Petaling Street Warriors Pratonton dan Review


Pada awal tahun ini,  Juita Entertainment (JE) dengan  A Time to Embrace, iaitu sebuah drama klasik  yang mengisahkan  zaman kegemilangan industri filem tempatan, telah berjaya memecah rekod kedudukan siri drama cina tempatan yang disiarkan di 8TV. Dengan keinginan untuk menghasilkan drama yang berkualiti untuk menghiburkan para penonton di rumah, JE juga akan melancarkan Home, sebuah drama Hokkien yang pertama di Asia Tenggara pada akhir tahun 2011 di Astro, dan kemudian The Descendant , drama yang dijayakan  oleh dua pemenang Golden Awards, iaitu Yeo Yann Yann dan Debbie Goh, juga akan disiarkan pada awal tahun 2012 di ntv7. Untuk peminat filem pula, JE akan membawa suatu kejutan besar pada Disember ini dengan Petaling Street Warriors , iaitu sebuah filem blockbuster tahun ini dengan pelakon terkenal dan bakat-bakat tabir belakang dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong,  akan ditayangkan secara rasminya di  seluruh pawagam Malaysia dan Singapura. 

Sebagai sebuah filem yang dipersembahkan  bersama-sama oleh Juita Viden Media Group dan Golden Screen Cinemas (GSC) dan diterbitkan oleh Juita Entertainment, Petaling Street Warriors merupakan sebuah filem kungfu berunsur komedi dalam sejarah filem Cina Malaysia, dan telah mendapat perhatian ramai sejak bermulanya  pembikinan pada bulan April tahun ini. Selain genre filem ini yang agak berbeza dari biasa  , ia juga menonjol dari segi barisan bintang dan kumpulan produksi. Cerita filem ini berlatarbelakangkan Petaling Street pada tahun 1908 dengan adaptasi  kisah yang berlaku pada Shi Duyao (diwatak oleh Mark Lee),  seorang penjaja Mee Hokkien  yang tidak mengetahui dirinya merupakan keturunan Maharaja Jianwen Dinasti Ming yang melarikan diri ke Asia Tengggara beratus-ratus tahun dahulu. Isteri Duyao, Zhung Li Chun (diwatak oleh Yeo Yann Yann) cuba melindungi suaminya secara rahsia daripada Xiaoju (diwatak oleh Chris Tong), iaitu ninja penggoda   yang cuba mencuri peta harta karun Duyao. Dengan plot cerita yang menarik, Petaling Street Warriors dengan beraninya cuba  memberi suatu jawapan untuk suatu misteri sejarah Dinasti Ming pada tujuh ratus tahun dahulu.

Para pelakon  Petaling Street Warriors termasuklah  pelawak  terkenal di rantau ini,  Mark Lee; Pemenang Anugerah Golden Awards  ntv 7, Yeo Yann Yann; pelakon yang semakin popular, Chris Tong Bing Yu, dan Frederick Lee. Selain itu, pelakon  Sunny Pang, Alvin Wong dan Henry Thia, serta selebriti terkenal seperti Jack Neo dan Ho Yuhang turut muncul  sebagai pelakon undangan dalam filem ini.

Untuk membawa kesan aksi kungfu yang menakjubkan kepada peminat,  penerbit  filem ini, Sampson Yuen,  telah mengupah Ma Yuk-Sing, iaitu koreografer kungfu yang terkenal di Hong Kong ( karya pentingnya termasuklah A Chinese Fairy Tale, Storm Rider 2 dan City under Siege) untuk filem ini. Demi merealisasikan  produksi  Petaling Street Warriors sepanjang satu setengah bulan, Ma telah menolak dua penawaran filem China yang berbudget  besar.

Sebagai sebuah drama yang diarah bersama-sama oleh James Lee dan Sampson Yuen, Petaling Street Warriors difilemkan di Seputeh, Perak dengan membina set yang berharga  RM250,000. Disebabkan filem ini mengambil masa satu setengah bulan untuk difilemkan  dengan kos RM3 juta, ia telah menjadi sebuah filem Cina Malaysia  berbudget  paling besar pada tahun ini.

