Starbuck Halal

"You, I dahaga la. Tolong pergi Starbuck dan belikan apa-apa air untuk I" kata aku kepada Annie sambil buat muka seperti orang yang tidak makan 3 hari 3 malam.

Sekarang time lunch, semua orang yang lain dah keluar pergi makan. Geng-geng perempuan Islam semua pakat berlari-lari ke pantry, sambil mengusung plastik berwarna hitam hari ni. Aku agak pelik juga, semua boleh period time yang sama ka? Kita abaikan tentang mereka. Kita fokus kat aku yang tengah merana kehausan.

"Eh! you bukan tengah puasa ka?" balas Annie.

Aku hanya tersenyum sambil memandang dia. Annie, pelik sikit watak dia. Pelik macam mana? Nanti aku ceritakan.

"Yala. I memang tengah puasa cuma.." cakap aku yang tak sempat nak habis yang tiba-tiba disampuk Annie.

"Dah...dah... I tak nak dengar you merenggek lagi. You duduk diam-diam kat situ. Lagi pun you tau tak yang Starbuck tu dah disahkan haram oleh Jakim?" tegas Annie.

Aku terpinga-pinga bila Annie sebut perkataan "Haram". Pandai juga minah ni pasal isu halal haram ni. Tapi, sememangnya isu halal haram adalah lumrah yang penting bila umat Islam hendak makan. Malah dia pun pernah bertanyakan kepada aku tempat function yang bakal dia buat untuk acara makan-makan, sesuai atau tidak untuk umat Islam makan. Rakyat Malaysia memang prihatin sesama lain.

"Err..mana you tau yang Starbuck ni haram?" tanya aku yang tak puas hati kepada dia.

"I baca dari blog dah juga beberapa post dalam Facebook la" jelas Annie dengan yakin.

AKu hanya tersenyum mendengar penjelasan dari dia. Orang Malaysia memang mudah percaya akan khabar angin macam ni. Terlalu yakin dengan kawan-kawan sampai terlupa yang masih ada yang paling berkesan untuk mencari jawapan.

"Bak sini laptop you kejap. Meh I tunjukkan something." jelas aku kembali.

******************************************************************


Jumaat, 05 Ogos 2011 05:55

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan 
“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah 
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk 
pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga 
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.  

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah 
mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media 
massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran 
Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan 
Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan  tamat 
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna 
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil 
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau 
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.  

Sekian, terima kasih.

sumber: Halal Jakim



******************************************************************

"So sekarang you dah jelas?" tanya aku kepada Annie.

"Owh, really? Abis tuh kenapa orang bleh post benda-benda yang kata Starbuck ni haram kat internet" tanya dia kembali.

"I don't know what their purpose is. Tapi yang penting, kita jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang orang kata. Get my point?" jelas aku.

"Ok. I get it" jawab Annie.

"So, bleh tak you pergi Starbuck belikan air untuk I" kata aku sambil buat muka manja.

"Nope! Haram tau tak makan dibulan puasa bagi orang yang boleh berpuasa." tegas Annie.

Aku terkena balik. Demm!!!


54 comments:

PinKy MoMMa said...

ada yg tersirat rupanya..
ini la kuasa alam maya..tersebar dengan cepatnya :)

psstt pak lan vco tu memang tersangat ssuai kontrol minyak muka seseorang..(menjawab persoalan yang ditanya je hehe)

Munna said...

yup, get the point. =)

aku pnh call direct ke jakim,tny psl white coffee check hup..ada blog kata haram sbb ada kod E, bsepah komen2 yg sumpah seranah brand tu menipu logo halal la ape lah...

dah call sndri bru puas.halal rupanya.

CikRangers (CR) said...

hahahha..padan muka hang!!!! :p

EZAN IDMA said...

hahah terkena balik :p

WAHIDA ALIAS said...

halal la ea?

Wadi AR said...

cik lan kene. yess!!

zOeY zAu YaH said...

pdn muka haha

EYFAalias said...

hhaha. padan muka. ngelat eh nk ponteng!

EYFAalias said...

Semua halal nk jadi haram, negara kita negara islam tp sejak kebelakangan ni mcm2 hal timbul soal halal haram ni. nak makan pn dh jd takut.

~Cahaya Hati~ said...

terliur~

tingat starbucks...



=)

NURUL AINI NORAZMAN said...

aikkk,.kompius dah aku jadinya,.halal ke tak ni,.ni la pngaruh tenet kan,.=))

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
tau pun...anyway thanks for the info..nak pakai minyak kat muka..ermm..kena pikiaq 2 3 kali..hehe

Akulah Pak Lan said...

Munna:
Dapatkan kepastian sendiri...baru kita bleh judge

Akulah Pak Lan said...

