Credit Card: Tips and Tricks

Assalamualaikum...

Hari ni aku tak ada cerita yang menarik nak diceritakan, kalau ada pun cuma mengenai makanan. Tapi kalau aku cerita, nanti perut aku akan berbunyi dan Annie yang akan selalu menjadi mangsa untuk mengusung plastik hitam aku.

Kali ini aku nak tukar sikit, aku nak buat review tentang baik atau buruk kalau  kita menggunakan Credit Card. Aku tahu ramai orang kat Malaysia ni yang masih tak tau cara menggunakan credit card dengan betul. Ada juga yang masih ragu-ragu sama ada hendak menggunakan card credit atau tidak kerana kebanyakan laporan yang mereka baca credit card adalah salah satu punca kenapa ramai rakyat kat Malaysia ni diistiharkan bankrup.

Fakta tetap fakta. Ia adalah sesuatu benda yang kita tak boleh nak sangkal kecuali kita ada bukti atau kajian lain untuk menyangkal fakta tersebut. Namun dalam kajian tersebut ada juga menyatakan yang kebanyakan mereka  ini jadi bankrup disebabkan tidak tahu menguruskan penggunaan credit card dengan betul.

Aku bukanlah pakar sangat tetap hal-hal yang melibatkan card credit ni, dan aku bukanlah orang yang berkepentingan dalam mana-mana bank. Di sini aku cuma nak share dengan korang (bagi yang tak tau) macam mana nak guna card credit dengan betul. Tips aku ni mungkin berguna bagi yang kurang pandai dan mungkin hanya picisan bagi yang arif menggunakan card credit ni tapi aku harap ianya bermanfaat kepada semua.


Features:

Cara yang paling senang untuk aku explain adalah dengan mengambil contoh penggunaan card credit yang aku sedang gunakan iaitu Maybank 2 Cards Gold Card.

Dah 4 bulan aku guna card ini, sedikit sebanyak aku rasa card ini lebih menguntungkan daripada card aku yang lama iaitu Maybank SonyCard.

Kenapa aku cakap product Maybank yang terbaru ni menguntungkan aku? Biar aku explain satu persatu. Dengan product terbaru ni aku akan dapat 2 kad tapi hanya 1 caj service tax yang dikenakan kepada aku. Semasa pendaftaran, aku telah diberikan 10,000 point percuma yang mana point ini boleh digunakan untuk redeem service tax aku. Kiranya tahun pertama aku tak perlu membayar sesen untuk card kredit tersebut. Untung bukan di situ?

Product terbaru ni juga hanya mengenakan 8.88% interest per anum berbanding card yang lama 18% per anum. Namun ada syarat-syarat yang perlu korang baca dan patuhi untuk mendapatkan interest 8.88% ini.

Bagi setiap RM1 yang aku belanjakan untuk American Express card, aku akan mendapat 5 point mata ganjaran dan hanya 1 point mata untuk penggunaan Master Card. Korang agak-agak card mana yang paling banyak aku gunakan? Sudah tentulah American Express. Setiap kali aku gunakan kad American Express dihujung minggu juga, aku akan mendapat 5% rebate cash back untuk setiap ringgit yang aku gunakan. Dah nampak keuntungannya di situ?

Sekarang aku akan explain pula bagaimana akaun credit card kita boleh menjadi -ve value dengan menggunakan kelebihan cashback ni.


Benefits:

Bayangkan perbelanjaan sebulan ditempat yang boleh menggunakan credit card adalah sebanyak RM1000 sebulan. Kalau cashback adalah 5% per month, kira-kira berapa banyak aku akan dapat? Lets do some math. 


5% from RM 1000  = RM50
RM 1000 x 5 = 5000 point



Untung ka tak kalau tetiba bank bagi dekat korang RM setiap bulan? Ini baru hanya benda yang melibatkan cashback, belum lagi speciality seperti credit card yang lain yang membolehkan korang mendapat diskaun a few % untuk setiap barangan yang dibeli. Point-point yang terkumpul korang boleh gunakan untuk redeem service tax atau pun redeem barangan yang ditawarkan oleh pihak bank kepada anda tanpa perlu membayar sesen pun.


Yang aku sebut ini hanyalah untuk Maybank card. Sebenarnya banyak lagi bank yang menawarkan bermacam-macam jenis product lagi dengan berbagai-bagai benefits. 

Tips and Tricks:

Apa yang terpenting dalam penggunaan credit card ini adalah pembayaran balik. Kalau korang gagal dalam menguruskan benda ni maksudnya korang telah gagal menggunakan credit card dengan berkesan. Bagaimana cara aku menguruskan pembayaran balik credit card aku? 

Di sini aku ada 1 tips yang paling berkesan kepada yang ingin menggunakan credit card. Pastikan untuk setiap nilai ringgit yang anda ingin gunakan untuk credit card tersebut, anda sudah mempunyai nilai tersebut dalam bentuk cash sama ada dalam tangan mahupun dalam bank. Jangan sesekali spend melebihi nilai cash yang ada pada anda. 

