Ada Apa Dengan Jepun : Part 8

Posted by | Posted in | Posted on 7:49:00 AM

Aku tinggalkan Jen dengan persoalan aku. Aku rasa dia tidak akan jawab apa yang aku ingin tahu darinya. Untung hari sudah malam. Sepatutnya kami perlu terus masuk ke office kerana hari ini merupakan hari bekerja. Tapi disebabkan aku pengsan, maka aku tak perlu ke office.



Jen waktu itu ada mengajak aku untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Tapi tak perlu kata aku, kerana aku sudah tahu apa yang aku tanggung. Bukan sekali, tetapi minggu lepas pun aku pernah dalam keadaan yang sama. Biarlah aku sorang saja yang tangung beban yang aku tanggung selama. Tak perlu untuk orang lain tahu termasuk sanak saudara.



"Sometimes secret are better remains as secret or in other words, The untold story"



Itu cara aku dan itu rahsia aku yang tak perlu aku ceritakan. Biarkan ia tetap rahsia sampai aku dipanggil semua menghadap Sang Pencipta.



"You, jom temankan I pergi shopping?" Suara Jen rapat ketelinga aku. Baru aku teringat yang cuaca masih dingin dan aku perlu berbuat benda yang sama. Shopping.



Tuala aku campakkan ke katil, bagasi baju aku geledah untuk mencari pakaian. "Ok, since I have something that I need to buy also. What time?".



Sejuk, menyesal aku buang tuala yang menyelimuti tubuh aku tadi. Pakaian cepat-cepat aku cari. Aku sarong apa saja yang nampak tebal dan yang mampu untuk melawan kesejukan alam.



"Now! Can?" Nada dia dengan sedikit bossy.



"Ok. Wait till I dress up. Give me 5 minutes." aku hanya bersetuju sambil aku letak telefon hotel.



Aku tidak berminat untuk mandi di bilik Jen kerana terlalu banyak benda privacy yang tak ingin aku tunjuk pada dia walau dia hampir dah melihat kesemuanya, hampir rasanya. Tapi sebenarnya aku tidak berapa pasti sebab aku tidak sedarkan diri waktu tersebut.



Published with Blogger-droid v2.0.1

Comments (13)