CikRangers (CR) :
wek!!!...p main jauh2..

Akulah Pak Lan said...

EZAN IDMA:
ceh..kau suka no kalau aku kena..demm!!!

Akulah Pak Lan said...

WAHIDA ALIAS:
yes..masih halal..

Akulah Pak Lan said...

Wadi AR:
Ni sorang lagi..tak habis2 dengan cik dia..

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
wekk!!..jeles la tuh..haha

Akulah Pak Lan said...

EYFAalias:
grrr...

taupun kau..lain kali jgn percaya sgt dengan khabar angin...

Akulah Pak Lan said...

~Cahaya Hati~:
jom p starbuck..u belanja..aci?

Akulah Pak Lan said...

NURUL AINI NORAZMAN:
cuba check kat laman web jakim untuk mendapat kepastian.. =)

Acik said...

eeeee ... ponteng pose!

NuReLLe said...

haaaaa...starbucks..Java Chip Frappuccino blended....~~~~~~~~~

Akulah Pak Lan said...

Acik:
hahaha

Akulah Pak Lan said...

NuReLLe:
yup...bestkan? p beli untuk I satu..

vampire's lovex said...

mintak annie belikan untuk aku sekali wehhhh...nak sahur..hahaha...

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
sat g aku suruh dia beli...esok aku poskan...aci?

Diary oF Mine said...

padan muka pak lan... x puasa lettew... hahha.. yeah... leh g starbucks hari hari.... *bajet jutawan* TT^TT

Akulah Pak Lan said...

Diary oF Mine:
paklan paw annie ja..hahah

RerameUngu said...

hehehe...terkena balik yer..

pelik ngan org yg suka sebarkan perkara tak sahih..skang ni the best way cek je trus kat JAKIM halal.gov.my tu ha..

org kita ni pulak, mudah nak percaya bulat2 tanpa usul periksa kan

puteri kasih said...

ramai yang percaya bulat-bulat je apa yang diorang baca kan

abah khalisha said...

kejap halal kejap tk, mana satu entah..cuba wat pengumuman kt TV semua org tgk..

Khairil said...

orang kita mudah percaya tanpa usul periksa...

RepublicAku said...

aku setuju dgn komen khairil...kecoh semacam!

hanaahmad said...

aku respek dgn annie. kalau aku jadi dia, aku termalu sendiri. :)

Akulah Pak Lan said...

RerameUngu:
Tambah2 benda yang keluar kat FB..tau nak copy n paste ja...

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
yup

Akulah Pak Lan said...

abah khalisha:
cuba check dulu dengan jakim sebelum kita decide..confirm tak confius =)

Akulah Pak Lan said...

Khairil:
tau pun

Akulah Pak Lan said...

RepublicAku:
yup

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
=P

WARTAWAN KIKIE said...

Hahah lol... 2 words " Ur Funny "

Finaz Jaafar said...

HAMBIIKKKKKK sentap tak??hahhaa

adeh,skrg ni dah malas la nak caye sgt bnda2 yg hot kt fb,blog sbb tkut tkleh pkai

Akulah Pak Lan said...

WARTAWAN KIKIE:
=)

Akulah Pak Lan said...

Finaz Jaafar:
Rasa-rasa?

Boleh percaya tapi selepas selidik dan dapat kebenaran

Bro Framestone said...

apa kata mu kenalkan bro pada die...

boleh buat calon dah nie.. he..23x

tumpang lalu ek...

p/s- apa yang pelik pasal die ek

Akulah Pak Lan said...

Bro Framestone:
Haha..nak buat calon? hurm


nak tau apa yang pelik pasal dia? tunggu minggu depan..minggu ni malas nak karang..

nazirah said...

pak lan.. tu la psl dgr gak psl ni .. kata starbuck haram kan so macam alahai da la air dia sdp kot.. my fev tu huhu.. tp since da ade info psl ni da tak ragu2 da tq ek :)

Akulah Pak Lan said...

nazirah:
p beli lekaih...beli kat paklan sekali..

oshin-jamel said...

cian pak lan..hehehe!

Namee Roslan said...

kenapa all the sudden je timbul issue haram halal. padahal product tu dah lama...tiba2 baru nk cakap halal haram...arghh, kecewa kot bila dgr starbucks haram. my fav kot bila tengah sedih...chocolate lah paling best!

btw, halal lah starbucks..geheheh

Akulah Pak Lan said...

oshin-jamel:
wekkk!!!

Akulah Pak Lan said...

Namee Roslan:
Yup..memang halal

sarah mohamad said...

dah halal dah! yeyyy! boleh lepak minum coffee kat starbuck dah pasni heheheheh