Happy Meals

"Not going back?" tegur Christina, officemate aku.


Tuntutan kerja memaksa aku menjadi seperti orang tiada rumah untuk pulang. Hampir seminggu macam ni. Makan tak menentu, mandi pun jarang dan last but not least tidur pun tidak berteman. Kalau aku kata kerja aku teruk tentu ramai yang tak percaya. Hampir setiap hari setiap pukul 2 petang, kepala akan aku sandar rapat di kerusi, tangan akan aku silang di depan dada dan mata terpejam. Tak lama cuma setengah jam. Aku tak berdaya, hampir menjadi tabiat. 


"Later. Still have some more works to do" balas aku.


"OK. Don't work so hard ya. See you tomorrow." tegur Christina sambil mengeyitkan mata dia.


Aku hanya tersenyum melihat kelakuan dia.  Kita lupakan tentang Christina, kerana aku dan dia tak mungkin bersama. Lagipun dia sudah berpunya. Kita focuskan saja cerita ini pada aku, lagipun aku adalah watak utama dalam blog ini. Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam, perut pula masih belum di isi. Di saat macam ini, fikiran aku dah tak mampu untuk berfikir dengan betul. 


"Lapar gila. Lebih baik aku pergi makan dulu" bisik aku dalam hati.


Aku bangun dari kerusi dan melihat di sekeliling, mencari gadis-gadis yang masih ada di office. Tak sedap kalau pergi makan berseorang, lagipun orang macam aku mesti nak berteman. Takut nanti tertinggal handphone lagi macam hari tu, lagipun malam ni kan malam Jumaat. Agak ralat kalau berseorangan. Di hujung penjuru office kelihatan kelibat seorang gadis yang masih tekun bekerja, fokus. Cuma tinggal kami berdua.


"Hai June, let go and grab something to eat." pelawa aku sambil melabuhkan punggung lentik aku atas meja dia.


June, si gadis shift malam. Muka dia tak ada la rupa sangat berbanding Annie walau pun dia lagi muda. Figure badan dia boleh la, yet Annie is still the best in this office. The only thing kenapa aku masih bertahan di company sekarang ini adalah kerana kebanyakan staff dia, almost 90% adalah perempuan termasuklah kak cleaner yang dah berkhidmat lebih kurang 15 tahun dan yang baki 10% tersebut adalah lelaki. Semua lelaki yang ada kat sini dah berkahwin. So kiranya aku hot stuff kat sini walaupun rupa aku tak sehensem mana.


"Sure why not. Lets go for Double Cheese burger." balas June sambil menyambar tangan aku dan terus menarik aku untuk bangun dari meja. 


Dia memang gelojoh, lapar sangat agaknya. Gadis dan Double Cheese burger adalah gabungan dua elemen yang masih aku tak paham sampai sekarang. Kenapa gadis minat sangat makan Double Cheese burger? Tolong jawab soalan aku ini. Lucky sekitar office aku ni penuh dengan tempat makan. Kalau rasa bosan makan dekat sini boleh tukar selera pergi KLCC pula. McD pun sangat dekat, seberang jalan saja. On the way ke sana kami jalan berpimpinan tangan. Yala tau-tau saja la kan, KL banyak kereta.


"1 set Double Cheese burger and 1 set of GCB. For the GCB set, change the drink with milo without ice." kata aku kepada jurujual di kaunter McD.


Aku sebenarnya tak suka sangat makan McD, sekali sekala tuh boleh la. Semasa hendak membayar, aku tercari-cari wallet aku. Baru teringat yang wallet aku tertinggal di office. 


"I left wallet at office" bisik aku kepada June.


Dia seakan paham terus membayar harga makanan tersebut. Tak ada la mahal sangat makan kat McD ni. Lagipun orang yang kerja shift macam dia banyak buat duit.


"U have to pay back me, but with something else." bisik dia pada aku sambil tersenyum.


Di saat itu aku rasa nak tukar set GCB tadi menjadi set Happy Meals.


48 comments:

vampire's lovex said...

kah kah ayat last tak blahhh...

double cheese burger sedap nak mati.

kbai

CikRangers (CR) said...

happy meal set tu dapat toys tak?muahahahaa :p

PinKy MoMMa said...

erksss dia suruh balas apa :)
otak dh fikir lain ni..

puteri kasih said...

wah dah ada watak baru..erk happy meal? hmm biasanya utk budak-budak yang nakkan toys nyer aje..hehehe

hanaahmad said...

hahaha..untungla badan, mcd dapat, pompuan pun dapat ye dok?

