Short Update And Contest Announcement

Sorry readers,


Lately aku semakin malas nak update. Aku sibuk dengan perkara duniawi. Banyak benda aku nak buat, banyak benda aku nak settle.


1. Sibuk dengan projek baru. Tak da banyak masa nak online. Jangan kata nak update blog, gadis-gadis pun dah banyak complain aku tak da masa yang cukup untuk diaorang.


2. Sibuk nak organize Annual Dinner untuk company aku. Sibuk nak cari tempat nak hold event aku tuh. Budjet dapat last minit. Nak kena settle semua dalam masa sebulan. Rasa macam nak buat majlis kawen plak. Tapi tadi aku sempat lunch dengan gadis hot, dari event management hotel yang aku pick untuk hold event aku. 5 Star hotel, bill on her. Nice dak?


3. Sibuk pikir macam mana nak settlekan benda yang sepatutnya aku settlekan hujung bulan lepas mengenai blog aku. Sepatutnya bulan ni aku dah plan nak mula berblogging dengan new branding, tapi tak dapat. Agak kecewa. Harap, esok boleh settle semua masalah.


4. Aku tengah fikir nak buat satu contest yang melibatkan semua pembaca blog aku. Tak kira diaorang ada blog atau tak. Dan hadiah dia seperti dalam gambar dibawah.












Hadiah dia merupakan sebuah external speaker yang berkeupayaan untuk menjadi sebuah radio FM, boleh memain lagu MP3 melalui USB dan memory card. Pemenang boleh pilih mana warna yang diaorang berkenan.




Cara dan syarat contest aku akan umumkan kemudian selepas aku settlekan problem dengan blog aku. Jangan risau, contest aku tak memerlukan orang untuk letak banner, tag orang, force orang follow blog aku ataupun like page Facebook aku. Aku tak gila publisiti. Kalau tak dah lama aku update entry tiap-tiap hari dan buat entry yang syok sendiri dan blogwalking ke blog orang lain dan tinggalkan komen.




"I have follow you, follow me back"




So lame dan sangat terdesak nak jadi popular. Jangan harap aku nak approve komen macam ni. Terbantut niat aku nak pergi tengok blog kau la bro. Grow up sikit. Aku tak marah, melenting pun tak. Tapi cara kau tak mungkin semua orang suka. Belajar menulis blog dengan baik, belajar untuk leave komen dengan proper. Nanti mesti ada yang singgah blog kau. Jangan risau.




Ok kita abaikan dia seminit. Kalau ada cadangan, nak sponser hadiah, nak bagi kritikan terhebat atau nak sumbang idea terbaik, boleh la drop komen atau emailkan kepada aku. Bagi yang memberi cadangan yang terbaik aku akan add mereka kat Facebook sebagai tanda penghargaan.




Kah kah kah




Ok aku tipu bab add kat Facebook tu. Dengan aku ada voucher Starbuck RM10, so aku kasi ini ja la aci? So bagi sesiapa yang berminat nak join contest ni nanti, keep update to date with me. Aku akan inform benda ni dalam Page Facebook aku, Twitter dan jugak Blog aku.




Ok. Adios!
Published with Blogger-droid v2.0.1

33 comments:

Yana Nanako said...

wahhh.. menarik.. nak join la ^_^

RerameUngu said...

Whoaaa. Nice..insyaallah ada kelapangan boleh je join.

hadiah pun menarik..hehehehe

EZAN IDMA said...

bill on her. paklan kedekot wakakak

FizaFizz said...

wahh..cool2..ok la ni..ehehe..bila nak open contest tersebut??

NuReLLe said...

nak kaler pink tp xnk wat contest leh tak?erkkkkkkk...kbai

Wadi AR said...

aku nak join cik lan

Dylla Fadzil said...

worst kalau kita tak follow back, dia unfollow kita balik. apakahhhhhhh haha

Eazy Izzuddin said...

kena join ni..
kaler kuning takda?
hehe

Munnafendy said...

weh...tng aku hantu btul dgn menatang speaker tuh! pantang nmpk je nak,nmpk je nak! aku nak join,ko bg aku menang je bleh tak?haha!

*pssstttt....pak lan...i da folo u,folo me back tau...keh3

Akulah Pak Lan said...

Yana Nanako: Jemput la join

Akulah Pak Lan said...

ReraramaUngu:Jemput2

Akulah Pak Lan said...

Ezan: Hahaha

Akulah Pak Lan said...

Fiza: Dalam minggu ni or minggu depan. selepas rebranding blog

Akulah Pak Lan said...

Nurelle: Haha kopak la paklan kalau bagi free ja

Akulah Pak Lan said...

Wadi: Good, join la

Akulah Pak Lan said...

Dylla: Worst, Follow you. 2 3 hari kemudian, unfollow la balik. kah kah kah

Akulah Pak Lan said...

Eazy: Kaler kuning tak da la bro, hijau2 sket tuh sket ada la

Akulah Pak Lan said...

munna: nak, join la contest

Namee Roslan said...

wey, contest kau apa ?? aku nk benda tu. aku nak menang !! cantik lah.

hanaahmad said...

contest yang tak memerlukan aku letak banner segala bagai cam gini aku suka. of cz kalau kena gaya aku nak join. hue hue hue.

paNavia said...

Ala hang bagi akak hang punya galaxy tab tu pun sempoi dah. Boleh anak akak dok layan youtube dia.

Akulah Pak Lan said...

namee: aku tgh pikir ni.

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: haha, yes sku berjaya tarik kau join

Akulah Pak Lan said...

panavia: noh kasaq punya request

zOeY zAu YaH said...

gadis2 complaint ye? hehehehe

Munnafendy said...

yeah! wc to da club..haha

Nur Kamalia said...

leya da jOin, :).
http://nurkamalia90.blogspot.com/2011/11/contest-akulah-paklancom.html

puteri kasih said...

hadiah yang menarik..kalau puteri menang nanti..puteri nak warna pink..hehehe

Cehh beragan nak menang pula..joinnya belum..hahahaha

nazirah said...

perghhh gile ar pak lan wt contest tu menarik huhu hadiah tu pun sgt menarik .. wiwiwiw

Akulah Pak Lan said...

zoey: of course. haha

Akulah Pak Lan said...

munna: yeah. tq

Akulah Pak Lan said...

puteri: warna pink out of stock

Akulah Pak Lan said...

cci: ni contest kali kedua