Apa Tengok-Tengok Review, Pra Tonton Dan Sidang Media


Kalau orang dah invite ke event tertentu, dah tentu-tentu la kena buat entry untuk cover up event tersebut. Nanti orang kata tak mengenang budi pulak, aku pun akan rasa tak sedap hati.

Sebelum itu aku nak berterima kasih kepada Broframestone yang sudi invite aku untuk join prescreening ni. Iyala, blog aku ni tak da la famous mana kalau nak dibandingkan dengan blogger lain yang hadir hari tu. Ikhsan dia juga, banyak event yang dia dah jemput aku hadir. Thanks once again.

Honestly aku jarang tengok Filem-filem tempatan. One of the reason kerana teman sewayang aku, Julie jenis tak suka tengok filem tempatan. Bagi dia, amat membosan kan. So aku terpaksa jugak kadang-kadang ikut kehendak dia walaupun aku jenis layan semua movie asalkan ada input yang berguna.

Kita lupakan tentang Julie seminit. Aku rasa intro aku dah panjang lebar sangat, mungkin lebih dari isi yang aku nak sampaikan. Biasa la, tabiat aku dengan intro yang super-super. Kita fokus kembali kepada apa yang aku nak ulas tentang filem Apa Tengok-tengok yang aku dah tengok semalam. So let go to the main story.



19 Oktober 2011, bertempat di Cathay Cineplax e@curve satu event pra tonton dan sidang media untuk Filem Apa Tengok-Tengok telah di adakan. Cerita yang menggandingkan pelakon baru dan pelakon lama ke dalam cerita yang berkonsepkan muzikal komedi.

Dari awal lagi aku dah tau cerita ni cukup lucu. Sampaikan penonton ketawa sampai aku tak tahu punca mereka ketawa. Mungkin cerita ni terlalu lucu bagi mereka. Mungkin. Selalunya aku mampu untuk tengok cerita dipawagam walaupun sensorang, tapi kali ni aku rasa aku perlukan teman untuk berbual dalam pawagam. Mungkin kerana keadaan sangat sejuk dan juga tiada orang lain di kiri dan kanan aku. Mungkin.

Ok cukup dengan ayat makan dalam aku, kali ni aku nak komen telus dan ikhlas. Seperti yang diminta oleh pelakon-pelakon mereka. So jangan nak ada yang tetiba nak saman aku pula, sebab ini pandangan aku sebagai penonton yang mahu lihat kemajuan dalam filem tempatan.

1. Storyline @ Storyboard yang semak dan serabut:
Secara jujur aku tak berapa nak boleh catch up dengan apa filem ni nak tonjolkan. Memang banyak nilai-nilai murni yang ada dalam filem ni, tapi semuanya tak tersusun dalam satu jalan cerita yang menarik dan teratur. Terlalu banyak scene "tiba-tiba" yang membuatkan penonton seperti aku jadi tak paham. Yes masa filem memang singkat, dan inilah cabaran untuk director untuk memanfaatkan masa untuk menggarap cerita yang boleh difahami oleh penonton.

2. Character development:
Dari segi character development pun kurang menarik dan kurang berkesan. Banyak cara lain yang boleh digunakan oleh pengarah untuk membangunkan atau mengolah sesuatu watak tersebut. Watak dalam filem ini terlalu tenggelam, terutama watak bebudak sekolah yang dipegang oleh pelakon-pelakon baru. Dan diakhir cerita tetiba ada budak yang tah datang dari mana tetiba jatuh sakit. Owh, seriously this part is failed. Bagi aku mungkin pengarah patut selitkan sedikit watak budak yang akan bakal jatuh sakit ni semasa develop character yang lain. Tunjukkan dia batuk-batuk sikit. Then baru buat dia scene muntah darah at the end. Baru nampak ada sequel di situ. Baru aku paham siapa watak budak yang jatuh sakit tuh.

3. Penghayatan watak:
Yes dari segi penghayatan, hanya pelakon lama yang banyak memberikan impak kecuali watak yang dipegang oleh Chomat Samad. Aku nampak dia ada peluang cerah untuk di ambil untuk berlakon dalam filem-filem yang lain. Dia ada penghayatan yang baik walaupun sebagai pelakon yang baru. Dia boleh pergi jauh. Bagi yang lain, lebih baik korang ambil peluang yang ada untuk belajar berlakon. Bagi aku, masih banyak scene yang kaku.

