Ada Apa Dengan Jepun : Part 9

Aku nak minta maaf kepada semua yang call aku or sms aku sejak 2 minggu lepas. Memang aku berniat tak nak angkat call sesiapa or balas sms korang. Kemungkinan besar aku akan tukar nombor telefon aku dalam masa terdekat atas dasar peribadi. Since hari ni aku tak larat nak bangun akibat muntah teruk semalam so better aku continue sambung cerita aku yang dah lama tertangguh ni.



***********************************************



Knock...Knock ~ Knock...Knock~



Bunyi pintu bilik hotel aku diketuk. Aku sangat pasti itu Jen. Perempuan kalau bab-bab nak pergi shopping memang mereka on time. Tak pernah terlewat walaupun seminit. Lewat seminit bagi mereka umpama terlepas satu peluang untuk melihat sepasang heels, lewat 5 minit bererti mereka sudah terlepas peluang untuk berebut sepasang baju yang tengah sale. Perempuan.



"Yeah! Wait for a while. Dressing up!" Jerit aku dari dalam bilik.



"Hurry up kay!" jerit Jen dengan nada yang paling aku benci, nada bossy.



Rambut yang tak berapa nak ada kat kepala aku, aku betul kat sedikit. Cukup sekadar tak terlalu serabut. Aku sarung stokin kaki yang paling tebal berserta kasut yang aku bawa bersama.



"Dah lama tunggu?" tegur aku sebaik sahaja aku ternampak Jen yang sedang tersandar di dinding betul-betul depan pintu balik aku. Kelihatan dia sedang bermumble sensorang sambil menghentak-hentak kaki dia ke lantai seperti kanak-kanak. Comel pula aku lihat gelagat dia begitu. "Sorry, tadi I cari baju lengan panjang tak jumpa. Maybe tertinggal masa packing barang kot". Sambung aku.



"Lupa lagi tu." kata-kata dia seakan teka teki bagi aku. Aku mengaku daya ingatan aku lemah dan sebab itu aku tak pernah cemerlang dalam subjek-subjek yang memerlukan aku menghafal.



Aku cuba mencari apa yang dia maksudkan, namun berakhir dengan buntu. "Lupa apa?"



"Baju you ada kat bilik I la. Tak ingat lagi?...pengsan...6 pack..." dia cuba meningatkan aku dengan beberapa hint.



"Owh...ok I dah ingat." sambil tersenyum simpul aku memandang dia. Entah apa la yang dia fikirkan pada masa tersebut. Tapi aku tak nak ambik peduli. Biarkan dia dengan fantasi dia. "Lets go! Kang tutup plak kedai" sambung aku sambil aku tarik tangan dia perlahan-lahan menuju ke lift.


Published with Blogger-droid v2.0.1

4 comments:

hanaahmad said...

itu je??????? hue hue hue

EZAN IDMA said...

pakln mmg cepat lupa. :P

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
Aku tau kau kecewa dgn aku aku kan? sebab cerita kali ni tak cukup menghiburkan

Akulah Pak Lan said...

ezan: you ni sapa erk?