Kari Lagi

Posted by | Posted in | Posted on 6:32:00 PM


"Hai, can I speak to miss Nina Karina?"

"Speaking. Can I know who is on the line?"

"It's me, Lan. Takkan dah lupa kot?"

"Hey you, I taught you forget me already. How are you? Where have you been?"

As expected, dia memang menunggu panggilan dari aku. Kalau aku lambat satu hari, maybe minat dia nak berkenalan dengan aku akan pudar. Zaman sekarang semuanya nak instants, semuanya nak laju. Tak dan nak geli-geli dulu dah nak serius.

"Fine. Just lately I am busying with a lot of craps at works."









Kalau dulu orang cuma berkomunikasi menggunakan email. Berhari-hari baru dapat reply. Zaman kita dah envolve, sms sesaat saja dah sampai. Tapi kalau service provider macam cilaka, pernah ja 2 hari baru sms aku sampai. Bayangkan kalau masa tuh aku tengah masak asam pedas, time tuh plak aku sms tanya mak aku berapa banyak asam kena letak. Agak-agak apa akan jadi pada asam pedas aku kalau sms aku sampai selepas 2 hari kat mak aku?

"Hahaha...normal la kalau kerja kuli batak macam kita. Where are you right now? Dah lunch?"

"Belum. Kenapa? You nak belanja ka?"

"Isk! you ni. Tak baik tau paw perempuan."








Ni satu lagi rule yang aku cukup tak suka. Asal ajak perempuan keluar ja mesti perempuan tu budjet kita nak kena belanja. Come on la girls, laki ni tak semuanya loaded dan kaya ok. And for those guys out there, jangan sebab you all nak impress girls yang kau nak tackle, kau bawak dia on the first date pergi tempat yang kaw kaw boleh menyebabkan kau cukur segala bulu yang ada pada badan kau semata-mata nak bayar bil makan. Sometimes, it is better kalu start with kedai tepi jalan or mamak saja. Kalau girl tu insist sangat nak pergi Fullhouse ka apa bala. Suruh dia belanja. Get my point?

"Ala, sekali sekala apa salahnya. Selalu perempuan paw laki, laki tak cakap apa-apa pun. Ni turn laki la pulak nak paw perempuan. Aci?"

"Macam ni la senang. Kita bayar bil masing-masing. Aci?"

"Yala. Nak pergi makan mana ni?"

"Pelita nak? I lapaq kari mamak la hari."

Erk! Orang utara jugak rupanya minah ni. Dalam banyak-banyak gadis kat KL ni, takkan tak da sorang pun yang dari JB ka, KB ka. Ni taste yang sama saja, kari. Nak juga aku rasa masak lemak ka, asam pedas ka. Balik balik kari. Boring kot. Lain la kari jepun, rasa dia lain macam.

"Erm, boleh la. Jumpa kat sana kul 1 kay?"

"Ok. hihihi"

Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments (34)