The Three Musketeers Review


Aku menjangkakan hujung minggu aku kali ini akan dihabiskan dengan aktiviti in house sahaja. Aku akui, in house aktiviti bagi seorang bujang seperti aku adalah membosankan berbanding dengan aktiviti orang yang sudah berkahwin. Orang bujang kalau nak main apa-apa pun kami terpaksa bermain single. Orang dah kahwin lain la, atleast boleh main double. Bosan kan?

Aku rasa aku terpaksa topup stok gadis, since aku dah kehabisan stok. Sesiapa berminat sila la datang untuk audition aku. Aku tahu ramai gadis yang tak layak pergi audition "Bukan Sekadar Rupa", so korang-korang yang kecewa tu boleh la datang menemui aku. Aku tak nak vokal yang mantap, tetapi cuma rupa yang menawan. Tetapi kalau ada pakej apa salahnya. Nyah, you are strictly band. Geli bulu aku nanti.

Ok stop mengarut sebelum aku melalut panjang, since entry aku kali ni cuma nak review filem-filem yang aku tengok minggu lepas.

The Three Musketeers



The Three Musketeers (dalam bahasa ibunda mereka Les Trois Mousquetaires) sebenarnya adalah novel yang dikarang oleh Alexandre Dumas.

Filem ini dibintangi oleh Logan Lerman as D'Artagnan, Milla Jovovich as Milady de Winter, Matthew Macfadyen as Athos, Ray Stevenson as Porthos, Luke Evans as Aramis, Mads Mikkelsen as Rochefort, Gabriella Wilde as Constance Bonacieux, James Corden as Planchet, Juno Temple as Queen Anne, Freddie Fox as King Louis XIII, Til Schweiger as Cagliostro, Orlando Bloom as Duke of Buckingham, Christoph Walt as Cardinal Richelieu and directed by Paul Anderson.

Cerita aksi ini diselitkan dengan skrip jenaka yang berkesan. Tidaklah bosan untuk ditonton. Dari plot cerita bermula di mana terdapat banyak aksi berlawan. Tetapi bagi aku cerita ini lebih banyak menonjolkan kepada nilai-nilai persahabatan di antara d'Artagnan, Aramis, Athos dan juga Porthos.

Aku tak pernah membaca novel dia, so aku tak pasti sama ada jalan cerita filem ini mengikut betul-betul apa yang tertulis dalam jalan cerita di dalam novel. Tetapi apa yang aku tahu cerita adalah gabungan fakta dan penambahan supaya dapat memikat hati penonton. Serupa la macam blog aku.

Watak yang paling aku suka dalam filem ini adalah Milady de Winter di mana dia adalah seorang pembunuh upahan perempuan yang meletakkan kesetiaan dia pada duit dan diri sendiri. Pada permulaan cerita, Milady telah membantu Three Musketeers ini untuk mencuri lakaran mesin perang. Tetapi telah membelot kerana ditawarkan dengan wang walaupun hakikatnya dia memcintai Aramis. See? This is the true nature of perempuan-perempuan yang bermata duitan. They will choose money over love.

Walaupun watak dia adalah watak yang mungkin paling di benci oleh semua orang yang menonton filem ini, tetapi tidak bagi aku. She is a young, hot sexy assassin that live in that era that wearing a a women cloth but fight like a guy. Hot kan?

Bagi golongan gadis, kamu mungkin meminati watak d'Artagnan yang sentiasa bermulut manis bila dihadapan gadis yang lawa. Aku semasa dalam pawagam bukan la terlalu fokus pada skrin, aku suka memerhati sekeliling. Kebetulan yabg duduk sebelah aku adalah gadis. So aku nampak dia banyak tersenyum time d'Artagnan beraksi. Dia masih sempat untuk mengorat walaupun semasa tengah berlawan. Isnt he cute? Aku benci kalau ada gadis yang kata lelaki itu cute. Ingat kami ni teddy bear ka?

Daripada 10 aku berikan 7 untuk filem ini. Tetapi watchable walaupun aku keluar tengok dengan geng-geng berbulu.

p/s: kalau aku nak buat give away hadiah dia berupa tiket wayang TGV, agak-agak korang nak tak? Aku target dalam 5 orang pemenang.

Published with Blogger-droid v1.7.4

24 comments:

Namee Roslan said...

best nih !!! :D

Namee Roslan said...

aku akan pergi tengok ah. sbb dah 3 review dah aku baca kata best. thanks lan for this :)

PinKy MoMMa said...

jadi cepatla kawin pak lan oiii..calon ang kan banyak huhu..

boleh main double pasni..eh ceq cakap pasal badminton bukan pasal lain hahaha

Iwanski said...

sudah tengok ini celita.. best,best.. mesti kuar part 2 nanti..

zOeY zAu YaH said...

perempuan plh duit dari cinta? kihkihkih...

sYafIk-wAy said...

buat lah buatlah ... teringin sgt nak tiket wayang ... ngeee

My MiRa said...

Teringin nk tgk gak

WARTAWAN KIKIE said...

YesS pak lan dah buka dah contest dya!!! nak3x..!!! Since yg MAKNA memang agak bermakna lah jugak.. so kali ni Lady nk participate dengan lebih BERMAKNA aahha boleh :p

Munna said...

aku dah lama gila xtgk wyg..tp kalau ko nk buat ga tu aku nak join! kasi aku menang tau! hahaha

nazirah said...

tu la member pn kata cite ni best sgt tp tak tengok lagi la huhu eh nak2 jOin buatlah pak lan lalalala ;)

Akulah Pak Lan said...

Namee: p la tgk, tapi jgn bawak bf. nanti dia jeles dgn d'Artagnan yang bermulut manis

Akulah Pak Lan said...

Pinky Momma: tahun ni tahun single, tahun depan baru cari calon yang real punya

Akulah Pak Lan said...

Iwanski: aku pun target part 2

Akulah Pak Lan said...

Zoey: yup bagi perempuan yg bermata duitan

Akulah Pak Lan said...

syafiq: nanti aku plan mcm mana nak buat

Akulah Pak Lan said...

Mira: p la tgk lekaih

Akulah Pak Lan said...

Kikie: tunggu, tgh kumpul budjet

Akulah Pak Lan said...

Munna: serius aku nak buat

Akulah Pak Lan said...

Nazirah: ok nanti pak lan buat

hanaahmad said...

tak sempat nak tengokkk..huhuhu

puteri kasih said...

tak sempat nak pi tengok :(

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: kau tgh exam ka?

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih: bz ka?

keywee said...

Best. Nnt ada yg 2nd plk..