Bahana Basuh Kereta

Posted by | Posted in | Posted on 10:07:00 AM

Hari Ahad lepas aku dok lepak rumah saja. Memang aku tak pergi mana-mana. Terasa sunyi seminit. Bila pikir-pikir balik, kesian plak kat si Sue sebab kena reject buta-buta dengan aku semalam. Harap-harap dia masih setia nak baca blog aku.



Pesan aku kat dia. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau kau bodoh, pergi la cari kumbang. Sebab kau kalau mengawan berapa banyak kali pun dengan kumbang, bukan boleh buat anak pun. Pandai tak?



Aku yang tak tau nak buat apa selepas habis sapu sampah, mop lantai, buang sampah dan basuh baju. Pendek kata, habis semua kerja rumah aku buat. Aku dah boleh dikategorikan dalam bakal suami yang cemerlang habis. Selepas habis semua kerja-kerja rumah, aku decide nak basuh kereta aku yang dah berabuk dan kotor sebab dah 2 minggu aku tak mandikan dia. So aku sarung baju dan juga seluar bola sebagai pakaian rasmi untuk mencuci kereta.



Since aku tinggal di tingkat 3 terpaksa la aku mengusung air naik turun tangga. Dalam dok mengusung air menggunakan baldi, ada la yang tertumpah sikit ke lantai tangga. Normal la kan kalau air tertumpah. Baldi yang pertama, aku guna untuk simbah bagi kereta aku basah dulu, baldi kedua aku isi dengan air sabun sebab nak mencuci.



Sedang hampir separuh jalan aku tengah mencuci, aku perasan awek kedah yang duduk depan rumah aku baru balik dari mana entah. Dia parking kereta, dan kemudian tergesa-gesa naik ke atas. Aku nak tegur pun, reputasi aku dalam mata dia masih lagi hambar. Rasanya meluat dia pada aku masih belum habis. Bila aku cuba memandang dia, segera dia terus mengalihkan pandangan dia ke tempat lain.



Aku teruskan kerja mencuci aku sampai semua tempat aku yakin bersih. Aku simbah air sabun tadi ke dalam longkang. Aku sewaktu itu dalam ke basahan akibat peluh dan terkena air tadi naik perlahan-lahan menuju ke rumah aku untuk mengambil air untuk mencuci bilas kereta aku. Dalam mendaki tangga, aku terpandang susuk tubuh yang aku kenal. Dia sudah menyalin pakaian dia yang tadi. Sekarang dia dalam pakaian baju tidur silk berwarna putih dan berselipar getah. Mungkin tertinggal barang dalam kereta agaknya.



Dia tak dapat nak mengelak untuk bertembung dengan aku. Aku cuba memberi laluan kepada dia dengan bergerak ke kiri. Entah macam mana kami end up berada di posisi yang dan masih bertentangan. Aku bergerak ke kanan, dan kami masih lagi bertentangan antara satu sama lain. Kali ni aku cuba mengacah, dia pun bust benda yang sama. Aku tak tahu dari mana datang chemistery yang tiba-tiba membuatkan kami berdua tergelak sebentar. Muka masam dia pada aku kina bertukar senyuman.



"Lady first..." Kata aku sambil berdiri statik memberikan laluan pada dia.



"Thaaank you!" sambil melangkah turun dari tangga perlahan-lahan dengan senyuman.



Sedang dia melangkah turun, tetiba yang aku sedar dia sudah tergelincir dan terus terpaut pada tangan aku dan kami jatuh berdua dalam lopak air yang ada di bawah tangga. Nasib baik tak tinggi kalau tak, confirm dah cedera. Aku bangun perlahan-lahan, kemudian aku bantu dia untuk bangun.



Baju putih kalau ditambah air, agak-agak apa hasil tindakbalas kimia dia?



Tiba-tiba seluar bola aku bergerak sendiri.



Moral of the story:
Jangan bagi tumpah air kat tangga kalau tak nak end up jadi macam kisah aku.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Comments (30)