Jangan berikan reaksi yang boleh membuatkan dia menangis atau sedih.
  • Terima segala-segala yang dia luahkan kepada anda tanpa perlu untuk berdebat.

Entri ini khas untuk arwah adik aku "Hasnah Binti Noraini". Semoga roh beliau ditempatkan dengan golongan orang yang beriman.



AL-FATIHAH

Nota kaki:
Entry ini ditulis tanpa menitiskan air mata walau pun setitik.

Pray for her

Posted by | Posted in | Posted on 5:26:00 PM

Assalamualaikum..

Minta jasa baik kawan-kawan doakan adik aku yang sedang kritikal di Hospital Penang wad A2 due to tumor and heart issue.


Hasnah Binti Masli 20 years Old.


Terima Kasih..