Berdunia


"Apa plan malam ni?" tanya aku.

"Tah la. Ko ada idea Syamir?" sahut kojak, member universiti aku.

Jam baru menunjukkan jam 10 malam. Hari ni pula hari jumaat. Selalunya kalau aku tak keluar lepak dengan mana-mana gadis, aku akan lepak dengan mereka ni. Kalau aku kata hidup aku 24 jam dikelilingi gadis, nampak sangat aku menipu. Kita hidup kena berdunia dengan semua orang.

"Tak muda la kalau tido awal. Kita karok jom" ajak Syamir yang dah lama tak pegang microphone. Dari 2 3 hari lepas dok sebut nak pergi karok.

Hidup ni akan jadi boring kalau kita asyik stuck dengan 1 golongan masyarakat saja, tak fun orang kata. Kalau kita bercampur dengan ramai jenis, banyak yang kita akan belajar. Hidup ni bukan setakat bagaimana untuk membuat keputusan yang betul saja, kadang-kadang kita hanya dapat belajar sesuatu melalui pilihan yang salah.

"Sound fun. Nak karok kat mana ni?" tanya aku.




Tak semua orang baik selalu betul, dan tak selalunya orang yang jahat itu salah. Kita pula jangan terus melabelkan orang yang belum kita kenal. Aku tak kata kita perlu mengikut apa yang orang lain buat untuk belajar. Kadang-kadang dengan bercampur dan berbual saja dengan mereka kita sudah boleh belajar 1 atau dua perkara yang kita tak tahu sebelum ini.

"Wangsawalk dah la. Malas aku nak pergi jauh-jauh" keluh Syamir.

"Ok jugak tuh. Lagi pun situ ada juga gadis lentik yang dok lepak" balas Kojak.

Kepala otak lelaki bujang semua sama saja, kalau tak fikir pasal makan mesti fikir pasal gadis. Tapi itu normal bagi seorang lelaki yang punya nafsu yang lurus.

"Dah-dah jom gerak" arah aku pada mereka berdua yang masih bertuala.

"Si Annie kau tak ajak ka?" tanya Syamir.

"Tak. Lagi pun dah 2 3 hari dia senyap." jawab aku.
Published with Blogger-droid v1.7.4

18 comments:

~Kenanga Suchi~ said...

yup.
hidup kna bermasyarakat
baru luas minda kita

Namee Roslan said...

hehe, wangsawalk je ke pak lan oi?? awat hang tak pi dangdut. keh keh..aku tak pernah karaoke, bowling, pool snuker ke apa ke..hahah. kawan aku semua ketawa kt aku.

Wadi AR said...

aku dah lame tak karok wehh

puteri kasih said...

ramai yang suka judge orang berdasarkan pemerhatian luar..

eh annie merajok ek

PinKy MoMMa said...

kadang kadang kite salah menilai org :)
tanya sama hati cewahhhh..

zOeY zAu YaH said...

selalu dikelilingi gadis kerana pak lan adalah glamor di kalangan gadis..haha..gurau2 je..

eliyaezlinalias said...

TUA nyer rasa diri ini bila baca sttmt "TAK MUDA LA KALO TIDO AWAL"
heheheheheheh

Akulah Pak Lan said...

kenanga: yup, btol tuh.

Akulah Pak Lan said...

namee: kau ptt try, tapi kena ditemani oleh parent. hahaha

Akulah Pak Lan said...

wadi: ko bleh karok ka?

Akulah Pak Lan said...

piteri kasih: yup. tah la, maybe kot

Akulah Pak Lan said...

pinky momma: yup jgn nilai sebelum kenal

Akulah Pak Lan said...

zoey:hahaha

Akulah Pak Lan said...

eliya: brapa usia kau?

NuReLLe said...

superstar karaoke kt wangsawalk ek?ehh..nape i tau?? #kbai

Akulah Pak Lan said...

nurelle:
mai singgah wangsawalk, kita karok

hanaahmad said...

suara aku tengah rock sekarang ni. tetiba rasa nak karok. keh3

Akulah Pak Lan said...

jo m karok