Ada Apa Dengan Jepun : Part 5



"You tak rasa sejuk ka?" tegur Jen yang sedang menggigil kesejukan. Muka dia kelihatan pucat. Dia mula bergerak menghampiri aku. Kami yang sewaktu itu masih di dalam keretapi.


Hujan masih lagi turun mencurah-curah dari langit membasahi bumi Jepun. Memang agak rare kalau hujan turun pada musim bunga di Jepun. Tapi mungkin kerana perbuatan manusia seperti kita yang menyebabkan perubahan iklim. Kerana perbuatan manusia jugak lah Jen terpaksa aku panaskan dia dengan cara yang kuno. Cara yang terakhir yang manusia akan gunakan di kala tiada helaian kedua untuk membanttu pemanasan.




Kesian, itu sahaja yang berlalu dalam fikiran aku tatkala melihat wajahnya yang pucat kesejukan. Mungkin salah dia hanya datang ke Jepun dengan hanya berskirt pendek. Tapi kami tidak menyangka ianya akan sesejuk ini. Sekarang aku paham kenapa gadis-gadis Jepun walaupun berskirt pendek, mereka akan memakai stokin kaki yang panjang. Itulah tujuannya. Kami pula hanya datang dengan pakaian yang biasa tanpa lapisan kedua untuk menghangatkan tubuh kami.


"Feeling better now?" soal aku sambil merenung rapat dan tepat muka dia.


Dia hanya mengangguk sambil tersenyum pada aku. Sepanjang perjalanan mengambil masa hampir 2 jam tersebut, Jen aku lihat dia tidur. Mungkin kerana selesa dengan keadaan pada masa tersebut. Dia terhutang pada aku. Namun aku tidak berkira dengan dia.


"Wake up Jen. Kita dah sampai ni."


Dia yang masih lagi mamai, baru tersedar dari lamunan. Aku tak tahu apa yang dia mimpikan sampai basah aku jadinya. Bahu aku. Mungkin aku patut lapik tisu lain kali. Sigh~

Published with Blogger-droid v2.0.1

20 comments:

Dylla Fadzil said...

untunglaaa penah pergi japan.

Namee Roslan said...

pergi Japan tak ajak...har har. aku nak honeymoon sana ah. ada tempat menarik ke ??

Munnafendy said...

so ko nak ckp bahu ko sedap la ni?haha...

aku tak ingat dh jen ni yg mana 1,byk sgt pmpn

Wadi AR said...

air liur basi?

nazirah said...

hahaha.. kompem sedap tidor kat bahu pak lan smpi meleleh2 air liuq hehe

zOeY zAu YaH said...

ehem2..amboi pak lan...

Akulah Pak Lan said...

Dylla: aku pernah pergi skali ja.

Akulah Pak Lan said...

Namee: masa aku pergi ni, aku tak ada blog lagi. kau lagi la aku tak kenal masa tuh. Banyak ja tempat2 yg menarik. tapi makan ja susah sket nak cqri yang ada cop halal.

Akulah Pak Lan said...

Munna: bahu aku sgt empuk

Akulah Pak Lan said...

Wadi: agak2?

Akulah Pak Lan said...

Nazirah: haha

Akulah Pak Lan said...

Zoey: awat jeles ka? nanti aku bg hang sentuh bahu aku 5 saat

Chegu said...

Cilakak lu.. Ayat yg t'akhir tu buat ramai terasa nak ktawe guling2, hehehe

hanaahmad said...

untunglah~ hue hue hue

Akulah Pak Lan said...

Chegu : :-)

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: toksah dok untung la sgt aih

vampire's lovex said...

lapik plastik lain kali,,memang tak basah punye.. hahaha..

Akulah Pak Lan said...

Vampire's lovex: kau tak da nama samaran yang pendek sket ka? jenuh aku nak mention penuh2 hahah

susah kot nak cari plastik. baik lapik pad. erk~

EZAN IDMA said...

alah . bash peluh je. peluh wanita nmpak sexy. wakakak

Akulah Pak Lan said...

ezam: haip tak cakap pun basah sebab apa. haha. kuat sungguh imaginasi anda