Cerita Dalam Kain


Kenal Komputer:


Aku teringat zaman aku bergelumang dengan dunia komputer. At first pada masa tersebut komputer masih tidak canggih seperti yang ada sekarang. Aku mula kenal komputer pada usia 12 tahun yang pada mana waktu itu komputer masih lagi menggunakan disket yang bapak besar.

At that time ada satu syarikat luar mana tah yang datang menapak dalam sekolah aku dan menyediakan perkhidmatan e-library. RM99, merupakan yuran pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Kemudian kami akan dibekal kan dengan satu kad magnetik yang akan menjadi kunci/login id untuk kami menggunakan sistem tersebut.

Sapa yang tak eksited, bila dengar pasal benda komputer ni. Aku yang waktu itu yang agak dalam keadaan "cempera" sebab tak pernah tengok komputer sanggup pecah tabung semata-mata nak join. Cuba teka aku bayar yuran pakai apa? Of course pakai duit syiling. Terhegeh-hegeh orang yang jaga kaunter pendaftaran aku kira duit aku. Dah la bawak pakai plastik ja. Kejam tak aku?

Kah kah kah

Kenal Game:

Ok cerita eksited dia bukan tang bab ni, tapi bab selepas aku masuk sekolah menengah. Nak dijadikan cerita, mak bapak aku ni bukan la orang kaya, sehari diaorang bagi aku seringgit sahaja untuk duit makan. Tetapi aku nak dikatakan murah rezeki tuh iya la jugak, berkawan dengan anak orang kaya-kaya sampai diaorang sanggup belanja aku. Sampai la time diaorang ajak aku pergi main game. Tak salah aku games yang fames time tuh adalah Red Alert, versi yang mula-mula skali.


Sekali punya addict hampir tiap-tiap hari aku teman diaorang pergi main game. Punya la sanggup balik lambat ke rumah (aku sekolah petang pagi tu). So apa yang aku buat, aku tipu mak dengan ayah aku cakap aku ada aktiviti kelab dan kena stay kat sekolah.

Kenal Porn:

Boleh dikatakan setiap hari aku lepak dekat cyber cafe, sampai la tokey dia kenal aku. Kadang-kadang kalau tak ada duit, aku hanya lepak duduk disebelah member aku sambil tengok diaorang main.

Sampai la satu masa tetiba dia stop main game then dia cakap dekat aku "Hang tolong usha line sat".

"Hang nak buat apa ni?" aku yang sewaktu itu masih suci dari onar dunia. Orang kata ibarat seperti kain putih yang masih belum dicorakkan.

"Hang perati la sat." tegas dia lagi sambil dia taip "www.xxx.com".


Aku tewas dalam pujukan halus sambil aku perhati apa yang dia buka sampai mata pun tak berkedip. Start dari situ la aku dah mula pandai "yahoo" (google tak fames lagi time tuh) benda yang bernama porn ni. Aku time tu rosak akibat pengaruh kawan.

Tapi disebabkan Tuhan masih sayang pada aku, PMR aku masih mampu score 8A. Kebetulan plak ni la first time sekolah aku ada student yang dapat PMR 8A. Gila bangga sekejap aku time tuh. Walau pun dari segi akedemik aku score, dari segi internal moral pula aku dah rosak sedikit. So ada 2 benda yang aku dapat time aku belajar kat sekolah. Satu ilmu dunia yang aku boleh guna untuk bawa aku ke syurga, dan ilmu yang telah akan bawa aku ke neraka.

Ini kisah aku sewaktu internet masih diparas tak semua orang mampu memiliki. Kalau zaman sekarang impak dia aku rasa lebih lagi sebab semua orang dah ada smart phone.

Cuma yang menyelamat aku dari jauh terjerumus adalah rasa hormat aku pada parent aku, dan juga rasa tanggugjawab aku pada keluarga kerana aku anak sulong. Tapi tak semua orang mampu untuk menolak bisikan halus. Berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak anda. Kenal kawan mereka, ambil tahu aktiviti mereka. Didik mereka dengan berkesan.

Published with Blogger-droid v1.7.4

20 comments:

PinKy MoMMa said...

wahhh terror gak ang naaa..tak sangka sangat bijak huhu..

memang kena pantau..skrg ni lagi bahaya oooo..terlalu modern kekdahnyer ;)

CikRangers (CR) said...

huuhuhhu..selamat PakLan x tersasar jauh... :)

my name is ivana said...

gigih sungguh hang bawak duit syiling berat-berat tu.. ;)

Namee Roslan said...

euww tgk porn. gila pengotor kau. taknak kawan ah. hahah

Munna said...

ok gk la kau 12 tahun...aku tgkatan 3 bru sntuh komputer..tu pun sbb cikgu paksa buat buku skrap msti kena menaip...pg cc berejam2 1 page pun xsiap lg...haha

baca psanan kau ni buat aku bfikir...camana gaya la nak didik anak nnti eh...

Akulah Pak Lan said...

Pinky momma: bijak sekejap sahaja

Akulah Pak Lan said...

cr : :-) yaka tak tersasar jauh? hahaha

Akulah Pak Lan said...

ivana: mau tau aku gigih ka tak?

Akulah Pak Lan said...

namee: macam mana kat tau porn itu pengotoq? mesti pernah google or tgk kat mana2 kan? kah kah kah

Akulah Pak Lan said...

Munna: selamat berfikir

hanaahmad said...

nasib baik sedar diri. tapi skrg ni insaf betui2 ka dak? kui3

puteri kasih said...

puteri kenal komputer pun masa kat sekolah...samalah juga ngan perkhidmatan e library apa entah..hahaha

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: ada aku sebut insaf? haha

Akulah Pak Lan said...

puteri: hehe kita sezaman

WARTAWAN KIKIE said...

Sebab paklan bijak dua akademik tu jadi Nakai!! ahaha lol

Akulah Pak Lan said...

kikie: haha

EZAN IDMA said...

hahaha. cmne lah nnti nak besrkan anak2. pengaruh skrg ni lagi terok. ceh tak kawen lagi dh pk pasl ank :p

Akulah Pak Lan said...

ezan: haha jom kawen tgk apa jadi

nazirah said...

haa btul tu pak lan banyak dah dgr cite2 camni .. nt kalau la cci dpt anak lelaki.. nak didiknye betul2 insyaAllah ;)

Akulah Pak Lan said...

nazirah: jgn terlalu manjakan, jgn terlalu garang. didik anak dgn penuh hikmah