Contest : Start (Updated)

Setelah sekian lama aku memuramkan diri, memencilkan diri dari perhatian para gadis. Setelah agak kurang mengupdatekan blog dengan entry-entry yang berkualiti. Serta setelah susah payah aku terbalas. Bukan kerana rajuk atau pun punya permasalahan. Cuma aku ingin nyatakan di sini bahawasanya aku telah membuat sedikit perubahan. Bukan pada perut 6 pack aku kerana aku telah terlalu yakin dengan anggota badan tersebut. Tetapi pada blog aku.


Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tidak. Tetapi ingin aku nyatakan di sini bahawa aku telah berpindah dari akulahpaklan.blogspot.com kepada www.akulahpaklan.com. Sempoi dak nama ni? Sapa cakap sempoi nanti kalau kita terserempak nanti, aku akan sign kat mana yang korang nak.


Kah! Kah! Kah!


Ok, sempena pembukaan link blog aku yang terbaru aku dengan murah hatinya nak bagi satu hadiah dekat korang. Tetapi, oleh kerana aku ni tak sekaya mana sampai mampu nak bagi hadiah kat semua orang. Maka, setelah di fikir-fikir sedalam mungkin menggunakan otak aku yang sangat genius ni. Aku ingat nak lancarkan satu contest untuk merebut hadiah dibawah.




Sorry to inform that yang stok speaker ini hanya tinggal warna BIRU SAHAJA. Sebarang kesulitan amat dikesali. Details tentang hadiah.
Apa yang korang perlu lakukan?

Buat satu entry/cerita/sajak/komik/vlog apa saja bentuk penyampaian, kenapa korang patut dapat hadiah ini daripada akulahpaklan.com. Bagi yang ada blog tuh, wajib letak gambar hadiah di atas. Kemudian korang boleh submitkan penyertaan korang kepada salah satu medium yang aku ada. Sama ada letak link blog korang dalam ruangan comment di bawah atau pun bagi yang tidak mempunyai blog. Korang boleh submit di page Facebook aku. Mana page Facebook aku? pandai-pandai cari dalam blog aku ni. Aku dah labelkan sebagai "The Facebook Mamals". Korang tak perlu nak letak header blog aku sebab sememangnya blog aku tak ada header. Korang tak perlu nak tag kawan-kawan korang sebab aku tau, tak semua orang yang korang tag akan layan karenah korang. Contoh terdekat aku. Hahaha.


Mudahkan? Open kan? Ini bermakna, semua orang yang mempunyai blog atau pun Facebook boleh join contest aku ini. Sebab aku hargai silent readers aku yang tak mempunyai blog. Tetapi jangan lupa sertakan juga email korang untuk memudahkan aku untuk menghubungi korang jika korang menang la.


Kalau ada yang nak sponser hadiah (Eh! ada ka yang nak sponser untuk blog macam aku ni?). Kalau ada la kan, korang boleh contact melalui email aku. akulahpaklan@gmail.com.


Secara rasminya contest ni bermula pada hari ni, 16 November 2011. Tarikh tutupnya pada 30 November 2011. Pemenang akan ditentukan oleh aku seorang berdasarkan daya kreativiti penyampaian dia. Keputusan adalah muktamad.


Selamat berkarya semua!
Published with Blogger-droid v2.0.1

46 comments:

hanaahmad said...

tetiba aku x jadi nak join contest ko ni. hahahaha. bagi peluang la kat orang2 lain join. hue hue hue

Wadi AR said...

todiaaaa. aku kene bukmark contest kau ni cik lan. lame tuu. tenkiuu

::Mastura Zakaria:: said...

benda apakah tu paklan?

fRaMe+LenSeS said...

sudah berdotcom rupanya. tahniah. :)

EZAN IDMA said...

jangan ubah pulak tarikh tutup tu

Dylla Fadzil said...

interestingggggg

RerameUngu said...

weeeeeeeeee....sonok222...

insyaallah ada masa aku join..

puteri kasih said...

adeh ada biru je ke? majok..tak nak join dah..hehehe

nanti puteri akan try untuk mengkreatifkan diri..hehehe

p/s congrats untuk perpindahan :)

nazirah said...

wah tahniah da tukar link hehe.. contest ni menarik tp tkt tk smpt nak jin hahah mklumlah super duper bz kan haha ;)

Munnafendy said...

nk join! tunggu!

