Malaysia vs Singapura | Aku vs Annie.

Aku, Annie, Amin dan pasangan dia sedang duduk di atas sofa menunggu perlawanan bola di antara Malaysia dan Singapura. Masing-masing berdebar-debar. Hell saks, sebab kami tak dapat nak beli tiket kerana masing-masing tak dapat nak pergi ke stadium on time kerana kerja yang menimbun di office. Tapi dengan semangat kesukanan dan kenegaraan yang tinggi kami tetap menyokong walaupun dari rumah.


Aku memakai baju kuning sebagai tanda menyokong Malaysia, tidak ketinggalan juga Amin dan pasangan dia. Annie pula hanya berbaju office disebabkan tak sempat balik ke rumah. Itulah alasan yang dia berikan. Apa-apa pun itu tidak menjadi masalah kerana bagi aku janji semangat tu ada.


"Amin, brapa kau target score malam ni?" tanya aku.


"Atleast 2-0 la" jawab Amin dengan ringkas sambil minum kopi yang dibuat Annie.


"You plak Annie?" tanya aku lagi.


"Hihihi..I mana la reti bab-bab bola ni. I tengok saja" jelas Annie yang hanya berbaring di atas riba aku. Kami duduk di atas sofa.


Perlawanan bermula. Malaysia perlu mencari 2 gol sekurang-kurangnya untuk melayakkan diri untuk ke peringkat yang seterusnya. Tapi ramai yang menjangkakan yang Malaysia mampu untuk membuat lebih dari itu. Separuh masa pertama agak hambar, ketiadaan Syafiq Rahim sebagai pemain tengah yang menerima kad merah banyak memberi impak dalam perlawanan kali ini. Aidil Zafuan yang cedera pula menumpulkan lagi jentera Malaysia di bahagian tengah. Sukar untuk membuat gerak yang berbisa.


Aku tidak dapat duduk diam sehingga tamat separuh masa yang pertama. Khairul Fahmi Che Mat banyak menyelamatkan keadaan hasil kelalaian pemain pertahanan Malaysia. Dia seakan dapat membaca semua bola.


"Demm!! bila nak gol ni?" jerit aku dengan kuat.


"Rilek la you, meh makan char kueh teow ni dulu." ajak Annie.


Sempat juga dia berlari keluar sekejap untuk membelikan aku makanan. Tengok bola sampai dah tak ingat nak makan. Aku bukan peminat tegar sangat, tapi kalau dah melibatkan negara sendiri sapa yang tak nak sokong.


Separuh masa kedua bermula. Malaysia mula mengatur serangan. Kali ni nampak yang percaturan K Rajagopal mula menunjukkan hasil. 


Minit ke-57...


"Gol!!!!" jerit aku dengan sekuat hati tanpa mempedulikan jiran tetangga.


Cantik sepakan Safee Sali, Malaysia bangga ada striker seperti dia. Amin turut memuji Safee Sali sehingga membuatkan pasangan dia kecil hati. Tak pasal-pasal Amin kena pujuk kembali. Lucu juga aku lihat gelagat mereka berdua. Annie pula hanya tersenyum melihat aku.


Perlawanan bersambung.


Kelihatan pertahanan Malaysia banyak membuat silap. Tapi kesilapan tersebut telah menyebabkan Khairul Fahmi Che Mat menjadi Man Of The Match. Malaysia perlu memperbaiki dari aspek pertahanan yang agak kucar kacir disebabkan Qui Li, pemain yang mempunyai aset perut yang mahal. 


"Gol!!!" jerit Annie tetiba pada minit ke - 72.


Semua orang dalam rumah aku memandang Annie. Seakan tidak percaya dia menjerit sewaktu pemain Singapura Jia Yi Shi menyumbat gol ke gawang Malaysia hasil kelalaian pemain pertahanan Malaysia. Aku, Amin dan pasangan dia terdiam seketika. Annie hanya tersenyum kecil dan ketawa.


"I orang Singapore, of course la I sokong Singapore" jelas Annie.


Aku lupa, dia memang anak kelahiran Singapura. Dia di sini pun atas tuntutan kerja.


"Annie.." aku panggil nama dia dengan perlahan.


"Yes.." jawab dia seakan kebingungan.


