Teater Juta Juta Dan 1 Plastik Hitam

Siapa kata tiada karya hebat dalam teater tempatan. Siapa kata muzik itu satu kemestian jika mahu sesebuah teater itu laku. Siapa kata pelakon teater perlu terdiri daripada pelakon drama mahupun filem yang sedang hangat dipasaran industri media tanahair. Sapa kata sebuah teater itu perlukan sebuah permulaan yang sedih dan berakhir dengan gembira atau pun sebaliknya.


Tanggapan itu aku telah kikis bila aku menonton Teater Juta Juta yang telah di pentaskan di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 3, Putrajaya pada 12 dan 13hb November 2011 yang lepas.

Aku suka dengan lakonan mereka yang bersahaja seolah-olah tiada skrip yang digunakan, interaksi dengan penonton juga merupakan elemen yang pelik yang tak pernah aku jumpa dalam teater-teater sebelum ini. Susunan jalan ceritanya yang berterabur membuatkan penonton terpaksa menggunakan imaginasi mereka untuk memahami apa yang mereka pentaskan. Namun yang paling menarik minat aku adalah genre teater ini bukanlah tentang percintaan yang mana selalu sangat kita nampak dalam filem atau pun drama.

Mungkin entry ini agak terlewat bagi sesetengah orang sebab mungkin akan berkata.

"Dah lepas baru nak promote. Apa bala..."

"Baik tak payah buat entry macam ni."

Tapi bagi aku tidak. Tidak pernah terlalu terlewat kita dalam sesuatu asalkan kita mahu memulakannya. Bagi yang pernah menonton Teater arahan Fasyali Fadzly and the geng ada berita baik untuk korang semua. Satu lagi teater akan di pentas di Stor Teater DBP Kuala Lumpur (Jalan Dewan Bahasa) bermula dari 7 Dis 2011 - 11 Dis 2011 pada pukul 8.30 malam. 1 Plastik Hitam, begitu tajuk teater yang diberi nama.


Jika korang mahukan kelainan dari teater muzikal yang sedia ada jangan lupa untuk pergi dan menyaksikan teater-teater sebegini. Pasti tidak akan menghampa dengan hanya bayaran bernilai RM20, anda mampu untuk berpuas hati dengan persembahan yang diberikan. Gaya yang bersahaja, skrip dan aksi yang mungkin berubah bergantung kepada keadaan tempat dan juga pentas.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang teater yang bakal dipentaskan ini, korang bolehlah merujuk pada link berikut -> 1 Plastik Hitam atau pun korang boleh terus menghubungi En Hilal di nombor berikut 019-3572093 untuk urusan pembelian tiket.

11 comments:

cik bulan said...

aah..klo kat penang dulu suka tgk teater kat jalan p ramlee...sgt bes,,teringatlah plak..tu lah kali ptame n last org tgk teater..hahahha

Akulah Pak Lan said...

cik bulan: lama tak nampak kau kat sini...jom la pergi teater ni..

aloy_paradoks said...

terimakasih banyak.

blog-tips-kurus said...

kenapa tiada promosi untuk mereka? hanya tahu teater utk IB sahaja..

hanaahmad said...

kau tahu, sejak aku kecil lagi teater ni dah jadi bahan hiburan yang merelakskan aku. cukup best. dan sayangnya tak banyak teater yang aku berkesempatan tengok disebabkan kekangan masa. ada satu lagi teater asrar bakal berlangsung hujung minggu ni di mbsa shah alam.

paklan, belanja lah aku tengok teater 1 plastik hitam. keh3

Akulah Pak Lan said...

Aloy: buleh dapat tiket free dak? hahaha

Akulah Pak Lan said...

blog-tips-kurus: kau tak ada nama pendek ka yg senang aku nak mention? haha


anyway yang tu kau kena tanya aloy, dia lebih arif

Akulah Pak Lan said...

Hanaahmad: tengok dan lagi nak pau aku

nazirah said...

wah mmg tak prnh dgr tajuk2 theater ni pelakon pn tak menarik tempat pn tak best tp belum cube belum taw kan tanx pak la nice info ;)

Akulah Pak Lan said...

cci: ajak bf p tgk. worth to watch

lylaROCKprincess said...

Teater Juta Juta best!!!!
insyallah akan tengok 1 Plastik Hitam juga..
hehe...