Akulah Pak Lan said...

hana: kau memang. dimana janji janji manis mu?

Akulah Pak Lan said...

wadi: saja kasi can kat korang untuk cari idea

Akulah Pak Lan said...

Mastura: speaker+radio

Akulah Pak Lan said...

Frames+lense: yup. tq

Akulah Pak Lan said...

ezan: tobat aku tak ubah aih

Akulah Pak Lan said...

Dylla: jemput join

Akulah Pak Lan said...

Reramaungu: join jgn tak join

Akulah Pak Lan said...

puteri pun join tau

Akulah Pak Lan said...

cci: ala entry ringkas pun jadi

Akulah Pak Lan said...

munna: ok aku tunggu

coklatberapi said...

wuuu menarik tertarik..;))

paNavia said...

Nanti akak spam ngan akak punya entries no..
Hang bagi akak menang ok

Akulah Pak Lan said...

coklatberapi: ha join jgn tak join

Akulah Pak Lan said...

panavia: orite

NuReLLe said...

nak pink..:(

Nur Kamalia said...

di update, hihihi
http://nurkamalia90.blogspot.com/2011/11/contest-akulah-paklancom.html

maaflah, mang leya suka biru, hihhi

Leods said...

aku pun nak bookmarke dulu blog ngko..nnt I review balk...nice imbalan haha

Namee Roslan said...

aku nak benda tu je..kalau tak menang. alangkah sedih.

Akulah Pak Lan said...

Nurelle: sorry, out of stock

Akulah Pak Lan said...

leya: thanks sebab join and jadi peserta pertama

Akulah Pak Lan said...

Leods: Thanks, jgn lupa join

Akulah Pak Lan said...

Namee : kalau kau btol2 nak roger aku kat fb. belakang cerita.

iMBobo said...

thanks atas jemputan, insyaAllah akan join :)

Akulah Pak Lan said...

Bobo: Jemput join

FizaFizz said...

exchange contest amacam?? ahahaha :P

Chegu said...

pak lan, kawe da join, hahaha, blasah je,

http://terusidup.blogspot.com/2011/11/75-contest-dari-pak-lan.html

Leods said...

http://walkstatic.blogspot.com/2011/11/contest-dari-pak-lan.html

Aku join ^^

paNavia said...

Salam Pak Lan,

Akak dah tunaikan tanggungjawab.. eh janji..

http://panavia.blogspot.com/2011/11/tra-la-la-song.html

Yang ikhlas :)

A'iyn Raidah said...

salam
saya join =)
terima kasih paklan
http://newaiyn.blogspot.com/2011/11/contest-akulah-paklan.html

Cik Akmal said...

tahniah Pak Lan dari blogspot ke dot. com..

salam kenal.. :-)

Cik Akmal said...

Hai Pak Lan,

Nurul join.. ;)

http://sicantiksiezuka.blogspot.com/2011/11/contest-dari-pak-lan.html

Cik tikah said...

dpt speaker tuh. best best :)

CIK MAY said...

dah join..salam perknln..;)

http://mayandhanis.blogspot.com/2011/11/contest-kenapa-aku-patut-dapat-hadiah.html

Munnafendy said...

as promised =)

http://www.munnafendy.com/2011/11/sindrom-telinga-berdesing-tinnitus.html

Pink Lavender said...

salam paklan...
salam kenal...
jemputler ke blog saya yg xseberapa tuh...

tujuan asal nak britau, saya join contest tuh...last day nih..

manalah tahu menangkan...

http://www.akulahpaklan.com/2011/11/setelah-sekian-lama-aku-memuramkan-diri.html

nama:makneng

Wadi AR said...

dah cik lan


http://wadiaseekure.blogspot.com/2011/11/surat-buat-cik-lan.html