"Malam ni you tidur luar" jelas aku.


Aku nak merajuk dengan Annie selama seminggu disebabkan dia orang Singapura. Aku memang tak sangka orang Singapura memang pandai berlakon. Baik atas padang mahupun luar padang. Satu anugerah patut diwujudkan dalam arena bola sepak iaitu untuk memilih pelakon terbaik.

41 comments:

PinKy MoMMa said...

kahkahkah terbaikkkk la ending cite ni..

pelakon terhebak kan pak lan diaorg..tak sangka berbakat sungguh!
lembik kot..pancit daa

zOeY zAu YaH said...

semangat hehe

abah khalisha said...

Malaysia tetap terbaik Pak Lan..kita pemain muda-muda lagi..diorg pemain IMPORT dan tua dah pun..sampai bila nk import je eh

MissF said...

kahwin jela ngn annie tu. terhindar drp maksiat. huhu

Wadi AR said...

amik kau annie. hahaha

Munna said...

haha...suka baca, ada maksud tersirat yg mendalam gitu...singapurapura mmg kuat bpurapura! huhu

*pasangan amin tu jantan kan? =.=*

CikRangers (CR) said...

hahaha..terbaekkk...amik ko..skali si annie tu pun singa..muahahaha

Rtp Farra Arisha said...

u bet she supports harimau malaya? hahaha. but then she's not actually ;)

belog|amiyo said...

tapi dah kalah dah :(

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
geram gila tgk smlm...

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
semangat bola smlm tak habis lagi...haha

Akulah Pak Lan said...

abah khalisha:
tetap bangga dengan 100% made in malaysia

Akulah Pak Lan said...

MissF:
=)

Akulah Pak Lan said...

Wadi AR:
Benci Annie seminggu

Akulah Pak Lan said...

Munna:
Pandai pun...

Akulah Pak Lan said...

CikRangers (CR):
ROAR!!!

Akulah Pak Lan said...

Rtp Farra Arisha:
yup....grrr....

Akulah Pak Lan said...

belog|amiyo:
Kalah dengan barisan pelakon

eila said...

singapura2....sengal!!!!!

vampire's lovex said...

kah kah kah sengal... selalu pmpuan je yg halau laki.. ni kau pulak. hahaha

Diary oF Mine said...

hahaha.... mcm2 ar pak lan ni.... but yeah, harimau malaya still the best.... :)

Fyqa said...

cam saket hti gak tgk s'pore smlm.

halahaiiii







*s'pore mmg hebat acting kot.. huuu

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

hahaha... macam haram perangai.. gud actor betol..

roq said...

hhahaha....nice2...haha

siggah2 la sini bace entry aku plak..haha

Akulah Pak Lan said...

eila:
memang sengal gila..

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
Baru kau tau aku macam mana..

Akulah Pak Lan said...

Diary oF Mine:
=)

Akulah Pak Lan said...

Fyqa:
patut bagi anugerah kat mereka..

Akulah Pak Lan said...

LinE PuTih LiNe HiTaM:
memang

Akulah Pak Lan said...

roq:
=)

EZAN IDMA said...

hahahaha paklan dikhianati

WARTAWAN KIKIE said...

Terbaik!!! kikie suke entry kali nie !!!

hanaahmad said...

cak! lama tak menyemak kat sini. singa memang pandai pura-pura. sian Annie. ekekeke

Akulah Pak Lan said...

EZAN IDMA:
Selalu saja...dah normal bg aku...

Akulah Pak Lan said...

WARTAWAN KIKIE:
good..

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
demm!! terkejut aku..

nazirah said...

hahahhaa tido luar teruss.. hehe
tapi tu la betul gak ckp awak tu
lakonan dorang mmg mantap la ptt dipuji huhu ;)

oshin-jamel said...

alahai...cian annie..hehehe!!!

Akulah Pak Lan said...

nazirah:
orang singapura serius memang pandai berlakon...

Akulah Pak Lan said...

oshin-jamel:
padan muka dia..

puteri kasih said...

i like the ending of this story :)

Anyway walaupun kalah..team Malaysia tetap hebat sebagai pemain bola sepak dan team Singapore hebat dalam lakonan mereka :)