Semasa pasca produksi dijalankan di Hong Kong, Petaling Street Warriors mendapat sambutan hangat dari  beberapa pembikin filem Hong Kong selepas melihat pratonton filem ini. Percy Fung, pengasas Film Magic Group, kagum dengan filem ini yang mempunyai plot yang pantas serta teknik perfileman yang juga setaraf  dengan filem Hong Kong. Ketsarinh Lan, iaitu penerbit  Painted Skin dan A Chinese Fairy Tale, serta pengerusi dan CEO of Golden Sun Films Distribution Limited mengatakan bahawa filem ini mempunyai nilai produksi yang tinggi , dan beliau akan cuba memperkenalkan filem itu di pasaran China. Cheung Ka Lik, penerbit  syarikat Digital Magic (Hong Kong), menjelaskan bahawa filem ini merupakan filem Malaysia yang paling mencabar  berbanding dengan filem lain yang pernah dihasilkan, dan dia turut  menyatakan bahawa Petaling Street Warriors berkemungkinan merupakan suatu pencapaian  baru  dalam sejarah filem Malaysia. Sampson Yuen juga mengemukakan bahawa Juita Entertainment sedang berbincang dengan pengedar-pengedar dari Taiwan dan China untuk mencari pasaran yang lebih luas selain daripada Malaysia dan Singapura.

Petaling Street Warriors akan bermula ditayangkan pada 1 Disember di Malaysia manakala pada 29 Disember di Singapura. 

Website Juita Entertainment : www.juita-entertainment.com
Website GSC Movies : www.gscmovies.com.my
Facebook Rasmi Petaling Street Warriors : https://www.facebook.com/PetalingStreetWarriors
Facebook Juita Entertainment : https://www.facebook.com/JuitaEntertainment
Facebook GSC Movies : http://www.facebook.com/gscmovies
Untuk maklumat yang selanjut, sila hubungi
Yiing Yng (Juita Entertainment) : 03-22871399
Pui Yee (GSC Movies) : 03-78068835

*****************************************************************************************

Review:

Walaupun ceritanya dalam bahasa yang aku kurang fahami, tetapi dengan berbekalkan dengan sarikata yang dibekal untuk translator aku dapat memahami hampir 100% jalan ceritanya. Aku sememangnya penggemar filem Cina memberikan rating sebanyak 6/10 untuk filem ini untuk masterpiece yang telah dihasilkan. Jalan cerita yang teratur, sequence yang mudah difahami dan juga penghayatan yang sememangnya dapat dilakukan dengan mudah dari para pelakon yang sememangnya berpengaruh dalam bidang lakonan.

Jalan cerita yang mudah difahami oleh aku serta plot cerita yang ringkas. Walaupun kisahnya hanya berkisar cerita yang setempat namun pengarah cerita ini membuatkan ianya tidak bosan dan menarik untuk ditonton. Tiada pelakon dengan watak yang kekok membuatkan filem ini seperti lancar tanpa ada watak kaku.

Bagi penggemar filem Cina diluar sana, korang patut pergi dan tonton filem ini jika anda mahukan filem tanpa aksi yang ektrem tapi penuh dengan komedi.

Thanks kepada Broframestone sebab sudi invite aku sekali lagi.


7 comments:

A'iyn Raidah said...

ayah den mesti suke cite2 ni..

Munnafendy said...

heh.jeles lg aku :p

Munnafendy said...

byk ke? ntah...entry contest tu kot..k la tu sharing is caring =P

Namee Roslan said...

tengok dr review macam best. nk g tengok entah bila laaa.

hanaahmad said...

mesti tontoN!

Aynora Nur said...

dah review filam pulak! Ape pun congrats.
pak lan, saya dh rebranding blog saya di http://www.aynoranur.com

zOeY zAu YaH said...

cam best jee citer nih..nk tgk...