Aku, Cikgu Taska Dan Lagu NegaraKu



Matahari belum lagi terbit sepenuhnya. Masih tidak dapat membezakan sama ada keadaan sekarang adalah pagi ataupun senja. Tapi dengan suasana yang dingin dan beku menyakinkan alam bahawa hari sudah siang. Ibu-ibu dan bapak-bapak burung kelihatan baru mengeliat bangun dari sarang dengan perut yang kosong sudah bersedia hendak memulakan pencarian rezeki.

"Seelaamaat paagii cikguuu!"

"Selamat pagi anak-anak..semua sihat hari ni?"

"Siihaat cikguuu!"

"Anak-anak dah makan?"

"Suudaah ciikguuu!"

Aku yang hanya berboxer tanpa baju, bertenggek di tepi berenda rumah sewa aku sambil memerhatikan gelagat kanak-kanak taska dengan cikgu mereka. Saja nak tayang body dekat cikgu-cikgu taska yang masih berstatus single mana tau kot-kot ada yang perasan.

Vroom.....vroom..

Bunyi kereta yang lalu lalang. Yang memisahkan rumah aku dengan taska tersebut adalah jalan raya, pagar dan juga longkang yang besar. Sedikit rimbunan pokok yang membataskan penglihatan terus antara aku dengan taska tersebut.

"Cikgu..cikgu..tengok tu. Ada orang gila tak pakai baju dok skodeng kita." adu bomba budak yang selekeh tapi bermulut macam tempayan. Aku mulanya rasa nak maki budak tadi tuh dalam hati. Tapi aku rasa aku patut berterima kasih pada dia, kalau tak cikgu mereka yang agak comel tuh tidak akan perasan kehadiran aku.

"Mana..mana?" sahut cikgu comel yang bertudung tersebut sambil memegang bahu anak murid dia sambil duduk mencangkung. Walaupun dari jauh, tetapi sudah menampakan ciri-ciri calon isteri yang solehah. Perempuan yang pandai berkomunikasi dengan kanak-kanak memang nampak comel dan matang. Gaya seorang ibu-ibu bak kata orang.

Aku hanya tersenyum dan hanya melambaikan tangan saat dia memandang tepat pada aku. Dia membalas senyum aku dengan senyuman yang sungguh manis seperti gula perlis yang terdapat dekat mana-mana pasaraya yang berdekatan. Tangan dia hanya di angkat tapi tidak dilambaikan.

"Isk! tak baik tau kata kat orang gila. Lagi pun, mana ada orang gila hensem." terang dia sambil menjeling separuh kepada aku. Aku hanya mampu tersenyum.

"Habis tuh orang gila macam mana plak cikgu?" tanya murid dia yang kelihatan tak puas hati.

"Orang gila ni, dia senyum tak berhenti" jawapan dia yang terus mematikan senyuman aku dari tadi. Dia memandang aku dah terus ketawa kecil. Tak kenal lagi dah pandai mengusik. Aku jelirkan lidah pada dia. Dia ulang perbuatan yang sama pada aku.

"Ada respon ni." bisik aku dalam hati nakal aku.

Aku capai kerusi dan terus duduk di berenda tersebut sambil terus memerhati dari jauh.

"Berdiri tegak semua anak-anak" arah cikgu tadi.

"Baaaiik cikguuu!" sahut anak-anak murid dia.

Dia memandang aku sambil tangannya mengarahkan aku bangun sama. Aku cuba melayan kehendak dia. Bangun, berdiri tegak sambil membuka dada yang berotot walaupun tidak berbaju.

Lagu NegaraKu berkumandang....

Kami berbalas jelingan sambil dia menaikkan bendera Malaysia.

Tiba-tiba angin sejuk bertiup...syahdu sungguh angin tersebut. Boxer aku bergerak naik sama laju dengan bendera Malaysia tadi. Cikgu tadi dah tak jeling lagi.

"Cilaka..time-time macam ni la ada angin sejuk" maki aku sendirian sambil berlalu masuk ke dalam dengan muka merah padam tanpa sempat habis lagu NegaraKu.

Bangunan mana yang fames macam KB Mall kat KL ni agak-agak?

Published with Blogger-droid v1.7.4

32 comments:

Wadi AR said...

cikgu datang ni

EZAN IDMA said...

amboi,,, jatuh cinta kat cikgu tadika nmpak!

zOeY zAu YaH said...

pak lan nih..usha cikgu jeee...amboi2..

WARTAWAN KIKIE said...

hahahaha pakcik2x.... NOTTY!!!

Namee Roslan said...

yang kau gi tayang body buat apa oi. gadis tu malu lah . mesti dia tutup mata. haha

Hidaya Sarbini said...

cerita betul ke nie? tapi cara awak tulis dah blh wat cerpen or novel la.. try la tulis satu.. =)

naz said...

perghh. siapa kata lelaki malaysia tidak memuaskan nafsu perempuan kat paper metro tu memang salah lah kan. hahaha

sYafIk-wAy said...

melampau , cikgu tadika tu awek ak kott . hahaha

puteri kasih said...

wah cikgu tadika plak ek..hehehehe

zOeY zAu YaH said...

amoih pak lan..ciri2 yg solehah ya? hihi

hanaahmad said...

kau bajet kau hot ke? haha. tak malu betei.

PinKy MoMMa said...

sangat tidak percaya..pak lan nak cari cikgu kah? hahaha...

kompius ni..biasa ang didamping ngan yg melentok liuk kan..sudah tukar laaa

zOeY zAu YaH said...

taste dh tukar haha

Akulah Pak Lan said...

aadi: hai cikgu. teguq sambil kenyit mata

Akulah Pak Lan said...

ezan: haip, jgn buat gosip. baru jeling2 ja. kah kah kah

Akulah Pak Lan said...

zoey: skali sekala. haha

Akulah Pak Lan said...

kikie: itu normal

Akulah Pak Lan said...

namee: time tayang body dia tgk lagi. time angin sejuk datang tuh mata dia lari. hahaha

Akulah Pak Lan said...

hidaya: no komen. malas la nak buat novel. kalu buat mesti ada ending. tak syiok

Akulah Pak Lan said...

naz: papwr tuh dia lapor 12% ja. dia pun tah mana dapat fakta yang tak sahih tuh

Akulah Pak Lan said...

syafiq: ambik la. aku tak jadi mengorat

Akulah Pak Lan said...

puteri: baru usha usha ja

Akulah Pak Lan said...

zoey: betul kan kan kan?

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad: kalau ikut budjet 2012 aku memang hot. kenapa? kau nak pegang 6 pack tak?

Akulah Pak Lan said...

pinky momma: sekali sekala tumaq taste

Akulah Pak Lan said...

zoey : :-)

nazirah said...

wakakaka kelakaq la pak lan ni hahaha adehh terus merah padam muke hehe agak2 esok2 nk usha lg tak cekgu tu ? heeee

Munna said...

angin ni kekadang bahaya weii...abis semua tsingkap hahahaha

Akulah Pak Lan said...

nazirah: tobat tak usha dah. haha

Akulah Pak Lan said...

Munna: haha mau tau. dia ada bawak effect lain jugak pada laki. so berhati hati dengan laki time waktu sejuk. kah kah kah

Fiera Pirot said...

hahahaha..kelakar gak cite ni....huhhuhu...

FizaFizz said...

haha! part yg "Orang gila ni, dia senyum tak berhenti" tu best paklan.. hehe. buat carpen lahhhh! menarikk okk! kami support dari belakang! hee ;D