4. Sound dubbing technique.
Eh kamon la, sekarang dah abad ke berapa? Kenapa aku dengar suara Adriana seperti dirakam dalam bilik recording yang kedap bunyi sampai langsung tak dengar suara latar yang lain. Aku ingat kelemahan ni dah lama diperbaiki dalam filem-filem melayu. Aku rasa Filem P Ramlee lebih maju dari filem yang ditayangkan sekarang. Terlalu nampak la mistake ni. This one, memang kena improve sangat-sangat.

At the end aku tak nak rankingkan berapa bintang filem ni patut dapat kerana aku tahu this is a trial version dari pengarah baru. So aku tak nak kasi moral dia down. Anggap ja ni percubaan permulaan untuk melangkah lebih jauh.

Aku tak kodem semua filem melayu kerana masih banyak filem-filem melayu lain yang aku rasa berbaloi untuk aku angkat walau pun filem tersebut bukanlah filem aksi, seram mahupun komedi. Contoh yang paling mudah adalah Papadom. Ambil kesempatan ini untuk belajar. Aku nak komen banyak-banyak pun tak boleh sebab aku bukan penerbit, pengarah mahupun pelakon. Aku cuma penonton.
Published with Blogger-droid v1.7.4

27 comments:

PinKy MoMMa said...

ceq jugak yg dah lama tak tengok wayang ni..hurmm layan kat astro 1st jer aci tak hahaha

zOeY zAu YaH said...

owh..ok2...(anguk2 pala)

Namee Roslan said...

em aku dah kecewa dgn cerita2 bodoh diorg tu. jgn harap aku nk bazir 12hengget. :P

puanbee said...

hehe saya pun nak review tp tulah review ke arah tak best

onie said...

fuyooooo!dah review :D


macam nak kluaq awai ja time ni,haha

FizaFizz said...

untnglahhh paklann p sanun ..hehe

WARTAWAN KIKIE said...

Kalau lah Pakcik wat wayang mungkin saya datang ahahhaha

Akulah Pak Lan said...

Pinky Momma: haha, paklan tak dak astro. So kena tgk pwgm jgk

Akulah Pak Lan said...

zoey: angguk angguk, geleng geleng

Akulah Pak Lan said...

namee: aku selalu tunggu review baru aku pergi tgk.

Akulah Pak Lan said...

puanbee: review ja, bg komen yang ikhlas. hehe

Akulah Pak Lan said...

onie: haha. mls nakbuat entry lain. so review ja la

Akulah Pak Lan said...

Fiza: untung la sgt. kelapa shake mana? hahah

Akulah Pak Lan said...

kikie: nak buat cerita apa?

Munna said...

erm...aku rasa dh byk kali aku ckp kan...aku dh lama tak tgk wyg....haha

memandangkan tajuk pun 'apa tgk?' ditambah dgn preview kau ni...confirm2 la tak kan tgk...kikiki

EZAN IDMA said...

wahaa ;p dah mcm director :)

Kakiwayang said...

hee..nice pak lan...kitoran pun baru je wat review filem ni...rasa bersalah pun ada tapi kene la tulis pandangan jujur kita kan... anyway, nanti singgah ya di http://www.kakiwayang.com

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

ntah kenapa filem ini bg diriku tiada daya penarik...(",)... naper yer.....

Akulah Pak Lan said...

munna: kau patut ajak tunang kau tgk wyg :-)

Akulah Pak Lan said...

ezan: haha

Akulah Pak Lan said...

kakiwayang: aku dah tak leh nak paham lgsg jalan cerita dia. maybe dia involve byk pihak termasuk polis pertahan awam dan bomba. tapi, cerita kurang impak

Akulah Pak Lan said...

BoyPJ: haha

nazirah said...

hak hak nampk sgt tak best so tak yah tgok la hehehehe :p

Akulah Pak Lan said...

cci: hahaha, no komen

kak ina kl said...

tak sanggup nak review cerita ni..sebab tak nak tenguk filem ni gagal di pasaran..

Akulah Pak Lan said...

kak ina: review selepas tayangan

Anonymous said...

cerita yang paliingggggggggg bangang dan tahap sampah...kalau nak dipanggil dramapun x layak...macam taik