Aku banyak menggunakan credit card kerana aku malas nak pergi beratur dekat ATM semata-mata untuk mengeluarkan duit. Kadang-kadang nilai barang yang aku nak beli sudah melebihi limit pengeluaran ATM card aku. Ini bermakna aku perlu menunggu melebihi 1 hari baru aku boleh membeli barang tersebut. Leceh bukan? Tambah-tambah nak pegang cash dalam tangan dengan jumlah yang agak banyak agak berisiko. Mana tau kita kena ragut semasa tengah berjalan.

Since akaun bank gaji aku juga menggunakan Maybank, maka lebih senanglah aku menguruskan pembayaran balik credit card aku. Selalunya dalam masa 2 3 hari nilai card yang telah aku swipe akan terus dipaparkan dalam Maybank2u. Aku tanpa berlengah akan terus membuat bayaran tersebut walaupun nilai swipe tersebut hanya RM20. Dengan ini aku akan dapat mengelakkan diri daripada dikenakan interest oleh pihak bank sambil mengumpul point dan juga mendapat cashback. Bijak bukan?


Nasihat aku buatlah pilihan yang bijak dalam memilih product credit card yang di tawarkan oleh mana-mana pihak bank. Pilih yang sesuai dengan korang kerana setiap orang mempunyai keperluan berbeza.

Sekian...


30 comments:

hanaahmad said...

info yang berguna. tapi dengan gaji aku yang ciput ni buat masa ni aku belum terfikir lagi nak pakai kredit kad. hehe

zOeY zAu YaH said...

untung2(padahal mana atu apa pun) haha

miss koala said...

bes bershopping woo.. pak lan belanja.. keh keh keh

vampire's lovex said...

tggu gaji aku 10k dulu baru aku buat credit card hehe.

Anson Chow said...

Not Fair!!!
I didn't get the 10000 points when I registered!!!

nazirah said...

wah ada kad baru ek dari maybank ni baru taw. naz gune kad yg ada gambar cherry tu huhu .. neway good tips la.. ;)

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
tak payah pakai kalau tak perlu...itu salah satu tips jugak..haha

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
budak2 p main jauh2...

Akulah Pak Lan said...

miss koala:
pak lan kedekut..sekian

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
noh...umuq brapa tuh agak2 kalau gaji kau 10k?

Akulah Pak Lan said...

Anson Chow:
Maybe it is just a special offer to me since Maybank did approach me via phone to try out this product..

so lucky me =)

Akulah Pak Lan said...

nazirah:
tuh la...paklan suka yang baru ni dari yang lama..

Wadi AR said...

cik lannn, blnje aku soping raye nnt? nak baju sepasang aje

Munna said...

ermmm untung gk ko pak lan dpt offer macam ni...btul kata ko kt awal2 tu, aku still lg takut nak pkai cc sbb byk yg bgkrap pkai cc.lg pulak kalau ada kos2 tsembunyi..kalau ada org nk offer aku lari jauh2... =P

tp bila di fikirkan blk,dlm apa urusan skalipun kalau pndai manage, insyaAllah tak ada mslh yg timbul nnti.

Nava.K said...

Hi, thanks for the sharing and I did not Maybank card offers so much of goodies and benefits.

I am not a heavy user of credit card, only when its really needed. Will inform my hubby as he is on top of using Credit cards.

Akulah Pak Lan said...

Wadi AR:
Aku kedekut..sekian..

Akulah Pak Lan said...

Munna:
Pakai kalau perlu..itu saja nasihat aku..

Akulah Pak Lan said...

Nava.K:
=)

WAHIDA ALIAS said...

kne pndai manage if pki kedit kad..kalo x abis la..

FizaFizz said...

yeayyy! paklan nak blanja bju raya, kasut raya, dan lain2..hak3

Akulah Pak Lan said...

WAHIDA ALIAS:
yang penting kena bijak n pandai mengurus tuh ja...

Akulah Pak Lan said...

FizaFizz:
amboi..demand..

Namee Roslan said...

good thing to share :) thanks.

btw, kalau guna cdt card hutang melambung. lagi2 shopaholic macam aku nih..haaa, memang terukkkkkk lah.

puteri kasih said...

tak nak guna...takut boros plak...hehehe

Akulah Pak Lan said...

Namee Roslan:
Shopaholic la untung..bleh kumpul point byk2..tambah2 kalau pakai ammex..

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
setakat ni paklan blum boros lagi..

urzain hussain said...

pak lan kedekut..

lalala~

Akulah Pak Lan said...

urzain hussain:
Itu satu fakta..

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

artikel yang bagus dari pengalaman.. aku terima offer dari maybank untuk guna kad kredit ni.... tak dapat pun 10k points...huhu....

tak banyak yang guna American Express...mostly mastercards jer...aku nak kumpul points pun susah....

ceduk info sini yer...

salam singgah :)

Hafeez Anuar said...

Ada jugak member yang suggest pakai kad kredit ni.Katanya terbaik dari segi collect point.Tapi kalau tak silap kad ni jenis konvensional kan?
[url=http://www.suppliersimkad.com]peluang perniagaan[/url]