Still Single

"Tak pernah-pernah pun you tanya kat I soalan macam ni sebelum ni?" tanya aku kepada Annie.

"Er..saja ja. Kalau tak nak cerita takpa la." Annie bersuara dengan nada yang agak hampa.

"Betul you nak tau kenapa Julie ajak I jumpa?" aku mencari kepastian.

"Of course, because of...err..nothing" jawab Annie yang selalu tak pernah habis.

Apa yang berlaku antara aku dengan Julie malam tuh, cuma aku sorang saja yang tahu. Aku tak pernah ceritakan pada sesiapa lagi dan masih menjadi rahsia pada aku dan Julie. Personal things selalunya aku jarang bercerita dengan orang yang aku kenal. Aku lebih selesa menceritakan semua masalah aku pada orang yang aku hanya kenal melalui internet. Bukan nak minta penyelesaian, aku cuma mahu melepaskan beban dan tekanan.

Tapi apa yang berlaku pada malam tersebut bukanlah masalah yang besar. Small matter bagi aku. Julie ajak aku kawen. Itu saja.

"Tak ada apa-apa yang menarik pun. Cuma Julie ajak I kawen. Itu saja." terang aku dengan nada yang penuh selamba.

Aku memang macam ni, cool rilek dan bersahaja. Aku tak suka kelamkabut seperti aku yang dulu. Pengalaman mematangkan kita. Aku akui yang aku dah banyak berubah.

"What! You betul-betul ka ni? Ka you main-main ja ni?" tanya Annie yang seakan tidak percaya.

Gelabah, memang sifat perempuan seperti Annie.

"Yup. Betul la." jelas aku dengan ringkas.

"Habis you setuju la?" tanya Annie dengan keadaan yang masih gelabah lagi.

"Selagi hidup I dikelilingi dengan gadis-gadis, selagi itu I masih yakin yang hidup I masih bermakna." jawapan aku yang agak tersirat.

"Habis you tolak la dia?" tanya Annie yang masih blur.

Aku hanya tersenyum bila mendengar soalan dari Annie tersebut tanpa berkata apa-apa. Terlihat sedikit perubahan pada wajah Annie yang tadi sedikit shock kini sudah reda kembali.

"Kenapa you tolak? Dia kan lawa, cantik, comel. Bak kata orang tuh package la. Nak apa semua ada. Lagipun you tahu tak, it is very rare nak jumpa perempuan yang cantik ajak laki kahwin macam Julie tu" Annie cuba mencari kepastian dari aku.

"You tau tak, lagi rare kot nak jumpa laki yang tolak ajakkan kawen dari seorang gadis yang lawa seperti Julie tuh" jawapan aku kepada Annie yang seterusnya menyebabkan Annie tersenyum akhirnya.

"Amboi!" itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Annie.
Published with Blogger-droid v1.7.4

18 comments:

puteri kasih said...

agaknya annie akan ajak kawin tak? hehehe

Wadi AR said...

oke, tak tamat lagi cik lan.

NuReLLe said...

kawen je lah pak lan..kan senang...haihhhhhh...:D

Namee Roslan said...

single..rilek la bro. haha, kau belum cecah 30. muda lagi lah tu. haha, lelaki kawen lmbt takpe...tp hidup ni mesti lah dikelilingi oleh perempuan. since then, bila kau nk kawen..

Akulah Pak Lan said...

Puteri kasih:
Hahah tah la

Akulah Pak Lan said...

Wadi:
Kisah hidup aku mcm drama. X pernah habis

Akulah Pak Lan said...

Nurella:
Xmo

Akulah Pak Lan said...

Namee:
Aku mmg masih muda. Btw soalan kau tuh adalab soalan common dhari raya. Jwpn aku, aku akan kawen bila dah jumpa calon yang dah ditakdirkan untuk aku

zOeY zAu YaH said...

dia jeles tu hehe

El-Janna said...

peh siot jeeeeeeeeeeeeee

Akulah Pak Lan said...

Zoey:
Yaka dia jeles

Akulah Pak Lan said...

El-Janna:
Kenapa siot?

EYFAalias said...

untung la ada awek lawa ajak kawen. huhu

Akulah Pak Lan said...

EYFAalias:
Apa itu kawen?

GoodGirlGoneBad said...

sambungan please~ :)

vampire's lovex said...

haihhhh baru ingat nak makan nasi minyak kau pak lan oiii... haihhhh *sigh


hahaha..

wehhh,aku rasa aku ada nmpak entry ko nih kat blog satu budak..tp x ingt dah apa nama blog nye..hmmmm..

Akulah Pak Lan said...

goodgirlgonebad:
Dah sambung dah...p baca

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
Copy n paste kah?