Ada Apa Dengan Jepun : Part 7

Kepala aku berat, dunia aku masih kelam dan hitam. Aku cuba untuk membuka mata yang masih tertutup. Masih samar pandangan aku, kabur terhadap sekeliling. Aku gagahkan kepala untuk dipanggungkan. Aku dapati tubuh aku berada dalam sebuah bilik. Aku pasti ianya bilik hotel. Tubuh aku pula diselimuti dengan lapisan tebal dan terasa kering.





Ketidakupayaan aku menyebabkan aku masih tersandar di kepala katil sambil dilapisi bantal. Aku cuba untuk bangun dan berdiri, namun gagal. Tika itu aku dapati diri aku sudah separuh bogel dengan hanya berboxer. Aku tidak pedulikan semua itu. Aku duduk sebentar di bahu katil sambil mencari keseimbangan fikiran dan tubuh.


"Eh! You dah bangun?" Suara yang seakan aku kenal. Aku toleh mengarah ke belakang. Aku lihat kelibat baju putih yang melangkah keluar dari bilik air.





Kaku seminit aku dibuatnya. Aku cuba mencapai selimut yang berada di tepi untuk menutup tubuh mogel aku. Gelabah sebentar. Dia aku lihat hanya tertawa kecil melihat kelakuan aku.


"Feeling better?" soal Jen yang sedang mengeringkan tempat yang masih lembab. Dengan tidak semena-mena tuala tersebut terlepas dari tangannya dan jatuh ke bawah. Dia tunduk dan cuba mencapai kembali tuala tersebut. Dan di letakkan semula di kepalanya untuk menyambung perbuatannya tadi.


Soalannya tersebut aku tidak jawab, sebaliknya aku cuba untuk mencari kepastian yang lain. "Apa yang you buat dalam bilik I?".


Dia hanya senyum pada aku dan dengan tenang mula menjawab persoalan aku tadi. "You dalam bilik I la sekarang." Perlahan-lahan dia berjalan menuju pada aku. "Tadi you pengsan masa nak masuk bilik. Tak ingat?"





Jawapan dia membuatkan persoalan lain timbul dalam fikiran aku yang masih tidak stabil. "Abis, siapa yang bawak I masuk bilik?". Dia hanya senyum pada aku. Aku paham jawapan dia. "Habis siapa yang salin baju I?" dia hanya senyum lagi tapi kali dengan lebih malu-malu. Aku masih paham jawapan dia. "Then apa yang you nampak?" soal aku yang tidak percaya dan mencari kepastian yang pasti.


"6 pack you. Ihiks" sambil dia giggle.


"Lagi?" aku tak puas hati


"Tak nak la cerita lagi. Nanti I malu" sambung Jen


"Kenapa plak you yang malu? Bukan I ka yang patut rasa macam tu?" aku kurang puas hati dengan jawapan dia.


"Somewhere somehow I dapat rasakan yang you akan coretkan cerita kita masa kat Jepun ni dalam mana-mana tempat untuk bacaan orang ramai." Aku betul-betul tak paham dengan jawapan dia waktu itu. "Dah la, you pergi mandi. Dah busuk badan you tuh. Wekk!!" tuala dicampakkannya ke arah aku dan dijelirkan lidah dia. "Air I dah sediakan" sambung dia lagi.



Published with Blogger-droid v2.0.1

8 comments:

Dylla Fadzil said...

kisah benar ka bohong2? hmmmmmm

Akulah Pak Lan said...

Dylla: agak2

Namee Roslan said...

dylla !!! kisah ciptaan 18sx !!! hehhe

pak lan, kalau Jepun sbgai destinasi honeymoon ok tak ??

A'iyn Raidah said...

mcm novel je =)
nak kata sweet,sweet jugak..
minta dijauhkan..
haha =)

EZAN IDMA said...

amboi. 6 pack. amboi :p kahkahkah

Akulah Pak Lan said...

Namee: yup sesuai sgt. tapi just makanan susah sket nak cari. kat tanya la bakal kau mana dia nak pergi honeymoon kelak. kah kah kah

Akulah Pak Lan said...

A'iyn: bosan tak baca blog aku?

Akulah Pak Lan said...

Ezan: awat kau nk tgk jugak ka?