Penghargaan

Kita tinggalkan sebentar kisah tentang hidup aku. Sekali sekala nak juga aku berehat dari menulis. Anggaplah entri ini sekadar filler episod dalam blog aku. Tak seronok juga kalau asyik membaca benda yang sama setiap hari. Nanti aku akan jadi bosan nak menulis dan korang pulak mesti bosan nak membaca. Aku bukanlah jenis yang gila traffic sampai nak menulis tiap-tiap hari. Aku lebih suka mewujudkan sedikit ruang supaya pembaca setia untuk kenal maksud merindui. 

Hari ni aku tak nak bercerita apa-apa, sebab otak aku masih jem akibat demam yang belum sembuh. Itu sebab entri-entri aku sejak dua menjak kurang umm!! Tapi aku boleh dikatakan terpaksa juga untuk menulis sebab ada yang sampai sms tanya ke mana aku menghilang, nak demam pun tak senang. Macam ni lah akibat dia kalau dah gatal bagi no telefon kat orang lain. I have to bear the consequences on my own shoulder. 

Selepas ini tolong jangan email lagi mintak no telefon dari aku. Aku dah ada burung baru, owh bukan yang didalam seluar tapi diluar. Burung ini aku panggil tweet. Pandai-pandai la cari sendiri kat mana aku letak dalam blog aku ni. Tolong jangan tanya pasal FB sebab aku memang dah deactivate. Haru jugak, tapi tengok la macam mana nanti. Kalau aku terbuka hati nak aktifkan balik.

Aku perasan 2,3 hari kebelakangan ini traffic blog aku semakin tinggi. Thanks to several mamals yang telah meletakkan blog aku dalam bloglist mereka. Aku pun tak berapa tau sangat kenapa mereka suka sangat baca blog aku. Serius dowh, aku rasa cerita dalam blog aku ini tak ada la sehebat blog Lejohndary (aka John Hafiz). Aku tau nama penuh dia sebab dia satu sekolah dengan aku. Tapi tak brapa proper kalau expose dekat sini. Mesti time reunion nanti dia buat muka cute sambil dok garu Denver dia.

Officially dah 3 bulan aku berblogging, thanks to my follower yang aku tak sure mereka ni follow sebab atas dasar apa. Just a special kredit to followers yang bernombor 333, Siti Khadijah. Saja aku nak bagi penghargaan sebab aku tak pernah buat apa-apa GA or join apa segmen sebelum ni.

Special thanks jugak untuk yang telah meletakkan blog aku dalam bloglist mereka ini termasuklah:

1. Blog The Other Khairul or lebih dikenali dengan nama Mr K. aku kenal blog dia pun tak lama dalam 2 bulan lebih macam tuh selepas berblogging. Aku tak pernah jumpa dia, tapi dia memang agak terkenal dalam dunia blog dikalangan wanita. 

2. Blog Hana Ahmad. Seorang gadis yang sangat suka bermonolog. Dalam entri dia 2,3 hari lepas, dia ada gambarkan yang diri dia HOT sampai ada lelaki memandang dia sampai nak tersembul keluar biji mata. To tell you the truth, aku tak pernah jumpa dia in real life.

3. Blog Vampire's Lovex. Seorang gadis, atau mungkin juga budak-budak. Tah aku tak sure. Dia tak ada kat Malaysia sekarang ni. Location tepat dia aku tak pasti tapi yang aku tau dia ada kat Timur Tengah. Banyak kali juga aku minta dia betulkan GMT dia bila aku reply comment dia.

4.Blog Eyfa. Budak ni dok kat Keramat area rumah aku. Tapi sekali pun kami tak pernah terserempak, harap-harap la. Aku tak tau rupa muka dia, dia pun tak pernah tengok muka aku. Lebih bagus orang tak kenal aku. Sebab aku lebih suka low profil.

5. Blog http://teliponberbunyi.blogspot.com/ ini blog member kepada member aku pada asalnya. Tapi sekarang kami dah jadi kawan. So dah kurang 1 gap level. Dia sangat low profil. Aku tak nak tulis banyak pasal dia nanti takut salah tulis kang dia UNFRIEND dengan aku plak. Owh yeah, dengar kata nanti dia nak bertunang. Harap-harap semua berjalan lancar.

Aku tak sure la kalau aku ada termiss untuk listkan. Tapi kebanyakan yang lain adalah silent reader seperti member-member aku. Teruskan membaca walau pun cerita yang aku tulis ni kurang menarik untuk dibaca.

Adios babe.

25 comments:

CikRangers (CR) said...

penghargaan..tringat buat folio masa skolah2 dulu..kena ada page penghargaan mcm ni...ihihihi...selamat baekk demam paklan

si ngokngek said...

hok aloh...rindu lar pulak..hehe
terharu pulak walaupun tak listkan blog aku..hehee...
rehat cukup2 ya..nanti terpengsan pulak masa menaip..hihi

Eazy Izzuddin said...

thanks juga singgah...
xD

zOeY zAu YaH said...

rindunyeee....haha..

Akulah Pak Lan said...

CikRangers (CR):
Thanks

Akulah Pak Lan said...

si ngokngek:
haip..dah basuh kasut sekolah ka dak lagi?

Akulah Pak Lan said...

Eazy Izzuddin:
No problem

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
jgn rindu byk2..nanti mr papa u jeles

Fyqa said...

klaka pon ada jugak bce entry nih.

lgi2 yg pragph ats tuh. adeyyy









eh ad tweet la

;)

puteri kasih said...

get well soon :)

Alexandriana Alia said...

baru 3 bulan adakah benar nampak macam dah 3 tahun berblog hehehe. penulisan macam senior gitu.

vampire's lovex said...

wahaaaa,dah tukar dh GMT tu..baru nak bajet dok alaska..haihhhhh...

huyoooo bapak buat entri penghargaan..pehh pehhhhh...

Akulah Pak Lan said...

Fyqa:
Sila cari burung i tuh

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
Thanks

Akulah Pak Lan said...

Alexandriana Alia:
owh saya hampir jadi senior..kah kah kah

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex
mau tau..

EZAN IDMA said...

ni ape ni burung2 wa takleh dgr bende2 cmni haha. oke lu dah buat gua merindui lu ;p

Akulah Pak Lan said...

EZAN IDMA:
jgn rindu byk2...nanti pakwe lu jeles dengan wa

HeziqaMushadadLee said...

nak no telefon boleh???HAHAHA

p/s:okay!dah bunyi cam stalker komen ni,larikkk

Akulah Pak Lan said...

HeziqaMushadadLee:
Dasar stalker ni...

hanaahmad said...

weh hang...mana ada aku gambarkan diri aku HOT. aku nak cita yg aku yg berlemak dan kurang cerah ni pun depa dok bernapsu tgk...tak aci betul hang ni. ekeke.

nasib baik title entry penghargaan. nah amek coki-coki aku kasi kat hang. hahah

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
ok lah akak yang berlemak dan kurang cerah

EYFAalias said...

Malu la nak cmnt. ahaha. btw mcm mana nak buat tweet this bawah post tu? ajar ajar!

EYFAalias said...

perghh. tak kenal rupa tu pasal la tak pernah terserempak. huhu. dekat aje rupanya. ntah2 sebelah umah. ahaahhaa

Akulah Pak Lan said...

EYFAalias:
Google ja..haha..

no..no..no..rumah kita bukan sebelah..itu i pasti..