1 Dunia 1 Jantina



"Bro jom pergi makan?" tegur officemate aku sambil menongkat perut dia atas meja aku. Masih berbaki, namun sudah hampir memenuhi suku ruang meja aku.


"Korang pergi la dulu, Aku nak p KLCC. Macam biasa" jawab aku sambil membuat muka sengih. Mereka seakan paham kalau aku memberikan jawapan tersebut. Maka mereka pun berlalu pergi tanpa banyak pujuk rayu.

Aku teringat lagi kisah minggu lepas, hari di mana aku berjalan sorang-sorang di KLCC. Hari di mana gaji aku sudah masuk awal berbanding dengan orang lain. Hari di mana aku perlu membayar hutang PTPTN yang masih berbaki berpuluh ribu. Hati aku bukan tak tenang kerana tak membayar hutang, tapi kerana dek iklan PTPTN yang bercambah dalam TV, radio mahu pun internet. Rimas aku tengok. Mungkin iklan mereka berkesan terhadap aku yang telah memaksa aku melakukan bayaran balik sebelum aku gunakan duit gaji aku untuk membuat benda lain.


Boleh dikatakan dalam seminggu mesti sekurang-kurangnya 2 kali aku akan berjalan ke KLCC. Sama ada ke sana untuk membeli roti atau pun mencari makanan di food court Isetan. Aku suka berjalan jauh, sekurang-kurangnya perut aku tak akan ada potensi untuk tersangkut dekat mana-mana nanti. Atleast cukuplah sekadar sedap untuk mata gadis lentik untuk memandang. Tak jelik sangat.

Apa yang aku suka dengan food court di Isetan ni adalah tentang Japanese food dia. Sejak-sejak aku balik Jepun, memang aku sangat addict dengan Japanese curry dia.


Aku beli yang jenis yang ready to eat pack dan aku duduk di satu sudut hujung meja di mana ramai orang pula pada hari tersebut. Aku perasan sebelah aku ada sorang amoi chinese berpakaian skirt pendek yang sedang duduk makan sambil kaki bersilang. Silangan dia cukup rapat mungkin takut ada benda yang terlepas keluar atau masuk. Meja di situ memang untuk dikongsi bersama.

Aku buka pack makanan aku sambil aku tersenyum pada dia, dia perasan dan membalas senyuman aku. Aku diam semasa makan, itu cara aku. Nampak tak senonoh bercakap ketika kita makan. Kalau tersembur ke muka orang depan tambah-tambah amoi chinese yang comei ni, sangatlah tidak beradab.

Dia sudah habiskan makanan dia, namun masih belum beredar. Dia duduk di kerusi dia sambil menghirup botol air mineral dia. Sekali sekala dia curi memandang aku. Aku perasan, namun aku hanya membalas dengan senyuman. Makanan aku habis sampai licin, kerana itulah pembuka selera aku tatkala nafsu aku terhadap makanan hilang.

Aku cuba untuk menegur dia memandangkan dia masih di situ. Cuba untuk beramah mesra, cuba untuk bermasyarakat. "Hi sweety, done with your lunch?"

Dia yang sewaktu itu masih meneguk air minuman dia berhenti dan memandang tepat pada muka aku. Dia hanya mengangguk 2 kali ala-ala gadis jepun mengeluarkan sepatah kata pun. 

Namun aku masih tidak berputus asa. "You working around here?"

"Yup!" Suara yang agak garau, mungkin dia sakit tekak agaknya.

Ada respon, means aku boleh teruskan perbualan aku. "Hi! I am Azlan"

Tangan kami bertaut, sama besar sama kuat "I am Cindy". Terdengar suara dia garau dia yang cuba disembunyikan sambil cuba untuk membuat nada gadis-gadis. Tangan dia pula yang sebelah lagi diletakkan di paha aku.

"Cilaka! Aku salah amoi ni" kata aku dalam hati sambil blah dari situ tanpa menoleh belakang untuk kali kedua.


12 comments:

Munnafendy said...

kahkahkahkah!!!!

hambik hang! hahahaha
jangan paklan...nabi tak ngaku umattttt isy3

Wadi AR said...

huyoooo. kehkehkeh.

Eika Azis said...

hahahahha.. padan muka hang!

keywee said...

Hahahaha.. bru smlm p klcc.. trserempak ngan gay couple bli rantai utk partner kt habib.. huih..mcm2..

hani said...

ayoyo pak lan..
awek cun ngurat dia..
tabik tabik
heheh..

NurFarinaAzwa (Y) said...

HAHA, dapat pegang tangan okaylah tu :P

NuReLLe said...

hahaha...

tunz said...

hahaha..padan muka ...pantang nampak yg dahi kicin sikit..hamek ko.....tulennnn bangggg oiii...

p/s mama tunz nak ucapkan amillion tq kpd Akulah pak Lan kerana menaja hadiah untuk segmen Nisa Kay..mama menang hadiah tu..lapppp u manyak2 tau pak lan..lau x menang x de lah lap2 cenggini kan...anyway thanks alot k!!

Lizzie Yasmin said...

Nasib baik kat peha.. hahaha

Boyz_ed said...

Sedapnya makanan too . Btw , thanx you sbb comment bro . =)

zOeY zAu YaH said...

haha..apa daa...tq sbb jemput tau..kalau dekat sure serbu umah pak lan hihi..

Namee Roslan said...

gediknya cik lan kita.. hahaha. btw, blog baru kau amacam ? kata nk buka blog english.