Wadi AR said...

lan, aku mmg suka gile dabel cis bege oke. xpnh tuka menu ble hari-hari masok mcD.

cik ayin said...

sama la.........!!!!!tak suka makan mcd...oh..bukan tak suka..memang tak makan punggg

zOeY zAu YaH said...

hot stuff yer? hihi

adeque said...

ahahaha!!!

set happy meals pown ok jugak an.. :D

NuReLLe said...

nanti beli happy meals tu bak mai lahh toys ok....gugugu

Meck said...

selalu mkn mcd sebab nk cepat je

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex :
bai

Akulah Pak Lan said...

CikRangers (CR) :
kau nak toy apa?

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
tah dia tak cakap lagi pun..

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
best kot happy meals..tau tak kenapa dia dinamakan happy meals?

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
dapat perempuan? haha..tgk dah buat conclusion awal..tinggi sungguh imaginasi kau...

Akulah Pak Lan said...

Wadi AR:
aku dah agak dah..cuba bg exlaination sket..

Akulah Pak Lan said...

cik ayin:
serius?

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
tgk perut la..

Akulah Pak Lan said...

adeque:
=)

Akulah Pak Lan said...

NuReLLe:
I nak simpan buat koleksi...u nak jom p lain..

Akulah Pak Lan said...

Meck:
aku tak suka benda cepat.aku suka slow2..

naz said...

lain kali perempuan berebut nak bayar makan dengan gua. gua faham lah maksudnya haha

eila said...

senangnyer perempuan 2 bagi kat die!

nurulfzz said...

pak lan ni keje area klcc yer?=P

Fyqa said...

sdap gila kot dble cheese !

Akulah Pak Lan said...

naz:
haha...tertakluk kepada terma dan syarat

Akulah Pak Lan said...

eila:
bg double cheese burger mmg senang

Akulah Pak Lan said...

nurulfzz:
adeh kantoi...yup

Akulah Pak Lan said...

Fyqa:
terangkan kenapa...

zOeY zAu YaH said...

kata org perut ke depan makin hot,adakah perutnya begitu? kihkih

Akulah Pak Lan said...

zOeY zAu YaH:
Nanti aku cerita kehebatan perut aku...

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

seronak gak set happy meals tu

Fyqa said...

len dri yg laen..kot...

Akulah Pak Lan said...

LinE PuTih LiNe HiTaM:
Happy Meals dapat toys..

Akulah Pak Lan said...

Fyqa:
Doublecheese burger kat gerai abg burger depan rumah i ni dah try? haha

puteri kasih said...

happy meals buat org rasa happy setelah makan sebab dapat main toys...huhu

Akulah Pak Lan said...

puteri kasih:
pandai pun...

nazirah said...

hahahha cis hampehhh...
ingat mmg amek happy meal huhuhu
layan je la janji perut tu kenyang huhuhu ;)))

Akulah Pak Lan said...

nazirah:
Org belanja. Sebat ja. Haha

hana ahmad said...

dengan kau ni, imaginasi aku ke arah perempuan jeh. apa lagi yang sinonim dengan kau? boleh gitu? hehe. jgn mrah bro.

Namee Roslan said...

hahaha, apa lah. so not macho lelaki tertinggal wallet. shud be kau yang bayar bukan dia.

bila aku baca post2 kau, aku teringat zack zukhairy. :D kau boleh jadi macam dia . :D

oshin-jamel said...

hahhaha!!! happy ek?!!!

EZAN IDMA said...

hahah ;p imaginasi taknak tggi lak kan? tp prmpuan mcm aku mkn spicy chicken mcdeluxe. baru pedas. jadi aku tak boleh bg jawpn pasl doublechesbege yg june minat. oh ya? bleh aku tau apa blsn yg kau kene bg? haha ;p

Akulah Pak Lan said...

Namee Roslan:
Macho itu perkara kedua..
Makan free itu perkara pertama..haha

maybe la aku bleh jadi zack zuhairy...tp dark version

Akulah Pak Lan said...

hana ahmad:
tertinggal plak komen balas ko..

demm!! haha..baca profile aku pun dah cukup..

Akulah Pak Lan said...

oshin-jamel:
happy-happy

Akulah Pak Lan said...

EZAN IDMA:
kalau kau baca entri terbaru aku..kau akan dapat jawapan kau..