Jom Masuk Program Kaki Kampung (Updated)
Posted by | Posted in The Info | Posted on 5:00:00 PM
Apa benda bala Kaki Kampung ni?
Sebenarnya Kaki Kampung ini adalah sebuah Program Majalah Travelogue yang bakal diterbitkan oleh Snap Productions. Kaki Kampung merupakan sebuah program majalah berkonsepkan travelogue untuk siaran televisyen (RTM) sebanyak 13 episod. Program ini akan memulakan penggambaran pada Januari 2012 dan akan menemui penonton pada Mac 2012. Program ini yang terinspirasi daripada rancangan Amazing Race akan membawa penonton untuk melihat bagaimana peserta yang dipilih bersaing merebut gelaran Juara Kaki Kampung.
Apa yang menariknya tentang program ini?
Program ini akan menjelajah ke kampung-kampung yang terpilih seluruh Malaysia dan akan membawa penonton mengenali adat tradisi dan budaya setempat. Pertandingan yang akan diadakan untuk menguji peserta adalah meliputi aktiviti permainan, kebudayaan dan makanan tradisi. Peserta akan dinilai melalui aktiviti yang dijalankan serta ketangkasan menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Oleh itu bagi sesiapa yang berminat atau jenis suka masuk TV ni, boleh la datang untuk uji bakat yang akan diadakan pada 20 Dec 2011 di stor teater DBP, KL jam 1pm-6pm. Umur kelayakan dalam range umur 18-30 tahun SAHAJA. Datanglah uji bakat kerana tempat adalah terhad untuk beberapa peserta sahaja.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh la rujuk pada Fanpage Facebook Kaki Kampung.
Host : Sofian Bujang
Directed by : Fazleena Hishamuddin
Producer : Sasha
*Aku nak masuk tapi dengar kata diaorang nak muda-muda saja. Aku redha*



lupe umo kau 27 cik lan. kihkih
ala umur tak lepas lar bro hihihi :D
hang dh tua ke lan....hahaha
yes! aku layak! hehe
ni antara ujian2 dia msti main congkak, galah panjang,tenun songket,buat labu sayung...errr...
teka je =)
heee program TV kah? wahhh menarik! hehehe tapi saya mcm x sesuai kot?
Macam best..aku macam nk gi je..aku muda lagi..heheheh
Macam best..aku macam nk gi je..aku muda lagi..heheheh
ada apa pd umoq PakLan..hehehee
nampak sangat umur hang atas 25. kah3. aku boleh masuk lagi ni. yay!
27 tak la tua sgt kahkah
menarik :)
cambestt! tpi jauh ngat.. haddoooii
menarik =)
redha je lah lan haha
macam nak joinn..hmm
banyak travelougue sekarang... bagusla, dapat promo bahagian2 pendalaman :)